Cinta Yang Kau Benci✔️

By CallMeSazzy

712K 29.4K 3.2K

[WARNING! CLICHE STORYLINE] Pernah pecah rekod sebab asyik keluar masuk bilik disiplin? Harraz dan Hazel per... More

CYKB:1
CYKB:2
CYKB:3
CYKB:4
CYKB:5
CYKB:6
CYKB:7
CYKB:8
CYKB:9
CYKB:10
CYKB:11
CYKB:12
CYKB:13
CYKB:14
CYKB:15
CYKB:16
CYKB:17
CYKB:18
CYKB:19
CYKB:20
CYKB:21
CYKB:22
CYKB:23
CYKB:24
CYKB:25
CYKB:26
CYKB:27
CYKB:28
CYKB:29
CYKB:30
CYKB:31
CYKB:32
CYKB:33
CYKB:34
CYKB:35
CYKB:36
CYKB:37
CYKB:38
CYKB:39
CYKB:40
CYKB:41
CYKB:42
CYKB:43
CYKB:44
CYKB:45
CYKB:46
CYKB:47
CYKB:48
CYKB:49
CYKB:50
CYKB:51
CYKB:52
CYKB:53
CYKB:55
CYKB:56
CYKB:57
CYKB:58
CYKB:59
CYKB:60
CYKB:61
CYKB:62
CYKB:63
CYKB:64 (Akhir)

CYKB:54

10.6K 501 101
By CallMeSazzy

HARI minggu, Syifa selalu datang ke rumah Kamilia Hazel. Saja, melepak untuk bermain dengan kembar.

Dia akan tidur sini jika Kamilia Hazel perlukan khidmatnya sebagai babysitter Amelya dan Amanda sahaja. Kalau Kamilia Hazel mahu ke hospital untuk jaga Ungku Harraz, waktu itulah dia akan jagakan kembar.

Hari ini, Kamilia Hazel tidak ke hospital kerana giliran mom dan dadnya yang jagakan lelaki itu pula.

"Eeee... geram betul aku dengan dua ketul ni lah." Giginya diketap sambil mencubit kuat pipi Amelya dan Amanda yang baring di atas cadar bayi yang comel.

Dari tadi Syifa tak habis-habis mencium dan menggomol anak Kamilia Hazel.

"Mata diaorang ikut kau. Hidung pun ikut kau. Hah, kening dengan bibir ni yang ikut Harraz. Sebijik! Kening lebat. Cantik betul. Geram akulah. Ni pipi ni pun satu. Seketul-seketul pipi tembam. Meh sini Ibu Ifa gomol korang," bebel Syifa lalu mengangkat Amanda.

Dicium seluruh wajah comel si kecil itu. Kemudian, giliran si Amelya pula menjadi mangsa ciumannya.

"Ishhh... tak puas gomol tahu tak?" Syifa mencium tanpa henti.

"Kalau anak-anak kau dengan Harraz comel macam ni, aku sarankan kau mengandung setiap tahun. Boleh aku gomol anak-anak kau," saran Syifa, memaksudkannya.

Kamilia Hazel memandang pelik kawan baiknya itu. Dia nampak raut wajah gembira pada gadis itu. Mesti ada apa-apa ni. Kalau tidak, tak adalah hyper semacam. Sudahlah cium anak aku sampai melekat lipstick dia yang berwarna merah tu. Kata Kamilia Hazel dalam hati.

"Kau kenapa ni, Syifa? Gembira semacam aje. Habis melambung kau puji anak-anak aku. Ada apa-apa ke yang kau nak bagitahu aku?" soal Kamilia Hazel terus.

Tangannya laju menggapai baby wipes lantas membersihkan pipi Amelya dan Amanda yang bertanda lipstick yang dipakai Syifa.

"Kau ni tahu-tahu aje..." Sengih Syifa sendirian.

"Apa dia yang kau nak bagitahu ni?" Kamilia Hazel memandang Syifa.

Syifa membetulkan duduk dari bersimpuh ke bersila. Cara itu lagi senang nak berbual dengan Kamilia Hazel.

"Emmm... hari tu kan. Hayat kan? Dia bawalah aku pergi rumah keluarga dia, kan?" Syifa mulakan cerita.

Jemarinya dimain-mainkan. Kononnya gementarlah tu. Sudahlah mengada-ada dengan ulangan imbuhan 'kan'nya tu.

"Ya lepas tu?" Kamilia Hazel memang tahu Hayat dengan Syifa rapat.

Entah macam mana mereka boleh rapat pun tak tahu. Selepas saja ambil keputusan SPM, Syifa kerap jugalah beritahu dia yang Hayat selalu ajak dia keluar. Yang dia tahu, Hayat pernah menolak cinta Syifa sewaktu zaman sekolah dulu. Sekarang ni apa citer ni?

"Lepas tu kan, dia emmm... dia..." Syifa gigit bibir tidak tahu mengapa bibirnya tidak mahu berterus terang.

"Gediknya kau. Dia apa? Bagilah tahu!" gertak Kamilia Hazel dengan nada suara naik seoktah.

"Dia melamar aku depan family dia," latah Syifa laju.

"Really?"

"Ya! Lepas tu, Ya Allah malunya aku waktu tu. Kau tahu tak, time aku makan semeja dengan family dia, Masyaa-Allah , ni tangan ni... menggeletar babe. Lepas tu tak habis lagi tau. Malam tu, adik perempuan dia yang paling kecik, ajak aku main makeup-makeup pula. Aku pun apa lagi, layankan aje lah kan. Lepas dah habis makan kat rumah keluarga dia semua, dia pun hantarlah aku balik. Aku baru nak keluar kereta, kau tahu dia kasi aku apa?" Bersungguh pula Syifa bercerita dengan teruja tanpa henti. Macam bertih jagung, tak berhenti 'pop pop pop'.

"Apa?"

"Dia kasi aku bunga weh! Ya Allah! Kau tahu kan aku tak pernah terima bunga dari sesiapa, kan? Jadi, aku jakun sikitlah waktu tu. Aku boleh menangis weh depan dia. Malu betul waktu tu." Syifa gelak seorang diri.

Kamilia Hazel senyum saja.

"Jadi, kau nak cakap apa sebenarnya ni?" soal Kamilia Hazel angkat kening pada kawan baiknya itu.

"Apa yang aku nak cakap ialah... aku nak ajak kau datang wedding aku dengan Hayat nanti," ujar Syifa sambil menghulurkan kad kahwin dia dan Hayat.

Kamilia Hazel sambut dengan anggukan. Dalam hatinya gembira dapat tahu yang Syifa bakal mendirikan rumah tangga pada usia seawal 18 tahun. Muda sangat.

Orang kata kalau dah jodoh tak ke mana.

"Tak bertunang dulu ke?" tanya Kamilia Hazel mahukan kepastian.

"Tak. Hayat yang gelojoh sangat. Tapi aku tak kisah. Kau tahukan, aku syok dekat dia dah lama?" Syifa lagakan jari telunjuk dari tangan kanan dan kirinya bersama. Fikir comel ke?

"Lagipun, family aku pun tak kisah. Diaorang kata lebih baik percepatkan benda baik. Tak nak timbul fitnah kalau asyik keluar dengan bukan mahram." Syifa menambah lagi. Aku angguk setuju dengan keputusan keluarga Syifa.

"Hmmm... dulu bukan main lagi si Hayat tu boleh reject kau. Sekarang tengok, siapa melamar siapa? By the way, congratulations babe. I'm happy for you. Tak sabar nak makan nasi minyak kau." Kamilia Hazel senyum.

Syifa angguk. Dia tundukkan sedikit kepala mengagah si kecil pula.

"Yeay! Amelya dengan Amanda pun kena datang wedding Ibu Ifa tau," beritahunya pada si kembar sebelum telefon Kamilia Hazel berbunyi.

Berkerut dahi Syifa apabila panggilan itu langsung tak diangkat oleh Kamilia Hazel.

"Angkatlah call tu," suruh Syifa.

"Malaslah. Mesti dari Andra," balas Kamilia Hazel dengan muka malas.

"Andra dah balik Malaysia ke?" Syifa menyoal perlahan.

"Dah. Tu mesti dia dah tahu yang aku ni isteri Harraz. Kalau aku jawab call dia nanti, mesti banyak soalan dia tanya. Malaslah aku nak layan buat masa sekarang," kata Kamilia Hazel lagi.

Bunyi telefonnya yang bingit langsung tak mahu diangkat tanpa melihat gerangan pemanggil.

"Bila dia sampai?" Syifa terpaksa cakap kuat sikit bila ringtone telefon Kamilia Hazel yang berbunyi kuat menghalang percakapannya.

"Minggu lepas. Mulanya, dia chat aku kat whatsapp ajak nak jumpa bagai. Ada juga dia kata nak datang melawat Harraz tapi aku yang tak kasi," cerita Kamilia Hazel.

"Laaaa... kenapa pulak?"

"Aku tak nak dengan kehadiran Andra, memecahbelahkan hubungan aku dengan Harraz. Macam dalam novel cinta tu. Andra ni ibarat orang ketigalah dalam hubungan aku dengan Harraz," giat Kamilia Hazel. Syifa tayang wajah jengkel.

"Eh, amboi! Sejak bila kau layan novel ni?"

"Adalah sikit-sikit."

"Tak adanya lah. Kau ni terikut-ikut sangat novel tu. Aku kenal Andra, kau pun kenal dia, kan? Andra baik orangnya. Takkanlah dia nak musnahkan rumah tangga kau dengan Harraz pulak." Syifa beri pendapat.

Setakat dia kenal Andra, lelaki itu memang seorang lelaki yang baik. Pengawas sekolah tu. Kamilia Hazel kan selalu belajar bersama dengan Andra dulu? Kamilia Hazel lebih kenal perangai Andra bagaimana tapi kenapa boleh timbul perasaan syak wasangka begitu pula dalam diri Kamilia Hazel?

Andra jadi watak ketiga? Biar betul!

Telefon Kamilia Hazel berhenti menjerit.

"Aku cuma ambik langkah berjaga-jaga," balas Kamilia Hazel.

Telefonnya kembali memekak.

"Ah, suka hati kaulah nak berjaga-jaga ke nak apa ke. Sekarang ni, aku dah bingit dengar ringtone phone kau. Dahlah set lagu Bobo Di Mana. Kau angkat cepat!" marah Syifa, sekali gus menggesa Kamilia Hazel.

"Lecehlah kau ni. Lagu ni sedap apa..." Kamilia Hazel jeling Syifa lalu jawab panggilan tanpa melihat nama yang tertera.

"Hello, Andra. Ya, nak apa?" soalnya laju.

Malas nak berborak lama-lama. Lepas kau tanya, aku jawab kemudian tutup panggilan. Habis cerita!

"Lia! Harraz dah sedar!" potong si pemanggil dengan suara yang gembira.

Hampir terjatuh telefonnya namun genggaman telefon di tangan dikemaskan.

"Hah?! Dah sedar? Okey, Lia datang sekarang jugak!" Panggilan terus dimatikan.

Air matanya jatuh setitik demi setitik. Air mata syukur dan gembira. Syifa yang pelik dengan perubahan Kamilia Hazel terus bertanya.

"Kau dah kenapa menangis?"

"Harraz! Harraz dah sedar! Aku gerak hospital dulu." Kamilia Hazel bangkit dari duduknya lalu mencapai kunci kereta.

"Kau tak nak bawak kembar ke?" tahan Syifa. Mereka sama-sama menghala pandangan pada kembar yang elok terbaring tanpa kata.

Kamilia Hazel tepuk dahi. Macam mana aku boleh lupa anak-anak aku ni? Ya tuhan! Omelnya dalam hati.

"Ya Allah, lupa! Cepatlah Syifa! Bawak beg barang diaorang sekali. Cepat, cepat!" Pantas Kamilia Hazel mengarah. Namun, langkahnya dituju semula ke tempat kembar tadi lalu mengangkat Amanda.

"Sabarlah, belajar bersabar sikit," balas Syifa dan dalam masa yang sama dia mengikut arahan yang diberi Kamilia Hazel tadi.

SELEPAS saja munculkan diri dalam bilik yang menempatkan Ungku Harraz, terus dia beri Amanda pada Raziq yang setia di muka pintu. Amelya pula lena dalam dakapan Syifa sejak dari dalam kereta tadi. Dengan pantas, Kamilia Hazel meluru ke katil Ungku Harraz lalu memeluk tubuh tegap lelaki itu yang sudah berbaju hospital. Tangannya naik mengusap rambut Ungku Harraz.

Rindu, sangat rindu. Ya Allah, terima kasih kerana telah mengabulkan doa hamba-Mu ini. Kamilia Hazel ucap syukur di dalam hati.

Tangisannya terlepas. Bahu pula sudah terhinjut-hinjut seiringan dengan bunyi esakan yang semakin menjadi-jadi. Pelukan tidak mahu dilepaskan. Dia tahu Ungku Harraz sudah lupakan dia tetapi dia tidak mahu lepaskan Ungku Harraz kali ini. Hatinya terseksa lama menunggu lelaki itu sedar.

"Alhamdulillah, kau dah sedar. Aku rindu sangat-sangat dekat kau, Harraz," luah Kamilia Hazel. Walau pelukannya tidak berbalas, dapat dia rasakan betapa eratnya pelukannya saat itu.

"Errr... maaf. Aku tak selesa kau peluk aku macam ni." Ungku Harraz meluahkan rasa tidak selesanya.

Tubuh badannya mengeras. Perlahan-lahan, Kamilia Hazel melepaskan pelukan dan memandang ke dalam mata Ungku Harraz. Kemudian, lelaki itu mengalihkan pula pandangan memandang ke arah lain.

Terusik hati Kamilia Hazel diperlakukan sebegitu oleh suaminya. Tak sudikah dia memandang wajahku? Desis Kamilia Hazel di dalam hati.

Ruang bilik semakin sunyi bila yang lain mendiamkan diri. Tapi, sekejap saja sebelum Puan Sri Fazura bersuara. Kamilia Hazel sudah bangun dari duduknya di katil tadi. Diseka air mata yang jatuh berjuraian seakan tidak mahu berhenti. Sedih sangat tengok suami tak ingat isteri sendiri.

"Harraz, ini isteri Harraz. Nama dia Kamilia Hazel. Harraz tak ingat?" Puan Sri Fazura memperkenalkan menantunya pada si anak. Ungku Harraz berkerut dahi lantas menggelengkan.

Semua wajah yang berada di hadapannya saat ini kelihatan asing di matanya. Dia tidak ingat seorang pun antara mereka. Kepala yang berbalut dipegang sekejap.

"Mak cik kata, saya ada anak. Mana anak saya?" soal Ungku Harraz terpandangkan dua orang bayi yang dikendong oleh seorang lelaki dan seorang perempuan yang asing di matanya.

Puan Sri Fazura hampir saja menitiskan air mata. Dari tadi Ungku Harraz menggelarnya 'mak cik'. Hati ibunya terusik. Tidak cukup itu, daddynya digelar 'pak cik' pula. Sudah dia betulkan nama panggilan tadi sebagai 'mom-dad', namun Ungku Harraz masih belum biasa lagi.

Kamilia Hazel terus menghulurkan tangan tanda dia mahukan anaknya dengan segera untuk diberikan kepada Ungku Harraz. Syifa dan Raziq datang mendekati katil Ungku Harraz lalu mereka menyerahkan Amelya dan Amanda pada Ungku Harraz dan Kamilia Hazel. Wajah kembar dijengah satu-satu. Muka sama.

"Kembar?" tanyanya polos. Keberadaan bayi di dalam dakapannya sangat kekok. Seram juga kalau jatuh anak orang ni.

"Ya, kembar. Amelya dan Amanda. Ini anak kau, Harraz. Anak kita," balas Kamilia Hazel pula. Yang lain semua tersenyum gembira melihat aksi laki bini melayan anak-anak mereka itu.

"Comel," puji Ungku Harraz memainkan jemarinya pada pipi mulus Amanda. Tersenyum Kamilia Hazel menerima maklum balas dari suaminya itu.

"Kau tak ingat aku ke, Harraz?" soal Kamilia Hazel mencuba nasib. Ungku Harraz angkat muka dan menggelengkan perlahan.

"Tak. Semua muka-muka depan saya ni saya tak cam langsung." Dia mengeluh.

"Tak apa, sayang. Raz boleh slowly ingat muka-muka ni. I am your mom. Sebelah mom ni, your dad. Yang itu umi dan daddy mentua Harraz which is orang tua Hazel. In Syaa Allah, dengan bantuan kami, Raz boleh ingat balik. Kuasa Tuhan, kita tak tahukan?" kata Puan Sri Fazura menahan tangisannya dari turun lagi. Tan Sri Ungku Harriz mengusap perlahan bahu isterinya agar bersabar.

BUAH epal hijau dipotong dengan cermat. Ada banyak lagi buah-buahan dan buah tangan yang dibawa oleh kawan-kawan sekolah mereka tadi. Disebabkan ramai yang datang, jadi doktor tak benarkan mereka melawat sekali serbu.

Tambahan pula, kondisi Ungku Harraz yang masih tidak stabil, bimbang kesesakan orang boleh menjejaskan keadaan Ungku Harraz nanti.

Hanya beberapa orang saja yang sempat menjenguk Ungku Harraz. Tapi nak buat macam mana? Ungku Harraz macam tu aje lah. Dahi berkerut memanjang akibat tak kenal siapa yang datang melawatnya tadi. Seorang demi seorang cuba diingat kembali namun hampa, proses untuk ingat sesuatu hanya mendatangkan sakit di kepalanya.

Jadi, mereka hanya tinggalkan buah tangan dan kemudian pulang ke rumah setelah kirimkan salam. Sebelum ini pun mereka rajin datang melawat Ungku Harraz tapi tak seramai tadi. Yelah, mungkin gembira dengar berita Ungku Harraz dah sedar, sebab itulah mereka serbu ramai-ramai datang ke hospital gamaknya.

Ungku Harraz hanya memerhati tindak-tanduk perempuan yang bergelar isterinya secara 'tiba-tiba' itu. Yelah, bangun saja dari koma, terus diberitahu yang dia sudah berkahwin dan punya anak bini. Siapa aje tak terkejut sedangkan kau rasa kau baru saja lahir ke dunia.

Tapi, benda pun dah jadi. Kenalah terima. Dia bersyukur punya isteri yang baik. Muka Kamilia Hazel yang sedang potong epal dipandang lembut.

"Apa nama kau tadi?" Ungku Harraz bersuara.

Memandangkan mereka saja yang berada di dalam bilik yang menempatkannya itu, bolehlah dia berkenalan dengan isterinya itu.

"Hazel. Panggil aje sayang." Kamilia Hazel tesenyum nakal.

"Sayang? Biar betul kau ni?" respona Ungku Harraz menegakkan badan pada kepala katil.

"Gurau aje lah. Panggil aku Hazel. Tapi kalau nak lagi mesra, panggil aje sayang. Aku tak kesah pun. Aku lagi suka," kata Kamilia Hazel.

Suasana sepi sekejap. Siap memotong sebiji epal kepada beberapa bahagian, dia letakkan ke dalam mangkuk dan ambil keratan epal tadi lalu dihulur kepada Ungku Harraz.

Terkulat-kulat Ungku Harraz menyambut huluran Kamilia Hazel. Epal digigit sikit. Matanya tak lepas dari memandang isterinya yang tersenyum panjang dari tadi. Dapat dia lihat pancaran air wajah gembira pada wajah gadis itu.

"Sorry, tadi mom kenalkan sorang-sorang sekali lalu aje. Take time juga untuk aku pick up. Ini pun sebenarnya, aku masih tak kenal dan tak ingat muka-muka tadi," luah Ungku Harraz.

"Tak apa, doktor dah cakap kat aku suruh slow-slow pulihkan ingatan kau. Tak boleh push, nanti kau sakit." Kamilia Hazel ingat pesan doktor tadi.

"Boleh aku tanya?" Ungku Harraz meminta izin.

"Tanyalah."

"Macam mana kita boleh berkahwin?" soalnya mahu tahu.

"Emmm... panjang sebenarnya cerita dia. Tapi, asalnya sebab perjanjian kau dengan arwah datuk kau," jawab Kamilia Hazel menopang dagu di atas katil sambil memerhati Ungku Harraz menghabiskan epalnya.

"Maksudnya, kita kahwin tanpa cinta?" tanya Ungku Harraz lagi. Mahu tahu lebih mendalam.

"Lebih kurang macam tu."

"Macam mana kita boleh dapat twins kalau kita kahwin tanpa cinta?" Soalan Ungku Harraz kali ini membuatkan topangan dagunya tadi tumbang.

Aish, banyak soal juga Ungku Harraz versi amnesia ni.

"Emmm... kau makanlah dulu. Lepas kau dah habis makan, aku kena bagi kau makan ubat pulak." Kamilia Hazel tukar topik.

Dia bangkit berdiri dan mengambil bubur bersama set nasi berlauk di dalam dulang atas meja di katilnya. Kemudian, dia duduk kembali bersama sedulang makanan.

"Sedap ke nasi hospital ni?" tanya Ungku Harraz. Kamilia Hazel tertawa kecil.

"Kau ni lawaklah. Lepas kau accident, terus keluar Harraz versi baru. Kuat sangat ke hentakan kat kepala kau tu?" Kamilia Hazel menggelengkan kepala.

"Hmmm... boleh tahan sakit." Ungku Harraz pegang kepalanya yang berbalut sekejap.

"Kau nak tahu something tak?" Mendengarkan bicara Kamilia Hazel yang serius, Ungku Harraz terus memandang isterinya.

"Asalkan ia boleh pulihkan ingatan aku, aku okey aje." Senyumnya.

Kamilia Hazel senyum kembali. Selesanya dia rasa berbual dengan Ungku Harraz saat itu.

"Aku bersyukur sangat kau layan aku baik walaupun kau tak kenal aku," giatnya.

"Kau baik dengan aku. Buat apa aku nak jahat dengan kau?"

"No, I mean, biasanya dalam cerita atau novel kalau orang tu hilang ingatan, mesti dia jadi dingin. Layan isteri nak tak nak aje alasannya sebab tak kenal. Yelah, amnesia kan? Mestilah kita rasa awkward bila someone yang kita tak kenal, tiba-tiba mengaku isteri. Aku fikir kau akan tengking aku bila aku peluk kau tadi. Tapi, alhamdulillah... kau tak buat macam tu pun," cerita Kamilia Hazel.

Memang tadi, sampai saja di hospital. Nampak aje Ungku Harraz, terus dia peluk lelaki itu. Ungku Harraz langsung tidak menolak, cuma dia tidak membalas semula pelukan si isteri.

"Harraz..." Kamilia Hazel menggapai tangan Ungku Harraz, digenggam erat ke lima-lima jari itu.

"Terima kasih sebab bangun," bisiknya selepas melentokkan kepalanya di lengan Ungku Harraz.

Beberapa saat kemudian, kepalanya diusap oleh tangan Ungku Harraz. Senyuman Kamilia Hazel semakin melebar.

"Terima kasih juga sebab doakan untuk aku." Bahu Kamilia Hazel diusap lembut.

"Hazel..."

"Hmm..."

"Dulu... aku macam mana?" soal Ungku Harraz pengen tahu.

"Kau?"

"Aha," sahut lelaki itu.

"Dulu... kau... emmm..." Kamilia Hazel sengaja mengusik.

"Kenapa? Teruk ke?"

"Hm? Mana ada! Kau... cuma kuat membebel," beritahu Kamilia Hazel beserta dengan mimik muka.

"Really?"

"Yep. Waktu aku tengah pregnantkan kembar, mulut kau tu memang tak berhenti bercakap macam bertih jagung masuk microwave. Dah la hari-hari suka mengurat aku," kata Kamilia Hazel sambil buat mimik muka.

Dia cuma mahu ceritakan memori yang positif saja kepada Ungku Harraz. Dia tidak mahu Ungku Harraz ingat tentang memori yang menyakitkan hati lelaki itu kelak. Itu salah satu pesan doktor bagi membantu proses pemulihan ingatan Ungku Harraz. Bantu Ungku Harraz ingat perkara atau memori yang positif saja.

Walaupun semua memori dia dengan Ungku Harraz, semuanya negatif dan tidak romantik.

"Dia sayangkan kau, sebab tu lah dia membebel. Siapa suruh kau degil?" Ungku Harraz ketawa girang.

Kamilia Hazel terpana seketika. Tak pernah dia lihat lelaki itu ketawa sebegitu. Comel. Beginikah rasa bila kita jatuh cinta pada seseorang? Rasa bahagia.

"Dia tu kau. Dan kau, adalah dia. Walaupun aku takkan jumpa Harraz yang dulu, tapi aku tahu. Allah jadikan semua benda ni bersebab. Mungkin ini adalah permulaan baru untuk aku jadi isteri yang terbaik untuk kau."

"Harraz, aku nak minta maaf atas kesalahan aku yang dulu. Aku banyak buat dosa dengan kau. Maafkan aku,Harraz." Tangan Ungku Harraz digapai.

Ikutkan jiwa dan raganya, dia mahu bertemu semula dengan Ungku Harraz yang dulu dan ingin memohon maaf atas segala kesalahannya.

"Aku tak tahu apa yang jadi tapi, aku maafkan kau," balas Ungku Harraz dan mengusap rambut si isteri yang sudah meletakkan kepala di atas katil, berlapikkan tangannya.

Sebenarnya dia pengen tahu sekali apa yang terjadi antara isterinya dengan dirinya yang dulu?


Sorry geng lama tak up. Malas betul nak menaip hihik. Yeye, tahu bab ni membosankan. Hadap jelah :p Happy author, happy reading!

Continue Reading

You'll Also Like

143K 7.4K 23
" Apa yang jadi lepas kita putus bukanlah sesuatu yang indah, Riq. Aku cuba nak lupakan segalanya.Aku cuba untuk lari dari kau, dari rasa cinta yang...
315K 8.7K 51
#1 MS & MR SERIES BY THEAGASSHI Layla Aileen x Noh Fitri Thanks for all supports and votes 💕 Selalu dengar cinta diawan biru, sweet jer dengar. Ta...
365K 10.4K 80
MYA ARLISA-seorang gadis yang lemah lembut dan sopan. Siapa yang melihat gadis itu pasti akan tertarik dengan sifat dan rupa gadis itu. Dia juga seor...
2.8M 258K 88
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...