Don't Play with Her! [🔰]

By HarruTsubasa05

44.1K 4.1K 1.1K

[This story will be HIATUS for a while!] Gempa hanya seorang gadis kampung yang akan pulang ke pangkuan ayahn... More

This Girl
Step-Family
Walking on the Street
Meet with 6 annoying guys?!
The Unexpected Gift
The Dancing Night
A Sudden Attack!
A Sudden Attack! (Pt. 2)
A Sudden Attack! (Pt. 3)
Her Past
Silent Killer
A Gift!
Her Love
Her Love (Pt. 2)
New Plan
Dinner
First Job!
Sudden Attack Again?!
The Reason Why...
What's The Matter?
A Little Moment
Bye! and Hello!
Chaos
Welcome to University!
Little Kimchi
Forgive Us
The Game is Begin
Let's Forget for A While
First Day!
Oh?
Remember This!
Military
I Know Your Intention
Right Over Here
Play Victim

Chaos (Part 2)

992 109 35
By HarruTsubasa05

"Suzy! Apa yang kamu buat tu, hah?! "

Pantas 4 gadis di ruang makan itu mendongak memandang tangga dari ruang makan. Mereka jelas nampak Amato dan Sofea berjalan turun dari tangga dengan tergesa-gesa untuk menghampiri mereka.

Suzy pula dengan tidak malunya berjalan menghampiri mereka berdua dan berpura-pura menangis. Sebaik sahaja Amato dan Sofea sampai ke bawah dia segera mendekati mereka dan memeluk Sofea dengan erat dan mengadu segalanya kepada maknya. "Mama! Tengok perempuan tu dia tolak Suzy!! "

"Apa?! K-kamu tak apa-apa ke sayang? Ada sakit dekat mana-mana lagi?? " Panik Sofea membelek-belek wajah Suzy. Manakala Amato pula hanya memandang dengan gusar.

Gempa yang memandang keadaan itu hanya mengetap bibirnya geram. Dia menjeling ke meja makan dan ternampak segelas air yang sudah siap dituang lalu mengambilnya dan mencurahkannya ke lantai tempat Suzy jatuh tadi. Dia meminta Ying segera berlakon seolah-olah dia ingin mengangkat gelas tadi.

"Gempa!! Apa yang kamu buat pada adik kamu, hah?! " Sofea sudah mula berang dengan Gempa. Dia memandang anak tirinya dengan amarah sambil memeluk Suzy seolah-olah ingin membela anak kandungnya itu.

Amato kembali menoleh ke arah 3 gadis di hadapannya dan dia dikejutkan dengan wajah Gempa yang kemerahan di sebelah kirinya. Segera dia mendekati Gempa dan memandang ke arah anaknya dengan pandangan khawatir. "Gempa? Kamu ok? Kenapa muka bengkak ni? " Amato cuba menyentuh kawasan tersebut.

"Sst- ayah sakit! G-Gempa tidak apa-apalah. "

"Macam mana boleh jadi macam ni? "

Dalam diam Gempa tersenyum sinis. Sudah sampai waktunya untuk dia meneruskan lakonannya. "Uhh... T-tadi Suzy marah-marah pada Kak Ying dan juga Kak Yaya kerana terlewa menghidangkan sarapan. Sebenarnya Kak Ying dan Kak Yaya sudah siap cuma mahu menghidangkannya sahaja, ayah. Jadi Gempa mahu mempertahankan mereka. Adakah ia salah, ayah? " Dengan muka yang dibuat-buat tidak bersalah Gempa memandang ke arah Amato. Dia tahu Amato tidak akan tolak dengan sisinya yang hebat berlakon ini.

"Hmm... Baiklah kita cuba bincang dulu ya, sayang? Ayah pun kena pastikan juga keadaan sebenarnya. " Dan ya, Gempa tersenyum kemenangan. Dia sudah tahu hal ini akan jadi maka sebab itulah dia sudah merekodkan segala perbalahan tadi dan ia sudah selamat disimpan. Gempa cukup yakin dia akan menang kali ini.

💖✨💖✨💖✨💖

Kini Gempa bersama ayahnya dan Sofea serta Suzy sedang duduk di meja makan. Amato di bahagian duduk di sudut hujung manakala Gempa di bahagian kirinya dan Sofea serta Suzy di bahagian kanan.

Amato menghela nafas sebaik sahaja dia selesai mendengar suara rekod yang dikeluarkan oleh Gempa sebentar tadi. Dirinya mula rasa terganggu dengan keadaan sekarang. Ditambah pula dalam keadaan yang kelaparan di awal pagi. Ia sedikit sebanyak telah merosakkan mood paginya pada hari itu. Namun, dia terpaksa memendamnya kerana dia harus memutuskan hukuman kepada keluarganya.

"Melalui apa yang ayah dengar dari bukti Gempa rekod ni... Memang benarlah Suzy yang bersalah. " Amato memandang ke arah Suzy dengan pandangan kecewa.

Suzy yang rasa seolah-olah tergugat dengan kekalahan terus berdiri dan menghentak meja dengan kuat. "Tak adil! Papa dia mesti sengaja buka voice recorder sebab dia nak perangkap Suzy! Dia yang sepatutnya bersalah! Bukan Suzy!! "

Gempa dalam diam mengetap giginya geram. Namun dia cuba mengawal emosinya dengan kekal dalam keadaan pihak yang tidak bersalah.

"Baiklah, Gempa mengaku yang bahawa Gempa merekodnya secara sengaja. Tetapi ia sebagai bukti supaya Suzy sedar akan kesalahan Suzy! Gempa takut Suzy ingin menimbulkan fitnah kepada Kak Yaya dan juga Kak Ying! Sebab itulah Gempa merekodnya! Sekarang lihatlah, sudah jelas Suzy bersalah tetapi Suzy ingin mengelak! Nasib baik Gempa merekod tadi tau! " Gempa mempamerkan reaksi kecewa dan sedih kepada Suzy yang akhirnya mendapat jeritan amarah dari gadis itu.

"Aaarrghhh!! Tak adil!! Kau saja nak perangkap aku, kan?!! Baik kau mengaku! "

Geram dengan tindakan Suzy, Amato terus menepuk meja dengan sedikit kuat lalu menjeling ke arah anak tirinya itu. "Suzy! Ayah sendiri yang nampak Suzy mahu serang kakak kamu! Apa yang kamu nak sembunyikan lagi? Sofea! Apa yang awak ajar pada anak awak ni?!" Amato melirik marah kepada isterinya.

Manakala Sofea pula cuba menenangkan Suzy namun nampaknya Suzy terlalu geram dengan Gempa.

"Tak adil!! Papa! Kenapa Papa selalu sebelahkan perempuan ni?! Dulu sebelum dia balik elok je Papa sayangkan Suzy! Tapi bila perempuan ni balik je, semua yang Suzy ada habis hilang!! PAPA MEMANG DAH TAK SAYANGKAN SUZY, KAN?!! "

"SUZY!! " Amato menengking marah ke arah Suzy. Dengan suara lantang yang garau, seluruh ruang makan itu bergegar. Habis seluruh penghuni ruang itu terhinjut terkejut.

Suzy yang turut terkejut dengan tengkingan ayahnya mula menangis. "Tsk-! Papa memang dah tak sayangkan Suzy... Baiklah... " Suzy berpaling ke arah Gempa semula.

Gempa yang masih dengan muka tidak bersalah nya membalas pandangan Suzy seolah-olah dia tidak tergugat langsung dengan pandangan amarah gadis itu. Suzy mengetap gigi geram. "Kali ni kau menang perempuan! Lain kali siap kau aku habiskan! "

Setelah itu, Suzy pun mula melangkah untuk beredar dari situ. Namun, "Argh!! "

Serentak semua yang ada di situ berpaling ke arah Suzy semula yang mana kini sudah jatuh terduduk di atas lantai kerana tumpahan air yang sengaja ditumpahkan oleh Gempa sebentar tadi. Sementara yang lain terkejut dengan keadaan itu, Gempa terus menyorokkan wajahnya untuk menahan dari menghamburkan ketawanya.

"Suzy! Suzy ok? " Sofea segera mendapatkan anak gadisnya dan melihat keadaannya. Sementara itu Amato pula segera mengarahkan Yaya dan Ying untuk mengambilkan kain untuk mengelap tumpahan tadi. Sempat mereka berdua berpaling memandang ke arah Gempa yang ternyata sedari tadi sedang memandang mereka.

Gempa menunjukkan simbol 'V' dengan dua jarinya sambil tersenyum. Yaya dan Ying tertawa kecil buat seketika dan mereka pun terus meneruskan tugas mereka.

Suzy menepis tangan Sofea darinya dan dengan bertungkus-lumus dia cuba bangun dan meneruskan perjalanan menaiki tangga. Walaupun malu dan sakit kerana terjatuh tadi, tapi dia tetap memasang wajah masamnya kerana masih marah dengan Amato serta Gempa.

Amato menghela nafas kesal. Baru sahaja waktu pagi sudah banyak hal yang timbul.

"Haih... Takpelah. Abaikan Suzy tu dulu. Kita makan sarapan dulu. " Sofea dan Gempa menganggukkan kepala mereka tanda akur.

💖✨💖✨💖✨💖

Riinngg~

Gempa yang baru selesai mandi dari bilik mandinya terus memandang ke arah telefonnya yang berdering. Tertera nombor orang yang disimpan nombornya di dalam telefonnya. Gempa pun terus melihat siapakah yang menelefonnya.

Pak Cik Belacan ⚡

Gempa mendengus kesal sebaik sahaja dia melihat nama yang tertera di skrin telefonnya. Dengan malas dia terus menjawab panggilan tersebut. "Ya, ada apa? " Gempa sambung mengelap rambutnya.

"[Hm, amacam? Dah ready untuk keluar?] "

"Ah? K-keluar? Pergi mana? "

"[Heh, tanya pulak? Dah, aku tak nak dengar alasan kau atau kau buat-buat tak ingat ni semua. Yang aku nak, kau bersiap dan kita keluar sekarang.] "

"Eh! Tunggu! "

Tuut-

Gempa melihat ke arah skrin telefonnya dan ternyata panggilannya dan Halilintar sudahpun diputuskan. Satu helaan nafas berat keluar dari mulut Gempa.

"Haish.. Mamat ni. Aku dah lah takde mood nak keluar. Boleh pula ajak keluar. Aih... Ikut jelah. Kang nanti dia datang cari pasal pula."

Dengan malas Gempa menyidai tualanya di dinding dan mengambil pengering rambut untuk dikeringkan. Baju di dalam almari diambil secara rawak dan dia pun mula bersiap untuk keluar.








TBC(?)

Uuuu~ diorang nak pergi mana tu? 👀👀✨
.
Nak main teka-teki pulak tak? Korang cuba teka mana Halilintar nak bawa Gempa keluar nanti?
.
A. Jumpa seseorang
B. Jalan-jalan
C. Ke sesuatu tempat
D. Bawa keluar makan
.
Ada hint di sana tapi pandai-pandai koranglah cari ya~ 😆💕

Continue Reading

You'll Also Like

1.2K 325 44
"Hanya dirimu yang berhak... Memiliki kasih ini."
122K 3.7K 20
Special Edition Faizul x Hafiz Hafiz Zafrin lari dari Zafrin Family sebab taknak uruskan syarikat family hey!aku masih 19 tahun kot!aku nk happy2 t...
4.6K 648 54
❝ Ajar aku bunuh diri. ❞ Halilintar Grandville, putera kedua dari keluarga yang berpengaruh. Wajahnya tanpa ekspresi, tatapannya dingin dan rahsia Ha...
25.2K 489 27
[ KARYA PERTAMA ] -Amnesia -Balas dendam Singkat dan padat hehe Total words :