BAB 23

18.6K 1.4K 89
                                    

Shaf mengetap rahangnya sebelum kakinya naik menyepak celah kelengkang Izat.

"Aduh!" Izat mengerut. Lantas Shaf melarikan diri, namun lengan bajunya sudah ditarik sehingga terkoyak oleh salah seorang lelaki yang berada di situ.

"Lepaslah!" Shaf cuba melepaskan diri

"Ku-Kurang ajar kau Shaf!" maki Izat.

"Kau baringkan dia," arah Izat.

Lelaki itu membaringkan Shaf, namun Shaf menggigit tangannya sehingga terjerit lelaki itu. Lantas, pipi Shaf ditampar kuat.

Shaf berganjak jauh, bibirnya sudah berdarah.

"Sial betul!" maki lelaki itu sambil memandang tangannya yang sudah berbekas.

Dada Shaf berombak kencang apabila melihat pandangan tajam lelaki itu. Mungkin marah kerana menggigit tangannya dengan kuat. Shaf bangun dan berlari mendekati pintu.

"Tolong!" jerit Shaf apabila pintu kuliah itu ditarik, namun tidak terbuka. Berkunci!

"Tangkap dia! Jangan bagi dia keluar!" arah Izat.

Shaf membuka kunci dan pintu ditarik kuat untuk buka. Terus dia melangkah keluar dan bum!

"Shaf!" Ain menyapa apabila tubuhnya terus dipeluk Shaf ketika membuka pintu kuliah tadi.

Shaf menggigil dan memeluk Ain.

"A-Ain, tolong aku." Shaf menangis.

"Shaf, kenapa ni?" Ain mengetap rahangnya apabila melihat keadaan Shaf.

Aiman di sebelah sudah memandang ke arah tiga sosok yang berada di dalam kelas itu.

"Kau buat apa sial?!" jerkah Aiman pada Izat apabila dia melihat situasi ini. Dengan kamera, dengan pintu berkunci. Shaf! Baju terkoyak!

Izat menelan kesat air liurnya. Mata Aiman sudah berubah, tajam!

"Ain, bawa Shaf. Call Azreal suruh cepat, dia mungkin dah nak sampai." arah Aiman mengingatkan Azreal yang datang mengambil mereka di kolej harini.

"Shaf, kau ikut aku." Ain menarik tangan Shaf dan tubuh sahabatnya dipeluk.

Aiman melangkah masuk ke dalam bilik kuliah dan pintu kuliah itu ditutup.

"K-Kau nak apa?" tanya Izat.

Aiman tidak menjawab. Malah dia bergerak mendekati Izat di tengah bilik kuliah, Izat berundur.

"Kau memang melampau!" jerkah Aiman. Tangannya digenggam erat. Marah kerana sahabatnya diperlakukan begitu.

"K-Korang dua, protect aku!" arah Izat. Dia tahu, Aiman hebat dalam seni mempertahankan diri.

Kedua-dua lelaki sasa itu mendekati Aiman.

"Budak-budak aje ni!" ejek salah seorang di situ, kemudian mula menyerang memandangkan dia yang lebih dekat dengan Aiman. Penumbuknya di layangkan ke muka Aiman namun dia kaku seketika gara-gara penumbuknya disambut oleh genggaman Aiman.

Aiman tersenyum sinis. "Kalau begini skillnya, kacang ni."

Seketika, penumbuknya yang berada di dalam genggaman Aiman dikilas kuat sehingga terjatuh melutut lelaki itu. Kuat jeritannya akibat sakit. Boleh patah tangannya kalau tidak dikeluarkan dari genggaman Aiman, namun dia juga tidak boleh berbuat apa-apa. Aiman masih kuat mencengkam dan memulas tangannya.

Pap! Bunyi hentakan di belakang Aiman menyebabkan Aiman berpaling.

Ah! Kayu besbol itu hampir menghentam kepalanya namun tangan Azreal lebih tangkas menahan pukulan itu.

"Tuan Aiman," sapa Azreal, berombak dadanya. Jelas menunjukkan yang berlari ke sini untuk memberi bantuan.

"On time." Balas Aiman dengan senyuman sinis.

Azreal berpaling ke arah lelaki yang cuba menyerang Aiman dengan kayu besbol itu. "My pleasure, Tuan."

Uratnya dibetulkan. Kalau Firman, mungkin lagi tangkas. Tapi kalau setakat seorang dua yang datang menyerangnya begini, skill pun kelaut, dia boleh selesaikan! Kayu besbol di dalam genggamannya ditolak kuat sehingga menghentam dada lelaki itu.

"Aduh!" Lelaki itu memegang dadanya, senak! Kuat tolakkan Azreal tadi.

"Aku tak nak ikut campur sebab aku tahu, Azreal sorang boleh uruskan korang semua. Tapi, rasa macam dah lama tak cari real life punya punchbag, thank you sudi tawarkan diri harini," ujar Aiman.

Azreal tergelak kecil mendengar kata-kata Aiman.

3 minit berlalu.

"Argh!"

Bunyi jeritan yang terdengar sehingga luar bilik kuliah membuatkan Ain menjungkitkan keningnya.

"Abang Azreal dengan abang Aiman ni buat kerja tak clean! Kuat betul jeritan dorang!" bebel Ain sambil memeluk Shaf.

Bang! Terbuka pintu kuliah itu, terseret tubuh Izat di atas lantai. Izat memegang dadanya, dahinya berkerut-kerut menahan sakit.

Azreal keluar dan mencengkam rambut Izat, lalu tubuh itu ditarik sehingga terjerit Izat sambil memegang tangan Azreal. Perbuatan Azreal menarik perhatian beberapa pelajar yang berada di situ.

Terkedu Shaf dan Ain. Dua lelaki yang berada di dalam kuliah itu sudah terbaring di atas lantai. Hanya mendesah kesakitan.

"Argh!" jerit Izat. Dia diseret sehingga ke hadapan Bilik Canselor, bilik ayahnya. Tubuhnya ditolak masuk sehingga tersembam di hadapan meja. Terkedu lelaki separuh umur itu, sambil bangun dari mejanya.

"Apa ni?!" tanya lelaki separuh umur itu.

"Kau tanya anak jantan kau, dia buat apa?" tanya Azreal semula.

"Izat! Kau buat hal apa?!" tanya Fauzi sambil merenung tajam ke arah anak lelakinya.

Izat terdiam.

"Izat!" jerkah Fauzi, merah matanya. Dadanya berombak kencang apabila sudah ramai pelajar berkumpul di hadapan pintu biliknya.

Aiman melangkah masuk dan kedua lelaki tadi ditolak ke tengah ruang.

"Anak jantan kau cuba buat tak elok dekat pelajar perempuan lain!" balas Azreal.

Terkedu Fauzi. "Kau tak ada bukti, jangan nak menuduh!"

Aiman membuka kamera tadi dan ditunjukkan pada Fauzi. Rakaman ketika mereka melangkah masuk ke dalam kuliah tadi untuk kenakan shaf. Meskipun Shaf meronta, jelas setiap kata-kata dan ugutan Izat pada Shaf.

"Kau buat apa ni Izat?!" jerkah Fauzi.

"Kau kalau tak buat masalah tak boleh ke?! Kau memang menyusahkan!" jerkah Fauzi lagi.

"Ini semua salah ayah!" bentak Izat menyebabkan Fauzi merenung tajam ke arah anaknya itu.

"Kau jan-"

"Kenapa ayah selalu bandingkan Izat dengan yang lain?! Ayah selalu pandang rendah dekat Izat!"

Lelaki itu terdiam apabila mendengar kata-kata anaknya.

"Shaf aje yang ada dengan Izat. Shaf yang nampak Izat, tapi..." Izat menggenggam erat tangannya.

"Sekarang Shaf pun macam ayah! Dia dah tak pedulikan Izat lagi!"

Shaf yang masih berada di pelukan Ain, mengerutkan dahinya.

"Kau patut tahu batas kau, bukannya dengan cara macam ni!" jerkah Azreal sambil kamera di tangannya dihempaskan ke lantai di hadapan Izat. Berderai kamera itu!

Izat tertunduk malu.

Azreal menunduk untuk mengambil cip yang terkeluar dari kamera itu dan melangkah keluar. Tangan Shaf dicapai untuk mengikuti langkahnya keluar dari ruang itu.

THE FALLEN PRINCE ©Where stories live. Discover now