BAB 45 (TW)

22.4K 1.6K 223
                                    

Rizal menelan kesat air liurnya. Terimbas kembali kata-kata Azreal padanya.

"Kenapa? Cuak?" tanya Azreal.

Rizal meludah lagi! Cuba menunjukkan yang dia tidak takut dengan ugutan Azreal.

Azreal mengelap tangannya yang terkenal ludah Rizal.

"Botak."

"Hmm?"

"Sini kejap," panggil Azreal.

"Apa?" tanya Firman sambil melangkah mendekati Azreal.

"Sini, tunduk sikit aku nak cakap," pinta Azreal.

Firman menunduk, terus Azreal meletakkan tangannya yang terkena ludah Rizal tadi pada hidung Firman. "Bau kejap gigi dia wangi ke tak?"

"Hoi! Sial kau!" jerkah Firman sambil menekup hidungnya. Kepala Azreal ditunjal geram.

Azreal ketawa. Sekali sekala, seronok juga dapat kenakan sahabatnya itu.

"Bodohlah kau ni! Mulut orang Papua New Guinea lagi wangi kau tahu tak?! Ini bau jamban tak flush seminggu!" maki Firman, geram.

"Werrkkk!" Firman membuat gaya seperti ingin muntah.

Azreal beralih ke arah Rizal.

"Aku tolong kau timbang amalan kau. Kesimpulan yang aku boleh buat hari ini, mulut kau tak ada bau ahli syurga. Tapi, aku kasi chance untuk kau mengucaplah sekarang sebab takut kejap lagi, tak sempat nak mengucap... asyik meraung aje." Azreal menarik senyuman sinis.

"Siallah kau! Kau memang jahanam! Kau patut mampus dalam penjara dulu! Kau memang tak layak pun untuk hidup! Kau rasa kau paling hebat?! Puihh!" Sekali lagi Rizal meludah. Terus Azreal berganjak ke belakang.

Rizal ketawa. "Kau ingat kau bagus ke? Nak suruh aku mengucap? Hah! Aku akan maki kau sampai mampuslah Azreal!"

Haziq yang baru tiba ke dalam pengkalan hanya memerhatikan dari jauh. Dia tidak mahu masuk campur urusan Azreal.

"Sini kau! Suka sangat meludah!" Firman melangkah mendekati Rizal dan rahang Rizal dicengkam kuat. Lalu, gam gajah yang berada ditangannya ditekan ke bibir Rizal.

"A-Apa n-ni? Hmmm!" Rizal mengetap bibirnya, menyangkakan yang itu adalah racun, namun seketika, bibirnya seperti tertutup rapat Terbuntang matanya sambil memandang ke arah Azreal dan Firman.

"Hmmmmm!" jerit Rizal.

Firman mengangguk puas.

"Thank you." Ucap Azreal.

"Most welkamme." balas Firman, selamba.

"Sekarang, nak mengucap pun tak boleh, nak meludah pun tak boleh, nak maki... lagilah." Azreal tersenyum sinis.

"Hmmm!" Rizal mula panik. Mulutnya tidak boleh dibuka.

"Sini, kita main game. Kita main, permainan tradisional. Kau jadi baby aku, kerja kau... gelak aje," ujar Azreal sambil mengeluarkan glock-17 dari sarung pinggangnya.

Sebelah tangan Rizal yang masih digari ke tiang itu ditarik. Muncung glock-17nya diletakkan ke atas tangan Rizal.

"Cok cok pin,pin dalam chupak~" muncung glock-17nya ditekankan ke tangan Rizal, mengikut rentak nyanyiannya.

"Hmmm!" Sudah mengalir air matanya.

"Mana tikuih buntin, masuk dalam ketiak!" glock-17nya dimasukkan ke bawah ketiak Rizal dan bang!

"Hmmm!!!!" Kuat Rizal mengerang, hampir terkuak mulutnya dan mula berdarah.

"Apa Rizal? Kau ketawa ke tu?" tanya Azreal.

THE FALLEN PRINCE ©Where stories live. Discover now