Cinta Yang Kau Benci✔️

By CallMeSazzy

712K 29.4K 3.2K

[WARNING! CLICHE STORYLINE] Pernah pecah rekod sebab asyik keluar masuk bilik disiplin? Harraz dan Hazel per... More

CYKB:1
CYKB:2
CYKB:3
CYKB:4
CYKB:5
CYKB:6
CYKB:7
CYKB:8
CYKB:9
CYKB:10
CYKB:11
CYKB:12
CYKB:13
CYKB:14
CYKB:15
CYKB:16
CYKB:17
CYKB:18
CYKB:19
CYKB:20
CYKB:21
CYKB:22
CYKB:23
CYKB:24
CYKB:25
CYKB:27
CYKB:28
CYKB:29
CYKB:30
CYKB:31
CYKB:32
CYKB:33
CYKB:34
CYKB:35
CYKB:36
CYKB:37
CYKB:38
CYKB:39
CYKB:40
CYKB:41
CYKB:42
CYKB:43
CYKB:44
CYKB:45
CYKB:46
CYKB:47
CYKB:48
CYKB:49
CYKB:50
CYKB:51
CYKB:52
CYKB:53
CYKB:54
CYKB:55
CYKB:56
CYKB:57
CYKB:58
CYKB:59
CYKB:60
CYKB:61
CYKB:62
CYKB:63
CYKB:64 (Akhir)

CYKB:26

8.6K 413 5
By CallMeSazzy

BEG sandang sekolahnya dicampak di atas sofa. Panas hatinya dengan perangai bebal Ungku Harraz seharian ini. Entah apa yang mamat tu fikirkan sampai berani bertindak sebegitu rupa. Sebal hatinya bila teringatkan peristiwa tadi. Sungguh sebal!

"Kau tak ada kerja ke hah? Yang kau pergi kata aku ni awek kau dah kenapa? Jatuh air muka aku tahu tak?" Kamilia Hazel marah.

Seharian dia menjadi tumpuan ramai. Itu baru seharian. Esok, lusa, tulat dan hari-hari yang mendatang pula bagaimana?

"Yang kau marah sangat kenapa? Relaks lah!" Ungku Harraz bersahaja menghempap punggungnya di atas katil.

Tak chill langsung minah ni. Bukannya dia nak sangat pun buat begitu. Dia terpaksa! Bersebab pula tu.

"Kau tahu tak yang kau baru aje mengaku aku ni girlfriend kau! Automatik bila aku pergi sekolah esok, nama aku naik sebagai girlfriend kau dan yang kena kecamnya aku! Kes aku dengan Hadif hari tu pun tak selesai lagi, ni kau dah tambah kes baru! Apa masalah kau hah?!" Kamilia Hazel mendekati Ungku Harraz.

Marahnya semakin tebal bila Ungku Harraz beriak selamba, berbaring di atas katil besarnya dan bermain game di telefonnya. Balik sekolah terus terkam telefon. Perangai apalah?

"Siapa yang nak kecam?" soal Ungku Harraz memandang Kamilia Hazel sekilas sebelum kembali menyambung permainannya.

"Harraz, sumpah aku benci gila kat kau sekarang ni! Kau memang sengaja kan nak satu sekolah tu bencikan aku? Memang itu pun motif kau sebenarnya, kan?" Kamilia Hazel buntu.

Dia berjalan sekeliling bilik besar itu. Kuku jarinya digigit. Apa nak jadilah lepas ni? Mulut malaun ni memang ikut sedap mulut dia aje nak cakap apa.

"Eh Hazel, yang kau bengang sangat kenapa? Aku buat macam tu supaya dua ekor mamat poyo tu tak kacau kau. Biar diaorang tak menggatal lagi dengan kau. Kira okey aku kata kau girlfriend aku. Well, girlfriend tu boleh jadi kawan perempuan. So what? Menggelabah sangat apa hal? Apa, kau ingat aku maksudkan ke apa yang aku cakap tu? Hmmm... kirim salam kat tok anjang aje lah." Ungku Harraz menjeling.

"Kalau diaorang nak kacau aku sekalipun, kami tak berurusan dengan kau pun. Tak payah nak poyo sangatlah. Tok anjang... tok anjang. Aku terajang kau nak?" Kamilia Hazel menjeling kembali lelaki itu.

Tak kesahlah apa niat lelaki itu sekalipun, yang terima malu nanti Kamilia Hazel juga! Hal ini akan jadi buah mulut orang dan mungkin juga akan berlarutan.

"Jadi kau suka diaorang kacau kau? Oh... sebab diaorang handsome so kau tak kesah? Macam tu?" Ungku Harraz menyindir.

"Kalau diaorang handsome pun, kenapa? Kau cemburu? Cemburu sebab ramai lelaki kat sekolah cuba dekat dengan aku? Hm?" uji Kamilia Hazel.

"Day by day, title 'suami' is nothing. Senang aje nak dapat dosa melawan suami rupanya." Sinis Ungku Harraz berkata kepada Kamilia Hazel dengan gelengan kepala.

Kamilia Hazel mencebik. Mulalah tu nak guna kuasa dia.


"ASSALAMUALAIKUM sayang..." Sewaktu dia sedang menyiapkan beberapa kerja sekolah yang diberi gurunya, tiba-tiba dia dapat panggilan FaceTime daripada orang tuanya yang berada di luar negara.

Tak cukup tangan dia menggapai telefon. Jelas kelihatan di skrin telefon terpapar wajah umi dan daddynya. Keadaan di situ seperti mereka sedang berehat di dalam bilik. Mungkin mereka tinggal di hotel sekarang.

"Waalaikumussalam umi. Hye, daddy!" Lambai Kamilia Hazel.

Dia tersenyum. Rindunya pada mereka berdua walaupun sejak Datin Harsyifah dan Dato Kusyairi pergi, mereka selalu buat video call.

"Macam mana sekolah?" soal Dato Kusyairi.

"Okey aje. Macam biasa. Trial dah nak dekat," maklum Kamilia Hazel sambil menjuihkan bibir menandakan dia belum bersedia.

"Baguslah macam tu. Buat elok-elok. So, duduk dengan mom and dad macam mana? Okey? Ada bergaduh dengan Harraz?" Datin Harsyifah pula bertanya.

Dia memang runsing memikirkan kehidupan anak gadisnya dengan menantunya yang memang suka bergaduh. Lagi-lagi, tak dapat nak tengok depan mata. Kalau bukan disebabkan mereka di luar negara sekarang, memang sudah dipantau 'anjing dengan kucing' itu.

"Harraz tu memang tiap-tiap hari ada aje stok nak cari gaduh dengan Haz. Entah apalah masalah mamat tu. Otak dah mereng agaknya." Kamilia Hazel menjeling.

Sungguh menyampah bila nama Ungku Harraz menjadi topik bualan mereka.

"Ish apa Hazel cakap macam tu. Suami kan tu," tegur Datin Harsyifah. Mahu saja dia cubit mulut anaknya itu.

"Umi dengan daddy apa khabar? Lama lagi ke nak duduk sana?" Dia mengubah topik.

"Lagi beberapa bulan aje sayang. Nanti dah siap urusan kami di sini, kami baliklah ye," jawab Dato Kusyairi tersenyum.

"Hmmm..." Muncung Kamilia Hazel ditarik sedepa.

Harap-harap kedua-dua orang tuanya dapat balik awal sikit dari yang sepatutnya. Dia dah tak tahan duduk di rumah ini. Bukannya dia tak suka cuma keberadaan Ungku Harraz yang buat dia tak selesa.

"Umi call ni sebenarnya ada benda nak beritahu," kata umi Kamilia Hazel.

"Ha kenapa umi?"

"Abang Raziq kan baru habis belajar. Mak long minta tolong umi carikan tempat tinggal untuk si Raziq tu. Katanya nak biasakan diri dulu. Dia nak cari kerja di Kuala Lumpur. Umi cadangkan dia untuk duduk rumah mom and dad. Umi dah tanya dah keluarga Harraz, mereka okey," terang Datin Harsyifah.

Kamilia Hazel terus ternganga.

Abang Raziq? Tiba-tiba dadanya berdebar kencang. Seriuslah, abang Raziq nak datang KL?

"Ab... abang Raziq? Abang nak datang sini?" soal Kamilia Hazel hampir tidak boleh mengawal riak wajahnya yang gembira dan tidak sabar untuk berjumpa semula dengan lelaki itu.

"Ya," balas uminya.

Wajah Raziq terus dibayangkan berada di hadapannya. Dia bayangkan lagi mereka sedang berpegangan tangan sambil pusing-pusing, melepaskan rindu setelah lama tidak berjumpa. Hampir 4 tahun jugalah mereka tidak bersemuka. Rindunya Kamilia Hazel terhadap jejaka idamannya itu.

Sedar dirinya terlanjur berangan tanpa menyedari keberadaan umi dan daddynya yang masih di panggilan, Kamilia Hazel terus buat-buat kurang senang dengan topik itu. Padahal, hanya Tuhan saja tahu betapa dia tidak sabar menunggu ketibaan Raziq ke Kuala Lumpur.

"Ish umi ni! Ini bukan rumah kita nak biar abang tumpang. Ini rumah mentua Haz. Apa pulak mom and dad kata nanti." Kamilia Hazel pura-pura menukar nada suara kurang senang.

Eceh pandai kau berlakon ye, Hazel...

"Ye umi tahu. Tapi, kesianlah dekat Raziq tu. Umi dah minta kebenaran mom and dad kamu dah." Datin Harsyifah mengangguk dengan yakin.

"Apa kata diaorang?" soal Kamilia Hazel teruja.

"Mereka setuju beri Raziq tumpang tinggal di rumah mereka."

"Baguslah kalau macam tu. Hmm... habis, umi nak Haz buat apa ni?" soalnya menyorok perasaan gembira tak terkatanya.

"Jaga abang tu." Datin Harsyifah bersuara tegas.

Kamilia Hazel garu dahi. Sengihan ditayang. Malu. Umi... part tu umi jangan risau. Hazel akan sentiasa pantau kekasih kesayangan Hazel tu. Gatal Kamilia Hazel sendirian.

"Itu aje?" 

"Dengar cakap dia sekali," tambah uminya lagi.

"Umi ni selalu macam tu. Macamlah Hazel ni budak-budak lagi. Waktu Hazel budak kecik dulu, bolehlah umi nak arah abang suruh buat itu ini dekat Hazel but not now okay!" Kamilia Hazel tayang wajah malu.

"Di mata umi dan daddy, kamu masih budak kecil, Hazel." Datin Harsyifah geleng kepala.

Sebagai seorang ibu yang cuma dikurniakan seorang anak tunggal, dia tidak pernah menganggap anak gadisnya membesar seperti orang biasa. Selama 17 tahun dia berkahwin dengan encik suami, rezekinya cuma dikurniakan seorang anak sahaja. Datin Harsyifah tetap bersyukur.

Kamilia Hazel tetap budak kecil yang masih berumur 6 tahun di mata ibu bapanya. Bezanya, tumbesaran sajalah yang meningkat. Namun, perangai Kamilia Hazel tidak.

"Okeylah. So, bila abang sampai?"

"Umi pun tak pasti. Kalau apa-apa nanti, umi call."

"Okey. Bye umi, daddy. I'm running out of battery. Nak kena charge. You guys jaga diri tau dekat sana," kata Kamilia Hazel bila telefonnya sudah mengeluarkan notis bateri tinggal 20 peratus.

Sempat Kamilia Hazel memberi peringatan buat keluarganya yang nun jauh di sana.

"You too, sayang. Kirim salam pada mom and dad also Harraz eh. Good luck trial nanti. Banggakan umi and daddy. Kami sentiasa mendoakan Hazel," doa Datin Harsyifah disertakan anggukan dari Dato Kusyairi.

Kamilia Hazel tersenyum dan berbalas anggukan.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam." Talian lantas dimatikan.

Dia menutup buku sebelum ke arah soket yang melekat pada dinding bilik. Kabelnya dicucuk pada soket lalu hujung USB disambungkan pada telefonnya.

Kemudian, Kamilia Hazel meninggalkan bilik dan berjalan turun ke bawah. Dia mencari kelibat Puan Sri Fazura di dapur. Sememangnya wanita itu sentiasa di dapur saja. Mesti sedang memasak.

"Mom... umi and daddy kirim salam," tegur Kamilia Hazel sambil melihat ibu mentuanya sedang mematahkan biskut marrie kepada empat bahagian.

Puan Sri Fazura menjawab salam perlahan dengan senyuman manis. Kamilia Hazel melihat kerajinan ibu mentuanya. Untungnya Tan Sri Ungku Harriz beristerikan wanita itu.

"Kat mom aje? Aku?" Ungku Harraz datang dari arah ruang tamu.

Terus Kamilia Hazel menjeling. Haru birulah dapur ni bila mamat ni datang. Tak ada tempat lain ke dia nak singgah?

"Entah." Dengan malas Kamilia Hazel menjawab.

"Biadab punya perempuan!" Tak tunggu lama, Ungku Harraz terus berlalu keluar dari dapur.

Ha bagus, tak ada siapa nak kau ada dekat sini. Pergi main jauh-jauh.

Puan Sri Fazura cuma geleng kepala melihat dua manusia itu berkelahi mulut. 

"Mom, sorrylah terpaksa susahkan mom. Kalau mom tak selesa, Haz nak biar aje abang Raziq duduk rumah keluarga Hazel. Lagi bagus, tak susahkan mom and dad." Kamilia Hazel bersuara bersalah.

Itupun, jika kunci rumah banglonya ditinggalkan oleh umi dan daddy. Malang sekali, kunci rumahnya pun tidak ditinggalkan. Dia pun menumpang rumah orang.

"Eh tak adalah. Mom suka tetamu. Lagi pula, Raziq kan sepupu Hazel. Kiranya, dia pun ada kaitan juga dengan kami." Puan Sri Fazura senyum sedikit kemudian bergerak ke arah singki untuk membasuh tangan.

"Thanks mom." Keluarga mentuanya sungguh baik hati.

Kecuali Ungku Harraz.

"Hazel nak tak belajar buat kek batik guna resepi mom sendiri?" ajak Puan Sri Fazura mesra. Kamilia Hazel tayang mata bersinar.

"Boleh juga," jawabnya teruja. Mana tahu nanti boleh buat untuk abang Raziqnya pula.

Eeee... sukanya dia abang Raziq nak datang Kuala Lumpur!

Continue Reading

You'll Also Like

809K 20K 74
[COMPLETE] Selepas kematian ibu dan abah, dia sudah tidak punya sesiapa lagi untuk bergantung hidup. Bahkan neneknya sendiri menghalaunya dari hidup...
365K 10.4K 80
MYA ARLISA-seorang gadis yang lemah lembut dan sopan. Siapa yang melihat gadis itu pasti akan tertarik dengan sifat dan rupa gadis itu. Dia juga seor...
19.8K 1.2K 71
﷽ - SYUHADAH 3rd BOOK Harapan palsu? Itu sudah menjadi makanannya setiap hari. Diuji dengan kemalangan jalan raya yang hampir meragut nyawa. "Tenang...
135K 7.1K 62
Kisah ini, hanya sebuah hikayat yang tak seindah dongeng Cinderella. Di mana Cinderella yang pada mulanya cuma satu watak yang hina, sebelum bertukar...