NOXIOUS

De eiffelynne

29.1K 2.7K 214

[ PEMENANG ANUGERAH NOVAESTAR2017|KILLER SKILL - Ranked #1 in Magis on 21/11/19 ] 30 tahun yang lalu, kemuncu... Mais

Prolog
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5
Part 6
Part 7
Part 8
Part 9
Part 10
Part 11
Part 12
Part 13
Part 14
Part 15
Part 16
Part 17
Part 18
Part 19
Part 20
Part 21
Part 22
Part 23
Part 24
Part 25
Part 26
Part 27
Part 28
Part 29
Part 30
Part 31
Part 32
Part 33
Part 34
Part 35
Part 36
WELCOME BACK!
Part 37
Part 38
Part 39
Part 40
Part 41
Part 43

Part 42

140 17 6
De eiffelynne

"Kalau apa-apa jadi masa tu macam mana?! Kau faham tak apa yang kau buat, boleh buat Azra tercedera!"

Marah Dr Zahran meninggi suara pada Hafiz yang hanya mendiamkan diri. Tahu dirinya bersalah.

"Abang. Sudahlah. Its my fault too. Jangan salahkan Hafiz je."

Dr Zahran menarik nafas dalam. Cuba meredakan api kemarahan. Prof Irfan pula menghampiri mereka.

"How did you two escape?"

"Awina yang selamatkan kitorang." Jawab Azra.

"Speaking of which. Hafiz, kau ada cakap dengan aku yang kau ada jumpa Awina."

Hafiz berkerut dahi dengan kenyataan dari Azra yang mengundang 3 pasang mata berpangkat tinggi itu kembali padanya.

"Well, we're not exactly jumpa depan mata."

Jejaka itu cuba menyusun ayat untuk penjelasan selanjutnya.

"She speaks to me. Telepati."

"Bila?" Tanya Dr Zahran.

"Right after I wake up. Seolah-olah macam dia tahu. Or maybe she knows because she's able to control time."

"Apa?" Prof Asyraf terkejut dengan kenyataan itu.

"Awina boleh bekukan masa untuk seketika. Kuasa tu yang bagi kitorang peluang untuk melarikan diri dari terkena serangan Arhan." Terang Azra pula.

"Dia boleh bekukan masa?"

Balas Prof Irfan sambil mencekak pinggang. Azra mengangguk laju.

"Itu bermakna kita boleh diserang in any time."

Prof Ammar pula menzahirkan kebimbangannya saat berita itu disampaikan oleh Hafiz.

"I don't think so. Sebab kuasa dia cuma boleh bertahan beberapa minit je."

Hafiz kembali cuba menenangkan situasi yang hampir tegang kerana maklumat yang baru sahaja diberikan tadi.

"Lagipun, melalui telepati dia dengan aku, macam dah dirakam dan dimainkan semula berulang kali. Sampailah aku kata okay. Baru dia berhenti. Aku tak bercakap terus dengan dia."

Masing-masing diam. Ligat minda memerah otak mencari jalan bagi memastikan mereka sentiasa berada setapak dihadapan Prof Arhan, atau setidaknya boleh diteka apa rancangan Prof Arhan selepas ini.

"What did she says, sampai kau boleh setuju dengan rancangan dia."

Prof Asyraf bertanya lagi.

"Dia cakap, dia sedar yang dia tersilap. Kuasa Hana tak boleh jatuh pada Arhan. Dia akan bantu untuk lepaskan Hana pergi. Dengan syarat Azra perlu ikut sekali. Tapi bukan untuk dia, untuk keselamatan Hana sendiri."

"And the plan?"

"Dia akan lawan Arhan supaya kita berdua sempat keluarkan Hana. Dia tahu kelemahan Arhan."

"Macam mana kau tahu rancangan dia bukan perangkap untuk korang berdua?" Prof Irfan pula bersuara.

"Dia akan serah diri dan minta perlindungan dari pihak kita sekiranya Hana berjaya dibebaskan."

"Tapi rancangan itu tak menjadi sebab Iqbal dan Arman telah dihantar terlebih dahulu." Azra yang telah faham apa yang Awina mahu terus menghabiskan keseluruhan kronologi.

"Hana bebas dan kami selamat sebab Awina masih tunaikan janji untuk melindungi kita berdua walaupun rancangan berubah pada saat akhir."

***

"We must be prepared for war."

Prof Ammar bersuara sebaik sahaja mesyuarat dimulakan.

"Aku tak rasa,"

Belum sempat Prof Irfan mengutarakan pandangannya, Kapten Rashid mencelah.

"Arhan tak akan berdiam lagi. Hana terlepas dari genggaman dia. Kita dah berjaya cerobah pusat penyelidikan dia. Apa kau rasa dia akan buat selepas ni, Irfan?"

Prof Ammar menggangguk perlahan. Setuju dengan kata-kata Kapten Rashid.

Namun Prof Irfan bukanlah hendak menyangkal kegusaran Kapten Rashid dan Prof Ammar, tetapi untuk membentangkan strategi yang lebih baik.

"Betul. Dia tak akan berdiam diri, tapi aku tak rasa dia akan menyerang kita dalam masa sekarang. Kita berjaya dapatkan semula Hana. Salah seorang konco terkuat dia, ada dalam pengawasan ketat kita. Kita berjaya ceroboh makmal Arhan. Tapi kenapa dia masih pilih untuk melarikan diri?"

Mata-mata dimeja itu kembali menatap kearahnya.

"Red blood moon."

Puan Khalida bersuara.

"Ya. Aku yakin dia sedang menunggu bulan merah. Luna bagitahu kita itu sekadar teori. Tapi dari gaya Arhan, kemungkinan besar dia akan menunggu bulan merah itu muncul untuk menyerang kita semua."

Prof Asyraf mengetap bibir.

"Dengar sini. We are the frontliners. Those are our children. We should protect them. Not the other way round."

Tegas nada suara Puan Aisyah.

"We need to fight him and this is not an option anymore. Kuasa Amordite ada dalam diri kita sendiri. Plus, Arhan cuma seorang. He will have to go through all 8 of us first. No matter how powerful he is, we need to fight him."

Puan Aini menyokong kenyataan Puan Aisyah.

"Hafiz ada maklumkan pada aku tadi." Jari Prof Asyraf menekan sesuatu pada tablet kacanya lalu terpapar wajah Awina bersama segala data peribadi di skrin besar bilik mesyuarat itu.

"Hanya dia tahu kelemahan Arhan. Dan sekarang dia perlukan bantuan kita untuk selamatkan dia."

"Selamatkan dia?" Tanya Puan Khalida untuk kepastian lanjut. Dalam masa yang sama, telefon bimbitnya bergetar perlahan.

"Ya. Kalau bukan kerana dia, Hafiz dan Azra mungkin tak lagi bersama kita sekarang. She saved the two of them, in return for her to be saved by us."

Prof Asyraf percaya akan cerita Hafiz. Awina pula merupakan rakan sebilik Hana. Pasti gadis itu sudah tahu apa yang dilakukan oleh Prof Arhan adalah salah. Maka dia berani meminta pertolongan dari musuhnya sendiri.

"Aku dah arahkan Hafiz untuk cari lagi maklumat lain pada tahanan kita. Mungkin kita boleh temui sesuatu pada dia."

Sambung Prof Asyraf lagi. Puan Khalida mengeluh kecil.

"Dalam masa yang sama, kita perlu bersedia. The blood moon is in 5 days. Luna just told me."

Puan Khalida menunjukkan pesanan ringkas dari Luna. Mengesahkan waktu bulan berdarah itu.

***

Hafiz memandang Imran yang tidak lagi meracau hebat. Tenang saja tidur seperti bayi. Itupun setelah diberikan dos sedatif yang tinggi.

"Cari semula memori dia dari awal perkenalan dengan Arhan. Atau apa-apa memori yang melibatkan kuasa Amordite ini. Padamkan semuanya. Itu saja cara yang kita ada."

Kata Prof Ammar sebaik sahaja perbincangan selesai.

"Memang tak ada cara lain yang tak melibatkan Hafiz?"

Tanya Azra lagi. Cuba untuk tidak melibatkan Hafiz kerana dia tahu kesan pada Hafiz untuk melalui memori seseorang.

"Cara lain, kita perlu bunuh dia." Dr Zahran memberikan pilihan kedua. Dimana tak akan ada sesiapa yang sanggup melakukannya melainkan jika benar-benar terpaksa.

"I'll do it. Aku akan cari maklumat tu semua dan padamkannya."

Hafiz bersuara. Tidak mahu Azra terus-terusan mempertahankan dirinya. Perbincangan itulah penyebab Hafiz berada dalam bilik Imran sekarang. Berdiri tepat menghadap lelaki gila yang pernah cuba untuk membunuhnya.

Bibir Hafiz diherot sedikit. Masih cuba mencari kekuatan diri untuk meneruskan misi yang telah rasmi diserahkan padanya. Dengan nafas yang ditarik dalam, tangan kirinya diletakkan pada dahi Imran yang lena tadi manakala kedua mata Hafiz ditutup rapat.

"Riverta hestusa."

Maka bermula perjalanan memori dari Imran. Pedih tusukan petir yang dihadiahkan oleh Hafiz sendiri kini dirasai olehnya. Berkerut dahi Hafiz menahan sakit yang dirasai namun masih cuba menyelongkar laci-laci memori yang lain.

Sehinggalah muncul wajah Prof Arhan tersenyum nipis memandang tepat kepada Hafiz yang berada dalam tubuh Imran.

"Aku Professor Arhan. I've been tracking you since the first time you were using that thing."

Hafiz yang berada didalam bilik itu berkerut dahi. Apa maksud Prof Arhan. Imran dah gunakan Amordite dari sebelum dia jumpa dengan Prof Arhan?

Diteruskan lagi perjalanan memori.

"Amordite itu kepunyaan adik awak bukan? Thats why you turn it into a ring. You don't want to consumes it. Kau tahu apa akibatnya."

"Adik?" Hafiz mula tidak sedap hati dengan kata-kata Prof Arhan pada Imran.

"Abang Im."

Suara itu mengejutkan Hafiz. Terhenti rentak jantungnya seketika. Suara halus yang amat dikenali. Suara yang merobek hatinya bertahun lalu.

"I can bring her back."

Wajah Prof Arhan yakin dengan apa yang baru sahaja dikatakan. Yakin bahawa Imran akan tunduk padanya. Hafiz terkejut. Tangannya pantas ditarik semula serta-merta memutuskan perjalanan memori tadi. Dada Hafiz berombak kencang. Matanya berkaca.

"Azira."

Perlahan nama itu disebut. Azira adalah adik Imran. Tapi bagaimana Imran masih boleh mengingati Azira? Sepatutnya, Imran tidak ada apa-apa memori mengenai Azira. Hanya Hafiz yang tahu. Hanya Hafiz yang ingat akan Azira.

Dikuatkan hatinya sekali lagi. Perasaan ingin tahu bagaimana Imran masih boleh mengingati Azira membuak memenuhi dadanya.

"Riverta hestusa."

Kembali pada memori tadi. Hafiz melangkah kebelakang bertahun lamanya. Menyaksikan bagaimana Imran melawan penderitaan kehilangan seorang adik yang langsung tidak diingati oleh sesiapa.

Imran perlahan melangkah naik tangga bangunan usang itu. Mengikuti jejak langkah Azira.

"Tolong ambil sumpahan ni. Aku tak mampu untuk terus-terusan melawan kehendak jahat yang selalu menggoda supaya aku gunakan semuanya."

"Azira, aku bukan tak nak tolong kau. Tapi kalau aku ambil, kau akan lenyap. Tak ada sesiapa pun akan ingat kewujudan kau."

Suara Hafiz bergema sendiri. Mengingati patah perkataan yang diucapkan pada Azira namun dari dalam tubuh Imran yang memerhati akan kejadian itu. Hujan lebat dengan kilat sabung menyabung diluar memburukkan lagi keadaan.

"Aku tak boleh, Hafiz. Kuasa jahat dalam hati aku sentiasa cuba menguasai aku. Tolonglah Hafiz. Aku tak nak cederakan orang lain."

Hafiz diam mengetap bibir.

"Kau sayangkan aku, bukan? Kau percayakan aku, kan Hafiz. Aku sakit melawan desakan jahat yang makin lama makin kuat. Tolonglah. Hentikan kesakitan ni."

"Tapi kau akan lenyap. Selamanya, Azira. Tolong jangan paksa aku buat semua ni. Aku tak nak kehilangan kau."

Rayu Hafiz memegang bahu gadis cengkung itu.

"Aku rela pergi sekarang dari hilang kawalan dan cederakan keluarga aku sendiri. Atau cederakan kau. Hafiz, tolonglah. Untuk kali terakhir, aku merayu. Ambillah amordite yang ada dalam badan aku sebelum aku tak mampu nak kawal kejahatan tu nanti."

Melihatkan wajah pucat Azira bersama pipi yang dulunya berisi, kini cengkung akibat cuba mengawal amordite yang ada, meruntun hatinya. Dia sayangkan Azira. Gadis yang baik hatinya membantu sesiapa sahaja yang memerlukan menggunakan kuasa yang ada. Namun percaturannya silap. Sangka Hafiz, Amordite jika digunakan oleh hati yang baik, pasti kesannya akan bertukar baik. Tapi Azira yang merayu dihadapannya sekarang, terseksa dengan desakan kejahatan Amordite.

"Hafiz, tolonglah."

Berkaca mata Hafiz mendengar rayuan Azira yang sudah melutut bersedia dihadapannya.

"Please."

Kilat biru dililit pada tangan kanannya. Namun Hafiz masih menahan dirinya.

"I can't do this, Azira."

Dengan air mata yang berlinang, Azira tersenyum manis.

"We have no choice."

Pantas tangan Azira mencapai tangan Hafiz yang dililit kilat biru tadi lalu ditusuk pada dadanya sendiri. Bulat mata Hafiz melihat tindakan Azira. Tapi pada pandangan Imran, Hafizlah yang membunuh adik perempuannya.

Berjurai air mata Hafiz. Tangan yang berada pada dahi Imran tadi ditarik sekali lagi. Pedih hatinya. Tangan kanan itu dipandang lama. Bibir diketap kuat. Perasaan bersalah kembali menebal.

"Hafiz?" Teguran Azra membuatkan Hafiz tersentak. Pantas air matanya diseka.

"Kau okay tak?" Risau gadis itu melihat Hafiz yang tidak menyahut.

Hafiz terus menoleh bersama senyuman yang menyakinkan.

"Aku okay. Hahaha. Aku nak rehat kejap. Penat ni." Ditepuk perlahan bahu Azra sebelum dia terus berlalu pergi.

Azra hanya memandang. Tidak mengerti senyuman itu untuk apa. Untuk meredakan hati Azra atau hati Hafiz sendiri.

Pintu bilik Hafiz ditutup. Lampu juga tak dinyalakan. Hafiz tersandar lemah pada pintu. Terus terduduk melepaskan perasaan hibabyang tidak tertanggung.

"Maafkan aku, Azira. Maafkan aku."

Hafiz menangis semahunya. Dia meraung kepedihan mengingati gadis yang pernah bertakhta dihatinya. Juga menyesal kerana tidak mampu berbuat apa-apa untuk menyelamatkan Azira.

***

Continue lendo

Você também vai gostar

399K 4.7K 40
Dikurniakan badan yang berotot sehingga membuat para wanita kagum dengannya, itu sedikit membuat Zafar bangga akan tubuhnya. Bekerja sebagai kuli dia...
5.2K 818 1
"Tak guna punya jantan!" KEPERCAYAAN Jina punah serta-merta apabila hubungannya bersama Tengku Hayyan diputuskan atas pemakaiannya pada malam itu. R...
2.1M 123K 151
[Completed] Kisah cinta fantasi diantara si serigala, Aiden Lycans dan juga si gumiho, Eilya Eara. Aiden, The son of Lycans merupakan pemburu makhluk...
1M 67.7K 59
Book 1: Annabelle Valiant Book 2: Aydan The Angele Book 3: Aryan The First Prince ********* Mimpi yang menghantuinya sejak kecil. Bisikan yang selalu...