☠️ 1st Knight Series ♥️ Tengku Azreal Attar X Shafiqah Amanda 🍀 Dead man tells no tales. "Abang Azreal?" Shaf tersenyum lebar. Azreal mengangguk perlahan, menjangkakan yang gadis itu masih menginginkan kepastian mengenai namanya walaupun sudah tahu daripada Ain. "Shafiqah Amanda." Shaf memperkenalkan diri sambil menghulurkan tangannya ke depan, sebagai tanda perkenalan. Azreal tidak membalas dan memandang kosong ke arah tangan Shaf. "Hello? Your full name?" tegur Shaf. "Azreal." Sepatah Azreal menjawab sambil tangannya naik membalas salam Shaf. "Just Azreal?" Shaf menjungkitkan keningnya. "Ya, Azreal." Balas Azreal. "Shaf panggil abang Azreal boleh?" tanya Shaf. Azreal tidak membalas. Dia tidak faham mengapa gadis itu bertindak begini. "Cik Shaf patut gerak sekarang. Dah lewat." Pertanyaan Shaf dibiarkan berlalu sepi. Dia berpaling untuk masuk ke dalam kereta namun Shaf bergerak pantas melintasi tubuhnya dan menghalang jejaka itu dari berbuat demikian. "Abang Azreal, boleh?" "Cik Shaf," tegur Azreal apabila gadis itu dengan selamba menghalang laluannya. "Shaf tak nak gerak selagi abang Azreal tak balas pertanyaan Shaf!" tegas Shaf, masih berkeras menanti jawapan daripada Azreal walaupun sekarang ini sahaja, bibirnya sudah memanggil lelaki itu dengan panggilan abang. Azreal berdehem. "Boleh." Shaf tersenyum lebar. "Kalau macam tu, good night abang Azreal." Ucap Shaf sambil berundur beberapa langkah namun matanya masih memandang Azreal, menantikan ucapan yang sama daripada bibir lelaki itu. "Selamat malam Cik Shaf." Balas Azreal sebelum kakinya melangkah mendekati bahagian pemandu untuk masuk. Shaf mengemam bibirnya sambil menolak rambutnya ke belakang telinga. Berbunga-bunga hatinya menerima balasan daripada lelaki itu. 🚨 Trigger warning / Read at your own risk 🔞 Bacaan Matang / Mature (M) ⚠️ Typo Bersepah ‼️ Light Conflict Start : 30 September 2023 End : 26 December 2023 Finish Edit :
83 parts