SPECIAL CHAPTER 1

19.2K 1.4K 124
                                    

Vroom! Vroom! Vroom! Bunyi enjin Audi R8 yang sengaja ditekan kuat memecah kesunyian taman perumahan elit itu. Azreal melangkah keluar dari kereta Audinya dan melangkah masuk ke dalam rumah.

Sudah 3 hari dia tidak pulang ke rumah gara-gara menghabiskan misinya bersama kumpulan Royal Elite. Tangannya yang berbalut akibat tercedera semasa misi dipandang sekilas, risau pula andai Shaf menangis melihat keadaannya walhal cuma terguris pisau belati sahaja ketika bergelut. Namun kebelakangan ini, begitulah reaksinya setiap kali Azreal cedera. Menangis! Menangis! Menangis! Terguris sedikit pun Shaf akan menangis, ditikam pun Shaf menangis, ditembak lagilah, meraung isterinya nanti.

Balutan ditangannya ditanggalkan, masih merah lukanya. Memang tidak boleh ditutup lagi. Azreal mengeluh. Ruang tamu rumah dipandang, sunyi!

"Shaf?" panggil Azreal.

"..."

"Princess?"

Sunyi. Azreal mengerut, tingkat atas dituju.

"Han?" Nama anak sulungnya diseru.

"...."

"Han..." panggil Azreal lagi sambil mencari di seluruh pelosok rumah.

"Papa," Suara kecil seperti berbisik menyahut panggilannya, Azreal berpaling. Si Kecil sedang tersengih sambil meletakkan jarinya ke bibir, meminta Azreal untuk senyap.

"Han, mana mama?" tanya Azreal.

"Shh..." balas Erhan sambil tangannya menggamit, memanggil Azreal.

Azreal mengecilkan matanya, kakinya melangkah mendekati Erhan yang berada di muka pintu bilik permainannya.

Azreal mencangkung dihadapan Erhan, pipi gebu anak sulungnya dicium lembut. Rindu!

Erhan tergelak kecil. "Papa ngat Han ni mama ke? (Papa ingat Han ni mama ke?)"

Azreal ketawa kecil. "Mana mama?"

"Cini papa. (Sini papa.)" Jari kelinking Azreal yang digenggam dan ditarik namun langkahnya terhenti.

"Papa, akit. (Papa, sakit.)" Tegur Erhan apabila melihat luka ditangan Azreal.

Azreal tersenyum. Kepala anaknya diusap lembut. "Tak sakit, cuma luka sikit aje."

"Akit papa. Ati mama nangis. (Sakit papa, nanti mama menangis.)"

Azreal ketawa kecil. Sudah tentu anak terunanya tahu tentang ini.

"For sure, she gonna cry. Tapi mama ada Han, boleh pujukkan. Ya tak?" balas Azreal.

"Han enat. Cik Han aje yang ujuk mama. (Han penat. Asyik Han aje pun pujuk mama," balas Erhan sambil menyilangkan tangannya ke dada, yakin.

Azreal ketawa lagi. Matanya ditekup, comel betul anak sulungnya. Pandai cakap, macam dia pula yang memujuk walhal setiap kali isterinya menangis, Erhan lebih banyak memerhati dari jauh. Dengan erti kata lain, tak nak masuk campur!

"Apa Han buat bila mama merajuk dengan papa?" tanya Azreal, sengaja menguji.

Erhan mencebik. Otaknya ligat berfikir, apa yang dia lakukan bila mamanya merajuk.

"Tak ada." Erhan menggelengkan kepalanya sambil tersengih.

Azreal ketawa.

"Jadi, Han yang pujuk atau papa yang pujuk mama selama ni?" tanya Azreal.

"Han ujuk. (Han pujuk.)" Balas Erhan, masih tidak mengalah. Dia berpaling dan jari kelinking Azreal digenggam erat. Kaki kecilnya melangkah masuk ke dalam bilik permainannya.

THE FALLEN PRINCE ©Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon