BAB 40

20.7K 1.5K 128
                                    

"Azreal!" Ashikin melangkah masuk ke dalam rumah agam itu.

Shaf menyorokkan tangannya ke belakang sambil berpaling ke arah suara itu.

"Wait..." Ashikin menanggalkan kaca mata hitamnya.

"I know you, budak tak tahu malu tu kan?" tanya Ashikin sambil menyilangkan tangannya ke dada.

Shaf terdiam, tidak membalas.

"You buat apa kat sini?!" tanya Tengku Ashikin lagi sambil mendekati Shaf. Shaf berganjak ke belakang, mulutnya bagaikan terkunci.

"You tak dapat Azreal, you datang rumah dia terus?!" jerkah Ashikin. Shaf tersentak sehingga terangkat bahunya apabila dijerkah Ashikin.

"My god! Mana maruah you?! Tak malu ke?" tanya Ashikin.

"Err... Te-Tengku, saya-"

"Itu apa dekat tangan you tu?" tanya Ashikin apabila perasan yang Shaf sedang menyembunyikan sesuatu.

Shaf menggelengkan kepalanya. Dia baru sahaja mengambil baju Azreal dari bakul untuk dibasuh gara-gara bosan duduk sendirian di rumah, tetapi tidak menyangka pula yang Tengku Ashikin akan menjengah ke rumah Azreal ketika ini.

"Sini!" Terus Ashikin merampas baju di tangan Shaf.

"OH. MY. GOD! You're... so fucking psycho!" Ashikin menekup mulutnya apabila melihat barang yang dirampas dari tangan Shaf adalah baju Azreal.

"Ni baju Azreal kan? You memang gilakan tunang I ke, perempuan?!" tanya Ashikin.

"T-Tengku salah faham! Saya-"

"You keluar sekarang!" Pergelangan tangan Shaf dicengkam. Shaf mengerut kesakitan gara-gara pergelangan tangannya masih lebam.

"Keluar!" jerkah Ashikin sambil merentap tangan Shaf untuk mengikuti langkahnya.

"Te-Tengku! S-Sakit!" Shaf mengaduh sambil memegang tangannya namun Ashikin tak peduli, lantas Shaf ditolak keluar sehingga terjatuh dihadapan tangga rumah.

"You ni memang perempuan murah ke? Sampai ke rumah Azreal you datang, curi baju Azreal! You memang kemaruk sangat nak tunang orang?!" marah Ashikin, kuat.

Shaf mengerut. Rasanya seperti terseliuh pergelangan tangannya gara-gara ditolak oleh Ashikin tadi. Tangga rumah Azreal sememangnya tidak tinggi, sekadar dua tiga tangga sahaja di hadapan pintu kerana rumah moden. Tetapi, disebabkan dia ditolak kasar tadi, jadi ketika dia jatuh, tangannya yang berlebam juga digunakan untuk menampan tubuhnya.

"You pekak ke perempuan?!" jerkah Ashikin lagi apabila melihat Shaf tidak merespon pada kata-katanya.

Shaf memandang ke arah Ashikin. Punggung, pinggang, tangan, kaki... semuanya terasa sakit ketika ini. Bagaimana dia mahu mahu fokus pada kata-kata Ashikin?

"You keluar dari rumah Azreal sekarang!" arah Ashikin.

"A-Abang Azreal tumpangkan sa-"

"Abang?!" tanya Ashikin. Semakin meluat mendengar panggilan Shaf pada Azreal.

Shaf terdiam. Dia juga tidak faham. Kata Azreal, Tengku Ashikin adalah bekas tunang. Tetapi mengapa gadis itu bersikap sebaliknya? Seolah-olah dia masih tunang Azreal.

Ashikin turun mendekati Shaf membuatkan Shaf memeluk tubuhnya. Takut! Situasi ini mengingatkan dia kepada Aminah. Ibunya selalu berkelakuan sebegini sebelum memukulnya dengan teruk.

"Kau jangan nak mengada perempuan! Kau ni kan, aku penampar-" Tangan Ashikin sudah dinaikkan tinggi, bersedia untuk menampar Shaf. Terus Shaf menekup kepalanya.

THE FALLEN PRINCE ©Where stories live. Discover now