Cinta Yang Kau Benci✔️

By CallMeSazzy

712K 29.4K 3.2K

[WARNING! CLICHE STORYLINE] Pernah pecah rekod sebab asyik keluar masuk bilik disiplin? Harraz dan Hazel per... More

CYKB:1
CYKB:2
CYKB:3
CYKB:4
CYKB:5
CYKB:6
CYKB:7
CYKB:8
CYKB:9
CYKB:10
CYKB:11
CYKB:12
CYKB:13
CYKB:14
CYKB:15
CYKB:16
CYKB:17
CYKB:18
CYKB:19
CYKB:20
CYKB:21
CYKB:22
CYKB:23
CYKB:24
CYKB:25
CYKB:26
CYKB:27
CYKB:28
CYKB:29
CYKB:30
CYKB:31
CYKB:32
CYKB:33
CYKB:34
CYKB:35
CYKB:36
CYKB:37
CYKB:38
CYKB:39
CYKB:40
CYKB:41
CYKB:42
CYKB:43
CYKB:44
CYKB:45
CYKB:46
CYKB:47
CYKB:48
CYKB:49
CYKB:50
CYKB:51
CYKB:52
CYKB:53
CYKB:54
CYKB:55
CYKB:56
CYKB:57
CYKB:58
CYKB:59
CYKB:60
CYKB:61
CYKB:62
CYKB:64 (Akhir)

CYKB:63

12.6K 471 64
By CallMeSazzy

4 tahun kemudian...

AMELYA berlari ke arah papanya bersama tocangan rambut yang comel. Hasil tangan Kamilia Hazel. Tak sabar-sabar dia mahu tunjukkan gaya rambutnya kepada Ungku Harraz.

"Papa, tantik tak yambut Amel?" Amelya menyoal dalam bahasa pelatnya.

Ungku Harraz pura-pura terkejut.

"Wow, cantiknya anak papa ni. Siapa buat ni?" Rambut Amelya dipegang sekejap.

Remote controller PS4nya diletakkan bersebelahan bantal bergabus yang dia sedang duduki sekarang.

"Ibu buat tan. Papa buat lah dugak. Nanti papa jadi gegirl like us." Si kecil itu ketawa comel.

Sengajalah tu nak kenakan dia. Ikut perangai siapa entah. Pandai mengusik budak kecik ni.

"Rambut papa dah handsomelah." Ungku Harraz ingin melarikan diri dari terus dipaksa Amelya.

Lelaki itu sudah mengarahkan anak mata pada Kamilia Hazel yang menggelengkan kepala dengan kerenah anak dan bapa itu.

"Buat dugak! Amel nak tenok." Amelya hentak kaki. Merajuk. Muncungnya sudah panjang sedepa.

Tiba-tiba, kembarnya yang nakal berlari dari jauh dan menolak tubuhnya sehingga dia terjatuh. Tak sempat pun Ungku Harraz nak tahan tubuh si kecil dari tersembam. Nasib baik ada alas karpet berbulu yang lembut, kalau tidak memang bocor kepala Amelya.

"Hahahahaha! Adan uke Amel!" Amanda yang sememangnya selalu mengacau dan cari gaduh dengan Amelya menggelakkan kembarnya itu.

Ketawanya sungguhlah drama sambil meletakkan tangan kanannya yang ketot ke dada dan ketawa gaya orang jahat.

Amelya menangis kuat.

"DaDa, apa buat kakak macam tu? Tak baiklah," tegur Kamilia Hazel sambil mendirikan Amelya dengan betul.

"Tikit-tikit nak nanes. Lembik betul," kata si comel Amanda buat muka garang. Lagaknya memang kasar berbanding Amelya.

"Ganaslah anak-anak awak ni," komen Ungku Harraz, kembali menyambung game Fifa 20nya.

Kamilia Hazel melepaskan Amelya dan Amanda bermain di tempat istimewa mereka. Tempat di mana di situ telah tersedia permainan dan rumah mainan mereka.

Gadis itu bersandar juga di bantal bergabus yang diduduki Ungku Harraz.

"Itulah, siapalah bapak diaorang ni? Kat surat beranak nama diaorang dibintikan dengan nama Ungku Harraz. Ish ish ish..." Selamba Kamilia Hazel memerli Ungku Harraz.

Ungku Harraz di sebelahnya sudah pausekan permainan bola tadi. Tergendala disebabkan mulut Kamilia Hazel.

"Main kasar nampak?"

"Siapa mula dulu?" Kamilia Hazel dekatkan wajahnya dengan suaminya sebelum menjelirkan lidah pada lelaki itu.

"Nak kena ni..." Tangannya terus menggeletek leher, pinggang dan ketiak si isteri.

Kemudian, rahang Kamilia Hazel dipicit-picit sambil rahangnya diketap geram. Kamilia Hazel ketawa senang hati.

Melihatkan Kamilia Hazel ketawa, dia kembali menggeletek isterinya. Kali ini tidak mahu lepas langsung. Biar Kamilia Hazel terus ketawa kerana tawa wanita itu menenangkan jiwa dan raganya. Dirinya rasa lebih bahagia.

"Sudah... sudahlah. Gelilah..." ronta Kamilia Hazel minta dilepaskan. Tak larat dah nak ketawa.

Ungku Harraz berhenti menggeletek si isteri. Perlahan-lahan, tawa Kamilia Hazel semakin reda. Mata mereka bertembung. Ungku Harraz menahan tangannya di belakang badan Kamilia Hazel.

"What's our plan for today, hm?" soal lelaki itu, tidak bosan menatap mata Kamilia Hazel yang cantik bersinar.

"I don't know..." jawab Kamilia Hazel seraya menopang dagu sambil menatap ke dalam mata Ungku Harraz. Dimainkan tangannya di rambut dan telinga Ungku Harraz.

"Hmm... what do you think about, stay at home and play something?" Ungku Harraz menjalarkan tangannya ke sekeliling pinggang Kamilia Hazel.

"Something?" Kamilia Hazel menyoal kembali. Matanya melirik nakal ke arah Ungku Harraz.

"Yeah. Something..." Wajah Ungku Harraz semakin didekatkan dengan Kamilia Hazel.

Ungku Harraz menggenggam tapak tangan Kamilia Hazel sebelum...

"Ibu! Papa! Tenok DaDa ni! Jahat!" jerit Amelya bersama tangisan.

Mata mereka sama-sama terarah pada Amelya. Ungku Harraz menundukkan kepala sambil memejamkan mata. Menahan geram.

Dasar anak-anak langsung tak kasi peluang mak dengan bapak nak bercinta.

"Kenapa tu DaDa?" soal Kamilia Hazel bangkit berdiri.

Dia bergerak ke tempat anak-anaknya bermain. Kamilia Hazel mulai pening dengan sikap anak-anaknya yang kerap bergaduh. Bergaduh baik, kemudian bergaduh balik.

Adakah perangai dia dan Ungku Harraz dulu sudah mengalir pekat ke tubuh badan anak-anak mereka? Badi, orang kata.

"DaDa kata tatak pelat aje. Cakap macam budak-budak," ujar Amanda jujur dengan kesalahannya sambil mencebik pada Amelya yang sudah berhingus akibat menangis.

Amanda memeluk tubuh, kesal dengan sikap kakak kembarnya yang cengeng dan kuat mengadu.

"Awak tu tak sedar diri ke?" tegur Ungku Harraz dari kejauhan. Menyakat anak perempuannya itu.

Kamilia Hazel mendongak memandang suaminya dengan pandangan tajam. Hah, yang si bapak pulak perangai nasi tambah. Sama aje lah macam si Amanda tu.

"Ibu! Tenok papa ni!" Amanda mula meragam lagi apabila papanya mengusik.

Kini, bergabunglah dua suara yang lunak lagi merdu terhasil dari Amelya dan Amanda. Mereka menangis bersama-sama.

"Eh, papa pulak?" Ungku Harraz tak mengaku salah sebaliknya, dia ketawa dengan keletah anak-anaknya.

"Ibu, putol lah papa. Papa takap DaDa pelat." Tangisannya semakin menjadi-jadi.

"DaDa pukullah papa sendiri." Kamilia Hazel memberi keizinan.

Dia bergerak ke arah lif untuk naik ke tingkat atas. Malas nak masuk campur. Pening kepala.

Si Amanda, jika diberi peluang mestilah tak mahu lepas.

"Amel, are you weady?" soal Amanda sambil menjeling Amelya dengan jelingan penuh makna.

Amelya yang faham akan jelingan itu, menganggukkan kepala sekali.

"Yes!" sahutnya.

Amelya dan Amanda menyatukan tapak tangan mereka bersama. Digenggam erat. Pertengkaran tadi seperti hilang ditiup angin. Cepat saja mereka berbaik semula. Air yang dicincang tidak akan putus.

"Serang!" Amanda beri arahan pada Amelya sebelum mereka berlari laju ke arah Ungku Harraz lalu melompat di atas badan papanya. Tepat mengena alat sulit lelaki itu.

Ungku Harraz tidak sempat mengelak atau menahan anak-anaknya. Meringislah dia akibat kesenakan. Penangan perangai lasak puteri-puteri kesayangannya itu.

"Aduh, aduh sakit! DaDa, Amel sudah. Papa sakit! Sayang! Awak tunggulah nanti!" Sempat Ungku Harraz memberi amaran kepada Kamilia Hazel dalam dia bertarung dengan anak-anak gadisnya itu.

"Siapa suruh awak kacau dia? Awak layanlah diaorang. Saya nak masuk bilik," kata Kamilia Hazel menekan punat lif.

Panggilan Ungku Harraz dibiar sepi. Nak sangat kacau budak-budak tu, kan? Hah, rasa kau.

PINTU bilik dibuka oleh Ungku Harraz dari luar. Kembar mereka dibiar tertidur di tingkat bawah. Selepas penat 'bergusti' tadi, mereka terus terlelap kepenatan.

Hah, mereka tak tahu lagi kuasa Ungku Harraz yang boleh menidurkan seseorang dengan sekelip mata.

Kamilia Hazel sedang baring bermain dengan telefonnya. Ungku Harraz berdehem sambil mendekati isterinya yang sedang berbaring di atas katil. Sedar akan kemunculan Ungku Harraz, Kamilia Hazel membetulkan baringnya dari duduk ke bersila di atas katil.

Kening Ungku Harraz terangkat-angkat dengan senyuman nakal. Kamilia Hazel yang seakan memahami maksud lelaki itu, terus menampar bahu si jejaka idaman malaya itu. Memang sangat nakal!

Habis menyakat anak, nak menyakat isteri pulak.

"Harraz..."

"Ya, sayang." Ungku Harraz menatap wajah si isteri.

"Saya tak percaya yang kita dah berbaik semula," luahnya. Ungku Harraz menggapai jemari Kamilia Hazel lalu dibawa ke bibirnya.

"Jadi, percayalah." Jemari itu dicium lembut beberapa kali.

"Difikiran saya ni, banyak memori lama yang saya masih simpan buat kenangan. Dulu, kita selalu gaduh sampailah kita jadi suami isteri. Lepas tu awak jatuh cinta dengan saya, saya jatuh cinta dengan awak. Dapat kembar. Banyak dugaan kita sebenarnya, kan Harraz?" Kamilia Hazel mengesot sedikit mendekati Ungku Harraz.

Kemudian, dia labuhkan kepala di dada bidang suaminya itu. Bau badan Ungku Harraz yang wangi terus meresap ke dalam hidung. Selesanya.

"Itu tandanya, kita memang ditakdirkan untuk bersama." Rambut Kamilia Hazel diusap sebelum melepaskan lagi beberapa ciuman di situ.

"Harraz, awak ingat tak setiap memori waktu kita bergaduh dulu? Kalau awak ingat, saya yakin yang awak takkan menyesal. Tahu tak sebab apa?" Matanya naik sedikit ingin melihat reaksi Ungku Harraz.

Alhamdulillah, Ungku Harraz sudah mengingati sikit demi sedikit tentang dirinya. Walaupun bukan semua, tapi cinta Ungku Harraz kepada Kamilia Hazel semakin mekar hari demi hari.

"Kenapa?" Ungku Harraz menundukkan pandangan. Kamilia Hazel tersenyum sebelum melentokkan kembali kepalanya di dada Ungku Harraz.

"Sebab bagi saya, waktu kita bergaduh tu lah yang menguatkan lagi hubungan kita. Bila ingat balik kan, seronok juga bergaduh dekat sekolah dulu. Kenangan..." kata gadis itu tersenyum panjang.

"Sekarang ni, saya nak bercinta dengan awak. Boleh?" pinta lelaki itu dan Kamilia Hazel terus membetulkan duduk.

Dari melentok manja di dada Ungku Harraz, kini duduk bersila di atas katil sambil memandang Ungku Harraz.

Wajah lelaki tu tak usah cakaplah. Tayang muka miang. Kamilia Hazel mengecilkan mata bersama lirikan nakal. Melayan perangai Ungku Harraz yang sememangnya sangat nakal.

Baru saja mereka mahu mulakan langkah, tiba-tiba telefon Kamilia Hazel nyaring bergema seluruh bilik. Ungku Harraz menepuk bantal. Potong stim betullah!

"Isy... siapa pulak yang call waktu-waktu aku nak bercinta ni?" rungut Ungku Harraz dengan muka marahnya.

Dari tadi ada saja gangguan. Dia baru nak berasmara dengan si isteri. Kacau daun betul!

Kamilia Hazel ketawa senang hati. Tangannya lantas mencapai telefon di atas meja lampu sebelah katilnya dan Ungku Harraz.

"Kejaplah, saya angkat call. Lepas tu, kita bercinta ya?" kata Kamilia Hazel sambil membaca nama 'Syifa' yang tertera di skrin telefonnya.

"Hello?" sapa Kamilia Hazel.

Waktu itu, Ungku Harraz menarik-narik lengan bajunya minta dimanja.

Kamilia Hazel berkerut dahi bila terdengar esakan di hujung talian. Mahu bertanya tapi mulut tak sempat nak meluah, Syifa sudah menyatakan sesuatu.

"Hazel, kawan kita dah tak ada." Syifa dalam sedu-sedan yang tersisa, memberitahu berita itu.

Apa dah jadi ni? Siapa pula kawan yang dah tiada tu?

Ungku Harraz yang terdengar suara tenggelam timbul Syifa terus mendekatkan telinganya pada telefon Kamilia Hazel. Gadis itu mencubit Ungku Harraz.

Dah kalau dalam keadaan begitu, macam mana nak bercakap? Dengar deru nafas Ungku Harraz saja. Ungku Harraz menjauh sedikit bila rasa sakit pekena sengatan isterinya.

"Siapa?" soal Kamilia Hazel. Jantungnya berdegup laju. Perasaan risau mula menguasai diri. Janganlah orang-orang terdekat dengan dia.

"Tiara. Tiara dah tak ada, Hazel..." jawab Syifa sebelum kembali menangis. Hampir jatuh telefon yang digenggam erat itu. Kamilia Hazel sungguh tak percaya. Katakan semua ini mimpi.

Ungku Harraz sudah terangkat-angkatkan kepalanya ingin menyoal kenapa, bila perasankan perubahan air muka isterinya.

"K... kau dekat mana tu?" Kamilia Hazel tekup mulut dengan tangan menahan tangisan. Ungku Harraz pula sudah risau melihatkan air mata si isteri yang jatuh menitik. Dari perlahan, kian deras. Dia pengen tahu apa berita buruk yang diberitahu Syifa.

"Jenazah dah dimandikan. Diaorang tengah prepare nak bawak ke kubur sekarang. Aku pun baru tahu tadi, lepas tu aku terus call kau," cerita Syifa ringkas.

"Okey, okey. Aku datang sekarang. Send location." Panggilan dimatikan. Kamilia Hazel raup wajahnya yang basah dengan air mata.

Risau, Ungku Harraz terus menggapai tangan isterinya.

"Sayang, kenapa?"

Kamilia Hazel memeluk tubuh suaminya kuat. Tangisan yang semakin menjadi-jadi meninggalkan kesan basah di baju Ungku Harraz. Habis basah lencun baju t-shirtnya. Bila tangisan reda sedikit, Kamilia Hazel mula bersuara.

"Tiara, Harraz. Tiara dah meninggal." Dia kembali melepaskan tangisan di pelukan suaminya. Ungku Harraz bungkam. Kenyataan itu benar-benar mematikan segala rasa yang ada.

Kamilia Hazel pernah cerita pada dia yang dulu, Tiara adalah kekasih hatinya sewaktu di sekolah menengah. Segalanya sudah diceritakan sehinggalah arwah sudah berubah ke jalan yang benar. Mereka selalu melawat Tiara setiap bulan di rumah keluarga gadis itu. Kanser Tiara sudah masuk tahap 4 sekarang.

Adakah itu punca kematiannya? Wallahualam.

"Innalillahiwainnailaihirojiun," ucap bibir Ungku Harraz sambil mengusap rambut Kamilia Hazel yang tidak berhenti menangis.

"Shhh... okey jom kita siap kita pergi sana," pujuk Ungku Harraz.

Dia tahu sukar buat Kamilia Hazel untuk terima semua ini. Tiara sudah dianggap seperti kakaknya. Setiap kali mereka berdua datang melawat Tiara, tak pernah sekalipun dia lihat Tiara tidak senyum. Walaupun dalam keadaan sakit yang menyeksa diri wanita itu, Tiara masih boleh menutup segala kesakitannya dengan senyuman.

Mungkin di sebalik senyuman itu, kita tak tahu betapa sakitnya untuk melawan penyakit yang dia hadapi. Kerana itu jugalah Kamilia Hazel sentiasa mahukan bibir Tiara tersenyum dengan lawak jenakanya yang hambar dan tulen. Tiara juga suka bermain dengan kembar jadi kalau melawat Tiara, mesti wajib bawak kembar sekali.

Tapi selepas ini, tiada lagi Tiara Alina.

Tiara Alina, tenanglah kau di sana, kawan. Al-Fatihah.


SEJAK pengebumian Tiara tadi, Kamilia Hazel termenung di sebalik langsir biliknya. Mereka sekarang duduk di rumah umi dan daddy Kamilia Hazel. Jauh di sudut hatinya, sedang menanggung rindu kepada arwah Tiara Alina yang sudah pun pergi. Kebenaran itu tidak dapat diterima. Betul ke semua ini atau ia hanya mimpi saja?

Kenangan-kenangan pahit bersama Tiara dulu bermain di minda. Ya, memang dulu Tiara jahat dan berdendam dengannya namun tak pernah langsung dia terasa hati. Dia tahu Tiara bukan sekejam yang dia bayangkan. Doanya dimakbulkan, Allah ubah perangai Tiara. Kini, mereka bergelar kawan baik.

Tapi, kenapa sekejap sangat? Kenapa bukan untuk selamanya? Walau sudah kenal diri Tiara yang sebenar, Kamilia Hazel mahu lebih mengenali gadis itu.

Air mata Kamilia Hazel jatuh menyembah lantai sebelum diseka. Tiara, aku rindukan kau. Bisik hatinya meronta.

Ungku Harraz membuka pintu bilik mereka dan masuk. Dia nampak Kamilia Hazel sedang bersandar di sebalik langsir pada dinding balkoninya. Ungku Harraz mendekati Kamilia Hazel sebelum pinggang ramping isterinya dipeluk kemas. Dagunya diletakkan di atas bahu kanan Kamilia Hazel sambil turut memandang malam yang gelap.

Gadis itu kaku langsung tak terkejut akan kedatangan Ungku Harraz kerana fokus termenung.

"Sayang, kenapa sedih sangat ni?" Pipi Kamilia Hazel dicium lembut.

Hujung mata Kamilia Hazel bergerak memandang Ungku Harraz.

"Kawan kita dah tak ada, awak. Awak nak suruh saya terlompat-lompat seronok?" tempelak Kamilia Hazel.

Ungku Harraz melepaskan nafas. Aih, dia salah faham pulak dengan soalan kita. Omel Ungku Harraz.

"Ya, saya faham. Tapi, tak baiklah kalau nak terus meratap macam ni. Kita yang masih hidup kena teruskan hidup, kan?" Ungku Harraz menarik kerusi di luar balkoni itu. Tangan Kamilia Hazel turut ditarik bersama agar duduk bersamanya.

"Saya tak sangka dia dah tak ada, awak. Bila dia dah berubah ni, saya nampak yang dia betul-betul dah berubah. Dulu waktu first time nampak perubahan dia, saya terfikir kalau dia ada agenda lain, tapi bila dah kenal dia betul-betul dan kerap berjumpa dengan dia, saya tahu dia ikhlas berubah. Dia kawan yang baik dan kuat. Saya doakan syurga tempat dia," doa Kamilia Hazel sambil menatap bintang di langit malam.

"Aamiin. In Syaa allah, Hazel," sambut Ungku Harraz, mengambil jemari Kamilia Hazel. Genggaman dieratkan sebelum digosok lembut permukaan tangan wanita kesayangannya itu.

Ungku Harraz mendekatkan kerusinya dengan Kamilia Hazel lalu ditarik isterinya ke dalam pelukan.

Bahu Kamilia Hazel ditolak ke depan menatap wajahnya. Pipi isterinya yang basah disapu dengan jemari agar segala kesedihan hilang. Ungku Harraz senyum panjang. Jika Kamilia Hazel bersedih, dia harus lakukan sesuatu untuk buat gadis itu kembali tersenyum.

"Dahlah, awak jangan sedih-sedih macam ni. Senyum please. Pleaselah..." rayu Ungku Harraz sebelum memuncungkan bibirnya. Kamilia Hazel ketawa kecil dengan mimik muka Ungku Harraz.

"Wah, cantiknya. Bidadari syurga ke depan saya ni? Cantik betul senyuman. Alamak... cairlah. Tolong-tolong..." Badan Ungku Harraz beralun ke bawah. Buat-buat mencair.

"Harraz!" Kamilia Hazel menepuk bahu suaminya yang gedik mengada.

Ungku Harraz kembali membetulkan posisi duduknya di atas kerusi. Kamilia Hazel tersenyum lagi melihat Ungku Harraz.

"Hazel, kalau arwah Tiara meninggal pun awak menangis separuh mati macam ni. Agak-agak, kalau saya mati awak menangis macam mana?" soal Ungku Harraz sekadar ingin tahu.

Berdebar hati Kamilia Hazel bila Ungku Harraz kata begitu.

"Jangan bandingkan awak dengan Tiara, Harraz. Awak suami saya. Cinta mati saya. Saya boleh jadi gila kalau awak mati. Awak takkan tinggalkan saya, kan?" Kuat dia menggenggam tangan Ungku Harraz.

"Ish, mana ada! Saya takkan tinggalkan awak. Kita dah sampai stage ni, saya nak hidup sampai kita mati sama-sama. Saya janji takkan tinggalkan awak," balas Ungku Harraz mengusap rambut Kamilia Hazel dan melepaskan ciuman di situ.

"Saya masih perlukan awak. Amelya dengan Amanda pun sama," kata Kamilia Hazel. Dia tak mahu kehilangan Ungku Harraz lagi.

"Saya saja tanya. Saya fikir awak akan jawab, 'saya nak ikut awak mati sekali!'" Ungku Harraz bantai ketawa. Kamilia Hazel menampar paha suaminya kuat.

"Harraz!" Garang Kamilia Hazel namun ikut ketawa. Kut ye pun berguraulah mamat ni.

"Guraulah, sayang. Saya suka tengok awak senyum dan gelak macam ni. Saya tahu awak kuat. Satu perkara dah buktikan segalanya," ujar Ungku Harraz.

"Hm?" Kamilia Hazel mengangkat kepala.

Segala kesedihannya hilang sudah.

"Betapa kuatnya awak melahirkan anak-anak kita. Saya rasakan, sepatutnya semua lelaki dekat dunia ni kena tabik pada semua perempuan. Tak boleh naik tangan pada perempuan, menengking lagilah jangan! Bimbang, kalau perempuan diperlaku sebegitu, bila diaorang dah tiada depan mata... lelaki-lelaki dekat dunia ni tak boleh hidup tanpa perempuan. Saya sangat yakin lelaki takkan mampu hidup tanpa seorang perempuan di sisi," tutur Ungku Harraz dengan senyuman menawan. Kamilia Hazel jatuh cinta lagi.

"Yeke?" duga Kamilia Hazel menatap anak mata lelaki di hadapannya.

"Yelah. Macam saya, lain sikit. Saya tak boleh tak tengok awak seminit. Kalau saya toleh tempat lain, tak pandang awak pun saya rasa macam sikit-sikit hati saya berkecai," seloroh Ungku Harraz.

"Sampai macam tu sekali?" Bersungguh-sungguh dia melayan perangai Ungku Harraz.

"Mestilah. Awak kan cinta mati saya," balas Ungku Harraz yakin.

Tanpa Kamilia Hazel, mungkin hidupnya tidak akan ceria seperti hari-hari sebelumnya. Berada di sebelah Kamilia Hazel menimbulkan perasaan tenang, rasa sayang dan cinta yang kian hari kian membara.

Mereka bertatapan antara satu sama lain sebelum Kamilia Hazel mengusap pipi Ungku Harraz.

"I love you," ucap gadis itu ikhlas dari lubuknya hatinya yang paling dalam sekali.

"I love you more, sayang," balas Ungku Harraz dan bintang di langit adalah saksi ucapan cinta antara mereka berdua. Tiada apa yang dapat memisahkan mereka melainkan mati.

Tuhan, kekalkan cinta ini sehingga ke nafas yang terakhir.

Continue Reading

You'll Also Like

39.2K 707 43
Cintanya kepada lelaki itu terlalu mendalam hingga sanggup lakukan apa sahaja termasuk kahwin dengan lelaki itu secara tiba-tiba. Hanya lelaki itu ya...
527K 15.1K 61
#2019 Coverby:@nurshaziera AIYURA AZZAHRA seorang gadis yang matang,berbudi pekerti mulia dan sanggup berkorban apa sahaja demi orang yang disayangin...
2M 57.7K 121
Tak ada apa yang istimewa pun pasal aku. Aku hanya perempuan yang biasa yang hanya bekerja sebagai seorang babysitter di sebuah nursery yang baru di...
379K 13.7K 57
Bagi Aina Natasya, dia tidak layak untuk bahagia atas sebab-sebab tertentu. "Saya tak layak untuk dapat kebahagiaan." -Aina Natasya Namun, Tengku Hak...