BAB 69 (TW)

23.1K 1.7K 286
                                    

Dari pintu besar pangkalan lagi, mereka sudah mendengar suara ketawa dari luar. Memang meriah.

Shaf membuka pintu dan melangkah masuk, namun kakinya terhenti.

"Ya Allah," ucap Fina, sambil tubuhnya terganjak ke belakang, namun sempat disambut Israfil yang berada di belakangnya.

Shaf mengemam bibirnya dan memandang ke arah Fina dan Fil.

"Erm... kalau kakak dengan Fil okey, kita masuk ke dalam," ujar Shaf.

"F-Fil okey," balas Israfil sambil menelan kesat air liurnya.

"Kakak?" tanya Shaf, namun bibir Fina sudah pucat.

Shaf menggigit bibirnya. "Kalau tak boleh nak tengok benda ni, Shaf hantar kakak balik bilik?"

Fina menggeleng kepalanya. "Azreal cakap ada hal nak bincang. Akak kena join korang."

"Shaf, Fina, Fil..." panggil Azreal apabila melihat mereka bertiga di hadapan pintu.

Mereka berpaling.

"Abang, boleh tutup kepala Rizal?" tanya Shaf, polos.

Tersedak Firman dan Izz mendengar permintaan bersahaja dari Shaf.

"Eh, buat apa tutup. Buang terus biar tak nampak," ujar Nesh, selamba.

Pft! Rayden dan Shahrul ketawa.

"Kau cakap pandai, kang aku buat betul... kau dulu yang lari," bebel Shahrul. Terus Nesh mencapai spek mata berbentuk Love di dalam lacinya.

"Aku dah sedia," balas Nesh, selamba menyebabkan mereka ketawa.

"Abang, please... Kak Fina tak boleh tengok," pinta Shaf lagi.

Azreal mengangguk faham, lalu kepala Rizal ditutup.

"Hidup lagi ke?" tanya Israfil sambil melangkah mendekati Azreal.

"Cuba kau potong kaki dia, tengok dia menjerit ke tak." Seloroh Firman.

"Excuse me?!" Fina mengerling geram menyebabkan Firman ketawa kecil. Hal nyawa, boleh pula lelaki itu berseloroh.

"Chill, Fil takkan buat," balas Firman, yakin.

"Arghh!" Tiba-tiba Rizal menjerit menyebabkan mereka berpaling.

Israfil tersengih. "Fil sagat sikit aje, nak test."

Azreal menggelengkan kepalanya. Sikit apanya kalau ditikam lengan lelaki itu dengan pisau rambo.

"Fil, you shouldn't act like that!" Azreal memberi amaran, risau andai adiknya terikut perangai gila mereka.

"Ops! Okay." Israfil meletakkan semula pisau rambo di tangannya ke atas meja. Dia melangkah ke belakang Shaf dan Fina.

"Nak settlekan kes ni dulu. Fina, kami ingat nak bawa kes ni ke mahkamah, tapi Inspektor Affan dah datang tengok keadaan Rizal and dia rasa tak perlu bawa Rizal ke mahkamah lagi. Sama ada matikan terus atau... simpan Si Setan ni sampai reput aje," jelas Azreal.

Fina terdiam. Ya, dia nampak keadaan Rizal. Mulutnya yang terkoyak seperti dijahit semula, dengan mata putih berdarah, badan lebam-lebam. Tak termasuk lagi, kakinya seperti patah kerana jelas-jelas tulang kaki itu terkeluar sedikit daripada isi. Mengenangkan pandangan pertamanya tadi, dia rasa seperti ingin muntah. Bagaimana lelaki ini boleh bertahan?

"Fina?" panggil Azreal apabila tiada respon.

"I-I.. I-I... Uwek!" Terus terkeluar isi perutnya. Ingatan Fina tentang keadaan Rizal terlalu menjijikkan. Kalau terbayang aje, terus rasa nak muntah.

THE FALLEN PRINCE ©Where stories live. Discover now