Cinta Yang Kau Benci✔️

By CallMeSazzy

719K 29.5K 3.2K

[WARNING! CLICHE STORYLINE] Pernah pecah rekod sebab asyik keluar masuk bilik disiplin? Harraz dan Hazel per... More

CYKB:1
CYKB:2
CYKB:3
CYKB:4
CYKB:5
CYKB:6
CYKB:7
CYKB:8
CYKB:9
CYKB:10
CYKB:11
CYKB:12
CYKB:13
CYKB:14
CYKB:15
CYKB:16
CYKB:17
CYKB:18
CYKB:19
CYKB:20
CYKB:21
CYKB:22
CYKB:23
CYKB:24
CYKB:25
CYKB:26
CYKB:27
CYKB:28
CYKB:29
CYKB:30
CYKB:31
CYKB:32
CYKB:33
CYKB:34
CYKB:35
CYKB:36
CYKB:37
CYKB:38
CYKB:39
CYKB:40
CYKB:41
CYKB:42
CYKB:43
CYKB:44
CYKB:45
CYKB:46
CYKB:47
CYKB:48
CYKB:49
CYKB:50
CYKB:51
CYKB:52
CYKB:54
CYKB:55
CYKB:56
CYKB:57
CYKB:58
CYKB:59
CYKB:60
CYKB:61
CYKB:62
CYKB:63
CYKB:64 (Akhir)

CYKB:53

9.8K 434 40
By CallMeSazzy

KAIN basah dilapkan pada badan Ungku Harraz. Dari kepala sehinggalah kaki. Tak pernah terlintas di kepalanya untuk menyentuh badan Ungku Harraz yang suam-suam panas itu. Jujur, walau dalam keadaan begitu, Ungku Harraz masih nampak kacak walaupun masih ada kesan calar dan luka besar yang semakin kering di muka dan badannya.

Bibir yang pucat itu, Kamilia Hazel sentuh lembut. Bibir itu pernah mencium pipinya sewaktu malam dia marahkan Ungku Harraz kerana koyakkan gambarnya dengan Raziq. Bila fikir balik, tergamak dia berbuat begitu kepada Ungku Harraz sedangkan terang-terang tindakannya salah.

Tidak sepatutnya dia lihat gambar dia dengan lelaki lain sedangkan dia punya suami.

Rambut lelaki itu diusap perlahan. Matanya ralit melihat setiap inci wajah suaminya yang terbaring kaku.

Sudah sebulan berlalu. Ungku Harraz masih tidak sedarkan diri. Kamilia Hazel sentiasa datang ke hospital semata-mata untuk melawat suaminya. Mereka saling bertukar tempat untuk menjaga Ungku Harraz. Tapi, selalunya memang Kamilia Hazel lah yang beria-ia nak jaga suami sendiri.

Dia mahu tebus kesilapannya kepada Ungku Harraz sebelum ini. Sekali gus, ingin dapatkan kemaafan dari semua orang yang terlibat dengan Ungku Harraz.

Kamilia Hazel pula, kalau sudah diberi peluang untuk jaga suami yang sakit, sehingga tidak sempat ingin ambil peduli makan dan minum sendiri.

Pernah sekali, dia pengsan akibat tak makan seharian. Dah tu, terpaksalah dia tadah telinga dengar Raziq membebel kepadanya.

Orang cakap tak mahu dengar. Ikut sangat keras kepala yang diwarisi oleh uminya itu.

Alhamdulillah, Amelya dan Amanda membesar dengan baik setakat ini walaupun mereka memang kuat meragam lagi-lagi bila waktu malam. Tak cukup tangan dia nak menjaga si kembar. Akhirnya, dia buat keputusan agar Syifa duduk di rumahnya dan jagakan kembar bila dia ke hospital untuk melawat Ungku Harraz.

Nasib menyebelahinya bila Syifa setuju. Si Syifa tu kalau dah berjumpa dengan Amelya dan Amanda, habis digomolnya sehingga dari bau wangi bayi bertukar jadi bau masam. Syifa... Syifa...

Kamilia Hazel menggelengkan kepala tanpa sedar. Sekarang, mesti Syifa sedang menghadap bayi-bayinya yang kuat meragam. Lantak kaulah Syifa. Nak sangat jadi 'Ibu Ifa' kan? Bukan senang tahu nak jaga dua bayi satu masa.

Kamilia Hazel dan Syifa pun memang kerap bergaduh disebabkan jadual mengurus bayi yang tidak teratur. Si Syifa salahkan Kamilia Hazel. Kamilia Hazel salahkan Syifa balik. Kadang-kadang tu sampai bergaduh bawa lari kembar ke rumah masing-masing. Syifa bawa balik Amelya ke rumahnya manakala Amanda, Kamilia Hazel yang jaga. Haru betul!

Itu waktu pertama kali Kamilia Hazel menjaga anak-anaknya. Bukanlah umi dan daddy tak membantu. Mereka siap tawar diri lagi nak jadi babysitter kembar tetapi Kamilia Hazel yang menolak. Katanya mahu belajar berdikari sendiri. Tidak mahu susahkan sesiapa lagi.

Cukuplah sebelum ini dia timbulkan masalah.

Umi pun bukannya ngam sangat dengan dia sekarang. Asal berjumpa pasti menjeling saja. Malas nak timbulkan perang dingin yang lebih besar, Kamilia Hazel angkat kaki blah. Umi masih marah tentang hal dulu.

Melihatkan wajah sang suami yang lena, teringat pula waktu pertama kali dia berjumpa Ungku Harraz. Masih mekar diingatannya perjumpaan dingin antara dua insan itu. Pertemuan yang menjerat mereka ke dunia permusuhan.

Waktu itu mereka di tingkatan tiga. Pertama kali belah pagi.

Barisan beratur yang panjang itu dipandang dengan kerutan di dahi. Hembusan nafas dihela kasar. Takkan pelajar tingkatan tiga rehat pun ramai sampai macam ni? Mulalah Kamilia Hazel membebel dalam hati, meluahkan rasa tidak puas hatinya.

Sudah 4 bulan dia menjalani kehidupan sebagai pelajar tingkatan tiga sejak hari pertama sekolah dibuka. Menjadi pelajar tingkatan tiga cuma membawa satu istilah yang menerangkan maksud pelajar tingkatan tiga. PT3. Ujian Pentaksiran Tingkatan 3 yang akan diduduki oleh semua pelajar yang terlibat.

Dia masih cuba membiasakan diri. Kena bangun awal pagi untuk ke sekolah memandangkan tahun ini dia sudah menjadi pelajar sesi pagi. Kalau dulu dia senior belah petang tetapi sekarang dia kembali semula ke dunia nyata dan bukan fantasi. Dia lah junior di belah pagi.

Keadaan kantin agak sesak dengan pelajar yang ramai sedang beratur untuk membeli makanan. Tanpa berfikir panjang, Kamilia Hazel terus masuk ke dalam barisan yang sedang beratur untuk membeli air. Kamilia Hazel melangkah beberapa tapak ke depan apabila barisan tadi mula bergerak perlahan-lahan.

Duit RM2 yang setia di tangan dimainkan. Sekejap digulung, sekejap dilipat.

Bila sampai gilirannya, Kamilia Hazel melangkah ke depan sebelum sekumpulan lelaki yang sedang bergelak ketawa seperti tiada hari esok mula menolak-nolak barisan mereka sehingga yang jadi mangsa tersungkur ke lantai ialah Kamilia Hazel. Duit RM2 yang dipegangnya tadi pun sudah hilang entah ke mana. Mungkin sudah selamat diambil oleh manusia yang tidak jujur.

Tapi bukan duit yang menjadi masalahnya saat itu.

Dalam kesesakan itu, Kamilia Hazel cuba bangun. Hatinya panas apabila barisannya sudah dipotong oleh beberapa orang lelaki yang memotong barisannya sesuka hati tanpa rasa bersalah. Siap bergelak ketawa lagi.

Kamilia Hazel mendengus sambil memerhati sekumpulan pelajar lelaki itu. Mereka sedang menanti giliran untuk membeli air minuman sedangkan pada riak wajah mereka, langsung tidak terpancar riak bersalah walaupun selepas mereka memotong barisan dan menolak seorang gadis sehingga terjatuh ke lantai.

Amboi... amboi... amboi... Orang penat-penat beratur sambil tunggu giliran nak beli air, geng 'mamats' tak bertauliah ni senang-senang aje memotong barisan? Dia orang fikir dia orang abang-abang kawasan ke kat sini? marah Kamilia Hazel dalam hati.

"Woi, kauorang ni memang tak ada adab ke hah?!" Kamilia Hazel menengking empat orang pelajar lelaki itu.

Antara empat-empat pelajar lelaki itu, cuma seorang saja yang menoleh ke arah Kamilia Hazel. Mungkin deria pendengaran lelaki itu lebih peka berbanding ahli-ahlinya yang lain. Mungkin juga kerana dia yang paling dekat dengan jarak Kamilia Hazel berdiri. Selepas lelaki itu menoleh, barulah ahli-ahlinya yang lain turut menoleh ke arah Kamilia Hazel.

Kamilia Hazel mengamati wajah lelaki pertama yang menoleh tadi. Rasanya, dia tidak pernah nampak lagi wajah mamat bedebah yang tayang muka sombong ni. Apahal nak kerut kening lagak poyo ni? Muka berlagak betul. 

"Apa woi? Kita orang ada nama la. Kalau nak panggil orang tu, guna gelaran yang elok sikit," kata Ungku Harraz sambil memeluk tubuh.

Iskandar, Raizal dan Anaqi, geng 'mamats' yang setia di belakang Ungku Harraz itu turut berpeluk tubuh. Amboi, satu geng peluk tubuh nampaknya. Poyonya semua.

Dengan berani, Kamilia Hazel bersuara sinis.

"Adab bin kat lutut. Gelaran yang sesuai dengan muka kau dengan geng 'mamats' kau!" balas Kamilia Hazel, sekali gus mengisytiharkan nama baru untuk kumpulan lelaki itu. Pelajar-pelajar yang ingin membayar harga makanan mereka kepada mak cik kantin terhenti kerana lebih tertarik untuk melihat kekecohan yang mula timbul di ruangan kantin itu.

"Amboi mulut kau... Biadab betul! Sekarang ni, siapa yang tak ada adab? Hei, kau tak kenal ke siapa aku? Aku Ungku Harraz bin Tan Sri..."

"Cut the crap! Aku tak nak kenal la lelaki yang tak ada adab macam kau. Anak Tan Sri? Hmmm... Patutlah. Berlagak, sombong pulak tu. Kau ni mesti anak tunggal, kan? Tu yang perangai macam keluarga terlampau bagi kasih sayang sampai kau benak macam ni!" Kamilia Hazel berani cari pasal. Langsung tak peduli title anak Tan Sri yang dipegang lelaki itu. Tan Sri pun manusia biasa juga. Peduli apa aku?

"Eh mulut kau ni..." Ungku Harraz mahu serang Kamilia Hazel tetapi Iskandar, Anaqi dan Raizal menahan dadanya.

"Kalau kau lapar sangat, sekurang-kurangnya beraturlah macam kita orang ni. Orang lain pun nak makan, nak minum juga. Jangan fikir kau sorang aje yang lapar sekarang. Boleh pulak kau main potong aje barisan aku, kan? Langgar aku pun tak minta maaf! Apa, kau fikir kau anak Tan Sri, aku takut?" Kamilia Hazel langsung tidak gentar malah berani berhadapan dengan Ungku Harraz.

Keadaan kantin senyap sunyi. Kini, hanya suara dua insan itu sahaja yang saling berbalah antara satu sama lain.

"Hm? Kamu nanya?" Ungku Harraz sengih sinis sebelum pusing belakang memandang kawan-kawannya bersama tawa. Sengaja nak barakan lagi perasaan panas dalam diri Kamilia Hazel.

Kamilia Hazel sudah berkira-kira mahu menyerang lelaki itu. Tak sempat pun dia mahu lancarkan perang, Syifa datang menghalang.

"Ehhhh... Hazel! Sabar... sabar! Bawa bertenang..." Syifa mengurut dada Kamilia Hazel yang nampak gaya sedang membara. Turun naik tak tentu arah.

"Sekarang ni, aku nak kau beratur macam orang lain juga," arah Kamilia Hazel menghiraukan Syifa.

"Aku boleh saman kau tau, kalau aku nak. Sesuka hati nak paksa-paksa orang," ugut Ungku Harraz, menggunakan modal samannya. Kamilia Hazel tayang cebik tanda mengejek.

"Samanlah! Macamlah aku takut. Tak takutlah weh..." Kasar nada suaranya membalas.

"Perangai kau ni macam lelakilah. Tak ubah macam lelaki. Rasanya gelaran tomboy tu sesuai kut untuk kau," ejek Ungku Harraz bersama cebikan di bibir. Dia pandang kawan-kawannya yang lain sebelum mereka sama-sama menganggukkan kepala, setuju dengan gelaran itu untuk gadis seperti Kamilia Hazel.

Had kesabaran Kamilia Hazel tercabar. Dia mahu serang Ungku Harraz tetapi seseorang datang menghentikan drama di kantin itu. Kantin yang tadi sedikit huru-hara, kini semakin perlahan bunyi bisingnya.

"Hey hey hey! Udoh kenapa kome berdua bergaduh tengah-tengah alam ni? Awat? Cer cita kat ceq. Benda boleh bincang toksoh gocohlah." Cikgu Salim datang menegur.

Cikgu Salim terkenal dengan sifatnya yang menghiburkan. Memang cikgu paling kelakar sekali. Bukan setakat kelakar, sporting juga! Bila bercakap, semua loghat negeri dia campurkan.

"Harraz? Hang okey dok? Pasaipa bergaduh dengan cewek ni? Kamu lagi jadian, ya? Bergaduh sebab awek tak call semalam eh?" usik Cikgu Salim siap kenen-kenenkan mereka berdua yang tengah marah antara satu sama lain. Ni bukan nak kenenkan, ni nak mengapi-apikan lagi keadaan yang tersedia berapi.

"Ini kenapa ni? Berkumpul ramai-ramai dekat sini?" Cikgu Rizalina datang mencelah. Macam biasalah, rotan sentiasa di tangannya.

Pelajar-pelajar yang menjadi penonton, ada yang sudah bersurai kerana tidak mahu masuk campur. Ada segelintir yang mahu lihat kesudahan drama di kantin itu.

"Biasalah ni, dia orang bergaduh. Langit tak selalunya cerah, ye dok? Dalam hubungan percintaan pun ada pasang surutnya. Harraz... Sebagai seorang lelaki aok kena mengalah. Jangan..."

"Kita orang tak bercintalah!" kata Ungku Harraz dengan Kamilia Hazel serentak.

Kemudian, mereka menatap tajam mata masing-masing.

"Lorhhhhh... Udoh break la ni?" Cikgu Salim mengeluh pula.

Yang lain semua sudah bantai ketawa kecuali Ungku Harraz dan Kamilia Hazel.

"Sudah! Semua bersurai. Waktu rehat dah nak habis. Yang mana belum habis makan, cepat sikit. Jangan tunggu pengawas datang halau baru nak gerak naik kelas. Bersurai!" tegas Cikgu Rizalina.

Seusai berkata demikian, laju langkah Kamilia Hazel meninggalkan ruang kantin itu. Terbantut seleranya nak beli makanan. Nak makan pun memang dah tak sempat sebab waktu rehat dah hampir tamat. Semua disebabkan mamat tak ada adab tu!

Syifa mengejar langkah Kamilia Hazel yang laju meninggalkannya di belakang.

"Hazel... Janganlah laju sangat. Tunggulah aku!" Syifa terkedek-kedek mengejar. Dia berjalan seiringan dengan Kamilia Hazel.

"Hazel... Kau ni jangan berani sangat boleh tak? Lain kali kau jangan buat macam tu lagi," suara Syifa berbaur amaran terakhir.

Walaupun Ungku Harraz bukan gangster sekolah, tetapi perbuatan Kamilia Hazel tadi terlampau berani sangat. Dia tak takut ke jika Ungku Harraz report mak bapak dia lepastu datang sekolah lepastu...

"Weh..." Serentak itu lengan Kamilia Hazel ditarik kasar. Membuatkan kepalanya menoleh memandang gerangan yang bersuara itu. Melihatkan wajah lelaki itu, Kamilia Hazel terus merentap sentuhan lelaki itu pada lengannya. Sesuka hati nak pegang aku!

"Kau dengan aku belum habis lagi tau," kata Ungku Harraz. Kamilia Hazel ketap rahangnya. Walaupun separuh hatinya turut bersetuju dengan kenyataan lelaki itu. Dia pun memang belum puas lagi dengan mamat ni. Sakit hatinya tadi masih belum habis lagi. Tengok muka lelaki itu dengan geng mamatsnya di belakang lagi menambahkan bara seluruh badan. Muka berlagak maut semuanya!

Perlahan-lahan Ungku Harraz ukir senyum sinis. Dia berjalan mengundur ke belakang sambil matanya tidak lepas dari memandang Kamilia Hazel.

"Kau ingat eh... Kita berdua belum habis." Ugutan dilayang. Kamilia Hazel memandang Ungku Harraz dengan pandangan tajam. Tak mahu kalah. Ungku Harraz dan ahlinya yang lain berlalu pergi.

"Hazel, aku tak rasa ini idea bagus." Syifa di sebelah mencelah seraya memeluk lengan Kamilia Hazel kuat.

"He wants war. The war has begun," suara Kamilia Hazel mendalam.

Sejak itu, mulalah permusuhan antara dua insan.

Ketukan pintu mematikan lamunannya. Air matanya yang mengalir tanpa sedar dikesat perlahan. Puan Sri Fazura masuk dengan sebuah senyuman. Kamilia Hazel berdiri lalu menyalami ibu mentuanya tanda hormat.

Wanita itu balas senyuman. Wajah si menantu diusap lembut.

Sejak bersalin, dia nampak Kamilia Hazel banyak berubah. Berkat doanya selama ni, akhirnya Kamilia Hazel sudah boleh terima anaknya, Ungku Harraz. Dia tidak salahkan Kamilia Hazel atas apa yang berlaku, malah dia cuba faham akan situasi anak dan menantunya yang masih dalam proses pengenalan.

Bukan setakat itu saja. Tubuh badan menantunya itu semakin kurus. Muka pula, cengkung tak bermaya. Macam dia pula yang sakit padahal yang sedang terbaring di atas katil hospital, Ungku Harraz. Itulah dimensi orang dilamun cinta.

Tambahan pula, bukan senang nak terima yang sang suami tidak sedarkan diri, koma. Sebulan sudah berlalu. Astaghfirullahalazim, sungguh besar ujian anak dan menantuku, Ya Allah.

"Hazel dah makan, sayang?" Lembut suara Puan Sri Fazura menyoal sambil mengusap rambut Kamilia Hazel.

"Dah, mom."

"Mom ada benda sikit nak cakap dengan Hazel. Boleh kita bercakap di luar?" kata Puan Sri Fazura.

Ada nada serius dalam kata-katanya. Kamilia Hazel anggukkan kepala. Sebelum keluar mengikut langkah ibu mentuanya, sempat Kamilia Hazel mencium belakang tangan suaminya tanda pamitan.

Mereka duduk di bangku luar bilik Ungku Harraz. Puan Sri Fazura menggapai tangan menantunya dan diusap lembut. Seketika kemudian, terdengar esakan kecil dari bibir wanita itu.

Resah, itu yang Kamilia Hazel rasa sekarang. Hatinya mula rasa tak sedap. Adakah ia tentang Ungku Harraz? Otaknya celaru memikirkan ayat yang bakal keluar dari bibir ibu mentuanya. Harapnya semua baik-baik saja. Dia sudah puas menangis.

"Mom tak nak doakan benda ni tapi..."

"Kenapa ni mom?" Kamilia Hazel memandang tepat ke dalam anak mata Puan Sri Fazura.

Ayat tergantung wanita itu menimbulkan rasa gelisah dalam dirinya. Dalam kepala otaknya cuma memikirkan Ungku Harraz saja.

"Kalau katakan Harraz tak sedar dari koma, maksud mom... emmm Hazel faham kan?" Mata mereka bertembung.

Puan Sri Fazura beri isyarat mata mengharapkan Kamilia Hazel faham akan apa yang dia cuba sampaikan. Bila Kamilia Hazel tundukkan pandangan, dia kembali sambung.

"Mom izinkan Hazel cari pengganti Harraz," ujar wanita itu dengan mata redupnya.

Tersentak Kamilia Hazel dibuatnya. Pengganti?

"Mom cakap apa ni? Hazel tak nak orang lain. Hazel akan tunggu Harraz. Hazel yakin Harraz akan bangun. Mom... kenapa mom tak yakin pada Harraz ni?" Kamilia Hazel menyoal.

Dia yakin suaminya akan bangun.

"In Syaa Allah, kalau nasib menyebelahi dia. Tapi, kalau tidak, mom benarkan Hazel cari lelaki yang boleh dibuat suami. Bukan saja untuk jaga Hazel, tetapi jaga kembar juga. Diaorang perlukan kasih sayang dari seseorang bergelar bapa," tuturnya agar Kamilia Hazel tidak salah faham dengan apa yang dia cuba sampaikan.

Niatnya cuma mahu anak menantu dan cucu-cucunya dijaga oleh seorang lelaki yang baik. Jika Kamilia Hazel ada pilihan hati, mungkin itulah yang terbaik. Bukannya dia mahu fikir yang bukan-bukan atau mendoakan, cuma keadaan Ungku Harraz yang masih tidak sedarkan diri buatkan dia risau. Sangat risau.

"Tak! Tiada siapa yang akan ganti Harraz. Kenapa mom cakap macam ni? Hazel tak nak kehilangan Harraz, mom. Hazel tak nak menyesal seumur hidup Hazel. Hazel banyak dosa dengan suami Hazel. Dia takkan apa-apa. Harraz kuat, mom. Harraz akan bangun. Kita kena percaya yang suami Hazel akan bangun. Tak lama aje lagi. Hazel sayangkan dia..." Tangisannya kembali turun.

"Kita kena bersiap sedia, sayang. Harraz dah lama tak sedarkan diri. Mom risau, Hazel."

"Sebulan tu bukan tempoh yang lama lagi bagi seseorang yang koma, mom. Kita doakan Harraz, ya? Doa seorang ibu sentiasa dikabulkan oleh Allah S.W.T. In Syaa Allah." Dalam tangisan dia mengharapkan sesuatu yang ajaib buat hari esok.

Ya Allah, kau lindungilah suamiku.

Continue Reading

You'll Also Like

4.9M 240K 61
In editing process! Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang dihormati, Haura Mikayla tidak pernah diajar oleh Dato' Azham dan Datin Suhaila mengenai...
96.9K 5.1K 70
BOOK 04 [completed]✅ Start : 13 Oktober 2021 End : 25 Januari 2022 ✨ 𝖪𝗇𝗈𝗐𝗇 𝖺𝗌 Hey Awak ! Jodoh Saya ? ✨ ♡︎ Adrian × Ayrose ♡︎ " I'm strong , b...
658K 22.4K 61
2nd Story ❤ Rayn Ilham Umar Al-Khalid RAYN ILHAM, dia seorang gadis. Ye gadis, jangan hanya melihat pada namanya. Dia cukup lengkap memiliki ciri-c...
529K 15.1K 61
#2019 Coverby:@nurshaziera AIYURA AZZAHRA seorang gadis yang matang,berbudi pekerti mulia dan sanggup berkorban apa sahaja demi orang yang disayangin...