BAB 67

22.9K 1.6K 188
                                    

"Hello..." Suara serak Azreal menyapa orang yang memanggilnya.

"Hmm..." Shaf menggumam, masih tidur di dalam dakapannya. Azreal menarik selimut untuk menutup tubuh isterinya.

"Woi Kumis! Kau dah nak masuk dua minggu pujuk bini! Bila nak balik sini bangang?" bebel Firman.

"Entah! Ni, ada 3 botol acar yang dah terperap 2 minggu ni. Minggu depan nak kena export masuk penjara dah!" suara Izz menyapa.

Pft... Azreal ketawa perlahan. Wajah Shaf di sebelahnya dipandang dan rambutnya diraup ke belakang. Sibuk goda bini. Dah dapat, lupa pula ada kerja hakiki yang menanti.

"Seminggu dia tak layan. Baru 3 hari ni aje aku sempat nak manja-manja sebab dia dah maafkan aku," balas Azreal, perlahan.

"3 hari bana kau! Tak keluar bilik ke setan? Dah 5 hari, nak dekat dua minggu dah kau hilang tanpa khabar! Fil cakap, dah 5 hari kau tak keluar bilik, makan pagi pun dalam bilik!" Nesh menjerkah.

"Bodohlah angah!" maki Azreal.

"Pukul 10 kejap lagi, kau datanglah. Ni, dah dua minggu asyik dengar perempuan ni membebel. Aku tak pernah tengok bini aku hilang sabar dengan tahanan melainkan dekat bekas tunang kau ni." Ujar Izz.

"Dia buat apa?" tanya Azreal sambil mengalihkan tubuhnya agar isterinya selesa. Rambut Shaf diulas lembut. Pipi pau isterinya dicuit berkali-kali dengan senyuman.

"Dia buat apa? Dia asyik maki Shaf 24 jam tak berhenti. Lepastu, dia nampak Puan Hana datang base semalam dengan Cik Ain, tiba-tiba dia maki sundal. Kau tahu Athyra buat apa?" tanya Izz.

"..."

"Woi Kumis! Dengar tak aku mengadu ni?!" jerkah Izz, geram.

"Ha, dia buat apa?" tanya Azreal, malas nak melayan.

"Bini aku baling pisau dapur. Terpotong separuh rambut dia! Nasib baik bini aku tak pro sangat macam aku. Kalau aku pegang aje busur, sumpah Azreal... kau memang tak sempat nak ganyang dia, terus masuk neraka dah Si Chikindis tu harini." bebel Izz, geram.

"Hmm... kejap lagi aku sampai," balas Azreal.

"Kau jangan kejap-kejap... pukul 10 malam pula. Aku cakap pasal 10 pagi tau. Lagi 2 jam!" tambah Nesh.

"Ya... aku tahu. Aku bawa Shaf sekali," balas Azreal sambil mengucup dahi isterinya.

"Bagus! Bawa Fil sekali sebab aku janji nak belanja makan mee mamak Tesco dekat dia. Dia dah sudi jadi spy tak berbayar kami, sebab risau tak ada berita kau!" Firman bersuara.

"Hanat punya adik!"

"Kau patut bersyukur. Kami tahan diri sampai 5 hari dari call kau, tahu?!" bidas Nesh.

"A-ah! Kalau ikutkan kami, memang nak serb-"

Azreal terus meletakkan panggilannya. Makin dilayan, makin panjang bebelan mereka bertiga.

Wajah yang sedang nyenyak dalam pelukannya dipandang lagi.

Sepanjang beberapa hari ini, dia sudah tidak mendengar rengekan Shaf ketika tidur. Kalau tidak, ada sahaja perkataan yang keluar dari bibir isterinya seperti mengingau. Kadang-kadang menangis. Namun ketika isterinya terjaga, Shaf seolah-olah tenang dan hanya mengucap sahaja untuk menenangkan hati.

Dia sedar perkara ini, sejak mereka pulang dari hospital lagi, tapi Shaf ego. Meskipun ditarik ke dalam pelukannya, Shaf tetap berganjak menjauh dari Azreal. Mungkin menyalahkan dia kerana tidak menjawab panggilan hari itu.

Dia tidak keluar bilik bukannya apa. Dia meluangkan lebih masa dengan isterinya. Mendengar luahan Shaf mengenai kejadian malam itu, mendengar rintihan di dadanya yang sudah lama terbuku. Dia akui, sekiranya dia ditempat Shaf, kejadian hitam ini takkan berlalu dengan mudah dari hidupnya. Sudah berapa kali isterinya menjadi mangsa?

Kalau Shaf bilang semuanya kerana takdir dan nasibnya, namun bagi Azreal tidak. Dari Rizal, sehinggalah ke Ashikin... semuanya berpunca dari masa silamnya. Namun Shaf tetap menafikan. Dia yakin, apa yang terjadi padanya adalah jalan keluar buat Azreal dari masa silam. Jalan keluar untuk bersihkan nama Azreal.

Pipi gebu Shaf diulas lembut. Kalau sudah berkurang traumanya, Azreal bersyukur.

Shaf mengerut, rasa terganggu apabila pipinya dicuit berkali-kali. Terus dia mengalihkan tubuhnya ke arah lain, lebih selesa.

Azreal menjungkitkan keningnya. Lantas tubuhnya diganjakkan rapat ke belakang tubuh Shaf dan pinggang isterinya dipeluk kemas.

"Hmm..." Shaf menggumam, rimas. Tubuhnya diganjakkan menjauh, namun ditarik semula. Rapat ke tubuh hangat dibelakangnya.

Perlahan Shaf membuka mata. Rasa terganggu apabila pergerakkannya terbatas. Kepalanya dialihkan sedikit untuk memandang ke belakang.

"Abang..." Suara serak Shaf menyapa.

Azreal tersenyum. Godaan beginipun, salah satu penyebab kenapa dia tidak keluar bilik selama 5 hari.

"Morning your Highness," sapa Azreal.

Shaf ketawa kecil mendengar kata-kata suaminya."Morning Tengku."

"How your sleep? Nyenyak tak?" tanya Azreal sambil mengucup sekilas bibir lembut isterinya.

"Paling nyenyak bila tidur dalam pelukan abang," balas Shaf.

"Shaf nak cuddle berapa hari lagi dengan abang?" bisik Azreal.

Muka Shaf merah, lalu wajahnya disembunyikan di sebalik leher Azreal.

"Hmm... selagi abang free untuk temankan Shaf," balas Shaf, menggoda.

Azreal menjungkitkan keningnya. "Sebulan?"

"Tsk!" Shaf berdecit, bahu Azreal ditampar.

Azreal ketawa kecil. "Shaf goda abang sampai abang tak sedar dah 5 hari."

Shaf menguakkan matanya, kemudian berguling ke hujung katil. Telefon bimbitnya diambil.

"Hah?" Terkebil-kebil Shaf melihat skrin telefon bimbitnya.

Azreal ketawa. Ya, dia pun sama. Pagi, petang siang malam... asyik berkepit sahaja. Angau! Sampai lupa sudah beberapa hari berlalu.

"Tadi Subuh?" tanya Shaf.

"Dah sayang. Kita dah berjemaah sekali."

"Cepatnya masa berlalu!" Hampir terjerit Shaf.

"Shaf..." panggil Azreal sambil berganjak mendekati isterinya di birai katil.

"Hmm."

"Shaf..." panggil Azreal lagi.

"Hmmm?"

"Shaf."

"Apa abang?" tanya Shaf sambil mengalihkan tubuhnya menghadap Azreal.

"Now... I got all of your attention on me." Azreal menarik tubuh Shaf lebih rapat ke tubuhnya lalu bibir isterinya dikucup dalam.

"Hmm! Abang, Shaf dengar pukul 10 abang kena balik base!" Shaf menolak Azreal. Hari-hari jadi ulat bulu, penatlah dia hendak melayan.

Azreal mengeluh. Isterinya tahu rupanya.

"Itu boleh ditangguh. Yang tak boleh tangguh, projek besar dalam rumah ni!" balas Azreal.

"Projek apa?"

"Projek.... Little Tengku." Azreal tersenyum lebar apabila melihat wajah merah Shaf.

"Abang jangan nak mengada! Dah, Shaf nak bangun mandi! Tolong mak kat dapur," balas Shaf sambil kelam kabut dia bangun dari katil. Kalau tidak diambil kesempatan untuk melarikan diri sekarang ni, risau pula andai dia ditahan sebulan dengan Azreal. Azreal sekarang, bukan setakat pandai menggoda, malah lebih cekap kenakan dia dengan pelbagai teknik.

Azreal menggelengkan kepalanya. Baru nak kenakan Shaf.


THE FALLEN PRINCE ©Where stories live. Discover now