BAB 9

18.6K 1.4K 65
                                    

Shaf berjalan laju meninggalkan Azreal di belakang manakala Azreal pula terpaksa berlari anak untuk mengejar langkah gadis di depannya itu.

Dia tahu, Shaf pasti merajuk dengannya soal tadi. Tapi apa yang yang dia beritahu Shaf juga benar, gadis itu layak bersama dengan orang yang lebih baik.

"Cik Shaf!" Lengan gadis itu ditarik ke tubuhnya menyebabkan Shaf terganjak ke belakang menghempap tubuh sasa Azreal.

Shaf mengetap rahangnya dan berpaling ke arah Azreal.

"Nak ke mana laju sangat? Sini jalan besar, sibuk. Tengok kiri kanan dulu." tegur Azreal, risau.

Shaf terdiam kerana jarak mereka terlalu rapat.

"Saya tahu Cik Shaf marah tapi saya harap Cik Shaf boleh bagi kerjasama dengan saya supaya saya boleh lakukan tugas saya sebagai pengawal peribadi Cik Shaf dengan baik hari ni." Azreal bersuara perlahan.

Shaf menjarakkan tubuhnya.

"S-Shaf nak tengok basketball. Dah nak mula," jelas Shaf sambil matanya memandang ke arah seberang jalan sana.

Azreal memandang ke hadapan, suasana gelanggang itu sudah bising dan dipenuhi orang.

Azreal mengangguk faham.

"Jalan tu kena berhati-hati walaupun kejar masa, gelanggang tu tak lari pun," balas Azreal sambil tangannya turun memegang tangan Shaf dan ditarik mendekati lampu isyarat di sebelah kirinya.

Menyerbu darah ke muka Shaf apabila tangannya digenggam oleh tangan besar Azreal manakala Azreal pula masih tenang dan butang melintas ditekan.

Elok sahaja lampu berubah ke warna hijau, Azreal menarik tangan Shaf untuk melintas bersamanya. Namun, ketika sampai ke seberang, tangan Shaf dilepaskan.

Shaf memuncungkan bibirnya dan pandangannya ditundukkan ke bawah. Dia lupa yang Azreal menolak cintanya tadi.

Bam! Dahinya menghentam belakang Azreal secara tiba-tiba. Shaf berkerut sambil memegang dahinya.

"Kenapa Abang Azreal berhenti tiba-tiba?" tanya Shaf.

Azreal mengerut. "Saya dari tadi tanya Cik Shaf, kumpulan Cik Shaf yang mana? Takut salah masuk pintu."

Shaf menggigit bibirnya. Ah, dia hilang fokus tadi, memang patut soalan Azreal tidak berbalas.

"Sana yang baju hitam tu," balas Shaf sambil jarinya ditundingkan kearah satu pasukan lelaki yang segak berjersi hitam putih itu.

Azreal mengangguk faham. Lalu dia membuka ruang untuk gadis itu berjalan dahulu, baru dia akan mengekori Shaf di belakang.

Masuk sahaja ke kawasan gelanggang, matanya menangkap Aiman yang segak berbaju jersi hitam tanpa lengan dan seluar pendek. Bergaya sungguh Tuan Aiman kalau bersukan ni.

"Shaf!" jerit Ain apabila matanya menangkap sosok Shaf dan Azreal yang sedang mencari tempat duduk.

Ain melambai ke arah mereka apabila Shaf berpaling. Dua tempat duduk kosong disebelahnya ditunding menandakan dia berjaya menyimpan dua tempat kosong untuk Shaf dan Azreal.

Shaf melambai kembali sambil melangkah mendekati Ain. Azreal juga mengikuti Shaf namun bahunya ditepuk dari belakang.

Azreal berpaling, wajah Aiman menyapanya.

"Tuan Aiman," sapa Azreal.

"Kau pernah main basketball?" tanya Aiman.

Azreal menjungkitkan keningnya. "Dulu tu, adalah."

"Means pernah mainlah kan?" tanya Aiman, menginginkan kepastian.

Azreal mengangguk.

"Good! Then kau join team kami sebab kurang sorang," balas Aiman.

THE FALLEN PRINCE ©Where stories live. Discover now