๐™๐™ž๐™ฃ๐™ฉ๐™ž๐™๐™–๐™ฃ ๐™ˆ๐™š๐™ก๐™ค๐™™๐™ž...

De syafasuha

252K 9.2K 545

Seteguh manapun sesebuah cinta itu andainya salah seorangnya tidak memperjuangkannya maka tiada apalah erti c... Mais

RINTIHAN MELODI RINDU
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61
BAB 62 ( END)
NOTA

BAB 35

2.6K 90 6
De syafasuha

Seusai Mak nampak aku dia segera berlari anak merangkul erat tubuhku. Terasa pelukan hangat dari seorang mak yang ku rindui. Tersedu-sedu mak menangis terasa air matanya yang jatuh berguguran ke bahuku.

"Apa dah jadi dengan hang nak oi. Kenapa sampai bercerai berai?" Ujar mak tersekat-sekat.

Aku meleraikan pelukan.

"Mak ini semua salah faham, Esha tak pernah curang. Ini semua fitnah." Air mataku turut berlinangan sebak rasanya.

"Mak percayakan hang nak. Mai masuk rumah mesti hang penat." Aku melangkah masuk ke dalam rumah dengan langkah yang berat.

Aku dan mak melabuhkan punggung di sofa.

"Macam mana sampai bercerai ni? Ryana cuba cerita sat." Ryana yang lama mendiamkan diri mula terkejut sebentar.

"Panjang ceritanya, tak tau la nak cerita lagumana nanti Ryana cerita ye."

"Mak bagilah Esha dengan Ryana rehat sat. Kesian Ryana dia pun tengah mengandung." Ujarku dan mak pun mengangguk faham keadaan masing-masing.

"Mak kecewa dengan apa yang Faiq buat pada kau nak. Mak berasa bersalah sebab setuju kau kahwin dengan dia. Kalau tak semua takkan jadi macam ni." Entah kenapa yang keluar dari bibir mak membuatkan ku jadi tambah sebak.

Wajah Ryana tiba-tiba berubah jadi muram.

"Jangan macam tu, ni semua salah Ryana. Ryana yang beria jodohkan mereka. Ryana nampak ketulusan dan keikhlasan dari Faiq tapi tak sangka dia sanggup hilang kepercayaan pada Esha sekelip mata. Ryana yang bersalah mak cik. Maafkan Ryana." Sayu Ryana mengungkapkan kata maaf.

Shakeel yang jadi pemerhati sejak tadi mengusap lembut bahu isterinya. Shakeel faham dengan niat isterinya untuk melihat sahabatnya bahagia. Tetapi apakan daya itu adalah ujian dari-Nya yang perlu aku hadap.

"Tak perlulah nak salahkan diri masing-masing. Itu semua berlaku atas kehendak-Nya. Tuhan itu sebaik-baik perancang. Kalau dah jodoh Esha dengan dia dah tak ada nak buat macam mana. Dah tertulis pengakhiran jodoh kami macam ni. Esha tak salahkan mak mahupun kau pun Ryana. Aku tau kau nak tengok aku bahagia. Aku tahu rancangan kau nak satukan aku dengan cinta pertama aku. Aku tahu, tapi jodoh kami tak panjang. Cukuplah anugerah malaikat kecil yang Tuhan dah kurniakan pada aku hasil perkongsian hidup aku dengan dia. Aku dah bahagia Ryana. Mak pun doakan yang terbaik untuk Esha. Suami Esha dah tak ada. Lepas ni Esha kena besarkan anak sorang-sorang tanpa suami disisi. Esha tak layak untuk dia dan dia dah ada perempuan yang lebih baik dari Esha." Lepas segala luahan yang sudah lama terbuku di hatiku.

"Mak sentiasa doakan untuk hang nak. Kasih mak pada hang takkan pernah berubah. Semua orang dalam dunia ni boleh buang hang tapi bukan mak." tersedu-sedu mak menuturkannya.

"Esha, aku sebagai kawan Faiq betul-betul kesal dengan apa yang jadi. Kami semua nak tengok kau bahagia. Kami akan cuba bantu kau selagi kami terdaya. Anak kau dan Faiq adalah tanggungjawab aku juga." Ujar Shakeel tiba-tiba.

"Tak payahlah nak tanggungjawab. Aku bukan menolak tuah. Aku tau itu rezeki anak aku. Aku tak boleh menerima sebulat-bulatnya bantuan orang. Aku masih mampu kerja untuk tampung hidup. Aku akan buat walaupun tak mampu senangkan hidup anak aku bakal lahir ini. Sekurang-kurangnya anak ini bakal merasa kemudahan yang aku dapat sediakan walaupun ada kekurangan. Bertuah anak aku masih ada yang sayang padanya." Aku mengusap perlahan perutku.

"Dahlah tak payah sembang banyak sangat pergilah berehat. Mak tau hang penat dan stress. Hang kan tengah mengandung masa ni lah hang kena jaga kandungan pada peringkat awal." Mak mula memintas walaupun aku tau mak masih berkali-kali menyeka air matanya.

"Baiklah mak." Aku dan Ryana bangun lalu menapak perlahan ke dalam bilik tidurku di temani oleh Shakeel. Risau sungguh melihat Ryana yang kurang berehat setelah kejadian menimpa aku itu berlaku. Maklumlah sekarang Ryana juga sedang hamil mestilah lagi risau Shakeel dibuatnya. Bertuah sungguh Ryana memiliki lelaki bernama Shakeel Iman ini.

******

"Mak kau mana?" Soal Ryana tiba-tiba muncul di pangkin hadapan rumah di bawah pohon rambutan itu. Belum musim rambutan tak adalah buah kalau tak berkumpul kerengga dekat atas pokok itu. Habis pedih gatal-gatal kena gigit kerengga. Bukan aku tak tau kerengga pernah gigit betis Faiq sewaktu dia cuba hendak mencuri-curi cium pipi aku dahulu ketika aku suka duduk mengelamun di sini. Padanlah muka gatal sangat!

Tapi itu semua tinggal kenangan. Entah kenapa fikiran aku rasa kosong.

"Dekat ataslah ada nampak kat sini tak ada kan?" Aku tertawa kecil mendengar soalan pelik Ryana.

"Aku duduk sekejap eh ada benda aku nak cakap dengan kau ni." Nada serius Ryana mula kedengaran.

"Apa dia."

Ryana mula melabuhkan punggung sebelah aku. Dia mengenggam tanganku.

"Kak Najla tahu yang kau tengah pregnant sekarang."

"Macam mana dia boleh tau kan aku dah cakap yang aku tak nak sesiapa tahu kan." Aku semacam tak percaya dengan apa yang Ryana katakan.

"Aku yang cerita kat dia. Dia percayakan kau Esha, dia sikit pun tak percaya apa yang dia nampak dalam gambar tu. Dia cakap dia menjadi wakil yang akan bertanggungjawab terhadap anak dalam kandungan kau tu. Dia juga berjanji tak nak beritau sesiapa pun tentang berita ni kepada keluarga dia. Sejujurnya dia sendiri cakap dia terkejut dengan tindakan melulu Faiq ceraikan kau dalam keadaan kau macam tu." Ryana menjelaskan satu persatu.

"Macam mana Kak Najla boleh percayakan aku? Aku bukannya rapat dengan dia sangat pun. Aku kenal pun sebab pernah jaga anak dia si Nabihah tu. Tu pun sekarang budak tu dah tinggal dengan Mak Tok dia."

"Kau ni Esha, kau tak rasa Kak Najla tu bijak dari keluarga dia yang lain buat keputusan ikut perasaan tak ada bukti main bedal je last kau jadi mangsa. Kak Najla tu menilai berdasarkan keterangan dua pihak tau."

"Lantak dialah malas nak ambil tau pasal hal diorang lagi. Aku dah kusut tau dengar nama mereka semua. Lagi satu kenapa Kak Najla nak jadi wakil yang bertanggungjawab untuk anak aku ni? Aku masih sihat Ryana, aku boleh kerjalah." Aku mulai rimas satu-satu kemunculan seorang watak mula-mula Ratna selepas ini kemunculan Kak Najla sebagai watak apa pula. Aku mulai hilang kepercayaan dengan semua orang.

"Esok-esok anak kau keluar siapa nak uruskan sijil lahir, bil hospital dengan keperluan baby siapa nak uruskan. Aku dah pakat dengan Kak Najla sama-sama nak tolong kau. Aku tak kira kau nak kata apa. Keputusan aku dengan Kak Najla adalah muktamad full stop."

"Suka hati koranglah nak buat apa. Jangan sampai keluarga sana tahu sudahlah. Nanti diorang tuduh aku mengandung anak haram mana pulak. Ye lah dah keguguran tapi still pregnant mesti orang pelik." Aku dah penat nak fikir terpulanglah pada keputusan masing-masing.

"Ha kau nak tau tak apa reaksi Ratna lepas kau bercerai dengan Faiq dia cakap macam ni tau."

"I tak sangka yang dia sanggup buat you macam ni. I mintak maaf ya?" Ryana mengajuk nada gedik Ratna.

"Lantaklah budak terencat tu lagipun aku dah cakap kan aku dah tak nak ada kena mengena dengan diorang lagi kan."

"Okey, okey aku tak nak cakap lagi aku tutup mulut okey." Ryana akhirnya mendiamkan diri.

"Ryana, kau masih kenal Amerrul Hilman. Aku rasa aku nak ikut dialah."

"Hilman? Lelaki yang suka kat kau dulu tu ke?"

"Iyalah, aku rasa aku nak kerja dengan dia selepas bersalin nantilah."

"Kerja? Kerja apa. Kau still contact dengan Hilman ke beb?" Ryana mula berasa sangsi.

"Nanti kau akan tahulah. Dahlah nak masuk rumah nak tidur. Kau pergi balik layan suami kau tu. Ingat kau tu masih bersuami layan dia faham tak!" Aku bergegas bangun meninggalkan Ryana yang masih berfikir panjang.

Continue lendo

Vocรช tambรฉm vai gostar

33.1K 2K 36
( ๐•๐• ๐••๐• ๐•™ ๐•ค๐•–๐•ฃ๐•š๐•–๐•ค ๐•Š๐Ÿ™ ) KNOWN AS JODOH KITA Kehilangan orang tersayang milik Adam dan Nisa digantikan dengan kehadiran orang sekelilingnya b...
386K 11.2K 46
Semua orang tahu betapa susahnya untuk diri ni nak move on. Bila nak move on, mulalah banyak masalah nak datang. Jadi, aku dah bosan dengan semua ni...
17K 805 32
Setelah kehilangan tunang di hari pernikahannya, Hana Fazira redha dengan aturan keluarga. Pertembungan dengan mamat annoying bernama Nazri Syahir cu...
1.4M 53.3K 62
Status : Complete Noah Iskandar x Sufi Nur Humaira [Karya kedua dari snowdreamm] Impian Noah Iskandar untuk membina mahligai bersama tunang tersayan...