Cinta Yang Kau Benci✔️

By CallMeSazzy

712K 29.4K 3.2K

[WARNING! CLICHE STORYLINE] Pernah pecah rekod sebab asyik keluar masuk bilik disiplin? Harraz dan Hazel per... More

CYKB:1
CYKB:2
CYKB:3
CYKB:4
CYKB:5
CYKB:6
CYKB:7
CYKB:8
CYKB:9
CYKB:10
CYKB:11
CYKB:12
CYKB:13
CYKB:14
CYKB:15
CYKB:16
CYKB:17
CYKB:18
CYKB:19
CYKB:20
CYKB:21
CYKB:22
CYKB:23
CYKB:24
CYKB:25
CYKB:26
CYKB:27
CYKB:28
CYKB:29
CYKB:30
CYKB:31
CYKB:32
CYKB:33
CYKB:34
CYKB:35
CYKB:36
CYKB:37
CYKB:38
CYKB:39
CYKB:40
CYKB:41
CYKB:42
CYKB:43
CYKB:44
CYKB:45
CYKB:46
CYKB:47
CYKB:48
CYKB:49
CYKB:50
CYKB:51
CYKB:52
CYKB:53
CYKB:54
CYKB:55
CYKB:56
CYKB:57
CYKB:59
CYKB:60
CYKB:61
CYKB:62
CYKB:63
CYKB:64 (Akhir)

CYKB:58

10K 496 87
By CallMeSazzy

"CONGRATULATIONS, babe! Tak sangka kau dah sah jadi isteri Hayat yang playboy tu." Dipeluk tubuh kawan baiknya itu dengan erat. Memang tak sangka.

Rasa seperti baru semalam mereka habis sekolah. Tup tap, dia sudah berkahwin dan punya anak. Syifa pula baru sahaja sah jadi isteri orang.

Syifa cantik berbaju pengantin berwarna caramel. Labuh sehingga mencecah tanah. Solekan Syifa juga ringkas sahaja, tak terlampau tebal. Cukup nampak seri pengantin. Syifa sangat cantik hati ini.

Tudungnya pula sedondon dengan bajunya. Hiasan pada baju pengantinnya sangat menawan sehingga ramai tetamu memuji kecantikan Syifa hari ini.

Malu-malulah pengantin kita bila dipuji sehingga kembang hidung tak mampu bernafas.

"Kan? Aku pun tak sangka. Cepat masa berlalu. Dari dia reject aku, tup tup dah kahwin. Hmm... malu tau." Syifa acah tutup muka dengan jemarinya yang sudah dihiasi inai malam semalam.

Jodoh datang tak kira masa. Dia datang dengan izin Allah.

"Sebenarnya, si Hayat tu reject kau dulu sebab nak test kau aje. Padahal dalam hati berbunga-bunga juga dengan kau. Mengada aje dia tu," umpat Kamilia Hazel sebelum Hayat datang dari arah belakangnya tanpa dia sedari.

"Oh, mengumpat raja sehari ya?" celah Hayat sambil bercekak pinggang.

Kamilia Hazel dan Syifa ketawa kecil sebelum si Syifa menggedik dengan Hayat. Lengan sasa suaminya dipeluk manja.

"Eh baby... you ni. Kenapa nak selit tak nak bagitahu dulu?" Syifa bergesel pada Hayat dengan suara manja.

Meluatlah pulak Kamilia Hazel melihat drama itu. Aish, manalah Harraz ni? Aku pun nak juga. Getus hatinya.

"I rindukan youlah baby sayang." Hayat pula bersuara manja mencuit hidung Syifa.

Kemudian, Syifa ketawa gedik. Alahai laki bini ni, mentang-mentang Harraz tiada bersamaku, boleh pulak mereka main manja-manja depan aku macam ni. Kamilia Hazel menjeling.

"Eh, dah dah. Tak payahlah korang nak menggeletis macam ni depan aku. Lagi satu, tukarlah nama panggilan tu. Terbaby-baby. Geli aku dengar." Kamilia Hazel mencebik menyampah.

"Jealouslah tu," jeling si Hayat.

"Entah dia ni. Kau jangan cakap aku dengan suami aku aje. Kau tu... bila nak tukar panggilan kau dengan Harraz. Terkau-aku. Isy... Isy... tak sweet langsung. Kan, baby?" Syifa menyindir kembali.

Kamilia Hazel menjeling lagi laki bini itu. Dia pula yang kena balik.

"Eh, mana anak-anak kembar kesayangan aku?" soal Syifa masih tidak melepaskan pelukan di lengan Hayat.

"Dekat dalam rumah. Diaorang tengah tidur tu. Nasib baiklah aku standby diaorang punya katil goyang tu. Kalau tidak, hmmm... berpenat lelahlah aku nak tidurkan sorang-sorang. Dahlah hari ni ramai orang." Kamilia Hazel merungut.

Nasibnya baik kerana kembar langsung tak buat hal hari ni. Selalunya si Amelya dan Amanda tu memang kerap menangis tanpa sebab. Risau juga kalau-kalau ada orang santau anak-anaknya. Zaman sekarangkan macam-macam.

Asal dengki aje mulalah jumpa bomoh, suruh santau orang itu orang ini. Nanti, orang lain yang jadi mangsa. Wallahualam. Semoga dijauhkan.

"Siapa jaga tu?" tanya Syifa lagi.

"Mama kau ada, umi aku pun ada kat dalam," beritahu Kamilia Hazel.

"Harraz?" Syifa menaikkan sedikit kepala mencari kelibat Ungku Harraz.

Dari tadi sebenarnya dia tak nampak lelaki itu. Yelah, busy semacam hari ini.

Kamilia Hazel angkat kepala bersama muncungan bibir menunjukkan ke arah yang menempatkan Ungku Harraz. Jelas, Ungku Harraz sedang menjamu makanan.

"Tu, meja hujung sana. Tengah makanlah tu apa lagi. Kesian dia lapar. Aku tak masak hari ni. Sempat goreng nugget dengan sosej aje tadi. Malaslah aku nak masak sebab kan nak makan kat majlis kau ni. Kalau masak nanti membazir pula," ujarnya.

"Ceh, cakap masak macam pandai masak. Goreng telur pun hangus..." kutuk Syifa.

Tak sangka Syifa berani kutuk dia depan Hayat, Kamilia Hazel menolak pipi Syifa.

"Hoi, makeup aku!" Syifa menjuihkan bibir, tanda nak menangis.

"Cakap tu perlahanlah sikit." Kamilia Hazel memandang sekeliling, takut-takut ada telinga lain yang mendengar kata-kata Syifa tadi.

"Ni, aku nak tanya kau. Kau dengan Harraz macam mana?" Syifa menyoal perkembangan hubungan Kamilia Hazel dan Ungku Harraz.

"Hmm... alhamdulillah, Harraz layan aku baik. Dia okey aje."

"Sure? Kau tak ada sorok apa-apa dari aku?"

"Betul. Harraz versi amnesia ni memang terbaik dari ladang," seloroh Kamilia Hazel tanpa ragu.

Terbit senyuman bahagia di wajah Syifa.

"Itu yang aku nak dengar. As long as kau bahagia, tenanglah sikit aku nak masuk alam perkahwinan ni. Aku doakan kau bahagia dengan dia and anak-anak korang," doa Syifa mahukan yang terbaik untuk kawan baiknya itu.

"Baby, jom pergi sana. Atuk I panggil." Hayat tegur Syifa selepas dia mendapat lambaian tangan daripada atuknya di meja tidak jauh dari tempat mereka berdiri.

"Hah, okeylah Hazel. Aku nak kena layan atuk Hayat pula ni. Bye... Jemputlah makan. Buat macam majlis sendiri," ujar Syifa sebelum dia dengan Hayat berpimpin tangan ke sana.

Kamilia Hazel pandang saja belakang tubuh pasangan pengantin baru itu sebelum dia terpandangkan cawan polisterin di tangannya. Spontan, dia menepuk dahi.

Alahai, ini air suami aku yang dia minta tolong ambilkan tadi. Macam manalah boleh lupa? Ish, itulah berborak sakan lagi dengan Syifa sampai terlupa suami sendiri.

Dia berjalan ke arah meja Ungku Harraz. Lelaki itu menaikkan wajah memandang si isteri.

"Harraz..."

"Hah tu pun kau. Kau pergi mana? Lama aku tunggu air tak sampai-sampai tau," rungut lelaki itu comel.

Kamilia Hazel tahan tawa.

Comel betul suaminya. Bertambah comel bila pakaian mereka sedondon juga hari ini. Warna cream berhiasan bunga pada baju Kamilia Hazel manakala kosong pada baju Ungku Harraz.

"Sorrylah, tadi aku berborak dengan pengantin kejap. Sorry tau," pohonnya sambil mengerdipkan mata di depan Ungku Harraz.

"Tak apalah, aku dah tercekik ni. Bak air tu." Ungku Harraz merampas cawan polisterin yang berada di tangan Kamilia Hazel.

Kerusi di sebelah Ungku Harraz diduduki. Lama Kamilia Hazel memerhati Ungku Harraz makan. Kacaknya suami aku. Ya Allah, betul-betul kacak tak ada yang kedua ni.

Tiba-tiba, timbul rasa terharu pula melihat wajah Ungku Harraz. Lelaki itu bukannya sudah baik sepenuhnya. Luka kemalangannya pun belum tertutup sempurna lagi. Kalau ikutkan, ambil masa berbulan nak bagi sembuh dan sihat macam biasa.

"Kau ni... aku dah cakap jangan ikut, kau degil. Kau tak sihat sepenuhnya. Aku risaukan kau. Kang tiba-tiba kau pengsan, siapa yang susah? Aku, kan?" bebel Kamilia Hazel.

Sebenarnya, awal-awal lagi dia sudah tegah Ungku Harraz untuk mengikutnya ke majlis ini. Dia tidak mahu memudaratkan kesihatan suaminya itu. Namun, Ungku Harraz berkeras untuk turut serta. Katanya, dia tidak mahu Kamilia Hazel pergi berseorangan tanpa seorang suami di sisi.

"Memanglah kau. Siapa lagi? Kau seorang aje bidadari yang nak tolong aku nanti. Kau juga yang boleh sembuhkan aku pun..." balas Ungku Harraz sungguh romantik.

Tersenyum-senyum Kamilia Hazel dibuatnya. Rasa penuh di dalam perut, seperti ada rama-rama yang berterbangan. Sudahlah ini kenduri kahwin Syifa, tapi rasa macam kenduri dia dengan Ungku Harraz pula.

Selepas habiskan beberapa suapan, Ungku Harraz meminta diri untuk basuh tangan.

"Kejap tau. Aku nak pergi basuh tangan. Cik Bidadari, jangan terbang ke tempat lain, ya," pesan Ungku Harraz seraya mengenyit mata kepada Kamilia Hazel.

"Okey." Kamilia Hazel hanya anggukkan kepala dengan gurauan Ungku Harraz.

Dia sisip sedikit air Ungku Harraz tadi sebelum seseorang datang menegur.

"Boleh saya duduk sini?" Andra meminta izin.

Kamilia Hazel terpana. Apa pulak mamat ni buat kat sini? Alahai, bala bala.

"Andra..." Sebenarnya lidahnya tak mampu berkata-kata. Tak percaya Andra juga hadir ke majlis Syifa.

"Hye..." Mesra Andra menyapa dengan sebuah senyuman kacak.

"Syifa jemput awak jugak?" soal Kamilia Hazel.

Berkerut dahi Andra walaupun dalam senyuman.

"Kenapa? Saya tak layak dijemput ke?" soalnya kembali.

"Eh, bukan. Bukan tu maksud saya," nafi Kamilia Hazel memandang meja.

"Yelah, Syifa jemput saya. Lusa saya dah nak balik Perth jadi saya setuju aje lah. Lagipun, inikan hari bahagia dia. Saya, sebagai ex classmate kenalah datang raikan dia. Kenapa Hazel? Awak tak suka ke saya datang sini?" tanya Andra bila Kamilia Hazel macam tak selesa dengan keberadaannya di situ.

"Bukanlah, saya tak maksudkan macam tu. Awak jangan salah faham." Wajah Kamilia Hazel jelas tak mahu Andra fikir yang bukan-bukan.

Oh, yelah. Macam mana aku boleh lupa Andra satu kelas dengan kami.

"Yelah. Boleh saya duduk sini?" pintanya lagi.

Tadi dia minta izin pun Kamilia Hazel tak jawab. Dari tadi dia berdiri, lutut pun dah bergoyang.

"Duduklah, tak ada orang pun," kata Kamilia Hazel dalam tak merelakan.

Rasanya banyak lagi kut meja yang kosong. Ada dua tiga meja dekat sebelah sana yang paling tepi. Apa hal dia tak duduk situ? Kenapa kena menyibuk kat sini juga ya? Kamilia Hazel mengumpat dalam hati.

"Terima kasih," ucap Andra sebelum menarik kerusi dan melabuhkan duduk di situ.

Kamilia Hazel pandang tempat lain. Asalkan bukan pandang muka Andra sudah. Nanti ada yang cemburu.

"Cantikkan Syifa hari ni?" puji Andra memandang ke arah Syifa yang rancak berbual ketawa dengan ahli keluarga mentuanya. Kamilia Hazel sekadar tersenyum.

Namun kemudian, mata Andra beralih pula pada Kamilia Haze. Terasa janggal bila Andra memandangnya lama.

"Awak lagi cantik, Hazel," ujar lelaki itu.

Kamilia Hazel tak tahu nak balas apa.

Gila ke apa? Takkan nak melayan? Lelaki macam ni, kira lelaki tak faham bahasa. Dah tahu Kamilia Hazel tu sudah bersuami boleh pula dia main puji-puji dengan nada suara romantis begitu. Ni kalau nampak dek Ungku Harraz, boleh berlaku perang di majlis orang ni.

"Ehem!"

Bahu Kamilia Hazel terhinjut.

Wuish, berdebar beb. Ungku Harraz rupanya.

'Ehem' dia tu macam nak ajak gaduh aje. Seram pula Kamilia Hazel melihatkan urat yang sudah timbul di atas dahi Ungku Harraz. Rahang Ungku Harraz pun bergerak-gerak dari tadi. Mak aih, seram aku nyah!

"Eh, Harraz! What up, bro. Andra Rifzal. Kau ingat aku tak?" Andra mengenalkan dirinya.

Dia tahu, Ungku Harraz mesti dah tak kenal dirinya selepas kemalangan hari tu.

Tangan mereka bertaut di hadapan mata Kamilia Hazel. Yelah, Kamilia Hazel berada di tengah-tengah. Belah kirinya Ungku Harraz duduk manakala belah kanan pula Andra Rifzal. Alahai hati...

"Ungku Harraz, suami Kamilia Hazel. Dia milik aku," tegas nada suara Ungku Harraz memperkenalkan dirinya pula.

Entah dia sendiri tak tahu sama ada mamat tu kenal dia ke tak. Kenal ke tak kenal ke, ada aku kesah? Desis hati Ungku Harraz geram.

Rambut pacak-pacak macam budak raver, ada ke orang nak? Umpat Ungku Harraz tentang rambut Andra.

Automatik, dia menyentuh rambutnya sendiri dan membetulkannya sedikit. Hah, tak tengok cermin pun dah tahu kacak. Bukan macam si mamat pacak ni! Umpatnya lagi.

"Yeah, aku tahu." Tautan terlepas.

"Baguslah kalau kau tahu. Boleh tak kau duduk jauh sikit dari isteri aku? Dekat sangat tu. Ke, kau nak aku duduk sebelah kau?" Ungku Harraz beri cadangan, bernada sindiran.

Andra pula sudah terpinga-pinga. Kamilia Hazel hanya mampu melihat dua orang lelaki itu dengan debaran jantung yang hampir luruh. Ungku Harraz nampak garang sangat bila bercakap macam itu.

"Eh, tak apa bro. Aku gerak kerusi lain. Sorry," kata Andra bergerak jarak dua kerusi dari Kamilia Hazel.

Ungku Harraz menikam matanya tajam. Bila dia senyum, makin tajam lelaki itu memanah matanya.

Sudah macam apa si Kamilia Hazel di tengah-tengah. Menjadi pengantara di antara dua jejaka yang menginginkan dirinya. Dugaan betul jadi gadis tercantik di Malaysia ni. Susahlah macam ni. Kamilia Hazel mula perasan sendirian.

TAK tenteram Kamilia Hazel mahu makan saat mata Ungku Harraz dari tadi memandang Andra seperti mahu telan saja. Nak makan bubur pulut hitam dengan senang dan tenang pun tak boleh.

Apalah yang Ungku Harraz bengangkan sangat ni? Ah, ni mesti kes Andra datang ke rumah mereka semalam. Ungku Harraz ternampak dia dan Andra berbual.

Kamilia Hazel mengeluh. Sebenarnya, semalam Ungku Harraz langsung tak bercakap dengannya. Macam-macam dia lakukan bagi memujuk si suami yang main rajuk-rajuk dengannya. Tak pernah lagi Ungku Harraz merajuk dengannya.

Comel. Berpeluk tubuh, mencebik dan alihkan pandangan setiap kali Kamilia Hazel mahu menarik lengannya untuk slow talk.

Persis budak-budak. Tapi, ya. Sangat comel. Untungnya dia dikurniakan suami yang kacak, comel dan... penyayang?

Hmm... itu dulu. Padan muka Hazel! Waktu yang penyayang tu betul-betul sayangkan kau dan jaga kau, belai kau dengan kasih sayang, kau buat tak endah kat dia. Kau buang dia jauh-jauh. Sekarang ni, bila yang penyayang tu dah hilang, hah keseoranganlah kau menghadap perangai Ungku Harraz yang baru.

"Kau apa hal, usya isteri aku macam tu?" Tiba-tiba suara Ungku Harraz menusuk gegendang telinganya.

Bagai tersedar dari mimpi dia terkejut. Betul-betul di tepi telinganya.

"Err... aku.." Andra kelihatan tergagap-gagap.

"Tak, aku tanya jawab ah. Asal kau usya bini aku macam tu?" Ungku Harraz sudah bangkit berdiri.

Nada suaranya juga naik seoktah. Kamilia Hazel yang tidak tahu apa-apa cuba menghalang dada suaminya yang sudah tidak terkawal.

"Harraz..." Kamilia Hazel cuba menenangkan Ungku Harraz sebelum lelaki itu menengking lagi.

"Kau apa hal?!" jerit Ungku Harraz sebelum pipi Andra ditumbuk.

Mereka sama-sama jatuh ke tanah.

"Ya Allah, Harraz!" Terkejut Kamilia Hazel bila Ungku Harraz bertindak sebegitu rupa.

Saat kedua-dua jejaka itu berkelahi di tanah, Kamilia Hazel memanggil sesiapa untuk hentikan mereka berdua. Entah apa yang merasukimu, Ungku Harraz?

"Harraz, sudahlah! Harraz, please." Bahu Ungku Harraz ditarik.

Namun, tak diendah. Andra pula terpaksa melawan balik Ungku Harraz untuk menyelamatkan diri sendiri. Kalau boleh dia tak mahu bergaduh dengan Ungku Harraz. Dia tahu keadaan lelaki itu yang masih belum stabil tapi demi mempertahankan diri sendiri, dia terpaksa.

Lagipun, Ungku Harraz bertindak ganas kepadanya.

Tetamu yang lain sudah mula berbisik sesama sendiri. Jika tadi bising macam pasar malam, sekarang dah macam kat dalam perpustakaan. Hanya bunyi 'soksek' saja.

"Harraz, kita kat majlis oranglah, please! Sudahlah!"

"Raz, Raz... dah..." Iskandar datang memeluk bahu Ungku Harraz dengan kuat walaupun lelaki itu ganas ingin berlawan.

Beberapa tumbukan di muka lelaki miang macam Andra belum cukup buatnya. Tak puas hati. Kakinya gatal nak sepak-sepak Andra Rifzal sampai mampus!

Kasarnya! Dia cemburu melihat lelaki lain merenung isterinya. Kamilia Hazel isterinya!

"Hazel, ini dah kenapa ni?" Umi datang dari dalam rumah.

Dia terdengarkan bunyi kecoh datang dari luar rumah tadi. Keluar keluar, nampak menantunya sedang bertumbuk dengan Andra pula. Apa kes ni?

"Hazel tak tahu, umi," jawab Kamilia Hazel.

"Lagi sekali aku nampak kau pandang Hazel macam tu, aku akan buat lebih dari ni." Jarinya dituding tepat ke wajah Andra yang menyakitkan hati.

Itu adalah amaran pertama buat lelaki itu. Kalau tak faham bahasa juga, lebam satu badan dia.

Tangan Iskandar yang memeluk bahunya ditepis kasar sebelum dengan mata merahnya dia lari keluar dari majlis yang baginya hanya malapetaka saja. Menyesal pula datang sini.

Selepas tubuh Ungku Harraz tidak lagi kelihatan, terus Kamilia Hazel memandang Andra yang sedang memegang bibirnya yang berdarah. Menyeringai Andra dibuatnya. Kamilia Hazel bernafas tak teratur.

Geram, sangat geram. Muka Andra yang memang sudah lebam dek penangan tangan Ungku Harraz, ditatap geram. Rasa macam nak bagi lebam darinya pula. Apa masalah si Andra ni sebenarnya? Marah Kamilia Hazel dalam hati.

"Hazel, saya..." Andra mendekati Kamilia Hazel.

Tapi, tak sempat dia nak cakap, Kamilia Hazel sudah gelengkan kepala.

"Apa sebenarnya niat awak, Andra? Kenapa awak hadir waktu-waktu macam ni? Awak nak musnahkan hubungan saya dengan Harraz? Andra, kalau itu niat awak, batalkan semuanya! Saya cintakan Harraz dan tiada siapa boleh halang saya dari mencintai lelaki yang saya sayang. Awak nak jatuhkan rumah tangga saya? Awak silap orang," ujar Kamilia Hazel.

Andra terdiam. Kaku tanpa kata. Cuma menunggu kata-kata dari Kamilia Hazel yang mungkin akan melukakan hatinya. Nak tak nak, kenalah terima.

Datin Harsyifah cuma melihat perkara itu berlaku tanpa menyampuk.

"Saya fikir awak kawan yang baik, tapi saya silap menilai awak. Awak ada niat tak baik nak musnahkan rumah tangga saya. Kalau macam ni, awak pergi aje lah duduk dekat luar negara tu. Jangan langsung balik sini. Saya tak mahu jumpa awak." Penuh rasa kecewa Kamilia Hazel berkata.

Dia berjalan masuk ke dalam untuk ambil kembar. Ungku Harraz dah pergi ke mana, jadi dia harus ikut. Datin Harsyifah mengekori jejak Kamilia Hazel.

"Hazel..." Andra menyeru nama Kamilia Hazel namun dihalang oleh Syifa.

"Andra, kau balik doh. Jangan buat hal kat sini. Ni majlis aku, kau tahu tak," kata Syifa separuh merayu.

"Syifa, aku minta maaf," ujar Andra dengan perasaan bersalah.

"Tak apa. Baliklah. Please..." Syifa bukan nak menghalau tapi dia tahu Kamilia Hazel takkan mahu melihat wajah Andra lagi selepas ini.

Andra pergi dengan jiwa yang kacau.

Memang agak biadab menghalau tetamu pulang walaupun majlis belum tamat tetapi kalau sudah jadi macam ini, memang terpaksalah halau orang-orang toksik ini.

Bila Kamilia Hazel keluar semula, Syifa datang dengan wajah bersalah. Hayat di sebelah Syifa mengambil Amanda di dukungan Kamilia Hazel.

"Sorry, Hayat... Syifa. Aku tak bermaksud nak buat kecoh kat hari bahagia korang. Aku minta maaf bagi pihak Harraz." Kamilia Hazel memohon maaf dengan rasa bersalah sangat.

Hayat terangguk-angguk tanda memaafkan sambil mendodoi Amanda di lengannya. Bayi itu sudah buka mata saat diambil oleh ibunya tadi. Lenanya terganggu. Amelya didukungan Kamilia Hazel saja yang masih lena dengan wajah tenang.

"Tak apa, bukan salah dia. Aku cuba faham keadaan Harraz. Menyesal pulak aku invite Andra. Kalau aku tahu benda ni nak jadi, memang taklah aku nak jemput mamat tu. Sorry tau Hazel," tutur Syifa pula dengan muka geramkan Andra.

"Tak apalah, aku balik dulu eh? Aku risau dekat Harraz. Dia bukannya sihat sangat pun. Entah manalah si Iskandar bawak dia sekarang." Kamilia Hazel memandang uminya di belakang.

"Jom, umi..." ajak Kamilia Hazel sambil berjalan ke arah kereta yang dipandunya tadi.

Hayat meletakkan Amanda di sebelah Amelya. Kembar itu diletakkan di atas baby carseat. Ada dua. Belah kanan satu, belah kiri satu. Tubuh Amanda dan Amelya diselesakan. Kamilia Hazel sudah bergerak ke tempat pemandu.

Datang ke majlis Syifa tadi pun dia yang pandu. Ungku Harraz memandu? Mamat tu mana pandai.

Enjin kereta mengaum.

"Kau tak payah risau. Harraz mesti okey aje dengan Iskandar. Nanti kau call lah Is tu tanya dia. Drive safely, Hazel." Syifa memesan bila Kamilia Hazel menurunkan cermin tingkapnya separuh habis.

Kamilia Hazel senyum sebelum jenguk ke seat belakang. Kembarnya dalam keadaan elok. Tak apa, uminya ada untuk pantau. Baguslah.

"Okey. Selamat Pengantin Baru, Syifa. Love you." Di cermin tingkap mereka berlaga pipi.

"Love you too, babe. Bye... bye umi." Syifa melambai kepada Datin Harsyifah pula.

Datin Harsyifah balas dengan senyuman. Kamilia Hazel mula memandu. Rasa bersalah sangat terpaksa tinggalkan majlis Syifa macam tu. Sepatutnya hari ini jadi hari bahagia Syifa tapi dia rasa macam segala perbalahan dan kekecohan tadi berlaku disebabkannya.

"Umi, ambil phone Haz dalam beg. Tolong call kan Iskandar," pinta Kamilia Hazel mengharapkan pertolongan dari uminya.

Datin Harsyifah akur. Dia keluarkan telefon Kamilia Hazel dari dalam beg sebelum panggilan disambungkan. Datin Harsyifah buka speaker supaya Kamilia Hazel boleh berbual sendiri dengan Iskandar walaupun sedang memandu.

"Hello, Is. Harraz okey ke tu?" soal Kamilia Hazel apabila dia dengar suara Iskandar.

Sekarang ni, dia hanya fikirkan keadaan Ungku Harraz. Risau juga kalau jadi apa-apa kepada lelaki itu. Kesihatan dia bukannya dah pulih sepenuhnya.

"Okey. Aku on the way ke rumah korang nak hantar dia ni. Dia kata kepala dia sakit. Korang jumpa dekat rumah ajelah nanti," balas Iskandar.

Kamilia Hazel lepas nafas lega. Alhamdulillah.

"Okey, thanks Is." Panggilan dimatikan.

"Umi, Hazel hantar umi balik dulu ya?" kata Kamilia Hazel, memandang uminya di sebelah sekilas.

"Yelah. Tapi, jangan korang bergaduh pulak ya. Bincang elok-elok. Apa-apa nanti, Hazel call umi atau daddy," pesan Datin Harsyifah.

Kamilia Hazel senyum sambil sebelah tangannya menggenggam tapak tangan Datin Harsyifah.

KELAM-kabut Kamilia Hazel mendukung kembar dengan dua belah tangannya. Setelah memastikan dia sudah kunci kereta, dia berjalan ingin masuk ke dalam rumah. Kasut Ungku Harraz ada di depan pintu, bermaksud Ungku Harraz sudah sampai.

Baru sahaja dia mahu buka pintu, tiba-tiba ia terbuka dari dalam. Muncul wajah Ungku Harraz di depan wajahnya.

"Harraz..."

"Hazel..." sahutnya.

Melihatkan Kamilia Hazel yang bersusah-payah menggendong Amelya dan Amanda, Ungku Harraz mengambil salah seorang dari kembar di lengan Kamilia Hazel.

"Aku minta maaf pasal tadi," ucap Kamilia Hazel terlebih dahulu.

Tak pasti sama ada Ungku Harraz marahkan dia tapi, minta maaf ajelah. Mana tahu Ungku Harraz memang sedang marahkannya.

"Kenapa pula kau yang minta maaf? Bukan salah kau," balas Ungku Harraz membawa masuk Amanda ke dalam rumah mereka.

Kamilia Hazel membuntuti suaminya.

Cadar bayi mereka yang sedia ada di atas lantai berlapikkan karpet gebu. Kembar diletakkan perlahan di atasnya. Kedua-duanya sudah lelap.

Bagusnya anak ibu hari ini. Langsung tak buat hal. Macam faham-faham sahaja situasi hari ini.

Kemudian, mereka sama-sama dudukkan diri di atas sofa sambil melihat ke arah kembar.

"Kau marahkan aku ke? Aku tak berniat apa-apa pun pada Andra. Percayalah, Harraz. Aku minta maaf kalau buat kau rasa yang aku dengan Andra ada sembunyikan something dari kau. Sumpah, lillahi taala, aku dengan dia tak ada apa-apa." Bersungguh-sungguh meyakinkan si suami.

"Ya Allah, Hazel. Aku tak fikir macam tu pun. Dan aku tak marahkan kau langsung. Aku cuma marahkan mamat tu. Biadab betul dia tu. Berani dia pandang kau macam tu, depan aku pulak tu." Bengang Ungku Harraz.

Kamilia Hazel menggapai jemari Ungku Harraz. Lelaki itu tersentak namun dibalas genggaman isterinya .

"Aku minta maaf."

"Bukan salah kau. Kau tak ada salah apa-apa pun. Salah kau satu aje." Ungku Harraz tayang muka merajuk.

"Apa?" Ada juga ke salah aku? Soal Kamilia Hazel dalam hati.

"Sebab kau lambat ambikkan aku air sirap tadi. Aku haus dan hampir tercekik tau," gurau Ungku Harraz. Ceit mamat ni.

Ketawa Kamilia Hazel berkumandang sebelum Amanda menangis sekejap sambil menggeliat kecil. Kemudian sambung tidur balik. Ditutup mulutnya agar tidak bersuara kuat lagi.

"Sorry..." ucapnya bernada perlahan.

Tak kisahlah dia buat silap atau tak, tak rugi pun kalau minta maaf.

"Tak apa, dimaafkan." Ungku Harraz tarik senyuman.

"Aku sayangkan kau, Harraz," luah Kamilia Hazel.

Dia sangat menyayangi Ungku Harraz. Biarlah jika perasaannya tidak berbalas sekalipun, asalkan Ungku Harraz tahu betapa sayangnya dirinya pada lelaki itu.

"Aku pun." Teragak-agak lelaki itu menjawab.

Tak apa, Hazel. Dulu, Harraz tak pernah mengalah untuk curi hati kau. Kau pun kena tunjuk kat dia yang kau bukan orang yang cepat mengalah. Terus curi hati dia sehingga dia kembali jatuh cinta pada kau. In Syaa Allah, Allah will ease everything.



Comment bebanyak because saya nak hiatus jap. Bye baby sayang cinta hati sekalian. Greet you when I meet you. Happy author, happy reading 😚

Continue Reading

You'll Also Like

809K 20K 74
[COMPLETE] Selepas kematian ibu dan abah, dia sudah tidak punya sesiapa lagi untuk bergantung hidup. Bahkan neneknya sendiri menghalaunya dari hidup...
315K 8.7K 51
#1 MS & MR SERIES BY THEAGASSHI Layla Aileen x Noh Fitri Thanks for all supports and votes 💕 Selalu dengar cinta diawan biru, sweet jer dengar. Ta...
527K 15.1K 61
#2019 Coverby:@nurshaziera AIYURA AZZAHRA seorang gadis yang matang,berbudi pekerti mulia dan sanggup berkorban apa sahaja demi orang yang disayangin...
821K 32.6K 56
#1 Malay (13 Jun 2019) #1 romantik (9 Ogos 2019) #1 remaja (5 Dec 2019) (12 Jun 2020) Seorang gadis biasa yang percaya pada jatuh cinta pandang perta...