Cinta Yang Kau Benci✔️

By CallMeSazzy

712K 29.4K 3.2K

[WARNING! CLICHE STORYLINE] Pernah pecah rekod sebab asyik keluar masuk bilik disiplin? Harraz dan Hazel per... More

CYKB:1
CYKB:2
CYKB:3
CYKB:4
CYKB:5
CYKB:6
CYKB:7
CYKB:8
CYKB:9
CYKB:10
CYKB:11
CYKB:12
CYKB:13
CYKB:14
CYKB:15
CYKB:16
CYKB:17
CYKB:18
CYKB:19
CYKB:20
CYKB:21
CYKB:22
CYKB:23
CYKB:24
CYKB:25
CYKB:26
CYKB:27
CYKB:28
CYKB:30
CYKB:31
CYKB:32
CYKB:33
CYKB:34
CYKB:35
CYKB:36
CYKB:37
CYKB:38
CYKB:39
CYKB:40
CYKB:41
CYKB:42
CYKB:43
CYKB:44
CYKB:45
CYKB:46
CYKB:47
CYKB:48
CYKB:49
CYKB:50
CYKB:51
CYKB:52
CYKB:53
CYKB:54
CYKB:55
CYKB:56
CYKB:57
CYKB:58
CYKB:59
CYKB:60
CYKB:61
CYKB:62
CYKB:63
CYKB:64 (Akhir)

CYKB:29

11.2K 431 33
By CallMeSazzy

"AKU tengok kau dengan Raziq tu bukan main mesra lagi." Nada suara Ungku Harraz kedengaran sangat sinis sewaktu Kamilia Hazel sedang mengemas baju-baju di dalam almari. Tiba-tiba datang mood nak melipat kain yang berselerak.

Kehadiran Ungku Harraz secara tiba-tiba cuma memanaskan hati Kamilia Hazel. Elok-elok dia tengah berangan naik pelamin dengan abang Raziqnya, si mamat ni dah potong line cerita cinta dia dengan abang Raziq pula. Siap main perli-perli pulak tu.

"Mesti la. Kitaorang membesar sama-sama. Lagipun, dah lama kitaorang tak berjumpa. Apa salahnya nak bermesra. Tak kacau kau buang air besar pun," jawab Kamilia Hazel selamba.

Dia kelihatan angau tersenyum seorang diri apabila wajah Raziq menjelma di minda.

"Dia tu siapa?" soal Ungku Harraz. Kamilia Hazel memilih untuk berdiam sahaja. Soalan pelik-pelik, malas dia nak melayan. Baik sambung lipat kain.

Kemudian, Ungku Harraz membawa langkah kaki mendekati Kamilia Hazel. Bahu gadis itu ditolak olehnya. Ada gaya tak berpuas hati bila Kamilia Hazel tidak menjawab soalannya tadi.

"Bila aku tanya, kau jawablah. Asal? Mulut kau dah hilang ke lepas seronok main Sahibba dengan dia tadi?" Sekali lagi Ungku Harraz menyindir Kamilia Hazel. 

Sekali lagi bahunya ditolak.

Apa masalah mamat ni? Macam budak-budak!

"Dia tu... Bakal jadi suami aku. So, kenapa dengan kau?" Selamba Kamilia Hazel menjawab. Berhenti melipat kain sekejap, menjeling Ungku Harraz.

"Amboi amboi amboi... Selamba kau aje cakap macam tu. Sejak bila pula aku ceraikan kau?" Ungku Harraz menaikkan keningnya.

Wajahnya jelas terserlah riak cemburu cuma dia masih tak sedar yang dia sedang cemburu. Tak sedar dan tak nak mengaku.

"Bakal menceraikan," getus Kamilia Hazel seraya menghadiahkan jelingan tajam kepada lelaki itu. Dia bangkit berdiri dari cangkungannya.

Dia melintasi Ungku Harraz. Eee, tengok muka si Harraz ni buat sakit hati saja. Aura apalah yang mamat ni kasi aku? Bisiknya di dalam hati.

"Aku just nak ingatkan kau. Aku ni suami kau. Kau tak boleh layan lelaki lain mesra macam tadi depan aku,"  ujar Ungku Harraz bersandar di hujung katil.

Dia memerhati Kamilia Hazel yang kembali ke almarinya tadi. Tubuh gadis itu dipandang dengan suatu perasaan. Entahlah, perasaan apa tu?

"Oh yeke? Hmm... Okey, lain kali aku buat belakang kau." Selamba dia berkata sambil tersenyum sinis.

Sebenarnya lebih kepada sengaja nak loyar buruk dengan mamat tu.

"Hazel, kau jangan nak loyar buruk dengan aku boleh tak?" Ungku Harraz baran.

Main-main pulak minah ni bila orang tengah serius.

"So what?" Kamilia Hazel berdiri. Buat endah tak endah.

"Aku tak suka," kata Ungku Harraz dengan tegas.

Dia paling tak suka cara Kamilia Hazel memandang Raziq. Seakan hati lelakinya tercabar dengan pandangan mata isterinya kepada lelaki lain. Hatinya terguris.

Suami mana aje boleh tengok isteri dia pandang lelaki lain dengan pandangan seperti itu? Pandangan yang lain dari yang lain. Kamilia Hazel nak pandang dia pun selalu menjeling aje.

"Ikut kaulah nak suka ke tak. Bukan masalah aku." Kamilia Hazel berjalan menuju ke arah pintu. Tak peduli perasaan Ungku Harraz.

Ungku Harraz mengejar langkah gadis itu. Sungguh dia geram dengan semua jawapan balas Kamilia Hazel.

"Hazel..." Ungku Harraz merentap lengan Kamilia Hazel.

Terkejut gadis itu dengan tindakan suaminya yang drastik. Dia mula tak selesa.

"Apa ni main pegang-pegang?" Kamilia Hazel sedikit bengang.

Genggaman tangan Ungku Harraz di lengannya semakin ketat. Dia cuba merentap semula tetapi kudratnya tak kuat. Ungku Harraz menolak Kamilia Hazel ke dinding sehingga belakang badannya terhentak ke dinding. 

"Sakit la gila! Kau ni kenapa?!" 

Saat itu, debaran di dada mula terasa. Kamilia Hazel langsung tak menjangkakan perkara ini berlaku begitu pantas. Ungku Harraz mendekatkan tubuhnya dengan Kamilia Hazel. Menghalang gadis itu melarikan diri.

Kamilia Hazel cuba positif. Ungku Harraz takkan buat apa-apa yang tak senonoh kepada dirinya. 

"Boleh tak sekali aje kau tak melawan kata aku?" Matanya terus berinteraksi dengan mata Kamilia Hazel.

"Harraz... kau lepaskan aku. Kalau tak aku jerit," ugut gadis itu takut-takut.

"Kalau kau jerit, kau sendiri yang akan malu," balas Ungku Harraz tersenyum sinis.

"Sebab aku akan pastikan kau menjerit nama aku malam ni." Bisikan mulus Ungku Harraz membuatkan bulu badan Kamilia Hazel berdiri tegak.

Nafasnya mula tak teratur lagi-lagi bila dirinya sudah disekat oleh Ungku Harraz. Kedua-dua belah tapak tangan Ungku Harraz melekap pada dinding dan wajah mereka sangat dekat.

"Kau cakap apa ni? Kau gila ke?" kata Kamilia Hazel cuba melepasi lelaki itu.

Malang sekali, Ungku Harraz lebih pantas menghalang.

"Aku nak kau jalankan tanggungjawab kau sebagai seorang isteri sekarang. Aku tak ada masa nak main-main," pinta Ungku Harraz dengan suara garaunya. Lebih kepada memaksa!

Kamilia Hazel menggelengkan kepala. Permintaan yang secara tiba-tiba dan gila!

"Kau jangan nak merepek boleh tak? Kita tak boleh. Kau lupa pesan mom?" Dada Ungku Harraz ditolak tapi masih juga tidak berjaya.

Apa masalah mamat ni? Gila ke apa? Sawan apa yang merasuk dirinya secara tiba-tiba?

"Aku serius." Ungku Harraz memandang tepat ke dalam mata Kamilia Hazel.

Kamilia Hazel takut dengan pandangan lelaki itu. Lekapan tapak tangan Ungku Harraz pada dinding juga dirasakan semakin rapat. Deruan nafas lelaki itu yang kencang menghembus kulit wajahnya semakin hangat.

Wajah Ungku Harraz semakin mendekat. Kamilia Hazel tak putus asa menolak dada lelaki itu.

"Pilih Hazel, dosa atau pahala?" Ungku Harraz guna kuasa veto.

Kurang asam punya lelaki! Perangai malaun betul!

"Kau ingat apa? Kita ni bukan macam pasangan suami isteri kat luar sanalah! Kau jangan bertindak cuma sebab nafsu!" Kamilia Hazel jerit di depan wajah suaminya.

Lengan berotot Ungku Harraz ditampar kuat. Sungguh, dia tak selesa diperlakukan sebegini. Ungku Harraz melebihi batas. Bertindak mengikut emosi. Dia yang jadi mangsa.

"Harraz... please jangan buat aku macam ni. Kenapa dengan kau ni?" Ayat Kamilia Hazel tak sempat dihabiskan bila jari telunjuk Ungku Harraz naik melekat dibibirnya.

Jari itu kemudian naik menyentuh rambut yang menutupi mata Kamilia Hazel. Jemarinya menyentuh bibir kering milik Kamilia Hazel. Lama matanya memandang bibir itu. Nafsunya mula tak terkawal.

"Too ugly to be loved. Stupid. Kau takkan bersama dengan Raziq sebab kau akan jadi hak mutlak aku sampai bila-bila," bisiknya di tepi telinga Kamilia Hazel.

Entah apa yang merasuk fikirannya waktu itu. Bukan cinta. Bukan nafsu tetapi perasaan cemburu dan dendam terhadap Raziq. Buat sesuatu perkara mengikut emosi yang sedang celaru.

Walaupun benci, Kamilia Hazel tidak pula mempertahankan diri. Saat itu, tubuh badannya tidak berdaya melakukan apa-apa padahal, sebenarnya dia bisa menjerit dan adukan perbuatan Ungku Harraz kepada keluarga mereka.

Akhirnya, dia hanyut bersama Ungku Harraz tanpa menyedari perlakuan Ungku Harraz yang cuma mengambil kesempatan ke atas dirinya.

PAGI Sabtu, Kamilia Hazel bangun dari tidur. Dia mengingat kembali tragedi semalam. Ah! Tak guna punya Harraz!

Ambil kesempatan terhadap dirinya. Tapi, bila difikirkan balik Ungku Harraz memang berhak menyentuhnya. Cuma, dia risau jika benda ini diketahui ibu bapa mereka. Apa dia nak jawab? Lagipun, dia masih bersekolah. Oh tidak, habislah.

Namun begitu, nasi sudah menjadi bubur. 

Kamilia Hazel bangun dari katil yang menjadi peraduan dia dan Ungku Harraz malam semalam buat pertama kalinya. Ungku Harraz masih lena tidur diulit mimpi dengan selimut membaluti tubuhnya. 

Kamilia Hazel membawa langkah ke arah bilik dan membersihkan diri. Kemudian, selepas siap menyarungkan pakaian, dia turun ke bawah. Keadaan rumah banglo yang senyap sunyi itu mengundang tanda tanya. Dia bergerak ke dapur dan tubuh badan Raziq menjadi tatapannya. Lelaki itu sedang berselera menyuakan sandwic ke mulut.

"Morning Lia," sapa Raziq mesra.

"Morning, abang." Kamilia Hazel juga turut membalas sapaan mesra itu dengan senyuman.

Raziq perasan wajah Kamilia Hazel muram tak bermaya. Terus dia menyoal.

"Kenapa muka macam tu? Monyok aje." Raziq sedang membahagikan sandwic yang dibuat kepada dua.

Terkejut Kamilia Hazel bila disoal begitu. Nampak jelas sangatkah wajahnya? Muka tak cukup tidur. Kamilia Hazel berfikir sama ada mahu ceritakan kepada Raziq atau tidak.

"Abang, sebenarnya..."

"Ehem!" Ungku Harraz datang dari arah belakang.

Terus tubuhnya mengeras di situ. Kamilia Hazel memanaskan punggungnya di atas kerusi bar. Kemudian, dia capai sandwic lalu disua ke mulut. Dia berharap yang dia takkan bertembung mata dengan Ungku Harraz sekejap lagi.

Lebihan sandwic dikunyah oleh Raziq sebelum dia menepuk-nepuk kedua belah tangannya. Dia bangkit berdiri menuju ke arah rak cawan, menggapai sebiji cawan lalu membawa langkah ke arah penapis air Coway.

"Ning," sapa Ungku Harraz. Singkatan untuk 'morning'.

Amboi, 'ning' aje. Hahahaha.

Ungku Harraz menjeling lalu duduk bersebelahan dengan Kamilia Hazel. Direntap tangan Kamilia Hazel lalu digenggam kuat. Kamilia Hazel menatap anak mata Ungku Harraz.

"Hal kita laki bini, tak payah nak beritahu orang. Faham ak? Tak malu er?" Ungku Harraz memesan dengan suara yang perlahan tetapi berbaur keras.

Die sempat dengar perbualan singkat antara Raziq dan Kamilia Hazel. Hampir-hampir saja gadis itu mahu membuka cerita tentang semalam. Mesti perempuan itu ingin menjadikan Raziq sebagai tempat untuk mengadu nasib.

Boleh aje nak mengadu, menangis bagai tapi kalau sampai kisah atas katil mereka pun mahu dicanang ke orang, itu sangat tidak menjaga privasi masing-masing.

Tak malukah? Aib sendiri kut. Takkan itu pun tak reti fikir.

"Morning, bro! Makanlah roti," ajak Raziq mesra kembali ke meja bar bersama segelas air di tangan.

Serentak itu, Kamilia Hazel menarik kembali tangannya dari genggaman kasar Ungku Harraz. Ungku Harraz menjeling Kamilia Hazel.

"Mana mom aku?" Dia menyoal Raziq tentang ibunya yang tidak kelihatan. Pelawaan Raziq dibiar sepi.

"Oh... aunty ikut uncle pergi tempat kerja," beritahu Raziq.

"Laaaa... yeke abang?" Kamilia Hazel menyampuk. Patutlah sunyi aje rumah ni.

Laju mata Ungku Harraz mencari wajah Kamilia Hazel. Laju aje perempuan ni kalau aku tengah bercakap dengan Raziq. Desis hati Ungku Harraz.

"Haah. Diaorang ada pesan dekat abang suruh jaga korang. Alang-alang korang tak sekolah ni, boleh tolong abang." Raziq senyum sambil menaikkan kening belah kanannya.

Kamilia Hazel tersengih.

"Boleh aje. Mesti abang nak memasak ni..." teka Kamilia Hazel dengan yakin dan pasti.

"Yes pandai Lia," puji Raziq.

Raziq memandang Ungku Harraz yang mengorak langkah ke arah peti ais.

"Harraz nak join?" tanya Raziq tetapi Ungku Harraz langsung tak menoleh mahupun menjawab. 

Lelaki itu sedang menahan sakit hati sebenarnya.

"Alah... buat apa abang ajak dia? Kita dua aje lah." Di akhir ayat itu, Kamilia Hazel tersenyum sumbing.

Memang dia ingin masa berdua saja dengan Raziq seperti waktu-waktu kecil dulu.

"Okeylah kalau macamtu..." Raziq ingin memberi kata putus tetapi pantas dipotong Ungku Harraz.

"Aku nak join," celah Ungku Harraz.

Kamilia Hazel memandang tajam ke arah Ungku Harraz. Eee, kacau betul!

"Ha lagi bagus. Okey korang pergilah mandi dulu. Lepas tu kita prepare barang masak and then kita mula memasak." Tenang Raziq berkata.

Kamilia Hazel menjeling Ungku Harraz sebelum dia bangkit dari kerusi bar dan berjalan naik ke atas ingin masuk bilik sekejap untuk mengambil telefonnya. Memandangkan dia sudah mandi, boleh la dia teman abang Raziq kejap lagi.

"OH... nak memasak tak nak ajak aku?" Perlian Ungku Harraz menimbulkan rasa menyampah dalam diri Kamilia Hazel. Dari semalam nak memerli saja kerja malaun ni.

Dia mencapai telefon di atas sofa.

"Buat apa nak ajak kau? Aku rasa kalau kau ada kat dapur tu, berasap hitam dapur tu. Silap-silap, boleh terbakar rumah ni dibuatnya," cemuh Kamilia Hazel melepaskan kegeramannya.

"Tu kau!"

"Apa hal aku pulak? Kaulah! Orang nak memasak berdua aje, kau sibuk nak kacau. Pergi main tempat lain tak boleh ke? Pergilah keluar dengan motor kesayangan kau ke, lepak dengan member kau ke. Asalkan tak kacau aku dengan abang Raziq," usul Kamilia Hazel dengan marah. Yang penting Ungku Harraz tak tunjukkan muka saat dia bersama Raziq.

"Oh... macam tu pulak? Kau suka Raziq eh?" soal Ungku Harraz.

Dia pasti, Kamilia Hazel memang ada hati pada abang sepupunya itu. 

"Memang aku suka dia pun. So what?" Selamba saja Kamilia Hazel menjawab.

Baginya, benda-benda seperti ini tak harus dirahsiakan dari pengetahuan Ungku Harraz. Dia harus beritahu perasaannya yang bertenggek di hati orang lain supaya lelaki itu tidak mengganggunya.

"Kau tak sedar diri ke yang aku ni suami kau? And lagi satu, kau lupa ke apa dah jadi semalam? Agak-agak kalau Raziq tahu, nak ke dia terima kau? Hm?" Ungku Harraz mengungkit hal semalam.

"Kejap kejap kejap! Pasal semalam tu, aku tak nak ingat! Kira bagus tau aku tak adukan pasal ni dekat mom and dad. Kalau tidak, habislah kau!" Kamilia Hazel menolak bahu Ungku Harraz sebelum berjalan keluar dari bilik itu. 

Ungku Harraz mendengus kasar.

Perasaan apa yang sedang bermain di dalam dirinya ini? Perasaan apakah ini? Kenapa dia sakit hati bila melihat Raziq dan Kamilia Hazel berduaan? Cemburu? Kenapa dia perlu ada perasaan itu sedangkan dia tak cintakan gadis itu?

Kalau tak cintakan gadis itu, kenapa dia sentuh Kamilia Hazel malam tadi? Apa yang dia sudah buat? Kenapa dia tidak boleh kawal nafsunya? Dia tak mahu Kamilia Hazel fikir yang dia senang tumpas  dengan makhluk bernama perempuan. Apakah semua ini?

Continue Reading

You'll Also Like

315K 8.7K 51
#1 MS & MR SERIES BY THEAGASSHI Layla Aileen x Noh Fitri Thanks for all supports and votes 💕 Selalu dengar cinta diawan biru, sweet jer dengar. Ta...
39.2K 707 43
Cintanya kepada lelaki itu terlalu mendalam hingga sanggup lakukan apa sahaja termasuk kahwin dengan lelaki itu secara tiba-tiba. Hanya lelaki itu ya...
89K 3K 28
[Karya pertama yang begitu banyak kesalahan] AARIZ ADYAN seorang duda yang kematian isteri sejak dua tahun lalu. Dia terpaksa membesarkan anak lelaki...
499K 15.1K 75
⚠Known As: MY TEARS!⚠ SARAH IRDINA_ Dia memang seorang gadis yang cantik namun, dirinya tidak pandai dalam bab bergaya dan bersolek. Dalam sekelip m...