BAB 16

18.2K 1.5K 199
                                    

"Azreal?" Suara wanita itu menyentakkan suasana sunyi di ruangan menunggu itu.

Azreal bangkit dari duduknya. "Mak,"

"Along!" Lantas tubuh Azreal di peluk kuat. Air matanya mengalirnya.

"Mak rindu along. Mana kamu pergi nak?" tanya Engku Salmah pada anaknya itu.

Azreal terdiam, tidak membalas.

Pintu bilik wad dibuka. Haziq juga bangun dari duduknya apabila Dr. Reza menyapa.

"Tuan," Dr. Reza menegur.

"Macam mana dengan keadaan Tengku?" tanya Haziq.

"Tengku stabil dan dalam keadaan baik," jelas Dr. Reza.

Haziq mengangguk faham.

"Err, dah boleh tengok keadaan pesakit." Tambah Dr. Reza dan Azreal mengangguk faham.

Mereka melangkah masuk namun Haziq memilih untuk tunggu diluar sahaja bagi memberi ruang kepada keluarga Azreal.

"Azreal..." panggil Tengku Ahmad menyebabkan Azreal bergerak mendekati ayahnya di atas katil.

Tangan Azreal digenggam erat oleh Tengku Ahmad. Azreal terdiam.

"Along nak ayah mati ke? Baru Along boleh ampunkan ayah?" tanya Tengku Ahmad secara tiba-tiba apabila anaknya hanya mendiamkan diri.

"Abang!"

"Ayah!"

Serentak Azreal dan Engku Salmah bersuara. Terkejut dengan kata-kata Tengku Ahmad.

"Along, ayah minta maaf. Ayah betul-betul menyesal, along," rayu Tengku Ahmad lagi.

Azreal menghelakan nafasnya dengan berat.

"Along nak mak melutut dekat along ke supaya along boleh maafkan dan balik pada kami?" tanya Engku Salmah pula, bersedia untuk merendahkan tubuhnya untuk melutut.

"Mak!" Azreal membantah. Kelam kabut dia memegang tangan Engku Salmah, menghalang wanita separuh umur itu dari melutut.

"Anak mana yang sanggup minta mak ayah melutut dan mati semata-mata minta maaf untuk masa lalu?" Azreal bersuara perlahan.

"Jujur along cakap, senang untuk memaafkan, tapi tak mudah untuk along lupakan semua tu."

Tengku Ahmad dan Engku Salmah menundukkan wajah mereka.

"Along faham, tak mudah untuk ayah dengan mak terima yang anak mak dengan ayah ni dituduh pembunuh, perogol pada masa tu. Tapi, yang buat along terasa sebab mak dengan ayah lebih percayakan orang luar dari anak sendiri."

Tengku Ahmad mengalirkan air matanya mendengar kata-kata anak sulungnya itu.

"Ayah dengan mak langsung tak nak datang lawat along, biarkan along sorang-sorang dalam penjara. Tanggung semua ni! Ayah pernah cakap yang ayah tak nak mengaku along sebagai anak. Sampai sekarang, masih segar kata-kata ayah pada along." Perlahan Azreal membalas.

"Kau bukan anak aku! Aku tak pernah ada anak nama Tengku Azreal Attar! Jangan pernah bawa nama aku sebagai ayah kau! Kalau ada yang tanya, Tengku Azreal Attar dah mati!" berdeting kata-kata itu ditelinga mereka ketika ini.

"Allah..." Tengku Ahmad menekup mulutnya. Rasa berdosa kerana membuang anak sendiri ketika itu.

"Along dah maafkan ayah dan along pun minta maaf sebab berkelakuan macam ni. Maafkan along sebab langsung tak jenguk mak ayah sepanjang dua tahun ni lepas along keluar dari penjara. Tapi, along minta ayah dengan mak bagi ruang untuk along. Semua ni ambil masa." ucap Azreal.

Tengku Ahmad hanya mampu menganggukkan kepalanya manakala Engku Salmah masih menangis.



"Tuan, saya ada soalan untuk tuan." Azreal tiba-tiba bersuara apabila hanya dia dan Haziq sahaja yang berada di dalam pangkalan.

Haziq berpaling ke arahnya. Menandakan dia bersedia untuk mendengar soalan dari anak buahnya.

"Kalau tuan tahu dulu saya bekas banduan, kenapa tuan masih ambil saya untuk bekerja dengan tuan?" tanya Azreal, musykil.

Haziq menarik senyuman senget.

"Because what I love about villain is their past and what I love more about them is their desire to do better for their future," jelas Haziq.

Azreal mengerut, tidak faham.

"Biul-biul otak kau pun, kau sebenarnya ada kemahuan untuk teruskan hidup dan buat yang terbaik. Aku tak pandang latar belakang orang. Yang aku nak tengok apa yang dia mampu buat untuk diri sendiri," jelas Haziq.

Azreal mengangguk faham.

"Terima kasih tuan. Sanggup terima saya seadanya," ucap Azreal.

"Tsk!" Haziq mendengus sambil bangun dari kerusi.

"Aku gelilah bila kau serius." Haziq membuat muka jijik. rimas pula apabila anak buahnya yang selalu ting tong tiba-tiba bersuara serius ketika ini.

Azreal ketawa kecil.

"Tuan ni, saya serius sekejap tuan geli." Azreal mencebik bibirnya, seolah-olah merajuk.

Haziq menggelengkan kepalanya.

"Tuan, saya nak peluk," ujar Azreal sambil mendepakan tangannya ke arah Haziq. Terus Haziq menarik picu pistol di tangannya dan ditalakan ke arah Azreal.

"Kau jadi normal macam selalu boleh tak?" tanya Haziq, meremang bulu romanya apabila Azreal berkelakuan begini.

Azreal mengeras dan tersengih.

"T-Tak tuan, melawak aje." balas Azreal.

Haziq mengangguk sambil berpaling dan memasukkan pistol ke dalam sarung di pinggangnya.

"Tuan! I love you!" Tiba-tiba belakangnya di peluk.

"Sial lah, Kumis!!!" jerkah Haziq.

THE FALLEN PRINCE ©Where stories live. Discover now