BAB 70 (TW)

20.2K 1.6K 152
                                    

"Sebelum kau main games aku, aku nak dengar juga... macam mana kau boleh sangkut dengan Ashikin dalam hal ni." Azreal merenung tajam ke arah Izat.

"A-Aku..." Izat mengerling ke arah Ashikin, mulut Ashikin masih berjahit.

"D-Dia datang offer dekat aku. Dia cakap dia boleh tolong aku balas dendam dekat kau dengan Shaf! Dia memang nak rosakkan hidup Shaf! Dia cakap...kalau-"

"Hmm!" Ashikin meraung, sambil merenung tajam ke arah Izat.

Izat memalingkan wajahnya, wajah Ashikin ketika ini amat menyeramkan. "Dia cakap kalau aku boleh rosakkan Shaf masa malam kejadian, dia akan tanggung aku untuk sambung belajar di luar negara, termasuk keluarkan ayah aku dari penjara dan dapatkan balik kolej tu."

"Hmm!!!" Ashikin mula meronta, seperti marah.

Azreal tersenyum sinis manakala Shaf menutup matanya apabila melihat keadaan Ashikin. Semakin kuat Ashikin meraung, dia seolah-olah memaksa mulutnya dibuka dan bekas jahitan di sekitar bibir Ashikin mula meregang, bibirnya mula terkopak!

Lengan baju Azreal digenggam erat, menandakan dia tidak tahan untuk melihat keadaan ini.

"A-Abang... S-Shaf nak muntah," ujar Shaf, perlahan.

Azreal bangun dan pisau lipat dikeluarkan dari poket belakangnya lalu Zap! Sekali libas untuk membuka bekas jahitan di bibir Ashikin sehingga terhiris pipi Ashikin.

"Arghh!" Ashikin menjerit.

Shaf menarik nafasnya dengan lebih dalam, cuba untuk bertahan. Dahinya mula berpeluh-peluh kerana menahan isi perut dari terkeluar.

"Now, is that okay Princess?" tanya Azreal.

Shaf mengangguk namun mulutnya ditekup rapat dengan tangan.

"Princess, you have to stay here. Kena dengar semua rancangan dorang dengan abang," ujar Azreal, memaksa Shaf untuk bertahan di sisinya.

Shaf mendiamkan diri. Wajahnya hanya menunduk ke lantai, tidak berani melihat keadaan dihadapannya.

Azreal melangkah duduk semula di sebelah Shaf, tangan Shaf dicapai dan dipegang erat.

"I'm sorry Shaf. Abang kena paksa Shaf untuk stay sini. Sebab dorang ni dah melibatkan nyawa dan maruah Shaf."

Shaf mengangguk faham, namun wajahnya langsung tidak diangkat.

"Shaf..." Dagu Shaf diangkat untuk memandangnya. Bibir isterinya sudah pucat, dahi Shaf juga sudah basah dengan peluh.

"A-Abang... S-Shaf boleh stay, t-tapi jangan p-paksa Shaf tengok abang seksa dorang," pinta Shaf.

Peluh didahi isterinya dilap. Azreal menarik senyuman senget.

"Abang tak janji. I have my limit, Shaf. Abang tak selalunya tenang," balas Azreal.

"Abang..." Suara Shaf separa merayu.

Azreal mengeluh dan tubuh Shaf ditarik rapat ke dalam pelukannya.

"Kalau nak dibandingkan apa yang abang buat ni, takkan sama dengan permainan dorang yang cuba calarkan maruah Shaf. If anything happen malam tu, Shaf takkan tengok keadaan dorang sebaik malam ni, tapi lebih teruk!" ujar Azreal sambil mengetap rahangnya.

"Now, enough! I try my best to control myself for you tapi abang tak janji yang tangan dengan kaki abang tak naik dekat dorang!" balas Azreal, tegas.

Shaf mengeluh.

"Sekarang, aku nak dengar dari mulut kau, Ashikin." Azreal bersuara, wajah Ashikin di pandang tajam.

THE FALLEN PRINCE ©Where stories live. Discover now