BAB 27

17.6K 1.3K 83
                                    

Shaf melangkah mendekati Aminah dan Wahab di ruang tamu.

Wahab tersenyum. "Shaf, duduklah."

"Tak payah nak mengada! Dari kau tengok tv, santai-santai sini,  baik masuk bilik, belajar!" marah Aminah.

Shaf menggigit bibirnya. Dia tahu, Aminah bencikan dirinya gara-gara memilih ayahnya dahulu berbanding ibunya. Walhal, yang curang dulu adalah ibunya sendiri, gara-gara tidak tahan hidup miskin.

"S-Shaf ada hal sikit nak bincang dengan ibu and uncle." Shaf berbicara. Dia tidak berani untuk duduk gara-gara pandangan tajam ibunya.

"Nak bincang apa tu Shaf?" tanya Wahab.

"Kalau kau nak minta duit, baik tak payah. Orang dalam rumah ni semua kerja keras untuk sara diri sendiri!" Aminah bersuara, langsung tidak memandang ke arah Shaf, terasa seperti di hina.

"Jadi, Rizal pun kena kerja ke?" tiba-tiba suara Rizal menyapa. Dia turun dari tingkat atas dengan senyuman sinis.

Aminah tersenyum manis.

"Rizal tak payah. Inikan semua... Rizal yang punya. Lainlah kalau dia ni, datang menumpang!" Wajah Shaf dijeling tajam. Shaf menundukkan wajahnya.

"Then... aunty pun kena kerjalah,"

"Huh?" terkebil-kebil Aminah mendengar balasan Rizal.

"Rizal..." Wahab sudah menegur.

"Betul what? Dia pun menumpang juga, ada hati nak bezakan diri sendiri dari Shaf," perli Rizal sambil melangkah keluar.

"Rizal!" Wahab menggelengkan kepalanya. Wajah isterinya dipandang, sudah masam.

"Dah.. jangan ambil hati sangat. Awak takkan tak tahu perangai Rizal tu." Pujuk Wahab.

Aminah mencebik.

"Rizal tu masih lagi tak boleh terima saya, tapi dia tak ada pula nak sakitkan hati saya sebelum ni. Sekarang, sejak si tak guna ni datang! Dia dah mula cakap macam-macam dekat saya!"

Shaf terkedu. Sampai begitu gelaran ibunya pada diri sendiri?

Wahab tersenyum. "Dah-dah."

"I-Ibu... err, Shaf..." Shaf menundukkan wajahnya, risau.

"Nak apa?" tanya Aminah dengan jelingan tajam.

"Shaf... ada masalah sikit dekat kolej." Jelas Shaf.

"Habistu? Kau nak aku buat apa? Sama-sama masuk dalam masalah kau supaya lagi pening kepala aku ni?" tanya Aminah, sinis.

"Bagitahu uncle, Shaf..." Wahab mencelah sambil tempat kosong disebelahnya ditepuk, meminta Shaf untuk duduk di sebelahnya.

"Abang jangan nak mengada!" Aminah membantah.

"Kita dengarlah dulu. Mana tahu boleh tolong," balas Wahab.

"Saya tak nak masuk campur. Itu masalah dia. Selama ni boleh je selesaikan sendiri, tiba-tiba sekarang nak mengada!" marah Aminah.

Shaf menundukkan wajahnya. "Err... tak apalah uncle, ibu. S-Shaf boleh settlekan sendiri."

Shaf berundur dan melangkah pergi.

Aminah menjeling, menyampah!



Shaf mengerut, terasa seperti pipinya diusap. Matanya dibuka perlahan.

"Abang Rizal!" Terbuka luas matanya, Shaf bangun dari tidurnya sambil berganjak menjauhi Rizal. Ini biliknya, mengapa lelaki ini masuk sesuka hati?!

Rizal tersenyum. "Abang dengar Shaf nak minta tolong dekat ayah dengan aunty tadi, tapi dorang tak nak tolong. Abang boleh tolong Shaf,"

Shaf terdiam.

"Shaf nak minta tolong apa?" tanya Rizal.

"T-Tak pa, Shaf boleh handle sendiri," balas Shaf. Dia tak selesa!

"Bagitahulah... abang boleh tolong. Abang janji takkan bagitahu aunty dengan ayah." Rizal tak mengalah.

Shaf menggigit bibirnya.



Ain bangun dari duduknya apabila melihat sahabatnya tiba dengan kereta Hilux asing. Disisinya terdapat seorang lelaki asing.

"Shaf?" tegur Ain.

Shaf membuat isyarat untuk tunggu sebentar. Dia dan lelaki itu melangkah masuk ke dalam bilik canselor.

Beberapa minit kemudian, Shaf melangkah keluar.

Ain mendekati Shaf.

"Kau okey?" tanya Ain.

Shaf mengangguk. "Abang tiri aku tengah berbincang dengan canselor, jadi dia minta aku tunggu dekat luar."

"Lelaki tadi, abang tiri kau?" tanya Ain lagi.

"Ha'ah."

"Mana mak dengan ayah tiri kau?" tanya Ain. Kenapa biarkan anak-anak yang settlekan hal ini?

Shaf menggigit bibirnya.

Ain mengeluh. Sudah dia tahu!

"Abang tiri kau tu okey ke dengan kau?" tanya Ain.

Shaf memandang ke arah Ain. "O-Okey,"

Ain mengerut. "Kau jawab macam tak yakin aje."

"Betul Ain! Aku dengan dia okey aje. Kalau tak, tak adalah dia nak tolong aku sampai datang bercakap dengan Canselor harini," balas Shaf.

"Shaf, aku-"

Pintu bilik dibuka, menyentakkan mereka berdua.

"Abang Rizal, macam mana?" tanya Shaf sambil bangun meninggalkan Ain.

Rizal tersenyum.

"Kalau macam tu, jumpa nanti." Canselor itu menegur dengan senyuman sambil memandang ke arah Shaf.

Shaf terkebil-kebil.

"Is that means saya boleh datang kolej macam biasa?" tanya Shaf.

Canselor itu mengangguk sambil tersenyum.

Shaf tersenyum lebar. Dia berpaling dan memeluk Ain.

Ain mengerut. Dia melihat pandangan Canselor itu dan seketika, abang tiri Shaf dan Canselor mereka berjabat tangan.


"Shaf, aku nak cakap sikit." Ain memulakan bicara.

Shaf berpaling sambil menjungkitkan keningnya.

"Aku tak percayakan abang tiri kau," ujar Ain.

Shaf berkerut. "Kenapa? Kau sendiri tengok dia tolong aku untuk stay."

Ain menggelengkan kepalanya.

"Tak ada benda mudah dalam dunia ni Shaf. Takkan dengan kau, Canselor boleh tolak tapi bila bercakap dengan abang tiri kau senang-senang aje dapat," jelas Ain.

"Kenapa? Kau tak suka aku boleh stay sini?" tanya Shaf secara tiba-tiba.

Ain mengerut. "Kesitu pula kau ni. Aku cakap macam ni sebab aku tak sedap hati tengok cara abang tiri kau dengan canselor tadi. Lain macam!"

"Benda dah settle Ain. Aku tak kisah, yang penting aku boleh habiskan semester akhir aku." Balas Shaf.

Ain terdiam. Dia risau.

THE FALLEN PRINCE ©Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon