BAB 36

19.5K 1.5K 197
                                    

Azreal menyilangkan tangannya ke dada. Wajah bersih Shaf yang sedang tidur nyenyak dikatil dipandang lama.

"Aip! Mata tu jangan tenung sangat. Nanti jadi lain!" Aria menegur apabila perasan yang abang sulungnya tidak lepas memandang ke arah gadis di atas katil itu.

Azreal mengerut. "Sibuklah!"

Aria menjelirkan lidahnya ke arah Azreal. Tangannya juga sibuk menyimpan ubat-ubatan ke dalam bekas ubatan.

Aria bangun dan lampu bilik ditutup.

"Dah! Along tak nak balik bilik sendiri ke?" tanya Aria.

Azreal berdehem.

"Along nak turun bawah kejap, cakap dengan mak ayah," balas Azreal. Aria mengangguk faham.

"Nak kenalkan buah hati ke?" Aria tersenyum nakal.

Azreal mengetuk lembut kepala adik bongsunya. "Budak kecik tak boleh ikut campur!"

Aria mencebik sambil memegang kepalanya. "Budak kecik apanya, bakal isteri along tu lagi muda dari Aria tau!"

Azreal tergelak kecil. Dia hanya menggelengkan kepalanya sebelum melangkah turun ke ruang tamu. Kelihatan Haziq dan Shahrul sudah berada di ruang tamu. Ya, malam ini yang turun misi bersamanya adalah Tuan Haziq sendiri dan Shahrul.

"Tuan," tegur Azreal menyebabkan Haziq berpaling ke arahnya.

"Terima kasih untuk malam. Yang selebihnya, biar saya yang terangkan dekat mak ayah saya." Ujar Azreal memandangkan sudah pukul 4 pagi.

Haziq mengangguk faham. Dia sudah bangun dan Tengku Ahmad disalam menandakan mereka ingin mengundur diri.

Selesai sahaja menghantar Haziq pulang, Azreal berpaling ke arah Tengku Ahmad dan Engku Salmah.

"Along nak cakap sikit." Azreal bersuara.

"Duduk along," arah Tengku Ahmad.

Azreal melangkah mendekati ruang tamu semula dan duduk berhadapan Tengku Ahmad dan Engku Salmah.

"Anak siapa tu along?" tanya Engku Salmah. Risau apabila anak terunanya tiba-tiba pulang lewat pagi bersama seorang gadis.

Azreal menelan kesat air liurnya.

"Along nak kahwin." Azreal membalas.

"Dengan siapa? Budak perempuan tu?" tanya Engku Salmah.

Azreal mengangguk.

"Budak tu muda lagi along. Dia tahu ke latar belakang along? Masa silam along?" tanya Engku Salmah.

Azreal terdiam seketika.

"Along... nak jaga dia. Along nak jadikan dia isteri along." Azreal meluahkan isi hatinya.

"Ini sebelah pihak aje ke? Along aje yang nakkan dia atau macam mana?" Tengku Ahmad bersuara setelah lama mendiamkan diri.

"Insya-Allah, mutual ayah," balas Azreal.

"Kalau macam tu, tak apalah. Walinya macam mana?" tanya Tengku Ahmad. Kalau anaknya sukakan, dia mengikut sahaja.

"Abang! Budak perempuan tu kita belum-"

"Salmah..." Meleret panggilan Tengku Ahmad, cuba mengingatkan yang Azreal masih belum memaafkan mereka berdua sepenuhnya.

Engku Salmah terdiam sebelum mendengus perlahan.

"Hmm, teruskan." Tengku Ahmad bersuara sambil memandang ke arah Azreal.

"Wali ada. Tuan Haziq ada tolong cari dan kami dah jumpa. Kalau ayah dengan mak benarkan, along akan inform untuk proceed dan jemput dia masa akad nikah nanti," jelas Azreal.

Tengku Ahmad mengangguk faham manakala Engku Salmah pula sudah memicit kepalanya.

"Mak..." Azreal bangun dan duduk melutut dihadapan Engku Salmah.

"Mak, along tahu susah untuk mak terima orang luar yang along bawa balik secara tiba-tiba. Tapi, along nak mak tahu..." Azreal terdiam seketika. Tangan Engku Salmah dicapai dan dipegang lembut.

"Shaf dah tak ada siapa-siapa dah. Ibu, tempat yang sepatutnya dia mengadu nasib, tempat untuk dia dapatkan kasih sayang... dia tak ada, mak. Ibu sendiri yang dera dia, ibu sendiri yang seksa dia sampai macam ni. Keluarga tiri dia..." Azreal mengetap rahangnya. Tidak tahu hendak mula dari mana.

"Badan dia berlebam macam tu sebab ibu sendiri dengan keluarga tiri?" tanya Engku Salmah.

Azreal mengangguk perlahan.

"Shaf tak tahu along siapa. Shaf kawan dengan along dan terima along seadanya."

Engku Salmah dan Tengku Ahmad masih diam.

"Along merayu pada mak dan ayah... tolong restu hubungan kami. Bagi along kesempatan untuk jaga Shaf, lindungi Shaf macam mana ayah jaga mak sampai sekarang ni." Tangan Engku Salmah di kucup lembut.

"Tolong along untuk capai impian along sekarang ni."

"Impian?" tanya Tengku Ahmad.

Azreal mengangguk.

"Impian untuk bagi Shaf keluarga yang lengkap. Bagi Shaf kasih sayang seorang ibu dan ayah. Bagi Shaf seorang penjaga yang boleh jaga dia," terang Azreal.

Tengku Ahmad dan Engku Salmah terdiam.



Shaf membuka matanya. Rasanya, seperti sudah lama dia tidak tidur nyenyak seperti semalam.

"Dah bangun?" Satu suara menyapa menyebabkan Shaf berpaling.

Gadis itu tersenyum lebar sambil duduk di birai katil.

"Saya Aria, adik Azreal." Aria memperkenalkan diri apabila melihat Shaf seperti terpinga-pinga.

Mendengar nama lelaki itu, Shaf membuntangkan matanya.

"Tengku?!" tanya Shaf.

Aria mengerutkan dahinya. "Tengku? Tak adalah. Along tak suka orang panggil dia Tengku."

Shaf menggosok matanya berkali-kali sebelum tangannya diangkat ke depan. Tidak berikat?

"Ah, tangan Shaf tu, Aria dah letak ubat tapi akan ambil masa sikit sebab dah lama sangat terikat tu sampai berbekas. Tapi, harini okey tak? Badan ada sakit-sakit?" tanya Aria.

Shaf terdiam. Sakit? Masih ada.

"Bukan mimpi ke?" Shaf menggumam.

Pft! Aria tergelak kecil apabila melihat kelakuan Shaf yang terpinga-pinga. Dia berganjak dengan lebih dekat pada Shaf. Masih tidak hilang senyuman di wajahnya.

Shaf mengerut sebelum cuba untuk bangun dan bersandar sambil dibantu oleh Aria. Suasana bilik itu dipandang, terasa asing.

Krik... krik.. krik... janggal. Aria masih tersenyum lebar memandang ke arahnya.

"S-Saya Shaf. Shafiqah-"

"Shafiqah Amanda kan?" potong Aria, teruja.

Shaf mengangguk perlahan.

"Shaf ada pipi pau! Comel!" puji Aria.

Shaf terdiam. Tidak tahu hendak membalas apa. Dia tidak kenal gadis ini jadi agak janggal untuk bersuara.

"By the way, welcome to our family," ucap Aria.

Shaf mengerut. Ini ucapan alu-aluan ke?

"Aa...ehem, err..." Shaf teragak-agak.

"Cari along ke?" tanya Aria.

"A-Along?" tanya Shaf semula.

Aria mengangguk. "Azreal?"

Shaf menggigit bibirnya.

"Sekejap!" Aria bangun dari katil dan melangkah keluar.

Shaf mengeluh. Dia nak air, tapi Azreal pun bolehlah.

Seketika, matanya terbuka luas. Kalau Aria adalah adik Azreal, bermakna kejadian semalam bukanlah mimpi?!

THE FALLEN PRINCE ©Where stories live. Discover now