SPECIAL CHAPTER 4

15.7K 1.2K 124
                                    

"Aria!" Shaf tersenyum lebar apabila wajah Aria menyapa dihadapan pintu rumahnya.

"Shaf," Aria melangkah masuk dan tubuh Shaf dipeluk.

"Eh, kenapa ni?" tanya Shaf.

"Along dulu beli saham kolej saja-saja aje. Bila Shaf dah habis study, along masih tak nak jual saham kolej tu. Dah dua tahun lebih Aria handle, penat. Tolong pujuk along suruh jual saham kolej tu, please..." rayu Aria. Ingatkan jadi canselor ini mudah. Rupanya kerja bertimbun, tak termasuk lagi dengan mesyuarat dan sebarang acara yang diadakan oleh pelajar-pelajar disana. Penat!

"Kenapa tak cakap terus dekat along yang Aria dah tak nak handle kolej tu?"Bahu Aria diusap lembut.

"Tak jalan."

"Huh? Kenapa pula?" tanya Shaf, pelik. Jarang sekali Azreal menolak permintaan adik-adiknya.

"Lah, Shaf tak tahu?" Aria menjarakkan tubuh mereka.

Shaf menggeleng.

"Sebab along takut kalau Shaf tiba-tiba nak sambung ijazah. Tak adalah Shaf bersusah payah nak kena buat itu ini. "

"Hah?!" Terkedu Shaf.

Aria mengangguk. "Takkan along tak bagitahu?"

Shaf terdiam. Tak ada. Azreal tak pernah bersuara tetapi selalu mengutamakan kehendaknya.

"Aria dengar along masuk company ayah. Instead of kerja dengan ayah, why not Shaf pujuk along untuk jadi canselor sana and Aria boleh masuk balik company ayah?" tanya Aria.

Shaf memandang ke wajah Aria. Memang tampak penat gadis muda itu.

"Kalau ikut kelayakan, along lebih layak. Along lebih pandai dari Aria," jelas Aria lagi.

"Nanti Shaf tanya abang," balas Shaf.

"Thank you, Shaf." Aria tersenyum lebar.



Jam di dinding dikerling sekilas. Sudah jam 1 pagi, kereta Audi Azreal masih belum tiba di halaman rumah mereka.

Hanya tiga hari pertama sahaja Azreal pulang jam 6, tepat waktu untuk pulang kerja bagi semua syarikat. Selepas itu, pukul 10, pukul 11... kadang-kadang sampai pukul 1 pagi seperti hari ini. Pagi, selepas subuh sudah bangun untuk solat dan bersenam. Jam 8 lebih, suaminya sudah bertolak ke tempat kerja. Meskipun waktu kerja Azreal adalah tetap dan Azreal sudah pasti akan pulang ke rumah setiap hari walaupun agak lewat, tetap masa terluang untuk mereka bersama semakin berkurang.

Bunyi kereta berhenti di halaman rumahnya menyebabkan Shaf melangkah keluar ke balkoni dengan senyuman, namun hilang apabila yang tiba bukanlah kereta suaminya, tetapi kereta asing.

Azreal melangkah keluar itu dan di bahagian pemandu pula, seorang wanita keluar sambil melangkah mendekati Azreal. Shaf terkedu, lantas kaki melangkah masuk ke dalam bilik dan tudung shawlnya dicapai lalu dipakaikan di kepala. Tingkat bawah dituju dan pintu rumah dibuka menyebabkan Azreal dan gadis itu berpaling ke arahnya.

"Shaf, tak tidur lagi?" tanya Azreal apabila melihat isterinya membuka pintu.

Shaf diam. Kakinya melangkah mendekati Azreal. "Ni siapa?"

Gadis itu tersenyum hambar, rasa kekok. "Ini... isteri Tengku ke?"

Azreal mengangguk. Bahu Shaf dipeluk dan ditarik rapat ke tubuhnya. "Isteri saya, Shafiqah."

"Ah, I see. Isteri muda Tengku," balas gadis itu dengan senyuman. Kedengaran bersahaja namun pada Shaf, dia merasakan seperti gadis itu sedang memerlinya.

THE FALLEN PRINCE ©Where stories live. Discover now