BAB 43 (M)

25.1K 1.8K 193
                                    

Azreal menghentikan langkahnya apabila melihat cahaya lampu bilik isterinya masih menyala. Pintu bilik diketuk dan tubuhnya disandarkan ke bingkai pintu bilik Shaf.

Shaf berpaling dan tersenyum. Kepalanya ditongkatkan ke telapak tangan.

"Princess, dah pukul 2 pagi." Pintu bilik Shaf dikuak luas apabila melihat isterinya masih duduk dihadapan meja belajar dengan lampu meja malap.

"Shaf study. Banyak bab tertinggal sebab dah sebulan tak masuk kelas. Exam dah nak dekat." Jelas Shaf.

"Abang masuk, boleh?" tanya Azreal.

Shaf tergelak kecil. "Bilik bini abang. Nak tidur sini pun boleh."

Azreal tersenyum dan melangkah masuk.

"Subjek apa?" tanya Azreal sambil menongkatkan tubuhnya ke meja Shaf dan sebelah lagi diletakkan ke belakang kerusi Shaf.

"Business Admin." Balas Shaf.

Azreal mengangguk faham.

"Buku lama abang ada lagi. Shaf nak?" tanya Azreal.

"Dari abang bagi nota..." Shaf bangun dan leher Azreal dipeluk.

"Baik abang yang jadi pensyarah, ajarkan Shaf." bisik Shaf.

Azreal menarik nafasnya dalam. Sudah datang perangai menyakat Shaf.

"Shaf dengar, abang pernah termasuk dalam short listed untuk oxford."

Pinggang ramping Shaf dipeluk dan ditarik rapat ke tubuhnya. Kalau Shaf miang, dia juga sudah berani melakukan hal yang sama.

"Abang bukan tak nak ajar Shaf, tapi abang takut terajar benda yang lain dekat Shaf nanti," balas Azreal sambil matanya turun memandang ke tubuh Shaf. Dengan baju crop top, seluar pendek separas paha.

"Abang nak 'terajar' benda apa dekat Shaf. Kan ada buku nota abang, boleh sama-sama ulang kaji. Lagipun, kalau Shaf tak faham abang boleh terangkan." Halkum Azreal diusap lembut, sengaja menggoda.

"Shaf..." panggil Azreal. Rasanya, dia yang kalah dulu.

"Hmm?"

"Badan dah sihat?" tanya Azreal.

Shaf mengangguk. "Nak tengok Shaf lompat?"

Azreal merenggangkan pelukannya dan tubuh Shaf dipandang, semakin hilang bekas lebam di badan isterinya.

"Abang..."

"Hmm."

"Kaki Shaf dah sihat." Leher Azreal dipeluk semula.

"Good to hear that," balas Azreal.

Shaf mengerut. "Jadi..."

"Jadi?" tanya Azreal.

"Abang cakap kalau Shaf dah sihat, abang-"

"Shaf ada exam. Nanti abang bawa buku nota abang untuk Shaf and kalau Shaf tak faham, Shaf boleh tanya abang." Azreal menjarakkan tubuhnya dari Shaf.

Shaf mencebik.

Azreal berpaling untuk melangkah pergi namun belakang tubuhnya dipeluk Shaf.

"Abang..."

Azreal terdiam.

"Kenapa abang takut nak sentuh Shaf?" tanya Shaf.

Azreal mengeluh dan berpaling. Pipi Shaf diusap lembut.

"Shaf ada banyak benda nak kena fokus lagi. Shaf masih muda and of course, you're my little girl, my princess. Abang sayangkan Shaf. Abang nak Shaf fokus dulu dekat masa depan Shaf dan apa yang Shaf nak dalam hidup Shaf, cita-cita Shaf," jelas Azreal panjang lebar.

Shaf mencebik dan tubuh Azreal dipeluk. "Tapi, Shaf cuma nak abang."

Azreal terdiam. Sekarang, memanglah begini kerana mereka baru sahaja berkahwin. Dia risau andai gadis itu pula akan menyesal dikemudian hari.

"Princess, you should sleep now. Dah pukul 2 pagi. Tomorrow abang bagi semua buku nota abang dekat Shaf," balas Azreal sebelum melangkah pergi.

Shaf mengeluh.



Azreal mengerut sebelum membuka matanya perlahan. Terasa berat lengannya ketika ini.

Kepalanya dialihkan sedIkit sebelum keningnya mengerut.

Shaf sudah berada di atas katilnya dan tidur berlapikkan lengannya. Elok saja gadis itu memeluk tubuhnya ketika ini, rapat.

"Ya Allah Shaf, degil!" bebel Azreal, perlahan. Wajah isterinya yang sedang nyenyak tidur itu dipandang lembut sebelum bibirnya tersenyum.

"Abang..."

Azreal terkebil-kebil. Eh, isterinya sudah terjaga rupanya.

"Abang, nak morning kiss," pinta shaf sambil membuka matanya dengan senyuman lebar.

"Morning kiss?" tanya Azreal dan Shaf mengangguk laju.

"Morning kiss is a reward. I won't give it to you sebab dah langgar arahan abang."

Shaf mencebik.

"Abang tak kunci pintu, Shaf pun tak boleh tidur. Jadi Shaf datang cari abang, baring sebelah abang... baru boleh tidur lena. Abang yang cakap haritu, kalau ada apa-apa, Shaf boleh cari abang kat bilik. Semalam Shaf takut tidur sorang, jadi Shaf datang peluk abang," balas Shaf sambil mencebik.

Azreal hanya mampu menggelengkan kepalanya. Ada sahaja alasan isterinya ini.

"Harini tak masuk kelas ke?" tanya Azreal.

"Masuk. Tapi pukul 10." Balas Shaf sambil memeluk pinggang Azreal dan kepalanya dihenyakkan ke dada sasa suaminya.

"Abang masuk kerja lambat kan?" tanya Shaf.

"Tak. Abang kena masuk kerja pukul 8, ada hal," balas Azreal sebelum ubun-ubun isterinya dikucup sekilas dan dia bangun.

"Awalnya. Semalam balik pukul 2, sekarang pukul 6 pagi abang dah bangun. Abang tidur dua tiga jam aje ke setiap hari?" Adu shaf sambil menongkatkan kepalanya ke atas telapak tangan. Matanya merenung ke belakang tubuh suaminya yang tidak berbaju itu.

"Dah biasa. Bangun Shaf, kita solat subuh." Azreal berpaling.

Shaf menjungkitkan keningnya. "Abang nak jadi imam?"

Azreal mengusap belakang lehernya. "Abang boleh cuba. Tapi jangan berharap sangat sebab semua ni pun abang baru belajar dari Tuan Haziq."

Shaf tersenyum. "Boleh. Kejap, abang tunggu Shaf bersiap. Kejap lagi Shaf bawa telekung datang bilik abang."

Azreal tersenyum melihat telatah isterinya yang kelam kabut bangun dari katil dan berlari keluar.

"Ya Allah, nasib kaulah Azreal. Bini comel, nak marah pun tak sanggup." Azreal menggumam.

THE FALLEN PRINCE ©Where stories live. Discover now