Cinta Yang Kau Benci✔️

By CallMeSazzy

712K 29.4K 3.2K

[WARNING! CLICHE STORYLINE] Pernah pecah rekod sebab asyik keluar masuk bilik disiplin? Harraz dan Hazel per... More

CYKB:1
CYKB:2
CYKB:3
CYKB:4
CYKB:5
CYKB:6
CYKB:7
CYKB:8
CYKB:9
CYKB:10
CYKB:11
CYKB:12
CYKB:13
CYKB:14
CYKB:15
CYKB:16
CYKB:17
CYKB:18
CYKB:19
CYKB:20
CYKB:21
CYKB:22
CYKB:23
CYKB:24
CYKB:25
CYKB:26
CYKB:27
CYKB:28
CYKB:29
CYKB:30
CYKB:31
CYKB:32
CYKB:33
CYKB:34
CYKB:35
CYKB:36
CYKB:37
CYKB:38
CYKB:39
CYKB:40
CYKB:41
CYKB:42
CYKB:43
CYKB:44
CYKB:45
CYKB:46
CYKB:47
CYKB:48
CYKB:49
CYKB:50
CYKB:51
CYKB:52
CYKB:53
CYKB:54
CYKB:55
CYKB:57
CYKB:58
CYKB:59
CYKB:60
CYKB:61
CYKB:62
CYKB:63
CYKB:64 (Akhir)

CYKB:56

9.6K 461 57
By CallMeSazzy

PAGI yang cerah membangkitkan Ungku Harraz dari mimpi yang indah. Asalkan mimpi tentang Kamilia Hazel, Ungku Harraz akan tidur dengan senyuman. Walaupun dia tak kenal Kamilia Hazel, dia dapat rasakan sesuatu dalam dirinya yang ada untuk Kamilia Hazel.

Sesuatu yang sukar untuk ditafsirkan.

Cinta, mungkin.

Jam di dinding dipandang sekejap. Oh, sudah pukul 11:50 pagi. Lambat betul kau bangun, Harraz!

Bahagian sebelahnya dipandang, mencari kelibat Kamilia Hazel namun kosong. Automatik Ungku Harraz mengeluh.

Hah, dah kenapa pula kau mengeluh tu Harraz? Kalau nak tengok bini, pergilah cari. Desis hati kecilnya dan dia ukir senyuman sebelum menolak selimut dari badan.

Pintu bilik air dimasuki untuk basuh muka dan gosok gigi sebelum dia turun ke bawah.

Di ruang tamu, langsung tiada kelibat isterinya. Hanya ada kembar sahaja yang sedang elok memainkan tangan diawangan. Ungku Harraz mendekati Amelya dan Amanda lalu meninggalkan beberapa ciuman di seluruh muka anak-anak gadisnya yang comel itu.

Masih tidak percaya yang dia dikurniakan sepasang kembar perempuan yang comel. Alhamdulillah.

Rasa dirinya tidak boleh tahan dengan rindu yang semakin membara, Ungku Harraz terus ke dapur. Dia yakin Kamilia Hazel di dapur. Mungkin sedang menyediakan makanan untuknya. Tekaannya betul apabila tubuh Kamilia Hazel yang comel berbaju tidur sedang ralit memasak sesuatu.

Ungku Harraz mendekati Kamilia Hazel.

"Masak?"

Kamilia Hazel menoleh. Ungku Harraz rupa-rupanya.

"Kau dah bangun?"

"Hmmm..."

"Kau lapar?"

"Bolehlah..." Ungku Harraz pegang perutnya.

"Kejap tau. Aku baru nak masak." Kamilia Hazel sibuk ke sana dan ke sini.

"Nak aku tolong?" Ungku Harraz menawarkan diri.

"Oh, tak apa. Aku boleh buat sendiri. Lagipun kau tak sihat lagi. Aku tak nak dukung kau kalau kau pengsan kat sini," seloroh gadis itu.

"Macam mana belakang kau? Sakit lagi?" tanya Ungku Harraz.

"Tak sakit dah," balas Kamilia Hazel dengan senyuman.

Ungku Harraz angguk kepala faham. Namun, dia tetap berjalan mendekati Kamilia Hazel. Tangan kekarnya memeluk Kamilia Hazel sebelum perlahan-lahan mengurut pinggang si isteri.

Terkejut Kamilia Hazel menerima urutan itu.

"Kau nak masak apa ni?" tanya Ungku Harraz sambil tangannya tidak berhenti mengurut pinggang Kamilia Hazel.

Bahu mereka berlaga. Kamilia Hazel senyum.

"Simple aje. Ayam masak kicap? Kau okey ke dengan menu aku hari ni?" soalnya.

Manalah tahu tekak Ungku Harraz nak makan western food.

"Okey aje. Kalau kau masak, mestilah rasanya sedapkan?" Kata-kata Ungku Harraz seakan semangat untuk Kamilia Hazel.

"Tengoklah nanti. Aku pun tak pandai sangat. Aku masih belajar melalui google. Kadang-kadang aku bergurukan Syifa. Dia memang legend sikit bab memasak ni," ujar Kamilia Hazel.

Hmmm... dasarlah kau isteri tak guna. Memasak pun tak reti. Tapi mulut biadab nombor satu. Dia mengumpat diri sendiri.

"Kau tak pandai masak?" Berkerut dahi Ungku Harraz menyoal dan soalan itu mengundang jelingan dari Kamilia Hazel.

Soalan mamat ni boleh tahan macam nak ajak gaduh aje. Sabar Hazel, sabar. Jangan bagi ego kau keluar sekarang. Bukan masanya.

"Eh, pandailah! Cuma, tak adalah pro mana. Setakat maggi goreng, telur mata, nanak nasi, ayam kicap, nasi goreng tu bolehlah. Yang lain-lain aku masih belajar. Jangan pandang aku sebelah mata tau," balas Kamilia Hazel.

Teringat pula pada Ungku Harraz yang dulu. Waktu malam selepas dia habis 'date' dengan Raziq. Ungku Harraz masakkan buttermilk chicken untuknya. Situasi sekarang mengingatkannya pada memori lalu.

Memang sedap gilalah masakan Ungku Harraz. Pertama kali dia rasa sudah jatuh cinta. Agak-agak, Ungku Harraz lepas kemalangan ni masih pandai memasak macam dulu ke? Kamilia Hazel menyoal sendiri.

"Alhamdulillah, aku tengah pandang kau dua belah mata ni." Ungku Harraz bersakarstik.

Deja vu. Ungku Harraz pernah cakap begini dulu.

Kamilia Hazel toleh sebelahnya dan ya, Ungku Harraz sedang memandangnya tajam. Pandangan yang susah ingin ditafsirkan. Pandangan apakah itu?

Kamilia Hazel tak mampu lagi berlawan mata dengan suaminya lalu menyambung kerja memasaknya.

"Biarlah aku tolong kau," giat Ungku Harraz masih mahu menolong.

"Tak apa, tak perlu," halang Kamilia Hazel. Risau jika suaminya sakit lagi.

"Tak apa, aku boleh." Ungku Harraz masih berkeras. Rasa tak syok kalau dia cuma tengok dan tak lakukan apa-apa. Ada suatu rasa di dalam dirinya yang berkeras ingin turut serta memasak.

Dia menggapai apron yang tergantung di belakang pintu dapur. Kamilia Hazel perhati saja tingkah laku suaminya. Comel sangat. Sudahlah apron tu berwarna pink. Yang hitam sudah dipakai oleh Kamilia Hazel.

"Comel." Bibirnya terbit perkataan itu.

"Apa yang comel?" soal Ungku Harraz pelik seraya mengikat tali apron di belakang.

"Kau," jawab Kamilia Hazel.

"Kenapa?" Ungku Harraz masih tidak memahami.

"Kau nampak comel pakai apron tu," jelas Kamilia Hazel dengan senyuman panjang.

"Aku bukan comel aje tau. Kau pandang muka aku ni. Tengok betul-betul." Tiba-tiba Ungku Harraz menudingkan jari telunjuk ke arah mukanya.

"Kenapa?" Kini, Kamilia Hazel pula yang bertanya.

"Ada nampak aku kacak tak?" Cis, puji diri sendiri pula.

Kamilia Hazel hela nafas sebelum tersengih lagi.

"Mestilah, kau memang kacak. Semua pakej kau ada," balas Kamilia Hazel.

"Untungkan siapa dapat aku?" katanya, mulakan memasak mengikut apa yang dikata isterinya.

"Akulah yang untung tu." Perlahan Kamilia Hazel menjawab.

Sedang mereka melakukan tugas masing-masing dan menguruskan hal dapur, sambil itu mereka berbual kosong. Tiada langsung di antara mereka yang berasa kekok. Malah, perbualan mereka semakin rancak. Bual dari satu topik ke topik yang lain.

Ungku Harraz yang sekarang memang sporting habislah!

"Harraz..." panggilnya bila merasakan perbualan mereka terhenti setakat itu.

"Hmmm..."

"Minggu depan, Syifa akan berkahwin. Dia jemput kita satu family. Kau nak pergi tak?" Kamilia Hazel menyoal.

Kalau Ungku Harraz tak mahu pergi, apalah dayanya sebagai seorang isteri. Mesti Ungku Harraz maksudkan dengan tidak membenarkannyakan? Jadi nak tak nak, dia kenalah ikut kata suami. Syurgakan di bawah tapak kaki suami.

"Syifa kawan baik kau tu ke?" Ungku Harraz memotong bawang.

"Ya," jawabnya.

"Oh, okey. Aku tak kisah." Ungku Harraz memberi keizinan.

"Aku minta izin kau ni. Kau izinkan tak?"

"Ya, aku izinkan," getus Ungku Harraz tersenyum.

Lupa yang dia adalah seorang suami. Segala keizinan dan kebenaran adalah tanggungjawabnya.

"Yeay!" Kamilia Hazel dan Ungku Harraz bersama-sama menyiapkan hidangan untuk mereka menjamu selera bersama.

Mereka siap memasak dalam pukul 1:30 petang begitu. Selepas dengar azan Zuhur, terus Ungku Harraz meminta diri untuk naik dan tunaikan solat Zuhur. Kamilia Hazel pula tidak boleh kerana sedang bendera merah, jadi dia tidak dapat solat berimamkan Ungku Harraz. Dia pengen, tapi belum masa. Tunggulah nanti bila dia dah boleh solat, In Syaa Allah dia berpeluang untuk solat dengan Ungku Harraz.

Nasi di dalam mangkuk kaca diceduk oleh Kamilia Hazel lalu diletakkan di atas dua buah pinggan. Satu untuk dirinya dan satu lagi untuk sang suami. Sementara menunggu lelaki itu menunaikan solat, sediakanlah apa yang patut dulu. Air sirap juga sudah terhidang di atas meja makan menjadi penyeri lengkap hidangan mereka bersama.

Selepas beberapa minit menunggu, barulah Ungku Harraz turun. Tersenyum Kamilia Hazel melihatkan Ungku Harraz yang hanya bersinglet putih bersama seluar adidas pendek paras lutut. Ungku Harraz nampak lebih kacak dan comel.

Selepas menarik kerusi, Ungku Harraz duduk berhadapan dengan isterinya yang sudah bersedia awal-awal. Kamilia Hazel menghulurkan pinggan yang sudah diletakkan dua senduk nasi kepada Ungku Harraz.

Mereka berbalas senyuman sebelum doa diketuai oleh Ungku Harraz. Selesai bacaan doa, mereka bersama-sama menjamu hidangan petang itu.

"Hmmm... Hazel." Dalam dia mengunyah nasi bersama lauk ayam kicap, mulutnya ingin berbual.

"Ya," sahut Kamilia Hazel memandang mata Ungku Harraz.

"Kita memang bercakap macam ni eh? Guna 'kau-aku'?"

"Haah. Kenapa?" jawab Kamilia Hazel.

"Apa kata kita tukar? Kalau guna 'kau-aku' tu macam kasar. Lagipun, tak elok anak-anak kita dengar," usul Ungku Harraz.

"Tu... tukar? Nak tukar apa?" Kamilia Hazel janggal. Dia sudah terbiasa guna 'kau-aku' dengan Ungku Harraz. Tak pernah terfikir nak tukar nama panggilan lain.

"Sayang-abang?' Eh! Errr... 'baby-sayang'. Bu... bukan! Maksud aku, errr..." Ungku Harraz garu kepala. Buntu. Malu juga.

"Aku... aku tak biasalah. Kita bincang hal ni lain kali aje la," kata Kamilia Hazel sedikit tidak selesa.

"Hmmm... okey," balas Ungku Harraz, sedikit kecewa. Dia sambung makan.

Suasana sepi sekejap. Masing-masing pandang nasi lalu suap ke mulut sendiri.

"Hazel," seru Ungku Harraz lagi. Kamilia Hazel angkat kepala.

"Boleh tak aku nak tengok album kahwin kita?" minta Ungku Harraz.

Kamilia Hazel terkedu sebentar. Dia tersenyum sebelum meneguk liur.

"Err... album kahwin? Oh, album tu ada dekat rumah mom and dad. Nanti kita pergi sana, aku tunjukkan, okey?" balas Kamilia Hazel menyambung makan.

Menutup rasa gugup yang kembali datang.

Bukan tak mahu tunjuk, tapi kalau dia tunjuk dan Ungku Harraz banyak soal, apa pulak bencana yang bakal menimpa keluarga mereka nanti? Sudahlah gambar-gambar sewaktu perkahwinannya dan Ungku Harraz banyak berwajah tidak merelakan.

Macamlah tak faham situasi waktu itu. Mereka kan terpaksa berkahwin. Sudahlah masing-masing tak dapat terima permusuhan mereka yang dahsyat itu sehinggalah ke jenjang pelamin yang tidak diisytiharkan dengan kerelaan masing-masing.

Dia tak mahu selepas Ungku Harraz tahu segalanya, Ungku Harraz kembali membenci dirinya. Kamilia Hazel tak mahu kehilangan Ungku Harraz lagi.

Dia bakal jadi gila.

"Kenapa letak kat sana?" soal Ungku Harraz pelik. Bukankah sepatutnya album itu disimpan oleh mereka. Kamilia Hazel garu kepala.

"Sebelum kita pindah sini, kita duduk rumah keluarga kau jadi, aku simpan semua benda dekat sana. Tak teringat pulak nak angkut sekali. Lagipun, mom kau yang simpan album tu. Tak apalah, nanti aku tanyakan dia okey?" kata Kamilia Hazel.

Ungku Harraz anggukkan kepala. Tanpa perasaan syak wasangka terhadap isterinya.

KAMILIA Hazel mengagah kembarnya dan mereka tersenyum panjang. Terhibur hati Kamilia Hazel melihatkan puteri-puterinya sudah pandai tersenyum dengan agahannya. Geram dengan Amelya dan Amanda, tubuh kedua-dua bayi itu digomol lagi. Tangan mereka terangkat keawangan.

Kamilia Hazel ketawa suka. Comel betul.

Ungku Harraz pula sibuk menyelongkar bagasi lamanya sewaktu awal-awal mereka pindah ke rumah banglo tiga tingkat itu. Entah apa yang dicari Ungku Harraz pun Kamilia Hazel tak tahu. Mungkin mencari segala memori yang boleh buatkan ingatannya pulih semula.

"Hazel, sini kejap," panggil Ungku Harraz.

Kamilia Hazel jenguk sedikit ke arah Ungku Harraz.

"Kenapa?" Dia turun dari katil meninggalkan kembar lalu mendekati suaminya yang memegang sekeping gambar.

Ungku Harraz hulur gambar yang tidak bernyawa itu kepada isterinya.

"Aku jumpa gambar ni dalam bagasi ni. Ni kan aku? Kenapa aku cium motor sampai macam ni sekali?" Terserlah wajah bingung dan aksi jijik melihatkan dirinya sebegitu rupa di dalam gambar.

Macam tak percaya dia pernah mencium sebuah motor.

Kamilia Hazel sambut huluran sebelum dia menahan tawa. Aksi Ungku Harraz dalam gambar memang sangat melucukan. Dia pernah lihat gambar ini sewaktu Ungku Harraz dimasukkan ke dalam hospital akibat 'demam Roxy'nya itu.

Saat sedang demam, boleh pula lelaki itu memeluk erat gambar dia dan motor besarnya itu sehingga mengigau pun buat aksi naik motor. Obsesi jenis apakah itu?

"Oh, ni... kau tak ingat ke? Inikan motor kesayangan kau. Bini kedua kau, madu aku." Jeling Kamilia Hazel.

"Biar betul kau ni?"

"Betullah. Kau tahu tak, kau punya sayang tu sampai boleh demam tau sebab rindukan motor kau yang rosak. Ada orang pancitkan tayar kau," cerita Kamilia Hazel meletakkan kembali gambar ke dalam bagasi yang luas terbuka.

"Biar betul? Siapa?" tanya Ungku Harraz.

"Betul kau nak tahu?" soal Kamilia Hazel pula mahu lihat reaksi Ungku Harraz.

Lelaki itu angguk kepala laju.

"Akulah orang tu," jujur Kamilia Hazel menjelir lidah.

"Kenapa kau buat macam tu? Nakalnya kau ni," komen Ungku Harraz menarik hidung Kamilia Hazel.

"Saja, geram dengan kau," balas Kamilia Hazel menepis tangan Ungku Harraz. Merah hidungnya.

"Jadi, mana motor ni sekarang?"

"Hmmm... dah lunyai dah. Kan kes accident kau hari tu. Motor kau tu memang kritikal dah waktu tu sebab digilis lori balak. Nasib baik kau melanting, motor yang digilis. Kalau kau yang digilis? Nauzubillahi minzalik, minta dijauhkan. Syukurlah kau selamat." Kamilia Hazel urut dad.

"SubhanAllah. Cantik ni motor ni," puji Ungku Harraz.

Seram pula bila dengar perkataan 'digilis' tu. Alhamdulillah, nasib baik umurnya masih panjang. Kalau tidak, mungkin dia sudah ke alam barzakh sekarang ni bertemu Sang Pencipta.

"Tapi, kau memang sayang gila dekat Roxy," sambung Kamilia Hazel.

"Siapa Roxy?" soal Ungku Harraz berkerut seribu.

"Motor kaulah. Kan aku dah kata, kau sayang sangat dekat motor kau tu. Siap bagi nama lagi."

"Gila," balasnya sepatah.

"Siapa gila?" Kamilia Hazel bertanya.

Dia cakap aku gila ke? Ish tak boleh jadi. Kata Kamilia Hazel dalam hati.

"Harraz yang dululah," jawabnya.

Oh, nasib baik dia cakap diri sendiri.

"Eh tak sedar diri ke yang awak tengah mengata diri sendiri?" tegur Kamilia Hazel sebelum ketawa kecil merasakan kata-kata Ungku Harraz itu ada lucunya.

"Tak kisahlah. Yang penting, aku yang dulu memang gila. Kalau aku yang sekarang, tak ada kerjalah aku nak obseskan motor siap bagi nama bagai. Tangkap gambar pulak bercium dengan motor. Eeee... malu tau dengan diri sendiri," omelnya tidak puas hati.

"Daripada aku cium dia yang tak bernyawa tu, lebih baik aku cium kau. Dapat pahala," kata Ungku Harraz.

Kamilia Hazel ketawa sebelum berlalu ke arah katil. Ungku Harraz membuntuti isterinya. Mereka sama-sama duduk di atas katil. Ungku Harraz pantas membaringkan diri di sebelah kembar yang seronok mengomel bahasa bayi.

Pipi Amanda dicubit manja. Sungguh dia bersyukur dikurniakan dua orang puteri yang comel.

Timbul idea nakalnya. Ungku Harraz memandang kembar dan Kamilia Hazel silih berganti. Dua minit berlalu, disebabkan rimas dipandang oleh sang suami, Kamilia Hazel berdecit.

"Apa kau ni?" soal Kamilia Hazel.

"Memang sebijik macam kaulah diaorang ni. Tak ada muka aku pun." Ungku Harraz geleng kepala.

Kamilia Hazel ketawa senang hati.

"Mestilah, dah aku ibu diaorang," balas Kamilia Hazel membiarkan tangannya di dalam genggaman Amelya.

Sebelah tangan si kecil itu dikulum oleh mulutnya sendiri.

"Hazel..." seru Ungku Harraz.

"Ya." Mereka berpandangan.

Ungku Harraz tayang senyuman manis.

"Kau cantik," puji lelaki itu.

Kamilia Hazel gelak kecil sebelum menyelitkan rambutnya ke belakang telinga, mengawal rasa malu yang mendatang.

"Mungkin sebab tu kut anak-anak kita comel." Dia mengangkat wajah memandang Ungku Harraz lagi.

"Tak." Sepatah Ungku Harraz membalas.

"Habis?" soal Kamilia Hazel dengan dahi yang berkerut.

"Aku tak kata 'kau'. Aku kata 'cow'. Kau lembu ke?" tanya Ungku Harraz, sarkastik.

Berubah air muka Kamilia Hazel dari malu ke tercengang habis. Cis, dia terkena dengan kata-kata Ungku Harraz.

"Harraz! Apa kau ni? Tak baik tau. Jahatlah..." Paha Ungku Harraz ditepuk kuat, geram dan sakit hati.

Kamilia Hazel tarik muka, memeluk tubuhnya. Merajuk.

Tawa Ungku Harraz pecah. Muncung Kamilia Hazel semakin panjang. Tak mahu muncung itu beraksi lama-lama, Ungku Harraz tamatkan tawanya sebelum mengusap paha Kamilia Hazel sekejap. Memujuk.

"Aku gurau aje lah. Betul, kau cantik. Sebab tulah anak-anak kita comel," pujuk Ungku Harraz. Ikhlas pujiannya untuk Kamilia Hazel.

Kamilia Hazel terpujuk. Dia tersenyum melihat Ungku Harraz mengagah dan mula mengangkat Amanda. Wajah si comel itu dicium berkali-kali. Bahagia Kamilia Hazel melihat hubungan anak dan bapa itu.

Tuhan, kekalkan ini selamanya.

Continue Reading

You'll Also Like

365K 10.4K 80
MYA ARLISA-seorang gadis yang lemah lembut dan sopan. Siapa yang melihat gadis itu pasti akan tertarik dengan sifat dan rupa gadis itu. Dia juga seor...
4.8M 237K 61
In editing process! Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang dihormati, Haura Mikayla tidak pernah diajar oleh Dato' Azham dan Datin Suhaila mengenai...
527K 15.1K 61
#2019 Coverby:@nurshaziera AIYURA AZZAHRA seorang gadis yang matang,berbudi pekerti mulia dan sanggup berkorban apa sahaja demi orang yang disayangin...
2M 57.7K 121
Tak ada apa yang istimewa pun pasal aku. Aku hanya perempuan yang biasa yang hanya bekerja sebagai seorang babysitter di sebuah nursery yang baru di...