BAB 18

16.2K 1.1K 39
                                    

Suasana sunyi seketika.

"Cik Shaf," panggil Firman.

"Huh?"

"Dari gaya Cik Shaf halang saya tadi, macam bukan pertama kali jadi."

Shaf terdiam.

"Dah banyak kali ke kena macam ni?" tanya Firman, serius.

Shaf masih terkelu. Tidak tahu membalas apa.

Firman mengangguk faham. Pasti gadis itu sudah berkali-kali mengalami kejadian begini.

"Azreal tahu?" tanya Firman.

Terus Shaf bergerak ke bahagian tengah penumpang dan mendekati Firman di tempat pemandu depan.

"Abang Azreal tak boleh tahu! Shaf malu!" pinta Shaf.

"Dah berapa lama Cik Shaf kena macam ni?" tanya Firman.

Shaf menundukkan wajahnya, malu.

"Since dorang pindah sini 3 bulan lepas," balas Shaf perlahan.

"Hah?!" Kuat suara Firman menempik. Bagaikan tidak percaya yang gadis itu masih bertahan.

Firman menghentak sterengnya. "Sepatutnya aku tak payah lepaskan budak-budak tu tadi!"

"A-Abang Firman dengar dulu penjelasan Shaf."

Firman mendiamkan diri.

"Masa Shaf kena first time dulu, ayah Shaf ada pertahankan Shaf. Ayah siap pergi jumpa keluarga budak-budak tu lagi. T-Tapi, seminggu lepas tu rumah kami kena simbah cat. Lepastu ayah sakit jantung sebab ada orang kenakan ayah tengah malam. Shaf takut. Shaf dah pernah lapor pada polis tapi Shaf tarik balik sebab dorang ugut n-nak..."

"Ugut apa Cik Shaf?" tegas suara Firman, lagak seperti seorang abang.

"U-Ugut nak buat yang tak baik dekat keluarga Shaf. Dorang cakap akan buat lebih daripada sekarang kalau Shaf berani-berani nak report polis. Siap ugut lagi nak bunuh ayah Shaf." Shaf mengetap rahangnya.

"Sial!" Firman menghentikan keretanya secara tiba-tiba. Geram!

"Kenapa tak bagitahu kami? Cik Ain tahu tak?!" tanya Firman sambil berpaling ke arah Shaf.

Shaf menggeleng.

"Shaf dah banyak susahkan Ain. Shaf tak nak bebankan Ain dengan hal shaf," jelas Shaf.

Firman mengetap rahangnya, hampir meletup rasanya apabila mendengar keadaan Shaf.

"Abang Firman, tolonglah simpan rahsia Shaf," pinta Shaf.

Firman mendiamkan diri.

"Cik Shaf pergi kelas dulu," balas Firman, tiada janji dan kata putus.

Shaf menundukkan wajahnya. Air matanya jatuh ke pipi. Dia malu!



"Along!" jerit gadis itu apabila melihat satu sosok sedang menyandarkan tubuh di pintu rumah.

Azreal tersenyum apabila mendengar suara gadis itu menjerit.

Tengku Aria Azrina berlari mendekati Azreal dan dipeluk erat.

"Adik sihat?" tanya Azreal sambil mengucup ubun-ubun gadis itu.

"Tak sihat sebab rindu along!" balas Aria sambil mencebik.

Azreal tergelak kecil. Adik bongsunya ini, memang manja. Ketika dia dijatuhkan hukuman dahulu, Aria lah yang sering melawatnya di lokap secara sembunyi memandangkan Tengku Ahmad masih melarang ahli keluarganya untuk menjenguk Azreal.

"Along pergi mana? Along terus menghilang lepas keluar dari penjara dulu. Along janji nak bagitahu adik lokasi along tapi tak ada khabar berita pun!" marah Aria sambil memeluk erat tubuh Azreal. Dia menangis teresak-esak.

Azreal tergelak kecil.

"Ni kenapa pakai baju along ni?!" tanya Azreal sambil memandang ke arah baju hoodie di tubuh Aria. Soalan Aria dibiarkan berlalu. Memang dia sendiri yang mengambil keputusan begitu, jauhkan diri dari seluruh ahli keluarganya.

Aria menggigit bibirnya. Kepalanya didongakkan dengan senyuman janggal. Air matanya di kesat.

"Sebab rindu along lah," balas Aria.

Azreal menggelengkan kepalanya. Alasan! Dia tahu yang Aria memang selalu memakai bajunya dengan Israfil, iaitu adik lelakinya.

"Pandailah! Angah pun mengadu yang baju dia dah habis kena kebas dengan adik!" ujar Azreal sambil memicit hidung mancung adik bongsunya itu.

"Sakitlah!" tangan Azreal di hidung ditepis.

Azreal tersengih.

"Along akan duduk sini kan? Sambung kerja dengan ayah?" tanya Aria sambil memeluk pinggang Azreal manakala Azreal pula memeluk bahu Aria. Mereka berjalan ke tengah ruang tamu.

Azreal menggelengkan kepalanya.

"Along ada kerja. Ni pun bos along bagi cuti sebab nak along tengok-tengokkan ayah dulu," jelas Azreal.

"Alah, tak payahlah kerja bawah orang. Syarikat ayah kan ada?" balas Aria.

Azreal tersenyum.

"Tak boleh dan along takkan berhenti dari sana."

Azreal berpaling menghadap Aria.

"Masa along terkontang kanting, doranglah yang ambil along, berkawan dengan along dan jaga along. Bos along tahu latar belakang along, tapi tak pernah mengungkit atau sebut depan along. Dia tak pernah hina along sebagai bekas banduan." Azreal menarik segaris senyuman, mengenangkan keluarga Haziq dan rakan-rakannya selalu berada di sisinya. Mereka sama-sama berjuang dalam setiap misi.

Aria mencebik.

"Adik cuma nak along duduk dekat dengan kami aje. Along dah lama tinggalkan rumah," jelas Aria.

Azreal mengangguk faham.

"Bukannya along tak balik langsung. Hujung minggu along balik sini," balas Azreal, cuba memujuk adik bongsunya itu.

Aria mengeluh sebelum mengangguk faham.

"Assalamualaikum!"

Azreal dan Aria berpaling ke arah pintu apabila mereka di sapa.

Melihat sosok-sosok di hadapan pintu rumahnya, Aria menggigit bibir. Along di tepinya, dipandang.

THE FALLEN PRINCE ©Onde as histórias ganham vida. Descobre agora