BAB 58 (M)

24K 1.6K 196
                                    

Tubuh Shaf dipeluk dari belakang apabila melihat isterinya termenung di balkoni.

"My queen..." bisik Azreal sambil mencium leher isterinya.

Shaf tergelak kecil. "Ya Tengku."

Azreal tersenyum. "Bukan daddy ke?"

Shaf menahan senyuman dan berpaling menghadap Azreal.

"Ingatkan daddy tak suka."

"Whatever call that comes from your lips, is always my favorite," balas Azreal dan bibir Shaf dikucup lembut.

"Manisnya mulut daddy, kalah kilang gula."

Azreal ketawa.

"Tak boleh lawan bibir Shaf , addictive," balas Azreal, tidak mengalah.

Shaf tersenyum, menggoda betul suaminya sekarang.

"Shaf buat apa kat luar ni? Kaki dah okey ke? Terseliuh tu." tanya Azreal mengingatkan isterinya mengadu terseliuh apabila ditolak Ashikin pagi tadi.

"Shaf bosan duduk atas katil aje," balas Shaf sambil memeluk leher Azreal.

"Please... jaga kesihatan and be careful," pinta Azreal sambil mengucup lembut kening isterinya.

"Abang, jangan goda Shaf sangat." Shaf bersuara apabila merasakan Azreal seperti seorang yang posessif. Dari semalam sehingga ke hari ini, suaminya itu melekat aje dia sebelah. Harini sahaja, banyak kata-kata manis yang keluar dari mulut Azreal. Pipi, dahi dan bibirnya selalu menjadi mangsa kucupan Azreal.

Azreal ketawa.

"How about you? 24 jam goda abang... macam sekarang." Bibir Shaf dikucup lagi. Makin lama makin tenggelam dalam emosi masing-masing.

"Shaf tak buat apa. Tapi kalau abang rasa tergoda..." Jarinya melukis di dada Azreal, sengaja menggoda.

"Shaf..."

"Hmm.."

Air liurnya ditelan kesat. Tidak terkeluar kata-kata dari bibirnya ketika ini.

Shaf faham dan tubuh Azreal dipeluk. "Err... Shaf period. Baru tadi."

Terdengar keluhan berat suaminya. "We should change the topics."

Shaf ketawa.

"Kenapa termenung kat sini? Tengahari, panas-panas macam ni," ujar Azreal.

"Pasal kakak."

"Fina?"

Shaf mengangguk.

Azreal tersenyum. "Kan abang cakap yang abang akan uruskan semua. Shaf tak perlu risau."

Tangan Shaf mengusap lembut bahu Azreal sebelum turun ke dada bidang suaminya. "Kesian abang, semua hal Shaf abang kena uruskan."

"Apa boleh buat, permaisuri hati abang selalu sedih. Abang tak sanggup nak tengok Shaf sedih lama-lama."

Shaf memeluk tubuh Azreal. "Dari kes dekat kolej, sampai ke family. Shaf lagi kesiankan abang."

Azreal tergelak kecil.

"Kalau kesiankan abang, Shaf jangan selalu sedih. I miss the old you. Nakal, suka goda abang, and call me daddy..." Telinga Shaf dkucup lembut membuatkan Shaf mengeliat geli.

"Abang..."

"Hurm."

"Ampunkan dosa Shaf tau."

Azreal mengerut. Tubuh Shaf direnggangkan.

THE FALLEN PRINCE ©Where stories live. Discover now