Cinta Yang Kau Benci✔️

Por CallMeSazzy

712K 29.4K 3.2K

[WARNING! CLICHE STORYLINE] Pernah pecah rekod sebab asyik keluar masuk bilik disiplin? Harraz dan Hazel per... Más

CYKB:1
CYKB:2
CYKB:3
CYKB:4
CYKB:5
CYKB:6
CYKB:7
CYKB:8
CYKB:9
CYKB:10
CYKB:11
CYKB:12
CYKB:13
CYKB:14
CYKB:15
CYKB:16
CYKB:17
CYKB:18
CYKB:19
CYKB:20
CYKB:21
CYKB:22
CYKB:23
CYKB:24
CYKB:25
CYKB:26
CYKB:27
CYKB:28
CYKB:29
CYKB:31
CYKB:32
CYKB:33
CYKB:34
CYKB:35
CYKB:36
CYKB:37
CYKB:38
CYKB:39
CYKB:40
CYKB:41
CYKB:42
CYKB:43
CYKB:44
CYKB:45
CYKB:46
CYKB:47
CYKB:48
CYKB:49
CYKB:50
CYKB:51
CYKB:52
CYKB:53
CYKB:54
CYKB:55
CYKB:56
CYKB:57
CYKB:58
CYKB:59
CYKB:60
CYKB:61
CYKB:62
CYKB:63
CYKB:64 (Akhir)

CYKB:30

9.6K 397 13
Por CallMeSazzy

"ABANG..." Lembut Kamilia Hazel memanggil Raziq yang sedang bermain dengan telefonnya.

"Ya," jawab Raziq.

Gadis itu datang terkedek-kedek bersama Iphone di tangan dan terus menunjukkan paparan telefonnya di hadapan wajah Raziq.

"Ni umi dengan daddy nak tengok muka abang." Kamilia Hazel berkata dengan senyuman. Raziq menatap wajah pak cik dan mak ciknya di dalam skrin telefon Kamilia Hazel.

"Ya Allah. Assalamualaikum maksu, paksu. Sihat ke?" Raziq ketawa sambil melambai.

"Waalaikumussalam, kami sihat alhamdulillah. Masya-Allah, makin kacak Raziq sekarang. Tergoda mak su tengok. Ni belum lagi depan-depan ni," puji Datin Harsyifah dengan ikhlas.

Dia sungguh terpegun dengan ketampanan yang dimiliki anak buahnya itu. Raziq memang kacak dari dulu. Wajahnya mirip arwah ayahnya waktu muda-muda.

"Alah... mak su ni. Raziq biasa-biasa aje. Lia ni ha. Makin gemuk. Kan maksu?" Raziq sengaja melagakan bahunya dengan Kamilia Hazel yang berada di sebelah.

Gadis itu memuncung.

"Eh Lia pulak? Abang ni..."

"Raziq okey tak duduk rumah tu? Sorrylah mak su suruh Raziq duduk situ sementara tunggu kami balik." Datin Harsyifah meluahkan rasa bersalahnya.

"Eh tak ada apalah mak su. Raziq okey aje. Mak su dah tolong Raziq pun Raziq dah rasa bersyukur sangat. Cuma, kekoklah juga sebab kita menumpang rumah orang yang kita tak kenal kan. Dahlah Raziq ni siapa aje. Tiba-tiba menumpang rumah orang. Tak malu." Raziq menundukkan pandangannya sambil mengusap lehernya.

Kamilia Hazel senyum saja melihat reaksi abang sepupunya. Limited betul lelaki macam Raziq ni. Reti malu, sopan santun dan baik hati. Perempuan mana aje tak jatuh hati?

"In Syaa Allah, mak su dan pak su cuba siapkan urusan kami secepat mungkin," kata Dato Kusyairi pula sebelum mata dia dan Datin Harsyifah bertembung dan mereka berbalas senyuman.

Jelas wajah mereka masing-masing sedang bahagia. Seronok ler tu dapat honeymoon luar negara. Padahal sedang urus hal kerja.

"Umi sepatutnya tinggalkan kunci rumah kita dekat Hazel sebelum pergi London tu. Ha see, sekarang dah menyusahkan orang lain. Kalau abang Raziq duduk rumah kita, tak adalah dia awkward. Kan abang kan?" jelas Kamilia Hazel dapat merasakan apa yang Raziq rasa.

Janggal. Tinggal rumah orang yang tak dikenali. Nasib baiklah dibenarkan, kalau tidak manalah dia mahu berlindung.

Senyuman tidak lekang di bibir Raziq. Kamilia Hazel merenung Raziq tanpa lelaki itu sedar. Kedudukan mereka yang rapat menimbulkan rasa berbunga dan dia dapat merasakan kehangatan tubuh badan Raziq bila bahunya bergeser dengan bahu lelaki itu.

"Tak boleh juga sebenarnya. Still kena ada tuan rumah, baru boleh tumpang. Walaupun kita sedara-mara, tak bermakna abang tak jujur. Kan?" Raziq berkata.

"Lia percayakan abanglah. Takkanlah abang yang baik ni nak buat benda jahat? Lia kenal abang sejak kita kecil lagi. Lia tahu hati budi abang." Bersungguh-sungguh dia melemparkan kata pujian kepada Raziq.

Kamilia Hazel berhenti merenung Raziq. Uish, ni kalau umi atau daddy nampak tadi habis aku diejek oleh mereka. Harap-harap tiada siapa yang perasan. Katanya di dalam hati.

"Raziq macam mana? Dah dapat tawaran bekerja ke?" soal Dato Kusyairi ingin tahu perkembangan pencarian kerja anak buahnya itu.

Jika Raziq masih belum dapat, dia ingin saja menyuruh Raziq bekerja dengannya selepas dia balik dari London. Lagi senang.

"Belum lagi pak su. Raziq belum lagi keluar cari kerja sebab Raziq pun baru sampai KL. Raziq ada try tanya kawan-kawan Raziq kalau ada kerja kosong. Adalah antara diaorang yang baik hati tolong carikan untuk Raziq. Alhamdulillah... Allah permudahkan urusan Raziq kat sini." Bibirnya mengucap syukur.

"Baguslah macam tu."

"Tapi Raziq ingat buat masa sekarang ni biarlah Raziq kerja dekat kedai makan pun tak apa. Asalkan halal. Raziq nak kumpul duit nak sambung belajar," sambung Raziq dengan tekad.

Tahun lepas, dia duduki STPM dan tahun ini dia tekad ingin mencari kerja untuk menyambung pelajaran di universiti. Tak kisahlah di mana-mana pun, asalkan dia dapat jejak ke universiti seperti kawan-kawannya yang lain.

Rezeki tidak menyebelahinya kerana dia tidak dapat biasiswa. Kalau dia usaha lebih sikit, mesti dia dapat dan tak perlu nak menyusahkan sesiapa.

Raziq bukanlah dari keluarga yang senang seperti Kamilia Hazel. Mak sunya, Datin Harsyifah, adik kepada ibunya Haziqah, juga datang dari kampung. Tetapi, wanita itu bernasib baik kerana dijodohkan dengan lelaki kaya seperti Dato Kusyairi.

Walaupun begitu, dia tidak kisah dengan latar belakang keluarganya. Raziq pasti, jika dia berusaha keras dari sekarang, dia boleh jadi seperti pak sunya, Dato Kusyairi.

"Bagus impian Raziq tu. Pak su sokong sangat. Kalau ada yang kurang, Raziq bagitahu saja pada pak su dan mak su. In Syaa Allah, kami boleh tolong." Dato Kusyairi berpesan.

Datin Harsyifah mengangguk setuju.

"Terima kasih pak su," ucap Raziq terharu.

"Hazel macam mana?" Datin Harsyifah kembali pada anaknya.

Kamilia Hazel terpinga-pinga bila namanya disebut.

"Hazel okey umi. Kan hari tu umi dah tanya." Dia sudah melepaskan nafas.

"Kenalah tanya lagi. Takkan hari tu aje Hazel ada masalah? Kita ni duduk berjauhan, umi takkan tahu masalah Hazel kalau umi tak tanya," bebel wanita itu. 

"Harraz mana? Dah lama umi tak tengok muka menantu umi tu. Susah betul nak berborak dengan dia," tanya Datin Harsyifah.

Memang sejak dia dan suami bergerak ke London, tak pernah lagi Ungku Harraz hubunginya bertanya khabar. Call melalui FaceTime dengan Kamilia Hazel pun Ungku Harraz sentiasa tiada. Hati mentua mana yang tak terasa?

Ada menantu macam tak ada saja.

"Dia keluar pergi futsal dengan kawan-kawan dia," kata Kamilia Hazel nak tak nak saja.

"Alah... tak ada chance lah umi nak berbual dengan menantu kesayangan umi tu." Datin Harsyifah mengeluh. 

Dato Kusyairi mencebik. Sayang sangat dekat menantunya yang sorang itu.

"Raziq..." panggil Datin Harsyifah.

"Ye mak su," sahut Raziq memberi perhatian kepada mak sunya.

"Jagalah si Hazel ni baik-baik. Dia ni bukan boleh percaya sangat. Kalau dia bergaduh dengan Harraz, Raziq tolong nasihatkan dia," pesan Datin Harsyifah memandang sangsi kepada Kamilia Hazel.

"Apa umi ni? Hazel bukan budak-budak lagilah," sungut Kamilia Hazel.

Pipinya berona merah. Malu bila dilayan begitu di hadapan Raziq. Balik-balik nama Ungku Harraz. Menyampah.

"Ye mak su. Raziq tahu sangat perangai Lia ni. Nakal. Macam dulu-dulu. Baik mak su. Raziq janji akan jaga Lia baik-baik selagi Raziq ada kat KL ni." Raziq berjanji.

"Alah abang... stay aje lah KL. Duduk dengan kitaorang," cadang Kamilia Hazel.

Dia lebih suka kalau Raziq duduk di Kuala Lumpur. Boleh mereka luang masa berdua seperti masa dulu. Ah, rindunya waktu zaman kecil-kecil.

"Ish habis tu mak abang dekat kampung tu macam mana?" Raziq mengingatkan tentang maknya.

Sejak kematian arwah ayahnya, dia hanya tinggal dengan maknya, Haziqah. Tiga tahun mereka hidup bersama sejak kematian ayahnya dan itu membuatkan Raziq tidak sanggup berjauhan lama-lama dengan maknya.

Sekarang ni pun, dia sedang risau. Apa yang sedang maknya lakukan sekarang, maknya makan apa? Raziq sungguh sayang akan Haziqah.

"Ajaklah mak long datang KL sekali. Daddy boleh carikan rumah untuk korang duduk. Kan daddy?" Kamilia Hazel menatap wajah daddynya lama, berharap agar daddynya akan bersetuju. 

Dia yakin, cadangannya akan diterima Dato Kusyairi.

"Boleh aje." Dato Kusyairi tidak kisah.

"Tak apalah. Abang kena sedar dari mana abang datang. Abang asalnya kampung jadi kat situlah desa abang sampai abang mati. Lia tu yang kena selalu selalu balik kampung jenguk mak dengan abang. Nanti boleh mandi sungai macam dulu-dulu," bicara Raziq dengan senyuman waktu dulu bila setiap kali dia ingin ajak Kamilia Hazel mandi sungai.

Kamilia Hazel balas senyuman. Bila dia tersedar yang umi dan daddy sedang menjadi pemerhati, dia berdehem kecil.

Aduhai, Raziq selalu buat aku terpegun dengan senyumannya. Desis hati Kamilia Hazel.

"Okeylah umi daddy. Bye. See you guys when I see you guys." Kamilia Hazel melambai tangan kepada umi dan daddynya diikuti Raziq.

Sudah lama mereka berbual.

"Yelah. Kirim salam dekat Harraz. Umi rindu dia." Sempat Datin Harsyifah menyelit.

"Bye! Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam." Setelah itu, panggilan dimatikan.

Kamilia Hazel mengeluh.

"Lia... Lia ingat tak waktu kita mandi sungai dulu, Lia pernah lemas." Raziq sengih seperti kerang busuk.

"Ingat, waktu tu abang yang risau semacam sebab abang dah janji dengan umi and daddy untuk jaga Lia tapi bila Lia lemas, abang salahkan diri abang. Eee... bila ingat balikkan, muka abang waktu tu lawak tau! Muka macam suami kematian isteri. Risau sangat." Kamilia Hazel bantai menggelakkan Raziq.

"Amboi... abang ni risaukan Lia tau waktu tu. Lia tu dah macam nyawa abang dah. Kalau jadi apa-apa kat Lia waktu tu, mungkin abang akan menyesal seumur hidup abang." Sayu kedengaran suara Raziq.

Okey, Kamilia Hazel cair buat sekian kalinya. Sayang betul Raziq kepada dirinya. Dia lagi menyayangi lelaki itu. Cuma, lelaki itu saja belum tahu.

"Awwww..."

I am touched. Kamilia Hazel berkata di dalam hati.

"Abang dah anggap Lia macam adik abang sendiri dah. Abang sayang Lia tau. Gila ke tak sayang budak comel ni." Raziq mengusap kepala Kamilia Hazel manja.

"Lia pun sayang abang," luah Kamilia Hazel. Tanpa Raziq tahu, itu adalah luahan perasaan Kamilia Hazel yang ikhlas untuk lelaki itu.

Mereka berpandangan sesama mereka sehinggalah datang makhluk Allah yang cemburu tak habis-habis.

"Ehem!" Dehem Ungku Harraz. Kamilia Hazel menjeling.

Raziq hanya menggelengkan kepala. Dia tahu Ungku Harraz cemburu dengan kehadirannya dan juga layanan Kamilia Hazel kepada dirinya. Riak wajah Ungku Harraz sangat jelas membuktikan segalanya.

MALAM itu, mereka berkesempatan untuk makan bersama-sama. Ungku Harraz hanya tayang wajah masam saja sejak dia duduk di meja makan itu. Sejak Raziq tinggal di rumah ini, hatinya tak tenteram. Dia sendiri tak pasti apa yang di fikirannya.

Cemburu dengan Raziq? Heh, tak ada masa!

Nasi yang masih belum disentuh di dalam pinggan hanya dikuis-kuis. Dia merenung nasi itu.

Tan Sri Ungku Harriz yang perasan akan perkara itu terus menegur anaknya.

"Raz... kenapa tak makan?" Mata yang lain turut memandang ke arah Ungku Harraz.

Lelaki itu menyandarkan badannya ke kerusi. Tangan dihempas di atas meja.

"Raz tak ada seleralah," katanya dengan muka yang jelas tiada mood.

Matanya naik sedikit memerhati Kamilia Hazel yang melayan saja kehendak Raziq. Hatinya bertambah sakit.

Lama dia menatap Kamilia Hazel. Geram sungguh hatinya melihat keakraban antara Kamilia Hazel dan Raziq. Puan Sri Fazura perasankan riak wajah anak lelakinya itu yang tajam menikam dua orang manusia di hadapannya. Tahu la dia Ungku Harraz sedang cemburu.

Dalam hati wanita itu ucap syukur kerana doanya sudah dikabulkan. Sekurang-kurangnya, anak lelakinya itu ada perasaan cemburu melihat Kamilia Hazel mesra dengan lelaki lain. Mesti sudah tumbuh bunga-bunga cinta di dalam hati Ungku Harraz kepada Kamilia Hazel.

"Kenapa ni? Raz okey ke tidak?" Puan Sri Fazura cuba menyelami hati anaknya walaupun dia sudah tahu punca datang dari mana.

Lelaki itu diam.

"Hazel?" seru Tan Sri Ungku Harriz.

Raziq memandang Kamilia Hazel. Seleranya sedikit terganggu apabila meja makan itu hanya ditemani suara-suara orang.

Kamilia Hazel memandang tepat ke arah bapa mentuanya. Senduk untuk lauk yang baru disendukkan ke dalam pinggan Raziq diletak kembali ditengah-tengah meja.

"Hazel dengan Harraz okey ke? Ke korang bergaduh ni?" Lelaki tua itu berniat untuk mengorek sesuatu.

Pasti ada sesuatu yang terjadi antara anak dan menantunya. Kalau bergaduh, itu memang menjadi kebiasaan mereka.

"Raz cuma tak ada selera. Tak ada kaitan pun dengan minah ni." Ungku Harraz menyampuk lalu menjeling Kamilia Hazel.

"Ungku Harraz, language! Rule di meja makan, please behave yourself. If you can't stand it, you can eat somewhere else but not here. Dad tak suka ada mulut biadab di meja makan." Tan Sri Ungku Harriz bersuara tegas.

Emosi Ungku Harraz tiba-tiba tercabar apabila Tan Sri Ungku Harriz menaikkan nada suaranya di hadapan Raziq. Jatuh maruahnya.

Dia bangun dengan kasar sehingga kerusinya menghasilkan bunyi kuat saat bergeser pada lantai.

"Harraz nak pergi mana?" soal Tan Sri Ungku Harriz apabila Ungku Harraz bangun berdiri.

"Well I can't stand with your rule, dad. So, I'm out." Dikeraskan nadanya sambil ingin berjalan pergi.

Namun, ditahan oleh bapanya.

"Stay, young man. Eat your food. Sit down," arah Tan Sri Ungku Harriz.

"Macam budak-budak." Perlahan suara Kamilia Hazel mengomel, namun dapat didengari oleh Ungku Harraz.

"Kau cakap apa? Kau ulang balik!" Bengang Ungku Harraz jadinya.

"Ungku Harraz! Kenapa dengan kamu ni? Please control your voice. Hormat Raziq. Dia kan tetamu kita. Tak malu ke dengan Raziq?" Puan Sri Fazura berkata.

"Harraz benci tengok muka perempuan ni. Makin lama duduk sini, makin meluat!" bentak Ungku Harraz tiba-tiba jadi nak marah.

Sakit hatinya melihat Kamilia Hazel dan Raziq duduk bersebelahan.

"Kau apa hal, Harraz? Period? Duduk diam boleh?" ujaran Kamilia Hazel cuma bikin hati Ungku Harraz semakin membara.

Ungku Harraz mendengus kasar. Saat ini, dia memang benci nak tatap wajah Kamilia Hazel. Matanya menikam Raziq dan Kamilia Hazel silih berganti.

Raziq hanya diam dan tidak pula masuk campur. Dia bukan sesiapa dalam keluarga ini jadi dia tak ada hak untuk masuk campur. Raziq tahu tentang Kamilia Hazel dan Ungku Harraz yang menjadikan diri mereka musuh masing-masing. Itu pun dia dapat tahu dari cerita mak sunya, Datin Harsyifah.

Meja makan kian panas. Ungku Harraz bakal melancarkan perang.

"I really hate you," katanya memandang Kamilia Hazel dengan penuh rasa benci.

Kamilia Hazel yang tidak boleh bersabar lagi turut bangun berdiri.

"Tak payah nak ulang-ulanglah! Aku pun benci kau!" Bengang pula Kamilia Hazel.

"Lia..." Lengan Kamilia Hazel dipegang Raziq supaya tidak memarakkan lagi api.

"Dia ni dah melampau, bang," kata Kamilia Hazel kepada Raziq yang cuba menenangkan dirinya.

"Melampau? Aku melampau? Kau yang melampau!" balas Ungku Harraz masih meninggikan suara.

"Harraz! Sudah!" Sedaya upaya Puan Sri Fazura menghentikan perang mulut di meja makan itu.

"Kau lagi bagus tak ada kat sini! Kau dengan mamat tu, sama aje perangai. Mengemis kat rumah ni!" Tidak berhati perut Ungku Harraz berkata.

Dia juga turut berdiri tidak mahu kalah dengan perempuan itu. Kamilia Hazel menarik nafas. Raziq cuba menenangkan Kamilia Hazel tetapi gadis itu langsung tak menghiraukan jejaka itu.

"Mengemis? Kau ingat aku sengkek sangat ke? Kalau tak disebabkan kita kena kahwin dan umi and daddy aku kat London, aku tak inginlah nak tinggal kat sini," pekik Kamilia Hazel.

"Ha baguslah macam tu. Kau boleh dipersilakan keluar dari rumah aku. Berambus! Ajak sekali abang sepupu kesayangan kau ni." Jari dituding tegak ke arah Raziq.

Selepas itu, dia terus berlalu keluar dari ruang dapur yang dirasakan panas sama seperti hatinya. Terbakar! Dia tak nak berlama di situ menghadap Raziq. Sakit hati!

"Apa masalah anak lelaki awak ni, Faz? Biadab betul!" Berombak dada Tan Sri Ungku Harriz menahan marah.

Dia malu dengan tetamu mereka, Raziq.

"Harraz! Harraz!" Puan Sri Fazura menjerit memanggil nama anaknya.

Puan Sri Fazura dan Tan Sri Ungku Harriz mengejar Ungku Harraz. Kamilia Hazel duduk semula menenangkan diri. Dia melepaskan nafas kasar lalu duduk kembali di kerusinya. Dia menekup wajah.

"Semua ni salah abang ke?" Raziq bersuara serba salah. Perlahan lahan, Kamilia Hazel mengalih tangannya dari meraup muka.

"Abang cakap apa ni? Abang tak salah apa-apa. Harraz tu memang macam tu. Suka cari pasal." Kamilia Hazel cuba menenangkan Raziq.

Dia tahu Raziq mesti risau. Tetapi, dia pengen sekali Raziq tahu yang dia okey. Abang sepupunya itu langsung tak perlu risau akan dirinya.

"Abang akan cari rumah sewa kalau Harraz tak suka abang duduk sini. Abang tahu ni bukan rumah abang. Abang faham perasaan dia. Mesti dia rasa terancam dengan kehadiran abang dekat rumah ni." Raziq memandang Kamilia Hazel dengan yakin.

Kalau itu boleh bahagiakan keluarga ini, dia sanggup buat. Cuma, dia harus cari kerja secepat mungkin supaya dia bersiap sedia untuk bayar duit rumah sewanya nanti.

"Abang Raziq... percaya cakap Lia. Mamat tu sengaja aje. Abang tak payahlah cari rumah sewa. Umi dengan daddy nak balik tak lama aje lagi. Abang temanlah Lia dekat sini. Please..." rayu gadis itu dengan suara yang lembut.

Dia perlukan Raziq di sisi.

"Abang tak suka tengok korang bergaduh macam ni." Raziq jujur.

"Lia dah biasa dah abang. Jomlah sambung makan. Biarkan aje mamat tu," kata Kamilia Hazel. Raziq sambung makan dengan rasa bersalah yang menebal di dalam hatinya.

RUANG tamu yang sunyi dilintasi dengan langkah kaki dan perasaan marah yang membuak-buak. Perkelahian di meja makan tadi mematikan segala seleranya sama ada makan, berbual mahupun senyum. Dia mahu pergi ke tempat yang lebih tenang.

Yang pasti bukan kubur.

"Ungku Harraz, dad tak sangka yang Raz buat macam tu dekat Hazel. Kenapa malukan dia depan Raziq? Raziq tu kan tetamu kita. Hormatlah dia sikit." Langkah kaki anaknya dikejar.

Ungku Harraz berhenti melangkah. Ikutkan hati, dia memang tak sabar nak keluar dari rumah ini.

"Raz dah penat tau, penat dengan semua ni! Makin lama perempuan tu ada dalam rumah ni, makin bertambah rasa benci Harraz pada dia. Apa function perkahwinan ni pun Harraz tak tahu! Ridiculous!" carut Ungku Harraz dengan nafas yang kasar.

Semua ni salah kedua-dua orang tuanya. Nak sangat dia berkahwin dengan perempuan tu. Tak ada orang lain ke? Kenapa Hazel? Kenapa musuh ketatnya?

"Harraz... apa sebenarnya masalah Harraz? Mom tengok sejak Raziq menetap dekat rumah kita ni, Harraz selalu angin semacam aje. Raz jealous tengok Raziq dengan Hazel, ya?" Puan Sri Fazura menguji.

Dia sangat pasti anaknya itu memang cemburu.

"Jealous? No way! Kenapa pulak Raz nak jealous dengan dia? Eh, dia fikir dia tu siapa? Puteri raja yang lawa sangat? Eh tolonglah! Perempuan tu tak cukup lawa lagilah untuk buat Raz jatuh cinta dekat dia." Ungku Harraz mendengus banyak kali.

"Are you jealous?" uji Tan Sri Ungku Harriz pula.

"No, I'm not. Sikit pun tak," nafi lelaki itu tanpa menyedari yang dia memang sedang cemburu.

Cuma, dia tidak begitu pasti dengan perasaannya. Apa yang dia tahu, dia benci, meluat dan marah bila Kamilia Hazel bermesra dengan lelaki lain.

"Jangan tipu diri sendiri, Raz. Mom tahu, Raz memang cemburu. Raz tu dah jatuh cinta dengan Hazel. Raz yang tak sedar dan masih nak menipu diri sendiri. Ego tak mahu mengaku." Puan Sri Fazura meyakinkan anaknya itu.

"Mom... stop it! Raz tak nak dengarlah benda karut macam ni. I'm not in love with that stupid girl! I hate her and I will never fall for her." Ungku Harraz rasa sesak di dada.

Dia terus menyambung langkah kakinya menuju ke pintu utama.

"Eh, anak awak ni dah melampau ni. Saya bengang betul. Awak izinkan saya lempang dia," kata Tan Sri Ungku Harriz apabila Ungku Harraz menggelar Kamilia Hazel dengan bahasa yang agak kasar.

Puan Sri Fazura berdecit mendengar permintaan suaminya sebelum mengejar langkah anak lelakinya yang sudah pergi.

"Harraz! Nak pergi mana tu? Ungku Harraz!" jerit Puan Sri Fazura.

Tubuh anaknya menghilang di sebalik pintu rumah mereka. Hempasan pintu mengejutkan mereka berdua. Nampaknya, Ungku Harraz benar-benar berang.

"Tengoklah apa yang awak dah buat, Faz."  Tan Sri Ungku Harriz menggeleng kepala.

"Kenapa pulak saya?" Wanita itu memandang pelik suaminya. Tiba-tiba saja.

"Awak belaikan sangat si Harraz tu, sebab tu dia biadab dengan kita. Ego. Bahasa pun tak jaga." Kesal Tan Sri Ungku Harriz . Geleng kepala dia dibuatnya.

"Dah dahlah tu, Faz. Mereka tu memang tak boleh bergabung. Makin melarat nanti. Saya tak mahu Harraz lukakan hati Hazel. Kesian budak tu..." ujar Tan Sri Ungku Harraz lagi, jujur.

"Habis tu awak nak buat apa? Suruh mereka bercerai? Abang dah gila ke apa? Kita sebagai orang tua mereka pun, tak boleh cepat berputus asa. Abang kena bersabar. Saya tahu Harraz memang tengah cemburu dengan Raziq. One day, masin mulut saya ni Raz dan Hazel akan bersatu." Penuh yakin dengan harapan tinggi menggunung wanita itu berkata.

"Tu anak awak tu pergi mana entah tu. Malam-malam buta macam ni." Geleng kepala Tan Sri Ungku Harriz.

"Biarlah dia, dia dah besar. Pandai pandailah dia jaga diri. Jom sambung makan." Puan Sri Fazura menarik tangan Tan Sri Ungku Harriz.

Seguir leyendo

También te gustarán

315K 8.7K 51
#1 MS & MR SERIES BY THEAGASSHI Layla Aileen x Noh Fitri Thanks for all supports and votes 💕 Selalu dengar cinta diawan biru, sweet jer dengar. Ta...
1.2M 60.2K 72
Kisah seorang gadis berumur 28 tahun yang ingin berkahwin. "Korang aku nak kahwin! Tapi takde calon lagi. Macam mana ni?" -Adara Sumayyah "Wow! Amazi...
2.8M 257K 88
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
499K 15.1K 75
⚠Known As: MY TEARS!⚠ SARAH IRDINA_ Dia memang seorang gadis yang cantik namun, dirinya tidak pandai dalam bab bergaya dan bersolek. Dalam sekelip m...