BAB 24

17.9K 1.3K 66
                                    

Ain memandang ke arah dua sosok manusia yang hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan.

"Er... Shaf," panggil Ain.

Shaf memalingkan wajahnya memandang ke arah Ain.

"Kau, okey ke?" tanya Ain.

"Okey." Balas Shaf, pendek.

"Betul?" tanya Ain.

"Betul."

Ain mengangguk faham, tidak mahu bertanya lebih memandangkan persekitarannya rasa tegang.

Kereta Ford itu berhenti elok dihadapan rumah Shaf. Azreal mendiamkan diri, hanya kerlingan ke arah cermin pandang belakang di sebalik kaca mata hitamnya sahaja.

Shaf turun dari kereta berkenaan.

"Thanks Ain untuk hari ni." Ujar Shaf.

Ain tersenyum sambil menganggukkan kepalanya.

Shaf berpaling ke arah Azreal yang masih membatukan diri.

"Tengku," panggilan Shaf memalingkan Azreal ke arah tingkap.

Ain menggigit bibirnya. Ah, sudah!

"Thanks, untuk bantuan hari ni tapi esok..."

Shaf terdiam seketika sebelum matanya memandang ke wajah Azreal.

"Tengku tak perlu datang ambil saya lagi atau escort saya ke kuliah. Saya akan berpindah dan ada pengawal peribadi sendiri,"

Azreal mendiamkan diri manakala Ain pula terkedu. Ain keluar dari kereta dan mendekati Shaf.

"Shaf, kau kenapa?" tanya Ain, lembut.

Shaf tersenyum.

"Tak ada apalah. Aku tak perlukan lagi bantuan dari kau lagi, ayah tiri aku boleh sediakan."

Ain mengerutkan dahinya. "Kau cakap tak ngam dengan keluarga tiri kau?"

"Ain, baliklah. Dah lewat petang ni," balas Shaf sebelum melangkah pergi.

Ain berpaling ke arah Azreal dan bergerak mendekati tingkap pemandu.

"Abang Azreal bergaduh dengan Shaf ke?" tanya Ain.

Azreal menarik segaris senyuman hambar.

"Saya rasa, Cik Shaf tak selesa dengan saya. Kalau Cik Ain tak keberatan, saya akan minta Tuan Haziq carikan orang untuk gantikan saya jagakan Cik Shaf," balas Azreal. Wajahnya sedikit pun tidak memandang ke arah Ain seperti selalu ketika berbicara.

Ain menggelengkan kepalanya. Tak mungkin Shaf tidak selesa dengan Abang Azreal memandangkan Shaf sendiri yang merayu padanya untuk dapatkan Azreal sebelum ini.

"Dah seminggu kes yang tunang Abang Azreal tu, tadi Abang Azreal tak ceritakan pada Shaf ke?" tanya Ain memandangkan dia memberi masa pada mereka berdua untuk berbicara sebelum pulang tadi.

Azreal terdiam. Bagaimana nak berbicara soal itu sedangkan Shaf masih dalam keadaan trauma dan gadis itu menggigil tidak berhenti sepanjang mereka berduaan tadi?

Banyak benda yang hendak dibincangkan. Soal Tengku Ashikin, soal dia menembak sesuka hati di depan mata Shaf, soal... masa silamnya. Semuanya tidak terluah.

Ditambah pula dengan Shaf yang tiba-tiba menyatakan yang dia tidak memerlukan perkhidmatan Azreal jelas menunjukkan yang Shaf mahu menjauhkan diri darinya. Jika itu keputusan Shaf, dia hormat.

THE FALLEN PRINCE ©Where stories live. Discover now