BAB 49

19.7K 1.5K 110
                                    

"Siapa tu Shikin?" tanya Engku Hamidah.

"Sedap suara penyanyi tu." Sambung Tengku Hamizan.

Shikin mendengus geram. "Papa, mama! Perempuan ni lah yang Shikin cakap tu! Psiko! Gilakan Azreal!"

"Hah?!" Engku Hamidah membuntangkan matanya.

"Tak guna betul." Ashikin mengetap rahangnya. Dari awal dia masuk sehingga sekarang, mata Azreal masih melekat pada Shaf!

"Cepatlah papa. Papa kena bincang dengan Tengku Ahmad malam ni juga pasal Shikin dengan Azreal!" pujuk Ashikin sambil memeluk lengan Tengku Hamizan.

"Ye lah, ye lah. Papa bincang dengan Tengku Ahmad." Balas Tengku Hamizan.

Ashikin tersenyum lebar.



Shaf mengibas wajahnya sebelum telapak tangannya menekup ke pipi. Malu!

Pasti ramai melihatnya di atas pentas tadi, tetapi matanya hanya fokus pada Azreal. Habis sahaja lagu nyanyian tadi, baru dia tersedar yang semua sedang memandangnya.

"Ya Allah Shaf, gelojoh la kau ni!" Shaf mengibas mukanya lagi. Tidak sangka yang dia telah termakan pujukan kawan-kawan Azreal.

"Fuh, tenang Shaf. Kau keluar and rilex aje." Shaf menggumam pada diri sendiri, cuba untuk bertenang.

Pintu tandas dibuka namun Ashikin sudah menunggu dihadapan pintu tandas. Shaf terkedu.

Shaf hanya menundukkan kepalanya sedikit dan melangkah melintas Tengku Ashikin namun rambutnya direntap menyebabkan Shaf terjerit.

"Tengku!" jerit Shaf.

"Kau memang tak tahu malu kan?" Ashikin mengetap rahangnya.

"Sampai sekarang, kau macam kucing kurap! Melekat 24 jam dekat orang yang tolong kau sebab kasihan!"

Shaf memegang rambutnya.

"Te-Tengku, lepaskan rambut saya dulu," pinta Shaf.

"Lepas?! Kau memang sial!" Rambut Shaf dilepaskan dengan kasar dan tubuh Shaf ditolak sehingga jatuh.

"Apa masalah tengku?!" tanya Shaf, geram.

"Apa masalah? Engkau tu yang bermasalah! Kau tak tahu malu! Berapa kali aku nak kena sedarkan kau yang kau tu tak layak dengan Azreal?!" tengking Ashikin.

"Kau ingat dengan pakai macam ni kau boleh tarik perhatian Azreal?! Kau tak ada beza dengan pelacurlah sundal! Goda orang dengan acah-acah pakai macam ni!" sinis kata-kata Ashikin.

"Saya tak ganggu Tengku pun!" marah Shaf. Dia bangun sambil membetulkan baju kebaya putihnya. Habis kotor!

"Ish! Kau nak aku cakap macam mana lagi nak bagi kau sedar perempuan?!" Ashikin hilang sabar.

Shaf mengerut. Layan salah, tak layan, salah!

Shaf berpaling, ingin melangkah pergi namun rambutnya direntap semula dan tubuhnya ditarik masuk ke dalam bilik air.

"Tengku!"

Ashikin mengambil paip dan dibuka. Lalu dibasahkan ke tubuh Shaf. Melekap baju kebaya putihnya ke tubuh.

"Shaf!" panggil Hana dan Ain serentak apabila melihat keadaan Shaf.

Ashikin menghentikan perbuatannya.

"Kau masalah apa sundal?!" jerkah Ain sambil menolak Ashikin sehingga belakang tubuhnya menghentam dinding dengan kuat.

"Auch!" Ashikin mengaduh kesakitan.

THE FALLEN PRINCE ©Where stories live. Discover now