BUKAN KERANA DIA [COMPLETED]

Von TheAyraa

104K 12.9K 934

๐…๐ˆ๐‘๐’๐“ ๐’๐„๐‘๐ˆ๐„๐’ | ๐…๐š๐ฌ๐ก๐š๐ซ๐ข๐ง๐š ๐‡๐š๐ฎ๐ซ๐š'๐ฌ ๐ฌ๐ญ๐จ๐ซ๐ฒ FASHARINA HAURA - Dia bukanlah seperti... Mehr

AUTHOR
PROLOG
BAB 1 | RAYYAN
BAB 2 | FAHRIN
BAB 3 | RAYUAN
BAB 4 | KENANGAN LALU
BAB 5 | PUJAAN RAMAI
BAB 6 | SENTIASA BERSAMA
BAB 7 | MAAFKAN SAYA, FASHA
BAB 8 | JANJI TEMU
BAB 9 | PERGI
BAB 10 | DIA LAGI?
BAB 11 | ANNOYING
BAB 12 | JAUH
BAB 13 | KEPUTUSAN
BAB 14 | LAWAN
BAB 15 | DI HOSPITAL
BAB 16 | TEKAD
BAB 17 | LOSER
BAB 18 | LEADER
BAB 19 | ACCEPTED
BAB 20 | DANIAL SI BEKU
BAB 22 | PROTES
BAB 23 | BUKAN SESIAPA
BAB 24 | KUSUT
BAB 25 | UIAM
BAB 26 | AGAIN
BAB 27 | MR. TENGKU
BAB 28 | DOA
BAB 29 | ORIENTASI
BAB 30 | NIAT
BAB 31 | PENGORBANAN
BAB 32 | HUKUMAN
BAB 33 | SEMPURNA
BAB 34 | PARIS
BAB 35 | GILA
BAB 36 | RAHSIA
BAB 37 | KEM
BAB 38 | MAAFKAN AKU
BAB 39 | DENDAM
BAB 40 | HASUT
BAB 41 | AL-HIN
BAB 42 | SAKIT
BAB 43 | JAWAPAN
BAB 44 | PETI KECEMASAN
BAB 45 | CINTA SEMENTARA
BAB 46 | DUGAAN
BAB 47 | KEBENARAN TERUNGKAP
BERITA ๐Ÿ”ˆ
BAB 48 | BENCI
TRAILER
BAB 49 | SESAL
BAB 50 | HANYA DIA
BAB 51 | KENAPA AKU?
BAB 52 | KELUARGA
BAB 53 | PERINGATAN
BAB 54 | MAWAR
BAB 55 | PUJUKAN TUHAN
BAB 56 | BUKAN DIA
BAB 57 | BUKAN TERBAIK
BAB 58 | BAYANGAN
BAB 59 | PENGAKHIRAN
BAB 60 | ANAK SYURGA
EPILOG
TINTA AKHIR
RAHSIA SEBUAH HATI
TRAILER RSH

BAB 21 | HANCURNYA HATI

1.2K 177 4
Von TheAyraa

RAMBUT panjangnya yang hitam dan blonde dibiarkan tidak berikat. Dia memakai make up yang agak tebal. Dressnya yang ketat menyerlahkan lagi tubuhnya yang langsing. Sarah memandang figuranya di sebalik cermin lalu dia mengukirkan senyuman sinis. Hujung rambutnya dipintal.

"Hmm... Boleh tahan cantik juga aku ni," bisik Sarah. Secara tiba-tiba, pintu bilik Dalila itu dibuka. Kasturi dan Dalila terus masuk.

"Wow, Sarah! That's you? Awak sangat cantik!" ujar Kasturi. Dalila mengangguk setuju.

"Kali ini, saya yakin yang Rayyan pasti akan terpikat. Lelaki akan kalah apabila melibatkan nafsu. Mereka lemah dengan perempuan yang cantik," ujar Sarah.

"Mak Su awak tak kisah ke awak keluar ni?" tanya Dalila. Sarah mencebik.

"Huh! Dia mana pernah fikirkan pasal aku!" kata Sarah dengan amarah yang membuak-buak.

"Mak dan ayah awak? Awak tak fikirkan pasal mereka?" tanya Dalila lagi. Entah mengapa dia jadi ragu-ragu dan serba salah mengikut rancangan Sarah. Gadis itu seakan sudah hilang arah.

"Huh! Diorang dah mati, Dalila. Saya pakai tudung pun sebab terpaksa. Sekarang, saya dah besar. Saya boleh bebas dan buat keputusan sendiri." ujar Sarah.

Dalila hanya mengangguk dan mengeluh. Setiap kisah hidup Sarah, hanya dia dan Kasturi yang tahu. Gadis itu hanya mengikut telunjuk keluarganya. Tiada sedikitpun keikhlasan untuk Sarah menjalankan tanggungjawab yang satu itu. Semua itu sekadar lakonan dia di hadapan semua orang.

"Sarah, Rayyan dah sampai. Dia ada di hadapan pintu pagar sekarang," ujar Kasturi setelah agak lama mendiamkan diri.

"Ya," balas Sarah. Wajahnya di cermin disentuh dengan jari bersama senyuman manis.

"Tak lama lagi, kau akan menangis dan meraung, Fasha. Saat kemenangan aku akan tiba tak lama lagi," kata Sarah. Kasturi dan Dalila terus berpandangan. Mereka meneguk air liur yang terasa kelat. Sarah nampak sangat psiko!

"Sudahlah. Mari kita pergi," ujar Sarah. Dia terus bangun dari duduk lalu terus keluar dari bilik. Kasturi dan Dalila hanya mengikut. Kelihatan Rayyan sedang bersandar di pintu kereta Mercedeznya. Sarah, Kasturi dan Dalila terus tersenyum lebar. Kacaknya!

"Hi."

Suara Sarah yang sengaja dilembutkan itu membuatkan Rayyan tersentak daripada lamunan. Dia terus berpaling. Jejaka itu kelihatan terkejut.

"Sa-sarah? Awak ke tu?" Gagap Rayyan bertanya. Sarah gelak kecil.

"Ya, saya. You tak percaya?" tanya Sarah bersama senyuman manisnya. Rayyan terus menggosok leher.

"Oo... Awak nampak lebih cantik daripada sebelum ni," puji Rayyan.

Sarah ketawa manja, sengaja menambahkan lagi getaran di hati Rayyan. Lengan lelaki itu dipeluk dari sisi. Jejaka itu sedikit terkejut dengan tingkah laku Sarah yang secara tiba-tiba dan tidak dijangka itu.

"Thanks Dalila sebab sudi tumpangkan rumah awak," kata Sarah. Dalila hanya senyum.

"Ya. Tak apa. Lagipun ibu dan ayah saya keluar." Sarah mengangguk. Pandangannya terus beralih kepada Rayyan.

"Maaf sebab buat you tertunggu-tunggu. Marilah kita pergi sekarang," ujar Sarah dengan manja. Rayyan mengangguk dan mengukirkan senyuman. Pintu kereta di sebelah pemandu dibuka.

"Masuklah."

"Thank you."








•¤•






IVY yang sudah tiba 20 minit lebih awal itu kelihatan menggelabah. Turut ada di situ Fasha, Dayang dan Fazrina.

"Sudahlah, Ivy. Bertenang. Awak asyik berjalan ulang alik ni pening kepala saya tahu," kata Fazrina dengan geram!

"Macam mana ni, Faz? Saya takutlah!" kata Ivy sambil mengenggam tangannya yang terasa sejuk. Dia risau. Dayang hanya menggelengkan kepala.

"Apa yang awak takutkan sebenarnya? Relakslah, Ivy. Awak nak berjumpa dengan manusia juga. Bukannya serigala. Dia tak makan awak pun," seloroh Dayang bersama ketawa kecil. Ivy ni memang comel betul.

"Mestilah saya takut dan risau. Danial tu nampak garanglah," kata Ivy lagi.

"Ivy, cuba awak fikir balik. Agak-agak, kenapa dia setuju nak berjumpa dengan awak?" ujar Fazrina.

"Manalah saya tahu!" Fazrina terus meraih kedua bahu Ivy. Mata gadis itu dipandang dalam.

"Ivy, trust me. Mana tahu Danial sukakan awak juga?"

"Ye ke? Saya tak rasa macam tu. Macam mana dia tolak saya? Dia tu beku semacam je," katanya dengan perlahan.

"Awak kenalah yakin. Beritahu dia perkara yang sebenarnya. Trust me, Ivy," kata Fazrina lagi. Ivy mengeluh lalu mengangguk.

"Ya. Baiklah."

Dayang terus mengalihkan matanya memandamg Fasha. Pelik. Gadis itu seperti termenung dan kelihatan gelisah.

"Fasha? Are you okay?" tanya Dayang. Fasha terus tersentak dari lamunan yang panjang.

"Ya?"

"Awak okay ke, Fasha? Dari tadi saya tengok awak macam risau je," ujar Fazrina pula.

"Oo... Entahlah. Rasa macam tak sedap hati pula."

"Kenapa? Awak fikirkan apa? Kalau awak tak sihat, kita boleh batalkan," kata Ivy lagi. Risau.

"Saya sihat je. Mungkin sekadar mainan perasaan saya je. Awak semua janganlah risau ye," kata Fasha bersama senyuman.

"Ehh? Itu bukankah Danial?" kata Dayang. Mereka semua terkejut. Terus lengan Fasha dan Fazrina dicapai.

"Good luck, Ivy. Kami pergi dulu tau! Bye!" kata Dayang bersama senyuman. Fazrina pula hanya mengenyitkan mata.

"Ehh korang! Tunggulah!" Jeritan Ivy tidak diendahkan. Fazrina, Fasha dan Dayang terus berlalu pergi dari situ. Ivy menggigit bibir.

'Alamak! Matilah aku!'

"Ivy?" Secara tiba-tiba, suara Danial menyapa.

Lantaran itu, dia terus berdiri tegak, tidak berani untuk berpaling ke belakang. Perlakuan gadis itu menyebabkan Danial hairan lalu dia terus berdiri di hadapan gadis itu. Ivy mendongak. Lidahnya kelu. Danial nampak santai dengan baju t-shirt dan hoodienya. Kacak!

"Oo... hai. Awak dah sampai rupanya." Ivy tersenyum manis.

Namun, Danial masih tetap dengan muka bekunya. Secara tiba-tiba, dia menarik senyuman sinis.

"Huh! Kau buta ke? Kalau tak, kenapa aku ada di depan kau sekarang." Danial menjawab dengan dingin. Terus mati senyuman Ivy.

"Hahaha. Haahkan. Saya ni rabun agaknya." Ivy ketawa palsu sambil mengetuk kepala.

'Dinginnya mamat ni!'

"Biar aku berterus terang dengan kau."

Kata-kata Danial membuatkan Ivy tidak sedap hati. Kepalanya terdongak melihat jejaka itu.

"Aku tahu niat kau. Tapi, maaf. Aku langsung tak berminat dengan perempuan yang macam kau ni. Gaya macam tak ada maruah pun ada." Kata-kata Danial sungguh tajam bagaikan belati yang menoreh hati.

Ivy terasa mahu menangis sekarang. Segera dia mengalihkan mukanya ke arah lain. Air matanya cuba ditahan, namun itu bukanlah daya upayanya. Empangan matanya pecah. Danial terkedu. Wajah gadis itu kelihatan merah menahan malu, sedih dan amarah yang kini bercampur-baur.

'Alahai, sensitif rupanya perempuan ni.'

"Ya. Saya mengaku saya sukakan awak. Dan saya juga mengaku yang saya tak layak untuk awak, Danial. Saya tak kisah kalau awak tolak saya sebab bukan awak seorang je lelaki yang ada di dunia ni. Tapi, saya tak kan terima kalau awak dah hina saya. Seteruk manapun saya ni, awak tak layak nak pijak-pijak maruah saya! Tahniah, Danial. Sekarang, saya memang bencikan awak! Forever!" tengking Ivy sepuas hati.

Dia terus berlari pergi dari situ bersama juraian air mata. Hatinya terguris dengan kata-kata Danial. Danial pula hanya berdiri kaku di situ. Tidak tahu untuk berbuat apa. Hatinya menjadi serba-salah tatkala melihat air mata tangisan gadis itu.

'Betulkah apa yang aku dah buat ni?' Bisik hati kecilnya. Serba salah.

Fasha, Dayang dan Fazrina yang memerhati dari jauh terkejut melihat Ivy yang pergi dari situ secara tiba-tiba.

"Kenapa dia pergi?" tanya Dayang. Fazrina mengangkat bahu.

"Marilah kita kejar dia," ujar Fazrina.

Dayang dan Fasha terus mengangguk. Mereka segera berlari mengejar Ivy. Risau perkara buruk akan menimpa rakan mereka itu. Secara tiba-tiba, langkah Fasha terhenti. Dia tergamam melihat dua figura yang amat dikenalinya itu. Pasangan itu kelihatan sangat mesra. Mereka saling berpegangan tangan dan gadis itu mencium pipi jejaka itu.

"Rayyan?"






















HAA! Macam tu lah yang dah terjadi. Sebab itulah Rayyan dan Fasha berpisah. 😌

Cuma peringatan, jangan terpedaya dengan janji dan kata manis lelaki selagi dia tak lafazkan ijab kabul. Sebab bila bila masa je dia akan tinggalkan awak setelah beri harapan setinggi gunung. Ada faham? 😏

Kalau nak saya update jangan lupa vote! 🎈

Weiterlesen

Das wird dir gefallen

332K 12K 80
1๐“ผ๐“ฝ ๐“ผ๐“ฝ๐“ธ๐“ป๐”‚ ๐“ซ๐”‚ ๐“ฏ๐“ต๐“ธ๐“ต๐“ฎ๐“ผ๐”‚๐“ช ๐€๐‹๐„๐„๐’๐€ ๐™๐”๐‹๐€๐ˆ๐Š๐‡๐€ Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
110K 3.4K 79
Mariene terserempak dengan kekasihnya di dalam hotel. Yang lebih menyakitkan lagi, dia melihatnya bersama seorang gadis yang tidak dikenalinya, membu...
99.7K 3.6K 59
[ COMPLETE ] Peristiwa hitam zaman kecil telah mempertemukan dirinya dengan seorang yang mampu membuatnya sentiasa bahagia. Namun semuanya berubah ap...
32.8K 1.7K 29
KAPTEN DANIELLEA ARALYN โ€ข Seorang juruterbang pesawat awam. Seorang yang lemah lembut jika dilayan lembut. Mudah gelabah. Pemalu tapi tidak malu sang...