Cinta Yang Kau Benci✔️

By CallMeSazzy

712K 29.4K 3.2K

[WARNING! CLICHE STORYLINE] Pernah pecah rekod sebab asyik keluar masuk bilik disiplin? Harraz dan Hazel per... More

CYKB:1
CYKB:2
CYKB:3
CYKB:4
CYKB:5
CYKB:6
CYKB:7
CYKB:8
CYKB:9
CYKB:10
CYKB:11
CYKB:12
CYKB:13
CYKB:14
CYKB:15
CYKB:16
CYKB:17
CYKB:18
CYKB:19
CYKB:20
CYKB:21
CYKB:22
CYKB:23
CYKB:24
CYKB:25
CYKB:26
CYKB:27
CYKB:28
CYKB:29
CYKB:30
CYKB:31
CYKB:32
CYKB:33
CYKB:34
CYKB:35
CYKB:36
CYKB:37
CYKB:38
CYKB:39
CYKB:40
CYKB:41
CYKB:42
CYKB:43
CYKB:44
CYKB:45
CYKB:46
CYKB:48
CYKB:49
CYKB:50
CYKB:51
CYKB:52
CYKB:53
CYKB:54
CYKB:55
CYKB:56
CYKB:57
CYKB:58
CYKB:59
CYKB:60
CYKB:61
CYKB:62
CYKB:63
CYKB:64 (Akhir)

CYKB:47

8.7K 375 44
By CallMeSazzy

KAKI yang terasa lenguh dan sakit diurut perlahan menggunakan tenaganya sendiri. Televisyen yang terpasang langsung tidak menarik fokusnya untuk menonton melainkan sakit di kaki yang mencucuk-cucuk.

Sesekali bibir berdesis. Tangannya mengurut-urut di bahagian buku lali sehingga ke tapak kaki.

Tiba-tiba bahagian tempat duduk di sebelahnya tenggelam menandakan ada orang yang duduk. Kamilia Hazel menoleh.

Aish, mamat ni lagi. Bosannya asyik muka dia aje. Jarak di antara mereka dijauhkan.

Ungku Harraz tersenyum sebelum menarik kaki Kamilia Hazel.

"Eh, apa hal ni?" marah Kamilia Hazel apabila Ungku Harraz tanpa izin terus menarik kakinya.

Kakinya terus ditarik dari pegangan Ungku Harraz.

"Biar aku urut." Ungku Harraz baik hati.

"Tak payahlah..." Dia buat sombong. Padahal, dia sangat mahu diurut saat ini. Kakinya lenguh. Mungkin faktor berbadan dua.

"Hazel, jangan degil boleh? Kalau kau urut, mana nak rasa sedap." Kaki Kamilia Hazel ditarik kembali lalu diletakkan di atas pahanya.

Kain yang dipakai Kamilia Hazel dibetulkan bila ia terselak sedikit.

"Harraz, aku kata tak payah, tak payahlah." Kakinya ditarik semula sambil menjeling Ungku Harraz tajam.

Menyampah betul. Acah aje.

Ungku Harraz bangkit dari duduknya. Kamilia Hazel mengeluh. Bagus pun. Pergilah kau ke tempat yang lain. Jangan kacau aku. Tengok muka kau, bertambah benci aku pada kau. Desis hati Kamilia Hazel.

Beberapa minit kemudian, Ungku Harraz kembali duduk di sofa. Di tangannya ada sebotol minyak afiat. Tak tunggu lama, kaki Kamilia Hazel ditarik lembut untuk mulakan urutan.

Kamilia Hazel baru nak marah, Ungku Harraz terlebih dahulu menjelingnya. Bila saja dia pandang mata Ungku Harraz yang garang itu, terus tak jadi nak membebel dan marah.

Dia pun tak larat nak bergaduh sekarang. Kakinya benar-benar lenguh. Badan pun tak segar mana.

"Try dulu. Mesti kau nak lagi," pancing Ungku Harraz dengan yakin.

Matanya tertumpu pada kaki Kamilia Hazel saja. Urutan dimulakan. Kamilia Hazel berdesis pada mulanya tetapi bila sudah biasa, rasa sedaplah pulak.

Eh, pandai pula mamat ni urut. Apa hal lepas pindah sini baru dia kenal siapa Ungku Harraz yang sebenar? Pandai masak. Pandai urut. Sebelum ni Ungku Harraz nampak macam innocent aje bab-bab ni.

"Kau banyak buat kerja ni..." kata Ungku Harraz sambil jemarinya lincah mengurut.

"Kau perli ke?" Kamilia Hazel menjeling lelaki itu bila dia merasa disindir.

Tahulah yang dia tidak banyak buat kerja di dalam rumah ini. Tapi, tak payahlah nak menyindir pula. Menyakitkan hati betul.

Kaki aku ni dekat aje dengan muka mamat ni. Terajang satgi, apa pun tak dapat. Kutuk Kamilia Hazel dalam hati.

Beberapa minit kemudian, Kamilia Hazel hampir terlena dengan urutan Ungku Harraz.

"Sedap tak?"

"Hmmm... bawah sikit. Bukan kat situ. Hmmm... kat bawah ibu jari kaki aku. Hah, situ..." Terpejam-pejam matanya menerima urutan yang melegakan dari Ungku Harraz.

Tersengih-sengih Ungku Harraz mendengar permintaan comel Kamilia Hazel.

Minyak afiat tadi telah disapukan pada tapak kaki Kamilia Hazel lagi. Urutan dimulakan lagi sekali. Pelbagai cara dia guna dan tunjukkan pada Kamilia Hazel.

Berapa jam entah Ungku Harraz mengurut isterinya sehingga gadis itu terlena. Tangannya memegang sekejap kaki Kamilia Hazel sambil menatap wajah si isteri yang sangat comel. Tembam-tembam lagilah comel.

Pipi tu dah naik. Mana tak naiknya pipi tu kalau perut asyik memekak nak makan aje. Walaupun begitu, Ungku Harraz langsung tak kesah. Dia terima Kamilia Hazel seadanya. Lagipun, dia menghargai Kamilia Hazel yang sedang mengandungkan kembarnya. Dia tahu bukan senang untuk Kamilia Hazel. Macam-macam ragam ibu mengandung yang dia perlu hadap demi menghargai pengorbanan Kamilia Hazel.

Eh, walaupun nampak berisi, Kamilia Hazel masih cantik di matanya tau.

Kain yang dipakai Kamilia Hazel menampakkan betisnya yang putih melepak. Ungku Harraz teguk liur. Nafsunya tiba-tiba melonjak naik. Matanya dipejamkan sekejap.

Astaghfirullah, Harraz! Kau jangan buat hal.

Eh, aku suami dia. Kenapa pulak aku tak boleh? Hatinya berkata.

Kau nak ke Hazel bencikan kau lagi? Sudahlah dia memang dah benci kau, kau mahu dia bertambah benci kau? Tiba-tiba datang suara lain mengingatkan dirinya.

Ah, betul juga!

Dia menggelengkan kepala. 

Melihatkan si isteri yang lena dibuai mimpi, dia mengangkat tubuh itu naik ke tingkat atas. Sesampai di dalam bilik, badan Kamilia Hazel diletakkan perlahan-lahan di atas katil. Saat itu, Kamilia Hazel tiba-tiba saja memaut lehernya erat dengan keadaan mata yang masih terpejam. Ah, mengigaulah tu.

Dengan lafaz basmalah tubuh Kamilia Hazel selamat dibaringkan. Disebabkan tangan Kamilia Hazel yang masih memaut lehernya, memaksa wajahnya dekat dengan Kamilia Hazel. Hanya beberapa inci saja bibir mereka bakal bertemu.

Ungku Harraz cuba meleraikan rangkulan itu namun masih tidak berhasil.

Aduhai, macam mana ni?

Tapi, bila dalam keadaan begini, rasa selesalah pulak. Alangkah bagusnya jika Kamilia Hazel benar-benar merelakan dirinya dirangkul sebegitu. Alahai hati. Tersengih Ungku Harraz seorang diri.

Keadaan dirinya dan Kamilia Hazel yang memang sangat dekat membolehkan dia melihat wajah isterinya dengan lebih dekat dan teliti turut terperinci.

Cantik betul isteri aku ni. Ah, tak boleh jadi ni. Dia dah sekat aku macam ni, rugilah tak ambik peluang cium dia senyap-senyap.

Pergh, jahat juga Ungku Harraz ni. 

Eh biarlah, dia isteri aku. Hak aku. Selagi masih halal, baik jangan pernah lepaskan peluang. Lagipun bukannya berdosa, dapat pahala adalah. Desisnya nakal.

Wajah Kamilia Hazel yang bersih dari sekuman jerawat dipegang dengan lembut. Hidung Kamilia Hazel dikucup sebelum kembali tersenyum. Tangan Kamilia Hazel cuba dileraikan kembali. Kali ini berjaya.

Dia merangkak naik ke atas tubuh isterinya. Saat sampai di bahagian perut Kamilia Hazel, dapat dia rasakan bonggolan itu lantas mengusap perlahan sebelum kedua belah tangannya menampung tubuh badan.

Wajah Kamilia Hazel yang terteleng sedikit ditatap penuh rasa cinta.

Juraian rambut Kamilia Hazel diselit ke belakang telinga. Matanya langsung tak terlepas dari menatap bibir gadis itu yang merah bak delima. Nafsunya membuak-buak. Matanya dipejam sebelum wajahnya didekatkan dengan wajah Kamilia Hazel.

Kamilia Hazel yang rasa tidak selesa perlahan-lahan membuka mata. Terkejut dia saat Ungku Harraz cuba-cuba untuk menciumnya. Wajah Ungku Harraz yang seinci saja dengannya ditampar kuat sehingga lelaki itu terjatuh dari katil.

"Apa kau buat ni?!" Wajahnya pucat lesi.

Dia bersandar ke kepala katil lalu memegang erat perutnya. Matanya mula berair.

"Hazel..." Ungku Harraz memegang rahangnya yang pijar kesan tamparan Kamilia Hazel.

"Kau nak buat apa ni, Harraz?! Kau gila ke?! Kau nak rogol aku?" Amarahnya kini sudah kemuncak.

Sungguh dia bencikan Ungku Harraz lebih dari segalanya. Dasar lelaki tak guna!

"Bukan! Bu... bukan!" Dia duduk di atas katil cuba menenangkan Kamilia Hazel yang sudah menuduhnya bukan-bukan.

Bahu Kamilia Hazel dipegang kemas.

"Lepaskan akulah! Jauh! Aku tak nak kau dekat dengan aku. Pergilah!" Dengan kekuatan yang bercampur dengan marah yang tak boleh dikawal, badan Ungku Harraz ditolak kuat.

Tangisannya menjadi-jadi. Dia rasa malu, maruahnya dipijak-pijak.

"Hazel, aku cuma..."

"Aku bukan perempuan murahan, Harraz! Aku takkan biar kau hina aku lagi. Kenapa kau buat aku macam ni? Apa salah aku pada kau?" ujarnya penuh emosi.

"Bukan...  aku..." Lengan Kamilia Hazel digapai cuba memberi penerangan.

"Harraz, sudah! Aku tak nak dengar apa-apa dah! Aku tak boleh teruskan semua benda ni. Tolong... tolong lepaskan aku!" Berderau darah Ungku Harraz.

Lepaskan? Oh, lepaskan lengan dia. Positif Harraz!

"Okey fine! Aku tak sentuh kau." Dia melepaskan lengan Kamilia Hazel dari pegangannya.

Kamilia Hazel berkerut seribu dengan tindakan bodoh Ungku Harraz. Apa hal blur sangat mamat ni? Ke dia tak faham apa yang aku cuba sampaikan?

"Aku nak kau ceraikan aku!" Keras suaranya. Ungku Harraz terpempan.

"Kau cakap apa ni, Hazel?" Dalam hatinya cuma berharap yang Kamilia Hazel tidak akan mengulangi ayat itu semula.

Sakit hatinya, sungguh sakit. Pedihnya, Ya Allah!

"Lepaskan aku, Harraz!"

"No! Kau jangan mintak aku buat benda tu, please. Takkanlah disebabkan ni aje kau nak aku ceraikan kau? Hazel, aku ni suami kau tau. Bukan orang lain. Aku takkan boleh lepaskan kau. Aku takkan ceraikan kau," kata Ungku Harraz dengan nafas yang tidak teratur.

Penceraian? Ya, dulu dia pernah terfikir untuk ceraikan Kamilia Hazel apabila tahu yang dia harus mengahwini Kamilia Hazel tetapi sekarang bila dia sudah jatuh cinta dengan gadis itu, tak mungkin dia akan menceraikan isterinya!

"Takkan ceraikan? Apa maksud kau? Sebelum ni bukan kau pernah cakap kau nak ceraikan aku ke?" Penuh emosi gadis itu menyoal lelaki itu.

"Aku tak cakap pun macam tu." Ungku Harraz menundukkan pandangan. Menafikan kebenaran itu. Jika dia boleh undur masa, dia takkan cakap begitu. 

Ya Allah...

Kamilia Hazel menggelengkan kepala. Air mata sudah bertakung di tubir matanya.

"Okey, aku mintak maaf pasal tadi. Tapi aku suami kau, Hazel. Aku berhak. Aku halal untuk kau," kata Ungku Harraz.

Apa yang dia buat tadi tidak salah. Cuma, Kamilia Hazel yang fikir bukan-bukan.

"Cukuplah dengan perkataan 'berhak' kau tu!" Kamilia Hazel hilang sabar.

"Itu aje modal kau, Harraz! Kau buat pada waktu yang aku tak sedar kau tahu tak? Itu dikira ambik kesempatan. Untuk apa lagi kau buat semua tu? Untuk apa?! Untuk buat aku lagi benci pada kau? Well... well done! Kau berjaya!" jeritnya melepaskan segalanya.

"Kau fikir aku nak ke mengandungkan anak kau? Aku tak nak semua ni! Tapi disebabkan kau, aku jadi macam ni! Kita jadi macam ni, disebabkan kau! Kau tahu tak aku benci kau! Aku benci gila dekat kau!" sambung gadis itu lagi.

"Aku tak nak hidup dengan kau, Harraz. Aku perlukan abang Raziq. Bukan kau," luahnya bersama tangisan.

"Aku minta maaf," ungkap Ungku Harraz tundukkan pandangan.

"Kalau kau nak aku maafkan kau, ceraikan aku, Harraz! Aku dah tak nak teruskan hubungan ni. Kalau kita terus macam ni, hubungan ni takkan kekal lama. Semuanya sia-sia. Aku takkan boleh cintakan kau. Kau tak faham bahasa lagi ke? Aku dah penat, kena paksa untuk cintai kau. Aku penat dengan semua benda ni. Aku penat tipu diri sendiri walaupun dah banyak kali aku bagitahu kau yang aku tak cintakan kau! Sekarang ni, tolonglah hormat keputusan aku! Tolong lepaskan aku! Bagi aku hidup dengan pilihan aku sendiri! Tolonglah Harraz! Aku sanggup merayu dengan kau," rayu Kamilia Hazel jatuh melutut di hadapan Ungku Harraz.

Ungku Harraz sangat terkejut dengan tindakan Kamilia Hazel. Sampai begitu sekali Kamilia Hazel mahu dirinya dilepaskan? Hatinya juga pedih. Ya Allah, kuatkan hambaMu ini.

"Kau memang tak boleh terima aku kan, Hazel? Aku dah cuba usaha macam-macam. Kau tetap juga sayangkan Raziq. Mungkin aku memang tak layak untuk kau. O... okey, fine. Kalau itu yang kau nak sangat..." Ungku Harraz berdiri di tepi katil.

Wajah Kamilia Hazel ditatap dalam-dalam.

"Aku nak kau pandang aku. Pandang ke dalam mata aku, Hazel," pinta Ungku Harraz.

Dia menahan rasa mahu menangis. Waktu sekarang, dia masih boleh bertahan.

Wajah Kamilia Hazel didongakkan memandang ke dalam anak matanya. Saat itu, Ungku Harraz cuma berharap yang Kamilia Hazel berubah hati untuk mencintainya.

Gadis itu masih teresak-esak. Ungku Harraz memegang kedua-dua belah pipi Kamilia Hazel. Ditarik mendekat ke wajahnya supaya dia bisa buat Kamilia Hazel jatuh cinta dengannya.

Dia masih tidak berputus asa walaupun di saat-saat seperti ini.

"Aku nak kau cakap yang kau tak cintakan aku," suruh Ungku Harraz bersama debaran.

Perlahan-lahan, dia menyaksikan sendiri gelengan kepala Kamilia Hazel yang sudah menghancurkan sekeping hatinya. Gugur jantungnya, berkecai hatinya dan hancur jiwanya.

Ya Allah, andai aku bisa putar semula masa. Aku tidak mahu tanya dia soalan begini. Desis hati Ungku Harraz menyesal.

"Aku cintakan abang Raziq. Aku sayangkan dia, dan aku nak dia. Bukan kau, Harraz. Kau tak pernah ada pun dalam hati aku. Dengan nama Allah, aku bersumpah aku tak cintakan kau." Kamilia Hazel akui.

Dug! Ungku Harraz bagaikan diawangan. Dirinya seperti baru ditolak ke dalam gaung yang dalam. Sungguh dalam cinta Kamilia Hazel terhadap Raziq sehinggakan sanggup bersumpah untuk membuktikan kasih dan sayangnya terhadap lelaki itu.

Ungku Harraz melepaskan wajah Kamilia Hazel. Dia memasukkan kedua belah tangannya ke dalam poket seluar, berlagak biasa. Namun, cuba menahan tangisan yang mendesaknya. Tanpa sedar, air matanya jatuh jua. Ungku Harraz mengemam bibir lama.

Continue Reading

You'll Also Like

315K 8.7K 51
#1 MS & MR SERIES BY THEAGASSHI Layla Aileen x Noh Fitri Thanks for all supports and votes 💕 Selalu dengar cinta diawan biru, sweet jer dengar. Ta...
499K 15.1K 75
⚠Known As: MY TEARS!⚠ SARAH IRDINA_ Dia memang seorang gadis yang cantik namun, dirinya tidak pandai dalam bab bergaya dan bersolek. Dalam sekelip m...
379K 13.7K 57
Bagi Aina Natasya, dia tidak layak untuk bahagia atas sebab-sebab tertentu. "Saya tak layak untuk dapat kebahagiaan." -Aina Natasya Namun, Tengku Hak...
527K 15.1K 61
#2019 Coverby:@nurshaziera AIYURA AZZAHRA seorang gadis yang matang,berbudi pekerti mulia dan sanggup berkorban apa sahaja demi orang yang disayangin...