𝙍𝙞𝙣𝙩𝙞𝙝𝙖𝙣 𝙈𝙚𝙡𝙤𝙙𝙞...

By syafasuha

252K 9.2K 545

Seteguh manapun sesebuah cinta itu andainya salah seorangnya tidak memperjuangkannya maka tiada apalah erti c... More

RINTIHAN MELODI RINDU
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 61
BAB 62 ( END)
NOTA

BAB 60

4.4K 89 4
By syafasuha

Aku pandang wajah Faiq, bibirnya tak pernah lekang dengan senyuman setelah beberapa minggu sedar.

"Asyik senyum aje kenapa?" Aku pandang Faiq.

"Entahlah, tapi hati ini rasa bahagia aje. Bahagia sangat tengok sayang." Faiq dah mula perangai manjanya. Tak padan dengan keadaan berbalut sana sini nak menggatal.

"Mana boleh sayang. Kitakan belum kahwin Bie." Aku membalas menggunakan nama panggilan manja masa jadi suami isteri dulu. Mata kami bertaut kemudian masing-masing berderai ketawa. Tiba-tiba Faiq mengaduh sakit.

"Awak tak boleh gelak kuat sangat kan sakit lagi tu. Kat mana sakit." Aku mula membebel sambil menengok kat mana bahagian yang sakit.

Faiq menunjukkan dadanya. Kemudian keningnya diangkat berkali-kali.

"Sakit rindu, rindu dengan Esha. Jomlah kahwin cepat. Tau tak masa Esha bisik panjang lebar dekat telinga tu. Semuanya saya dengar. Saya separa sedar masa tu bila aje perkataan kahwin disebut apa lagi makin kuat semangat nak bangun sebab nak kahwin dengan awak." Faiq tersengih-sengih.

"Gatal!" Aku mencubit lengan Faiq.

"Aduh sakit!" Faiq mengaduh lagi. Kali aku terasa serba salah. Lupa pulak mamat ni tengah sakit.

"Anak kita mana?" Soal Faiq lagi.

"Adalah dekat rumah tu. Yang jauh jugak ditanya. Habis yang kat depan ni tak nak tanya ke?" Aku mencebikkan bibir.

"Awak tu ibunya, kita rindukan anaknya."

"Kalau macam tu ibunya nak baliklah. Biar bapaknya makan sendiri tak pun suruh nurse tu suap." Aku menjeling Faiq makin mengada-ngada.

"Betul ni, tak apa ibunya. Kat sini nurse lawa-lawa. Kalau ibunya tak cemburu tak apa." Faiq ni sejak sedar koma makin menjadi-jadi gurauannya.

"Macam tu kahwin dengan nurse tu." Aku mula bangun untuk pergi. Faiq sudah menahan.

"Janganlah marah. Saya gurau aje. Tak kesian ke saya ni dahlah sakit. Bertambah pulak sakit rindu." Faiq mula bermanja.

"Macam tu kenalah sihat cepat-cepat faham? Sakit rindu konon." Aku mula menyuapkan bubur ke mulut Faiq. Faiq mengangakan mulutnya.

"Saya nak tanya macam mana awak boleh accident? Macam mana arwah Pak Salim ada dengan awak? Awak tau tak lepas Ryana cakap awak dalam kritikal. Jantung saya rasa dah nak berhenti berdegup tau tak."

"Sayang lagi rupanya Esha dengan saya ya? Ingatkan dah tak cintakan kita. Ingatkan tak kesah kalau kita meninggal ke." Faiq mula mencebikkan bibirnya sambil memandang arah lain.

"Janganlah cakap macam tu dah, Esha tau Esha salah. Ego, Esha tertekan. Tapi akhirnya ego itu memamah diri Esha sendiri. Maafkan Esha okey?"

"Kitakan dah janji akan mulakan hidup baru dengan anak kita. Saya tahu saya salah sebab ambil anak kita masa itu tanpa izin awak. Memang patut pun kena maki hari itu." Ujar Faiq menatap wajahku.

Aku ketawa kecil.

"Berbalik pada soalan, macam mana kronologi awak dengan arwah Pak Salim boleh kemalangan?" Aku menyoal kembali.

"Esha dah macam penyiasat pulak. Okeylah macam ini. Petang itu saya nak bawak diri balik. Kebetulan masa nak balik tu terserempak dengan Pak Salim yang jalan kaki sorang-sorang. Dia kata nak pergi hospital. Saya pun tumpangkan. Dia sembanglah dia ni lemah semangat sikit. Jantung dia pun ada masalah. Masuk pulak cerita anak tunggalnya yang perempuan sakit kanser usus. Tiba-tiba ada pemandu ni bawak kereta macam orang gila agaknya orang mabuk kot." Panjang lebar Faiq bercerita.

"Cuma saya terkilan... Pak Salim meninggal dunia. Saya nampak mata dia. Dia sayangkan anaknya. Kalau boleh sesaat dia tak nak berpisah dengan anaknya. Kasihnya seorang ayah itu menyentap hati saya. Saya terfikir macam mana dengan nasib anak tunggalnya yang sakit." Faiq menjadi sebak.

"Maafkan saya, sebab pisahkan Ariz dengan awak. Saya tak ada niat nak pisahkan awak dengan Ariz. Tapi disebabkan keadaan kita macam ni saya...." Tubir mataku mula bergenang.

"Tak perlu nak jelaskan, saya faham."

"Anak Pak Salim. Azah namanya. Budak tu muda lagi. Budak tu masuk rumah anak yatim dengar cerita." Aku menjelaskan keadaan nasib anak arwah Pak Salim.

"Nanti saya nak jumpa Azah. Saya nak melawat dia." Faiq berkata.

Aku mengangguk perlahan.

"Lepas keluar dari hospital kita terus nikah nak?" Faiq mula bersuara kembali.

"Eh, cepatnya." Aku mengerutkan dahi.

"Please, Saya rindu nak bermanja ni." Rayu Faiq. Aku tersenyum tapi tiba-tiba senyumanku mati kerana teringatkan sesuatu.

"Mama restu ke kalau kita bersatu kembali? Bukan mama awak kata kalau awak tak kahwin dengan Ratna. Mama takkan halalkan susu yang pernah dia beri. Saya tak nak awak jadi anak derhaka Faiq. Saya akan membantah kalau mama awak tak setuju. Ini soal restu. Kalau hati ibu tak redha bila kita bersatu nanti macam-macam dugaan lagi kita kena hadapi." Aku menerangkan pada Faiq. Wajah Faiq berubah menjadi sedih.

"Mama dah berubah, mama sedar mama tersilap langkah. Saya dah mintak restu mama untuk kahwini awak. Mama hanya angguk. Dia kata demi kebahagiaan anaknya dia hanya akur cuma dia hanya pinta supaya awak maafkan segala kesalahannya selama ini. Saya tahu sukar awak nak maafkan kesalahan mama saya. Itu terserah buat awak. Kalau mintak saya melutut pada awak untuk kemaafan buat mama macam mana arwah Feiqah buat. Saya sanggup buat. Saya tak nak mama terseksa di sana. Mama dah bertaubat dari perbuatan syiriknya sebelum ini. Syukurlah Tuhan bagi masih kita peluang."

Aku pandang wajah Faiq yang masih pucat.

"Melututlah kalau nak kena cubit. Saya dah maafkan segala kesalahan mama awak. Semua orang berhak diberi peluang. Tak guna saya berdendam sebab tak beri hasil apa pun. Kesudahannya dendam itu yang memakan diri." Aku tersenyum walaupun sukar untuk dimaafkan perbuatan itu. Tapi siapa aku untuk terus berdendam sedangkan tuan badannya sudah meminta maaf dan telah menerima balasan yang setimpal.

"Terima kasih, sebab sudi terima saya kembali." Ucap Faiq.

******

Beberapa bulan kemudian....

Dengan sekali saja lafaz akad yang baru. Lelaki bernama Faiq Aiman sah menjadi suamiku semula. Inilah yang dinamakan jodoh sejauh manapun kita terpisah akhirnya kita bersatu kembali. Saat selesai bernikah. Kami terus berpelukan. Saling melepaskan rindu.

Ya Allah, inilah lelaki sebenar yang ku cintai. Ku rindukan pelukan hangatnya. Aku rindukan kasih sayangnya. Aku rindukan segala-galanya tentang dia. Faiq mencium dahiku. Air mataku mengalir deras. Bahagia teramat sangat. Akhirnya kebahagiaan menjadi milik kami berdua. Eh bukan berdua tapi bertiga. Lupa pulak dah ada anak ops!

Setelah kami meleraikan pelukan. Aku nampak Along memerli.

"Sudahlah tu Esha, taulah baru kahwin tak payahlah menunjuk sangat."

Aku ketawa mesti kes cemburulah tu. Iyalah Kak Seri semasa mengandung kali ini alahan teruk sangat sampai Along dah mendekati pun tak boleh. Mana taknya, Kak Seri tak tahan bau badan Along. Nak kata busuk tak jugak tapi itulah pembawakan budak-budak nak tak nak Along kena redha ajelah.

"Kot ya pun komer takkan dah lupa anaknya?" Angah mula menyelit sambil mengejar Faiq yang dah berlari pantas. Akhirnya Angah dapat melihat kami bersatu semula.

"Bie, tengok anak kita kemain laju dia berlari." Aku tergelak melihat kegigihan Angah mengejar.

"Rindu panggilan tu." Faiq berkata dengan muka yang nakalnya.

"Mengada!" Aku yang masih memeluk pinggang Faiq terus mencubit. Faiq mengaduh kesakitan.

"Ryana mesti marah sangat dengan Esha sebab tu dia tak sudi nak tengok kita kahwin. Esha tau ego , Esha tak dengar cakap dia. Ryana mesti dah tak sudi nak kawan dengan Esha." Dalam hati aku terselit kesal kerana Ryana tak datang majlis aku.

"Janganlah cakap macam tu. Mana tahu dia sibuk." Faiq memujuk.

"Tak payahlah nak sedapkan hati Esha. Ryana memang dah tak nak kawan dengan Esha. Puas Esha minta maaf tapi dia tak layan."

"Memandai aje kau kata Ryana tak sudi datang habis kat belakang kau ni siapa?" Aku cukup kenal suara itu. Itulah suara kepoh milik Ryana.

Aku pandang belakang. Aku lihat Ryana tersenyum memandangku tanpa banyak kata aku terus memeluk erat tubuh Ryana.

"Aku ingat kau dah tak sudi nak kawan dengan aku! Aku sayangkan kau Ryana! Dari kau pekat loghat utagha kau sampailah kau dah hilang loghat tu." Aku menangis sambil memeluknya. Kemudian kami meleraikan pelukan.

"A'ah kan aku sejak dah berlaki ni dah hilang loghat utagha aku tidak dulu pung pang pung pang sembang dengan mak kau sama loghat." Ryana tertawa kecil.

"Terima kasih Ryana, sebab sudi ada dengan aku dari dulu. Dari kita tak punya apa-apa sehinggalah tahap ini. Kita masih bersahabat baik. Aku sayangkan kau sahabat.  Maafkan aku sebab degil dulu. Insya-Allah doa kau akan makbul. Aku akan bahagia. Aku dah dapat kebahagiaan yang aku hilang selama ini." Selepas aku berkata kami berpelukan semula.

Ya Allah, bersyukur yang tak terhingga kerana dikurniakan sahabat sebaik Ryana. Sahabat yang sanggup berada tatkala aku suka dan duka. Sanggup menghulurkan bantuan untuk aku. Sahabat yang saling melengkapi antara satu sama lain. Inilah erti persahabatan yang sebenar.

Continue Reading

You'll Also Like

562K 19.2K 69
( In editing process...) 𝐀𝐑 - 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her...
33K 2K 36
( 𝕁𝕠𝕕𝕠𝕙 𝕤𝕖𝕣𝕚𝕖𝕤 𝕊𝟙 ) KNOWN AS JODOH KITA Kehilangan orang tersayang milik Adam dan Nisa digantikan dengan kehadiran orang sekelilingnya b...
389K 12K 61
Mahligai indah Mariam Eiliya dan Afizul Afiq yang dibina atas dasar cinta, mula retak setelah kehilangan anak mereka. Maryam Eiliya menyalahkan suami...
13K 356 62
(completed) Memegang janji dan amanah adalah sukar bagi insan yang bernama Zayid. Walau bagaimana keadaan sekalipun,dia lebih fokus pada pekerjaan hi...