𝙍𝙞𝙣𝙩𝙞𝙝𝙖𝙣 𝙈𝙚𝙡𝙤𝙙𝙞...

By syafasuha

252K 9.2K 545

Seteguh manapun sesebuah cinta itu andainya salah seorangnya tidak memperjuangkannya maka tiada apalah erti c... More

RINTIHAN MELODI RINDU
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61
BAB 62 ( END)
NOTA

BAB 50

3.8K 109 11
By syafasuha

Aku tak tahu samada keputusan yang aku buat ini betul ataupun tidak. Aku telah bersetuju untuk berjumpa dengan Feiqah di Taman Nova. Iya, semalaman aku berfikir. Hatiku berasa tak sedap. Rasa ada perkara akan berlaku. Hatiku membuak-buak ingin tahu. Apakah yang penting sangat sampai berkait hidup dan mati yang hendak di sampaikan oleh Feiqah?

Tatkala aku leka memerhati sekumpulan kanak-kanak bermain kejar-kejaran aku dikejutkan dengan suara Feiqah.

"Assalamualaikum." Feiqah muncul dengan senyuman tipis. Wajah Feiqah seperti kurang bermaya. Tampak raut wajah gelisahnya. Dia mengayakan jubah dan tudung labuh berwarna merah jambu. Cantik orangnya.

"Walaikumussalam." Sempat aku mengerling belakang Feiqah mana tahu dia membawa orang lain ke.

"Feiqah duduk sebelah Akak ya."

"Apa pulak mintak izin duduk ajelah. Bangku kan memang dicipta untuk di duduk kan?" Sempat aku berseloroh.

Feiqah terus duduk. Tiba-tiba dia menarik kedua tanganku lalu digenggam mesra. Air matanya mengalir tanpa diketahui sebabnya. Hati aku menjadi berdebar-debar.

"Akak nak tahu tak, Mama jadi sakit macam tu kenapa?" Feiqah berkata dalam nada lemah.

"Kenapa Feiqah?" Soalku.

"Mungkin ini balasan dari Tuhan untuk Mama. Kelmarin sebelum mama sakit. Feiqah balik rumah. Tak ada sesiapa dalam rumah kecuali Mama dan...."

"Dan siapa?"

"Kak Ratna. Mereka gaduh besar. Masa itu Feiqah sempat rekod suara. Mana tahu ada apa lagi plan yang diorang akan buat. Sampai satu masa Kak Ratna terlampau marah dia yang tolak mama jatuh dari tangga. Kak Ratna terus lari. Feiqah tak cakap dengan sesiapa pun lagi kecuali akak sorang aje." Luah hati Feiqah.

"Apa yang diorang gaduhkan tu? Kenapa Feiqah tak cakap dengan Kak Najla? Abang Faiq? Kenapa?"

"Akak dengar dulu rakaman suara ini." Feiqah mengeluarkan telefonnya lalu menghulurkan pada aku. Terdengar jelas suara Puan Maria sedang bergaduh dengan Ratna.

"Apa lagi yang aku nak buat supaya anak aku cintakan kau Ratna! Dah macam-macam aku buat untuk kau! Aku tolong kau tau tak! Sampai aku bersubahat dengan kau jumpa bomoh untuk pisahkan rumah tangga anak aku dengan perempuan tu." Jerit Puan Maria.

Aku terasa mahu gugur jantungku mendengarnya.

"Aku memang nak diorang bercerai! Macam mana perempuan tu boleh mengandung pulak patutnya anak tu mati tak adalah Faiq tu tergilakan si Sha tu balik!" Ratna tak kurang hebatnya menjawab.

"Manalah aku tau. Kau nak jumpa bomoh mana pulak? Nak buat anak aku benci dengan Sha tu balik? Tak payahlah, aku tengok macam tak jalan aje. Entah bomoh temberang mana kau jumpa. Dah puas kau santau buat anak aku tergilakan kau lepastu kau nak tambah lagi. Aku tak benarkan. Anak aku sakit kau tau tak!"

"Habis tu aku nak buat macam mana, santau tu jalan sekejap aje. Lepastu dia ingat balik bekas bini dia tu. Aku rasa pempoan tu punya saka lagi kuatlah. Aku tak kira samada kau benarkan ke tidak. Itu kau punya pasal aku nak hak aku!" Ratna menambah lagi.

"Aku sayang anak aku Ratna. Aku dah tak nak buat kerja terkutuk tu. Cukup-cukuplah anak aku menanggung sakit. Cukuplah kau dan aku plan fitnah Esha curang tu. Aku tak nak terlibat! Mati hidup balik pun aku tak nak buat!"

"Kau nak sangat ke mati? Meh sini bagi aku bunuh kau! Jangan sesekali cabar aku!" Ratna sudah mengamuk.

Rakaman suara sudah dimatikan.

"Masa ni Kak Ratna dah tolak mama kemudian jatuh dari tangga." Merembes-rembes air mata Feiqah.

"Kenapa Ratna buat macam tu pada Abang Faiq? Apa dosa dia?" Air mataku sudah tak terbendung. Ya Allah, apa aku buat ni. Kenapa sampai macam tu sekali menghukum Faiq selama ini.

"Kak Ratna tak pernah ikhlas nakkan Abang Chik. Dia nak kahwin dengan Abang Chik dulu pun sebab dia hamil anak luar nikah dengan bekas teman lelakinya. Dia tak boleh terima yang Abang Chik boleh kahwin dengan Akak. Kerana dendam dia cuba dapatkan Abang Chik tapi dengan cara yang dilaknat Tuhan! Selepas Akak bercerai dengan Abang Chik Kak Ratna keguguran. Mama tak kurang hebat, dia pun menyokong tindakan Kak Ratna. Bukan mama tak tau macam mana Abang Chik sakit tapi dia cuma butakan matanya.

Dah lama Feiqah simpan benda ni sorang-sorang. Feiqah dah tak nak tanggung benda ni. Feiqah mengaku. Feiqah salah seorang yang bersubahat dalam plan mengenakan Akak tu. Tapi Feiqah tak tahu sampai sejauh itu plan Kak Ratna dengan mama. Feiqah cuma pemberi maklumat pada waktu itu akak keluar dengan siapa dan di mana. Feiqah rasa berdosa kak. Feiqah mintak ampun minta maaf." Menggigil badan Feiqah dibuatnya.

"Kenapa Feiqah buat macam ni pada abang Feiqah sendiri? Kenapa Feiqah? Feiqah tak sayang abang ke?" Tergamak sungguh gadis ini mengkhianati abang kandungnya.

"Feiqah rasa berdosa kak."

"Lepastu apa tindakan Feiqah untuk tebus balik kesalahan Feiqah pada Abang Faiq?"

"Kak dengar sini. Feiqah harap sangat Akak dapat tolong. Tolong bertindak atas perbuatan keji Kak Ratna selama ini. Akaklah satu-satunya yang boleh tolong Feiqah. Feiqah dah forward bukti kat mesej akak untuk buat report." Rayu Feiqah.

"Akak tertanya kenapa Ratna sanggup lakukan perbuatan keji itu! Kenapa !" Aku tersangat marah.

"Kak, sebenarnya Abang Chik masih cintakan Akak tapi kerana dia terkena sihir daripada Kak Ratna. Dalam pandangan matanya dia hanya suka melihat Kak Ratna dan bila dia pandang Akak. Dia hanya akan jadi benci. Benci yang teramat sangat pada Akak. Abang chik tak sedarkan diri. Dia sakit. Dia bukan saja-saja berkasar dengan Akak. Demi Allah! Depan mata Feiqah kak, abang chik pernah menggelupur kesakitan kerana kesan sihir tu. Kami amalkan perubatan Islam syukur Alhamdullilah abang makin pulih walaupun tak sebaik dulu." Jelas dengar nada kecewa dari Feiqah.

"Kenapa Faiq masih nak kahwin dengan Ratna sedangkan dia tahu Ratna tu dah santau dia?" Aku masih tak faham.

"Sebab Mama, Mama ugut Abang Chik. Dia kata kalau Abang Chik tak kahwin dengan Kak Ratna. Abang akan jadi anak derhaka. Mama tak akan mengaku dia anak. Mama takkan halalkan susu yang pernah dia bagi pada abang. Abang tak ada pilihan. Bagi dia hidup dia dah musnah selepas bercerai dengan akak. Kalau Akak perasan, iya memang Abang Chik makin kurus sebab sakit." Sesekali Feiqah mengelap air matanya.

"Bukan saja-saja Abang Chik gantungkan pertunangan itu. Kami berpindah ke Kelantan pun sebab nak ubatkan Abang Chik dekat sana. Setiap bulan Kak Najla akan berulang-alik jenguk kami. Kalau Akak nak tau Kak Ryana pun tahu yang Abang Chik sakit. Kak Ryana nak cakap dengan Akak tapi Abang Chik tak benarkan. Dia kata biarlah Akak terus membenci dia. Dia kata Akak berhak bahagia dengan orang yang dicintai."

Begitu berat beban yang dipikul Faiq. Aku tak sangka selama ini.

"Kalau Akak rasa Akak menderita. Abang Chik pun rasa derita kak. Dua-dua menderita kerana perbuatan keji Kak Ratna! Malam yang dia tahu yang dia ada anak tu. Abang Chik menangis, puas kami adik beradik pujuknya. Kami pun faham bukan senang Akak nak terima Abang Chik setelah apa yang dia buat dulu."

"Setiap malam Abang Chik merintih menanggung sakit akibat kesan sihir dari Kak Ratna bertambah pula menanggung rindu yang teramat sangat pada bekas isteri dia. Tapi apa yang abang boleh buat? Dia hanya mampu menangis. Dia tahu sia-sia jika dia merayu pada Akak untuk kembali. Dia tahu Akak takkan terima sebab tu kalau Akak perasan. Abang Chik tak pernah mintak untuk bersatu semula dengan akak dengan gunakan alasan anak. Dia cuma gunakan alasan anak untuk berbaik dengan Akak. Ditambah pula dengan kehadiran Abang Hilman. Abang Chik awal-awal undur diri kerana dia nak beri ruang pada Abang Hilman supaya dapat bersama dengan akak."

"Ya Allah, beratnya ujian dia." Aku beristigfar banyak kali dalam hati.

"Sebab tu kehadiran Feiqah harini. Tolonglah kak, tolong sangat batalkan pernikahan Abang Chik dengan Kak Ratna. Ini akan menyeksa hidup abang aje."

Aku hanya mengangguk. Aku akan lakukan demi Feiqah.

"Terima kasih sebab dengar luahan hati Feiqah. Hilang segala beban yang Feiqah tanggung selama ini. Akak maafkan tak perbuatan keji Feiqah dulu?" Soalnya.

"Akak maafkan. Sekurang-kurangnya Feiqah sedar dan Feiqah berani mengaku kesalahan Feiqah depan Akak." Aku memegang sebelah bahunya.

"Lepas Feiqah pindah ke Kelantan. Feiqah masuk belajar kat sebuah madrasah ini. Feiqah kesal sebab pernah tersasar jauh. Feiqah malu dengan perbuatan keji Mama Feiqah. Kesian Abang Chik, akhirnya dia yang terpaksa menanggung sakit sebab Mama."

"Feiqah terima kasih sangat sebab cerita pada Akak perkara sebenarnya." Aku menghela nafas panjang. Akhirnya semua yang menjadi persoalan selama ini telah ku temui jawapannya.

"Feiqah ada permintaan, boleh ke kalau Feiqah jadi adik Akak. Untuk kali ini saja boleh?"

"Boleh aje, dik." Aku terus memeluk erat tubuh badannya. Lama kami mendakap akhirnya pelukan dileraikan.

"Terima kasih sangat-sangat. Eh, dah pukul berapa ni? Feiqah nak pergi masjid sekejaplah dekat seberang sana. Jaga diri baik-baik kak. Assalamualaikum." Feiqah dengan segera berlalu pergi dengan matanya yang masih sembap.

"Bertuah siapa jadi jodoh adik. Dia dapat isteri yang baik macam adik." Tegurku sebelum dia pergi.

"Macam tak sempat aje kak." Balasnya perlahan. Aku mengerutkan dahi. Apa yang tak sempat?

Aku perasan yang telefon miliknya masih terletak elok pada kerusi. Aku mengambil lalu mengejarnya. Langkah Feiqah sangat laju. Tatkala dia melintas jalan aku perasan ada sebuah kereta laju meluncur.

Nama Feiqah ku laung sekuat hati. Belum sempat Feiqah menoleh.

Bam!

Tubuh kecil molek milik Feiqah melambung ke pinggir jalan. Kereta itu terus jalan tanpa membantu. Ini kira sebagai kes langgar lari.

Aku dapatkan tubuh Feiqah yang sudah lemah.

"Kuat dik, kita pergi hospital cepat." Aku berusaha mengangkat tubuh kecil Feiqah tapi tak termampu. Dalam masa yang sama orang sekeliling yang baru perasan kami berdua baru datang menghampiri kami.

"Kak, maafkan Feiqah." Darah berhamburan keluar dari mulutnya. Terbatuk-batuk Feiqah. Dia sudah tenat.

"Mengucap Feiqah." Aku mula mengucap. Feiqah berada di dalam pangkuanku. Air mataku sudah jatuh berderai-derai. Tersekat-sekat suara Feiqah ikut mengucap. Selesai mengucap, Feiqah menarik nafas yang panjang dan berbunyi kuat kemudian tatkala dia menghembuskan nafas akhirnya. Tubuhnya terus lemah longlai. Aku cuba merasakan denyutan nadinya.

Tiada.

Feiqah dah tak ada. Ya Allah, gadis ini meninggal dunia dalam pangkuanku Ya Allah. Ampunkan segala dosa-dosanya Ya Allah. Mulianya kau adik, meninggal dunia tatkala kaki kau mahu melangkah ke masjid. Ku peluk tubuh jasad Arwah Feiqah buat kali terakhir. Orang ramai mula mengerumuniku. Ku tak ambil peduli. Terima kasih kerana cerita pada akak hal yang sebenarnya. Semoga tenang roh kau di sana Feiqah!

Continue Reading

You'll Also Like

141K 6.4K 57
Cover by :: @MrsSufi Sejarah lalu mengajar Dyan Uqasha erti hidup yang sebenar. Dari seorang anak yang sering ditaburi dengan kemewahan, dia hilang s...
1K 113 15
Selepas Hayyan sedar daripada koma, Rhea terpaksa menelan kenyataan yang suaminya itu sudah tidak mengenalinya lagi. Hayyan hilang ingatan. Rhea tiad...
328K 8.8K 51
Siapa sangka kehidupan selepas berkahwin akan indah belaka. Ditambah pula jika di hati masing-masing belum tertanamnya sebuah kepercayaan. Begitulah...
529K 15.2K 61
#2019 Coverby:@nurshaziera AIYURA AZZAHRA seorang gadis yang matang,berbudi pekerti mulia dan sanggup berkorban apa sahaja demi orang yang disayangin...