Cinta Yang Kau Benci✔️

Oleh CallMeSazzy

712K 29.4K 3.2K

[WARNING! CLICHE STORYLINE] Pernah pecah rekod sebab asyik keluar masuk bilik disiplin? Harraz dan Hazel per... Lebih Banyak

CYKB:1
CYKB:2
CYKB:3
CYKB:4
CYKB:5
CYKB:6
CYKB:7
CYKB:8
CYKB:9
CYKB:10
CYKB:11
CYKB:12
CYKB:13
CYKB:14
CYKB:15
CYKB:16
CYKB:17
CYKB:18
CYKB:19
CYKB:20
CYKB:21
CYKB:22
CYKB:23
CYKB:24
CYKB:25
CYKB:26
CYKB:27
CYKB:28
CYKB:29
CYKB:30
CYKB:31
CYKB:32
CYKB:33
CYKB:34
CYKB:35
CYKB:36
CYKB:37
CYKB:38
CYKB:39
CYKB:40
CYKB:41
CYKB:42
CYKB:43
CYKB:44
CYKB:45
CYKB:47
CYKB:48
CYKB:49
CYKB:50
CYKB:51
CYKB:52
CYKB:53
CYKB:54
CYKB:55
CYKB:56
CYKB:57
CYKB:58
CYKB:59
CYKB:60
CYKB:61
CYKB:62
CYKB:63
CYKB:64 (Akhir)

CYKB:46

7.6K 376 47
Oleh CallMeSazzy

MALAM beredar, pagi pun mendatang. Seperti hari-hari sebelumnya, Ungku Harraz sentiasa menyediakan sarapan untuk Kamilia Hazel. Tapi hari ini berbeza. Dia nak buat kek cokelat untuk pujuk si isteri tercinta. Mana la tahu Kamilia Hazel lembut hati semula.

Memandangkan sekejap lagi dia nak keluar berjumpa dengan teman-temannya, dia mahu pastikan segalanya sudah tersedia untuk si isteri sebelum dia meninggalkan rumah.

Lepas bangun pagi tadi, dia ada mengajak Kamilia Hazel untuk solat berjemaah. Fikirnya, bolehlah dia cuba berbaik lagi dengan gadis itu tetapi Kamilia Hazel menolak pelawaannya. Katanya, dia lebih selesa solat sendiri.

Tak mahu memaksa, Ungku Harraz cuma membiarkan saja.

Tak apalah, mungkin bukan hari ini.

Kek cokelat yang sudah dibakar di dalam oven dikeluarkan dengan menggunakan sarung tangan kain. Bibirnya refleks meniup-niup apabila tangannya merasa panas loyang kek. Kamilia Hazel mesti suka kek cokelat. Emm, so yummy!

Sarung tangan kain ditanggalkan sebelum dia menarik satu sticky notes yang melekat pada peti ais. Pen yang sudah dia sediakan sebentar tadi digenggam. Penutup pen ditarik menggunakan giginya.

Ungku Harraz menunduk sedikit. Beberapa baris ayat ditinggalkan di atas kertas lalu dilekatkan pada meja. Kek cokelat tadi dipotong sedikit lalu dipindahkan ke pinggan yang lebih kecil.

Ungku Harraz naik ke tingkat atas untuk bersiap-siap keluar. Sewaktu dia masuk bilik tadi, Kamilia Hazel masih lena tidur. Tak apalah, dia faham gadis itu sudah penat menangis semalaman. Sampai bengkak biji mata.

Biarkan Kamilia Hazel berehat tenangkan diri.

Seusai habis mandi, Ungku Harraz mengenakan t-shirt polo berkolar bersama jeans putih. Tangannya naik menyikat rambut bagi kemas. Dapat dia lihat imej Kamilia Hazel yang sedang lena diulit mimpi di atas katilnya.

Senyuman terukir di bibir. Sekurang-kurangnya, malam tadi dia dapat tidur sekatil dengan Kamilia Hazel.

Kolar bajunya dikemaskan sebelum membuat sentuhan terakhir, membelek wajah kacaknya. Oh Harraz, kau sentiasa kacak!

Katil dituju lalu melihat wajah sembap Kamilia Hazel. Anak rambut yang terjuntai di atas mata Kamilia Hazel diselak perlahan. Dahi Kamilia Hazel dikucup lembut sebelum dia menarik selimut menutupi sehingga paras pinggang gadis itu.

Dagu gadis itu dicuit perlahan.

"Maafkan aku, Hazel. Maafkan papa, sayang." Digosok perlahan perut Kamilia Hazel yang berbalut selimut.

Lagi sekali dia tersenyum. Ungku Harraz turun ke bawah. Enjin motor dihidupkan sebelum terus membonceng ke tempat yang ingin dituju.

PERJUMPAAN 'reunion' 4 sekawan itu telah ditetapkan di menara berkembar KLCC. Ungku Harraz lebih banyak termenung dari berbual dengan kawan-kawannya. Otaknya runsing memikirkan cara untuk berbaik dengan Kamilia Hazel kembali. Mesti ada caranya. Tapi cara apa lagi?

Tolonglah otak, berkembang sikit. Kau kan bijak dan selalu berfungsi kalau bab-bab rajuk-merajuk ni.

Tapi, Kamilia Hazel bukan sedang merajuk, dungu! Dia sedang marah, sakit hati dan benci dengan kau!

Wajahnya diraup.

Raizal yang baru lepas ketawakan lawak Anaqi terus memandang Ungku Harraz.

Wajah yang dia pasti sedang mengalami tekanan itu sentiasa dapat dibaca oleh Iskandar. Hanya Iskandar. Raizal dan Anaqi hanya kawan biasa saja, tetapi Iskandar adalah sahabat baiknya yang sentiasa boleh mendengar luahan hati.

Perihal perkahwinan dia dan Kamilia Hazel juga sudah menjadi gosip hangat kawan-kawan sekolahnya. Penuh berita yang betul dan tak betul disebarkan di dalam group kelas. Habis kisahnya dan Kamilia Hazel menjadi bualan ramai selepas mereka dan Tiara terjumpa di mall hari itu.

Mungkin Tiara yang sebarkan? Entah, biarlah. Malas nak ambik tahu. Yang penting, sekarang adalah masa yang sesuai untuk semua kawan-kawannya tahu yang dia sudah berkahwin dengan Kamilia Hazel dan bakal menimang anak.

Asalkan perkahwinannya sah di sisi agama, tak salah, kan?

Ada yang kata, bukan Tiara yang sebarkan berita itu tetapi pelajar perempuan yang juga berada di mall Bangi sewaktu itu ternampak Kamilia Hazel dan Ungku Harraz bersama dan berpelukan. Kalau sampai Kamilia Hazel mengandung, pasti anak itu anak Ungku Harraz.

Namun begitu, ada mulut-mulut yang berdengki, menyebarkan cerita yang tak betul. Lain yang dilihat, lain yang disampaikan. Banyak sangat gosip yang tak betul. Ungku Harraz langsung tak melatah walaupun sebenarnya hatinya menjerit sakit hati dengan orang yang memandai-mandai menyebarkan gosip bahawa Kamilia Hazel perempuan simpanan Ungku Harraz.

Masyaa Allah. Dunia ini kotor dengan mulut-mulut manusia yang berhati busuk!

"Oi Harraz! Kau mengelamun apa ni? Orang dok soal kau dari tadi, kau buat derk aje." Anaqi menolak bahu Ungku Harraz.

Seperti baru tersedar dari mimpi, terjegil mata Ungku Harraz melihat semua kawan-kawannya.

"Apa dia? Sorry ah..." Dia membetulkan duduknya di atas seat motor bagi selesa.

"Kau macam mana lepas duduk rumah sendiri? Makin besarlah ruang kau nak berduaan dengan Hazel tu, kan?" usik Anaqi menolak-nolak bahu Ungku Harraz dengan bahunya.

Ungku Harraz mencebik memandang Anaqi. Eh mamat ni, macam kucing parsi menempel dekat aku macam tu.

"Alhamdulillah..." helanya.

Matanya bertembung dengan Iskandar yang duduk jauh sikit darinya. Sepasang mata itu jelas mahukan penjelasan.

Ya, Iskandar tahu Ungku Harraz mesti sedang dilanda masalah. Ungku Harraz beri isyarat mata yang mengatakan dia akan cerita pada Iskandar segalanya tetapi bukan sekarang. Menerima sebuah senyuman simpul dari Iskandar, Ungku Harraz tahu lelaki itu memahaminya.

"Hazel sihat ke? Lama aku tak nampak dia. Dia pun sekarang mana update apa-apa dah kat Instagram," tanya Anaqi lagi.

"Dia sihat aje. Cuma, kau faham-faham aje lah," balas Ungku Harraz tersenyum nipis.

Terangguk-angguk Anaqi. Haih, susah juga kahwin muda ni. Banyak liku-liku halangan.

"Emosi ibu mengandung. Biasalah tu, Raz. Layankan aje lah. 9 bulan lebih aje, tak lama pun," celah Raizal pula, memujuk Ungku Harraz agar bersabar.

Dia tahu kerana dia punya kakak ipar yang sedang mengandung anak ke-3 sekarang. Usia kandungan wanita itu sudah mencecah 9 bulan dan tunggu masa saja nak melahirkan. Jadi, dia tahu serba sedikit emosi orang mengandung macam mana.

"Kau gerak Turkey lusa, kan Raiz?" soal Ungku Harraz menukar topik.

Dia sudah jual ticket hari tu kepada Raizal.

Sebenarnya, dia tak mahu isu dia dan Kamilia Hazel bangkit dalam bualan rakan-rakannya lagi, sebab itulah dia tukar topik. Kalau Iskandar tak apa la kerana dia percayakan lelaki itu lebih dari dirinya sendiri.

"Haah, awal-awal lagi aku dah packing barang. Hehehe... persediaan awal." Tersengih-sengih Raizal.

Tak sabarlah tu nak ke Turkey.

"Macamlah Turkey tu nak tinggalkan kau," cebik si Anaqi menumbuk bahu Raizal.

"Manalah tahu..." Raizal menggaru tepi dahi.

Ini kali pertama dia mahu ke luar negara. Bersama Inara. Macam ada jodoh aje tu. Mereka akan naik flight yang sama. Manalah tahu, tiba-tiba seat pun sebelah-sebelah.

"Weh korang ada dengar cerita pasal Tiara?" sambung Raizal bertanya.

Satu-persatu wajah rakan-rakannya dipandang dengan penuh rasa suka nak bercerita.

"Dengar cerita dia sakit kanser. Sedih aku dapat tahu berita ni. Kau tahu, tiba-tiba aje minggu lepas dia whatsapp aku tanya apa khabar semua. Aku layan aje lah. Yang tak boleh percayanya, aku tengok profile picture whatsapp dia, dah bertudung dah si Tiara tu. Perghh, cun habis..." cerita Iskandar.

Dia begitu bersyukur melihat perubahan Tiara. Baguslah kalau macam tu. Lagipun, gadis itu bertambah berseri bila mengenakan tudung. Kaum lelaki boleh sejuk hati memandang.

"Yeke? Dia tanya khabar kau aje? Khabar aku tak tanya?" Anaqi tayang mimik muka kecewa.

"Tak," jawab Iskandar bernada mengejek.

Kesian Anaqi, masih mengharapkan Tiara. Anaqi ni, asal boleh aje.

"Hmmm... Is, aku nak nombor dia boleh? Baru aku tahu dia tukar nombor baru. Patutlah aku cuba chat dia hari tu, tapi dapat one tick aje. Mati-mati aku ingat dia block aku tanpa sebab," adu Anaqi sambil menampar-nampar lengan Iskandar meminta nombor Tiara.

"Kau ni Anaqi. Nah ambiklah nombor dia." Iskandar menyerahkan telefonnya kepada Anaqi selepas dia membuka kata laluan telefonnya.

Ungku Harraz hanya menggeleng. Macam tak kenal si Anaqi tu. Suka ambik kesempatan. Lagi-lagi Tiara dah bukan diva macam dulu, memang lagi ambik kesempatanlah mamat tu.

Cumanya satu yang tak boleh blah, mungkin Anaqi akan direject lah sebab memang itu sentiasa nasibnya. Nasib kaulah, Anaqi.

"Hazel macam mana? Kau jangan tak tahu, Tiara tu kan memang benci Hazel dulu. Takat dia dah berubah ni, ada dia jumpa Hazel minta maaf?" Raizal memandang kembali Ungku Harraz.

"Ada. Kelmarin kami terserempak di mall," angguknya.

"Oh... baguslah macam tu. Tapi, ish aku betul-betul tak sangka yang Tiara ada kanser. Kesian dia." Bersungguh wajah tak sangka terpamer di muka Raizal.

Patutlah seminggu sebelum exam besar mereka, dia perasan wajah Tiara kelihatan tak bermaya, pucat dan penampilan gadis itu kelihatan selekeh dan tak terurus.

"Raz... kau ex dia, kan? Kau tak rasa bersalah ke break dengan dia waktu keadaan dia tengah susah macam tu?" Raizal menyoal Ungku Harraz bersahaja.

Terdengar decitan tidak puas hati terkeluar dari bibir Iskandar. Kurang senang dengan soalan Raizal.

"Raiz, kau janganlah pulak tuding jari kat Harraz. Itu keputusan dan hak dia," tegur Iskandar apabila perasan wajah Ungku Harraz berubah dengan soalan Raizal.

"Tak adalah, aku cakap aje..." ujar Raizal.

"Kita doakan aje lah untuk dia. Dahlah, jom melantak. Aku laparlah," kata Iskandar sudah memulas kunci motornya pada lubang yang sepatutnya.

Ungku Harraz dan Raizal turut melakukan benda yang sama. Perut mereka pun sudah berkeroncong tak tentu pasal.

Sesudah ketiga-tiga mereka bersedia di atas motor masing-masing, yang si Anaqi masih sibuk lagi dengan telefon di tangannya. Iskandar mengeluh menyampah. Tu mesti syok chat dengan Tiaralah tu.

Dia kembali turun dari motor lalu mendekati Anaqi. Boleh nampak Anaqi tersengih macam kerang busuk.

"Oi! Kau tak habis-habis lagi ke? Jomlah, orang nak pergi makanlah." Dia merampas telefonnya yang berada di tangan kiri Anaqi.

"Aduhai, sabarlah kejap. Aku tengah mengurat Tiara ni," balasnya langsung tak memandang Iskandar. Kacaulah!

"Aku gerak dululah. Jumpa tempat biasa." Ungku Harraz berkata dengan riak wajah yang kosong.

Raizal hanya ikut dia dari belakang selepas motornya sudah gerak dahulu.

"Woi Anaqi cepatlah. Aku call Tiara suruh block kau, nak?" Iskandar mengugut Anaqi.

"Weh weh... okey jap aku pakai helmet." Berlari anak dia ke motornya.

Nak hidupkan enjin motor pun masih bermain dengan telefon. Akhirnya, tertinggallah dia di belakang.

Chat Tiara lama sangat sebab tengah fikir pickuplines untuk mencairkan hati si gadis sampai kawan-kawannya sudah pergi pun dia tak perasan.

KELIBAT Ungku Harraz tiada di atas katil sebaik saja dia bangun dari tidur. Perlahan-lahan dia menuruni tangga selepas membasuh muka. Berhati-hati dia menuruni tangga ke bawah.

Masih tiada kelibat Ungku Harraz. Keadaan rumah juga senyap sunyi. Ah, lagi bagus mamat tu tak ada! Buat semak aje.

Masuk saja ke ruang dapur, Kamilia Hazel terlihat ada sesuatu di atas meja makan. Sepinggan kek cokelat moist. Nampak macam lazat. Memang lazatlah melihatkan rupanya yang membuatkan dia telan liur berkali-kali. Sos cokelatnya langsung tidak kedekut. Meleleh sehingga membanjiri separuh pinggan itu.

Tak tunggu lama, sudu digapai dari cawan hiasan lalu mencuit sedikit kek dan disua ke mulut. Tutup mata dia menikmati rasa sedap yang menyengat tekak. Wah, sedap sungguh!

Bila dia buka mata, baru perasan ada sticky notes yang terlekat pada muka meja bersebelahan dengan pinggan tadi. Muka didekatkan untuk membaca baris ayat itu.

Morning sayang, aku ada buat kek cokelat moist untuk kau. Sebagai tanda minta maaf. Aku keluar sekejap jumpa kawan-kawan, nanti pukul 11 aku balik. Makan sampai kenyang tau. Lebihan kek ada dalam oven. I love you.

Sincerely, your husband Harraz <3

Tercebik-cebik bibirnya membaca baris ayat tu. Eh, fikir romantik ke letak sticky notes kat sini? Nak makan pun tak tenteramlah. Tak tunggu lama, kertas itu dironyok-ronyok lalu dicampak begitu saja ke lantai. 

Hah, macam mana rupa kertas tu, macam itu jugalah rupa hati aku malam semalam sehingga pagi ni. Dasar lelaki tak guna! Menyakitkan hati aje.

Memikirkan perut yang sedang menjerit kelaparan, Kamilia Hazel makan saja kek itu. Sementara tunggu mamat tu balik, baik aku habiskan cepat-cepat kek dia yang tak sedap ni. Rasa macam apatah. Tak sedap langsung!

Padahal dia sungguh menikmati kek air tangan Ungku Harraz yang sememangnya sedap itu.

Kenapalah Ungku Harraz ni pandai bab-bab memasak lebih dari dia? Sebelum ni dia tak pernah tahu pun. Bila dah duduk serumah begini baru dia tahu.

Aish, Hazel. Kau dah dapat suami yang sempurna sifat dah, tapi masih juga tidak bersyukur. Kau nak yang pandai jaga hati kau, Ungku Harraz! Kau nak yang pandai memasak, Ungku Harraz! Kau nak yang baik hati, Ungku Harraz! Apa lagi yang tak cukup, Hazel?

Jam di dinding dapur ditatap sebelum kembali memenuhkan perut dengan kek coklat yang suaminya buat. Dah pukul 10:30 pagi. Bila-bila masa saja Ungku Harraz akan pulang.

Baik habiskan cepat sebelum dia nampak kau makan kek dia ni. Nanti dia fikir aku suka pulak dengan kek dia ni. Memang taklah! Abang Raziq buat lagi sedap. Bila-bila masa aje aku boleh minta Raziq buatkan kek untuk aku. Sekarang pun boleh. Tapi, telefon di ataslah pulak, malaslah nak menang dengan diri sendiri kali ni.

"Assalamualaikum!" 

Ah, Ungku Harraz sudah pulang.

Baki kek terus disumbat sehingga penuh mulutnya. Aduhai, kenapa awal sangat pula dia ni balik dari waktunya? Terpaksalah dia mengunyah dengan laju.

Derapan kaki Ungku Harraz semakin hampir. Kamilia Hazel pantas bergerak menuju ke singki. Pinggan kek yang dia makan tadi diletakkan di dalam singki. Dia membelakangi Ungku Harraz, cuba menghabiskan kunyahan laju-laju.

Aduhai, cepatlah hancur, cepatlah telan. Kalau mamat tu tahu, malulah. Tangan kanannya ditekup pada mulut.

"Hazel... kau okey tak?" soal lelaki itu setelah muncul di dapur.

Kamilia Hazel menelan baki kek di dalam mulut lalu melepaskan nafas.

Perlahan-lahan dia menoleh memandang Ungku Harraz yang berkerut. Tidak menjawab soalan Ungku Harraz, gadis itu berjalan melintasi lelaki itu. Namun, tangannya ditarik lembut. Tubuhnya terdorong berdiri di hadapan Ungku Harraz.

Mata mereka bertembung sekejap sebelum dengan sombong, Kamilia Hazel alihkan pandangan. Dari ekor mata, dia nampak Ungku Harraz tersengih panjang. Ah, apa hal pulak mamat ni? Dia dah nampak ke aku makan kek dia? Hmmm... tebalnya muka.

Sentuhan Ungku Harraz di tepi bibirnya menaikkan bulu di seluruh badan. Lagi-lagi senyuman lelaki itu yang mampu mencairkan hati gadis-gadis. Asalkan bukan Kamilia Hazel yang kepala batu.

"Sayang dah makan kek coklat, ya?" Ibu jarinya ditunjukkan ke muka Kamilia Hazel.

Oh, ada cokelat. Kamilia Hazel terus mengelap bibirnya. Dia tak perlukan 'pembantu' untuk lapkan bibirnya.

"Sedap tak?"

Sakit hati betul tengok senyuman sinis Ungku Harraz. Aku pijak halkum kau japgi baru tahu.

Kamilia Hazel diam. Ungku Harraz kemam bibir lalu memandang di atas meja.

"Aik, kek dah tinggal separuh. Tadi waktu aku buat, tak sikit macam tu," tuturnya masih tersengih. Suka dia bila Kamilia Hazel makan makanan hasil air tangannya.

Kamilia Hazel memeluk tubuh sebelum mengecilkan matanya memandang Ungku Harraz.

"Kalau buat kek tu sebab nak perli aku macam ni, lain kali tak payah buat. Aku tak ketagihlah nak makan apa yang kau masak," ujar Kamilia Hazel.

"Bukan macam tu. Memang aku buat untuk kau makan pun. Habiskan aje lah semua tu. Babies papa mesti suka,kan?" Tangannya ingin mengusap perut Kamilia Hazel ditepis kuat.

"Tak payah pegang aku boleh tak? Kau jangan ingat aku dah lupa pasal semalam." Tajam dia memandang Ungku Harraz.

Asal bercakap mesti tangan tu gatal nak pegang-pegang. Baru saja dia mahu melangkah setapak, seperti teringat sesuatu. Badannya menoleh memandang Ungku Harraz yang meniskus di tepi singki.

"Hazel, tolonglah maafkan aku." Perlahan suara Ungku Harraz tanpa memandang wajah Kamilia Hazel.

"Lagi satu. Lain kali, tak payahlah bazir tenaga sediakan aku makanan sebab nak ambik hati aku. Buang masa dan buang tenaga aje." Kamilia Hazel berkata dengan sinis, langsung tidak menghiraukan permohonan maaf Ungku Harraz.

"Aku takkan terpedaya dengan kebaikan kau. Kau fikir, aku suka ke? Kau fikir dengan cara kau tu, aku boleh jatuh cinta dengan kau? Huh, pergi cermin diri kau tu dulu. Makanan yang kau buat untuk aku pun, tak adalah sedap mana. Kalau ikut tekak aku, memang tak boleh masuk. Rasa macam nak muntahkan balik aje. Muntah dekat muka kau!" cacinya sarat dengan perasaan kebencian.

"Aku minta maaf, Hazel. Apa lagi kau nak aku buat? Kau cakap kat aku, aku buat." Kesal Ungku Harraz bersuara separuh merayu.

"Macam tu aje kau minta maaf, kan? Oh lupa, kau mana peduli perasaan aku. Muka aku pun kau benci nak tengok. Kan? Buat apa nak minta maaf? Buat apa nak baik-baik dengan aku? Kau tahu tak semua tu tak ada guna di mata aku?" Kamilia Hazel menjeling Ungku Harraz.

"Aku takkan maafkan kau, Harraz. Apa yang kau dah buat kat aku, memang tak boleh dimaafkan langsung! Ingat tu, sampai kau mati." Dia berlalu meninggalkan Ungku Harraz yang masih tercegat tanpa kata.

Perkataan 'mati' itu membuatkan Ungku Harraz terus hilang kata-kata. Cukuplah setakat itu untuk sekarang. Biarkan Kamilia Hazel rehatkan diri pula.

Sticky notes yang sudah ronyok diambil di atas lantai. Mesti Kamilia Hazel gelak sinis sewaktu membaca ayatnya di kertas itu. Deruan nafas dilepaskan.

Lanjutkan Membaca

Kamu Akan Menyukai Ini

499K 15.1K 75
⚠Known As: MY TEARS!⚠ SARAH IRDINA_ Dia memang seorang gadis yang cantik namun, dirinya tidak pandai dalam bab bergaya dan bersolek. Dalam sekelip m...
527K 15.1K 61
#2019 Coverby:@nurshaziera AIYURA AZZAHRA seorang gadis yang matang,berbudi pekerti mulia dan sanggup berkorban apa sahaja demi orang yang disayangin...
89.4K 3K 28
[Karya pertama yang begitu banyak kesalahan] AARIZ ADYAN seorang duda yang kematian isteri sejak dua tahun lalu. Dia terpaksa membesarkan anak lelaki...
4.8M 237K 61
In editing process! Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang dihormati, Haura Mikayla tidak pernah diajar oleh Dato' Azham dan Datin Suhaila mengenai...