BUKAN KERANA DIA [COMPLETED]

By TheAyraa

104K 12.9K 934

š…šˆš‘š’š“ š’š„š‘šˆš„š’ | š…ššš¬š”ššš«š¢š§šš š‡ššš®š«šš'š¬ š¬š­šØš«š² FASHARINA HAURA - Dia bukanlah seperti... More

AUTHOR
PROLOG
BAB 1 | RAYYAN
BAB 2 | FAHRIN
BAB 3 | RAYUAN
BAB 4 | KENANGAN LALU
BAB 5 | PUJAAN RAMAI
BAB 6 | SENTIASA BERSAMA
BAB 7 | MAAFKAN SAYA, FASHA
BAB 8 | JANJI TEMU
BAB 9 | PERGI
BAB 10 | DIA LAGI?
BAB 11 | ANNOYING
BAB 12 | JAUH
BAB 13 | KEPUTUSAN
BAB 14 | LAWAN
BAB 15 | DI HOSPITAL
BAB 16 | TEKAD
BAB 17 | LOSER
BAB 18 | LEADER
BAB 19 | ACCEPTED
BAB 20 | DANIAL SI BEKU
BAB 21 | HANCURNYA HATI
BAB 22 | PROTES
BAB 23 | BUKAN SESIAPA
BAB 24 | KUSUT
BAB 25 | UIAM
BAB 26 | AGAIN
BAB 27 | MR. TENGKU
BAB 28 | DOA
BAB 29 | ORIENTASI
BAB 30 | NIAT
BAB 31 | PENGORBANAN
BAB 32 | HUKUMAN
BAB 33 | SEMPURNA
BAB 34 | PARIS
BAB 35 | GILA
BAB 36 | RAHSIA
BAB 37 | KEM
BAB 38 | MAAFKAN AKU
BAB 39 | DENDAM
BAB 40 | HASUT
BAB 41 | AL-HIN
BAB 42 | SAKIT
BAB 43 | JAWAPAN
BAB 44 | PETI KECEMASAN
BAB 45 | CINTA SEMENTARA
BAB 46 | DUGAAN
BAB 47 | KEBENARAN TERUNGKAP
BERITA šŸ”ˆ
BAB 48 | BENCI
TRAILER
BAB 49 | SESAL
BAB 51 | KENAPA AKU?
BAB 52 | KELUARGA
BAB 53 | PERINGATAN
BAB 54 | MAWAR
BAB 55 | PUJUKAN TUHAN
BAB 56 | BUKAN DIA
BAB 57 | BUKAN TERBAIK
BAB 58 | BAYANGAN
BAB 59 | PENGAKHIRAN
BAB 60 | ANAK SYURGA
EPILOG
TINTA AKHIR
RAHSIA SEBUAH HATI
TRAILER RSH

BAB 50 | HANYA DIA

1.3K 145 45
By TheAyraa

"Only Allah knows the million tears hidden behind or fake smile."







•¤•








AIR MATA semakin lebat mengalir ke pipi Sarah. Selesai sahaja pengebumian Syuhada, abah dan uminya, dia terus pulang ke rumah bersama mak saudaranya lantas dia masuk ke dalam bilik dan mengasingkan diri daripada orang lain.

Biliknya dibiarkan gelap. Langsung tidak ditarik langsir yang menjadi penghalang cahaya mentari memasuki biliknya. Diratapi hatinya yang bersedih akibat pemergian orang yang sangat-sangat dia sayangi.

"Arghh! Kenapa! Kenapa! Kenapa Engkau tarik nyawa umi dan abah! Kenapa Kau tak tarik nyawa kakak seorang sahaja! Engkau sengajakan nak biarkan aku hidup keseorangan! Adakah ini adil bagiku Ya Allah!" raung Sarah sekuat hati.

Habis ditolak semua barang yang ada di atas meja. Pasu bunga kecil yang berada di atas meja terus pecah dihempas ke lantai. Dia menjerit sekuat hati, melepaskan rasa sakit dan perit yang terbuku di dada.

"Arghhhh! Aku benci kau, Syuhada! Disebabkan kau, umi dan abah mati! Sebab kau! Sebab kau!" Gambar Syuhada dikoyak sehingga menjadi cebisan-cebisan kecil.

"Kenapa kau seorang je yang nampak baik di mata semua orang? Umi dan abah banyak puji kau! Sanjung kau! Sehingga dia orang lupa aku pun anak mereka! Aku pun ada hati dan perasaan! Aku ingatkan bila kau dah kena jual dan mati, aku akan dapat perhatian umi dan abah, tetapi kau pula yang menyebabkan dia orang mati! Argghhh!"

Rambutnya ditarik sekuat hati, melepaskan rasa amarah yang semakin menggunung tinggi. Dia terus jatuh terduduk. Pisau kecil yang berada di sisinya diambil lalu didekatkam ke pegelangan tangan lalu ditoreh berulang kali bersama air mata tangisan! Biarlah, dia sudah tiada apa-apa di dunia ini! Lebih baik dia mati sahaja!

Puan Hanani yang baru sahaja masuk ke dalam bilik itu terus membulat matanya. Laju sahaja dia menerpa ke arah Sarah.

"Sarah! Apa yang kamu cuba buat ni! Jangan jadi bodoh!" kata Puan Hanani yang merupakan ibu saudara Sarah.

Pisau yang pada mulanya ada di tangan Sarah kini beralih ke tangan Puan Hanani. Dilempar pisau itu sejauh yang mungkin. Sarah yang berada di dalam pelukan mula meronta.

"Lepaskan aku! Lepaskan! Biarkan aku mati sekali! Aku dah tak ada sesiapa di dunia ni! Jadi, lebih baik aku mati je!" raung Sarah.

Pang!

Jeritan Sarah terus terhenti. Dipandang ibu saudaranya itu dengan pandangan yang tidak percaya. Bibirnya terus mengukirkan senyuman sinis.

"Macam ni ke cara yang akan mak ngah layan Sarah bila Sarah tinggal dengan mak ngah? Macam ni ke!" tengking Sarah.

"Kamu jangan biadap! Ingat sikit yang aku bela kaupun sebab harta je! Menumpang dalam rumah aku! Kalau bukan disebabkan duit, memang dah lama aku buang kaulah!" kata Puan Hanani dengan wajah yang garang. Sarah mengangguk.

"Oo sebab harta. Tak sangka yang mak ngah ni kaki kikis. Patutlah kahwin dengan orang kaya je. Dan sampai sekarang tak ada anak. Kenapa? Mandul ke? Ataupun kau sengaja tak nak ada anak supaya kau boleh bolot semua harta pak ngah? Pak ngah tahu tak tentang ni? Kau dan aku, kita serupa je," ujar Sarah dengan sinis.

Sekali lagi Puan Hanani mahu menampar Sarah tetapi pantas gadis itu menepis tangan wanita itu. Puan Hanani mendengus lalu bangun berdiri. Sarah dijeling tajam.

"Turun sekarang! Bakal abang ipar tak jadi kau tengah tunggu dekat bawah. Cepat dan jangan buat benda bodoh lagi!" kata Puan Hanani lalu pergi.

Sarah mencebik. Diambil tudung sarungnya lalu dia masuk ke dalam bilik air. Dibersihkan darah yang sudahpun keluar daripada tangan. Nasib baik, urat nadinya tidak terputus. Kalau tidak, pasti ke nerakalah dia selama-lamanya.


•¤•







LANGKAH dibawa perlahan menuruni anak tangga. Fahrin yang termenung di ruang tamu itu dikerling Sarah. Sampai sahaja di hadapan Fahrin, Sarah terus menegur.

"Abang? Abang nak jumpa Sarah ke?" tanya Sarah. Dia melabuhkan duduk berhadapan dengan Fahrin yang turut kelihatan sedang bersedih. Jejaka itu hanya mengukirkan senyuman nipis.

"Hmm ya," kata Fahrin.

"Mak dan ayah abang dah balik?" tanya Sarah.

"Sudah." Sarah sekadar mengangguk. Susana kembali sunyi antara mereka. Mereka langsung tiada idea untuk meneruskan perbualan. Tidak semena-mena, Sarah menangis. Fahrin terus mengangkat kepala.

"Sarah? Kenapa ni?"

"Maafkan Sarah, abang. Kalau bukan disebabkan Sarah tak ajak abang pergi keluar, semua benda ni tak kan terjadi. Kakak akan selamat. Umi dan abahpun akan selamat. Maafkan Sarah, abang. Disebabkan Sarah, abang telahpun kehilangan kakak. Maafkan Sarah, abang. Maafkan Sarah..." kata Sarah bersama air mata yang asyik mengalir.

"Sarah, semua ini takdir yang telahpun Allah tulis sejak azali lagi. Kita sebagai hamba jangan sesekali mempertikaikan. Setiap yang hidup pasti akan mati. Dah memang ajal Syuha, umi dan abah. Kita sebagai manusia wajib redha. Semua yang berlaku ni, bukan salah Sarah mahupun pejahat tu. Tetapi semua ini memang ditakdirkan sebegitu."

Sarah hanya menganggukkan kepala lalu bibirnya mengukirkan senyuman nipis. Fahrin turut membalasnya.

"Sarah... Sarah dah tak ada umi, abah dan kak Syuha. Mesti semua ni beratkan bagi Sarah? Kehilangan Syuhada pun terasa amat berat bagi abang. Sebagai seorang bakal abang ipar Sarah, abang tak sanggup biarkan Sarah seorang diri. Abang tak sanggup mencintai orang lain selain Syuha. Abang akan rasa serba salah apabila abang mengkhianati cinta Syuhada dengan mencintai orang lain. Kalau boleh, hanya Syuhada saja yang ada di dalam hati abang. Sampai abang mati. Tiada seorangpun yang layak menggantikan tempat Syuhada, Sarah," kata Fahrin.

Sarah yang mendengar sudahpun mengetap bibir. Bernanah telinganya mendengat pengakuan cinta lelaki itu kepada arwah kakaknya itu. Sudah matipun masih disayangi!

"Kalau Sarah setuju, kahwin dengan abang." Kata-kata Fahrin membuatkan Sarah terkejut. Dipandang wajah lelaki itu dengan pandangan yang tidak percaya. Pada masa yang sama, dia turut teruja dan gembira.

"Apa? Apa abang cakap tadi?"

"Kalau Sarah sudi, abang nak kahwin dengan Sarah," kata Fahrin. Sarah menahan senyum. Dijayakan juga lakonan yang menunjukkan dia berada dalam kesedihan.

"Tapi, kenapa? Macam mana dengan arwah kakak? Abang kata abang tak nak khianati kakak dengan mencintai orang lain," kata Sarah.

"Ya, memang. Tapi, Sarah kan adik arwah Syuhada. Personaliti Sarah dan Syuhada pun hampir sama. Baik, sopan dan menutup aurat sama seperti Syuhada. Kalau abang kahwin dengan Sarah, abang akan terasa seperti Syuhada yang berada di sisi abang. Abang akan terasa seperti abang mencintai Syuhada. Lagipun Sarah kan dah tak ada sesiapa. Jadi,  izinkan abang jaga Sarah demi Syuhada."

Bibir Sarah terus mengukirkan senyuman. Air mata palsunya sudahpun mengalir keluar. Hatinya ketawa besar, meraikan kemenangan terbesar dalam hidupnya.

"Kalau dengan cara ini akan membuatkan abang dan arwah kak Syuhada gembira, Sarah sanggup abang. Demi kakak," kata Sarah lagi.

'Bagus juga kalau umi dan abah mati! Kalau mereka masih ada sekarang, umi dan abah pasti melarang! Mereka pasti akan kata aku tak layak untuk Fahrin! Huh! Kau nampakkan, kakak? Aku berjaya rampas kebahagiaan kau! Menangislah kau di sana!' monolog Sarah.

Hatinya yang hitam membuatkan syaitan bersorak gembira. Akhirnya, berjaya ditawan seorang lagi manusia dengan hanya melemparkan hasad dan dengki kepada kaum kerabat sendiri. Disebabkan terlalu mengikut kehendak nafsu dan duniawi, manusia itu sendiri sudah lupa dengan penjanjian yang sudah dibuat Azazil, akan disesatkan semua manusia agar menjadi pengikutnya di neraka!

Dan pada akhir zaman inilah yang sering kita dapat saksikan dalam kalangan anak muda mahupun dewasa yang sudahpun mulai lupa asal-usul sendiri.










•¤•







GAMBAR Fasha yang berada di tangan Sarah dibelek-belek bersama senyuman sinis yang terukir di bibir. Hujung rambutnya yang diwarnakan dengan warna perang digulung dengan jari telunjuk.

Arak yang berada di dalam gelas kaca terus diteguk perlahan. Sarah menjilat bibir, memastikan tidak ada sedikitpun wain ros itu bersisa di bibirnya. Inilah minuman yang paling lazat dia pernah minum. Gambar Fasha tadi ditenung Sarah lalu dikoyak dengan perasaan yang penuh dengan amarah dan dendam.

"Arghh! Tak guna! Lepas Syuhada, perempuan ni pula yang jadi pengacau hidup aku! Memang Tuhan tak pernah langsung berikan aku bahagia kan? Adakah ini yang Engkau katakan Kau Maha Adil? Kau langsung tak adil! Kau tak pernah berikan aku bahagia dan semua perkara yang aku mahukan dalam dunia ni! Jangan salahkan aku kalau aku jadi macam ni! Semua ini disebabkan Kau!" Sarah membentak keras. Habis ditolak botol wain besar itu jatuh ke lantai sehingga pecah berderai.

Orang ramai yang berada di kelab malam itu hanya mengerling dan menyambung semula aktiviti mereka. Sarah hanya buat tidak peduli. Nombor seseorang terus didail Sarah. Panggilan bersambung.

"Hello? Aku nak kau jalankan kerja kau sekarang juga! Biarkan perempuan tu terseksa dan merana! Aku akan bayar kau nanti!"
















Ya Allah, apa yg Sarah nak buat kat Fasha lagi niii?? 😖

Haish yg Fahrin ni pun satu! Bukalah mata tu! 😶

Continue Reading

You'll Also Like

48K 1.4K 34
New version ! HAURA KHUMAIRA & AIDEN ElHAQ START : 2.12.2023 END : 7.5.2024
901K 36.7K 101
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
9K 475 22
Aryan Zihni, nama yang diberi merangkap pangkat Leftenan Komander yang berkhidmat di dalam pasukan elit TLDM, PASKAL. Mempunyai personaliti yang rian...
30K 1.1K 24
Kembar ini terpisah 20 tahun yang lepas . Tengku Adam Mukhriz dan Tengku Hawa Maya terpisah kerana penceraian ibubapanya , Tengku Mukhlis dan Puan Ma...