Don't Play with Her! [馃敯]

Por HarruTsubasa05

44.1K 4.1K 1.1K

[This story will be HIATUS for a while!] Gempa hanya seorang gadis kampung yang akan pulang ke pangkuan ayahn... M谩s

This Girl
Step-Family
Walking on the Street
Meet with 6 annoying guys?!
The Unexpected Gift
The Dancing Night
A Sudden Attack!
A Sudden Attack! (Pt. 2)
A Sudden Attack! (Pt. 3)
Her Past
Silent Killer
A Gift!
Her Love
Her Love (Pt. 2)
New Plan
Dinner
First Job!
Sudden Attack Again?!
The Reason Why...
What's The Matter?
A Little Moment
Bye! and Hello!
Chaos (Part 2)
Welcome to University!
Little Kimchi
Forgive Us
The Game is Begin
Let's Forget for A While
First Day!
Oh?
Remember This!
Military
I Know Your Intention
Right Over Here
Play Victim

Chaos

1K 107 20
Por HarruTsubasa05

"Apa.. Yang kau buat dekat sini, hah? "

Gempa merenung wajah Halilintar dengan tajam. Jelas menunjukkan bahawa dia tidak suka akan kehadiran lelaki itu. Namun Halilintar hanya sekadar biasa-biasa sahaja. Keadaan mereka berdua menjadi tumpuan para orang yang lalu-lalang di sekitar mereka. Terutama sekali Halilintar. Tak cukup dengan wajah yang menarik, dia semakin menaikkan popularitinya dengan senyuman sinis.

"Heh, tadi kebetulan aku nak hantar client aku naik kereta api. Tapi tak sangka pula yang boleh berjumpa kau dekat sini. So, jangan ingat aku ekori kau ya, budak? Aku ada banyak lagi kerja lain nak kena buat. "

"Cis! " Gempa menjeling marah. Selepas itu, dia segera bangun dan menepuk-nepuk bajunya yang agak kotor kerana dia terduduk di atas lantai tadi.

Gempa ingin meninggalkan Halilintar, tetapi tiba-tiba lelaki itu menarik tangannya.

"Apa lagi? "

"Kejap. Kau... Dah masuk universiti ke belum? "

"Tak lagi. Ayah belum daftar. "

Terdiam Halilintar jadinya. Namun tidak lama selepas itu dia tersenyum dengan membawa maksud yang tersembunyi.

Hal itu sudah tentu membuatkan Gempa menyedarinya. Segera dia cuba melepaskan dirinya dari lelaki berdarah sejuk di hadapannya itu. Namun usahanya tentu sahaja gagal kerana jejaka beriris merah dingin tu tetap menghalang jalannya.

"Heish! Masalah betullah Mamat ni! Kang ada orang kenal aku susah nanti! " Gempa mendengus geram sambil menggigit bibir bawahnya. Jelingannya masih tetap pada lelaki itu.

Halilintar diam memerhatikan riak wajah dingin Gempa. Dia tahu bahawa gadis itu sedang memaki hamun kepadanya dan dia tidak terlalu kisah akannya. Selama dia membesar dan menceburi bidang perniagaan dalam mengusaha syarikatnya, sudah tentulah ada saja yang akan mencemburuinya dan memusuhinya dengan menyebarkan perkara-perkara dan perkataan yang keji. Alah bisa tegal biasa. Benda itu sudah jadi perkara biasa buat jejaka bernama Halilintar ini. Dan sekadar seorang gadis yang sedang geram dengannya? Itu hal kecil.

"Oi, budak. Nanti aku nak kau kasi aku kau punya result. "

"Huh? Result aku? Nak buat apa dengan result aku, hah? "

"Ada lah. Jangan banyak tanya pula. Aku nak kau hantarkannya pada aku malam ni. Ada faham? "

"Cis! Nombor kau pun aku takdelah! Fon aku dah rosak tempoh hari! "

"Oh? Takde masalah. " Halilintar terus mengeluarkan telefonnya dari saku seluar dan menaip sesuatu seolah-olah sedang menghantarkan mesej kepada seseorang.

Gempa hanya memandang dengan bersahaja. Di dalam fikirannya dia sudah memikirkan pasti lelaki di hadapannya itu ada helah sesuatu. Dan dia takkan masuk perangkap!

Ting!

Tiba-tiba Gempa menerima satu mesej personal. Segera dia melihat telefonnya dan membaca mesej tersebut.

01X XXXX XXX

"Kau boleh hancurkan banyak mana telefon yang kau nak. Tukar nombor sebanyak mana yang kau nak. Tapi segala hal peribadi kau, ada dalam cengkaman aku. "

Terbelalak mata Gempa melihat mesej tersebut. Serta-merta jari-jemari mulusnya kedinginan dan terasa sejuk.

"Dapat mesej aku? Jangan risau, itu nombor yang sama macam dulu. Dan itu nombor peribadi aku. Jadi... " Halilintar berjalan mendekati Gempa lalu menundukkan sedikit paras badannya sama dengan Gempa dan mendekatkan wajahnya di telinga gadis itu. Dengan nada dingin dia berbisik. "...simpan baik-baik, ya? Kau jangan ingat kau seorang sahaja yang tak boleh dicabar, selain kawan-kawan aku 5 orang tu, aku antara yang paling terkuat. Faham-faham lah ya budak? "

Halilintar melontarkan senyuman sinisnya ke arah Gempa setelah habis berbisik di telinga gadis itu. Sempat diusap kepala Gempa sebelum dia memusingkan badannya untuk beredar.

"Dan... Jangan lupa keputusan SPM kau. Aku akan menantikannya. " Halilintar sempat memberikan pesanan ringkas kepada Gempa sebelum dia meninggalkan Gempa sendirian.

Gempa meneguk ludahnya sebaik sahaja Halilintar sudah jauh pergi meninggalkannya. Dia menutup mulutnya dan menggigit bibirnya geram. "Tak guna. Macam mana aku boleh kalah dekat Mamat macam tu?! " Gempa berbisik geram.

Dan tidak lama dia berada di situ, Gempa juga turut beredar. Dalam fikirannya masih mengingati saat-saat dia bersama Halilintar tadi. Terkumat-kamit Gempa jadinya geram dengan lelaki tadi. Seolah-olah tidak boleh terima bahawa dia tidak memberikan sebarang tindakbalas kepada lelaki itu. Padahal dalam otaknya sudah sentiasa bersedia dengan kata balas. Tapi entah kenapa apabila bersama Halilintar Gempa akan ditewaskan dengan mudah. Tak boleh jadi!

💖✨💖✨💖✨💖


Keesokan harinya, Gempa melompat turun dari tangga menuju ke tingkat bawah dengan hati-hati dan dia segera menuju ke ruang makan.

Ternampak Yaya dan Ying sedang menyediakan sarapan, Gempa segera menghampiri dua maid itu lalu memeluk mereka dengan riang.

"Selamat pagi Yaya! Ying! Hari ni menu apa?"

"Selamat pagi Gempa! "

"Pagi! Wah, awal kamu bangun hari ni, ya? Kami baru saja mau masak! " Ying mengusap kepala Gempa dengan geram. Melihat Gempa yang bulat mukanya dan memakai pin rambut arnab membuatkan Ying geram pula. Comel!

"Eheheh! Hari ni tiba-tiba rasa nak bangun awal. Belum masak lagi, ya? Nak Gempa tolong? "

"Eh, takpelah Gempa. Gempa duduk dulu dekat meja makan tu. Nanti kami hidangkan, ya? "

"Betul ni tidak mahu pertolongan Gempa? "

"Iyaa. "

Ying sempat mengetuk kepala Gempa dengan lembut sebelum gadis itu berlalu pergi meninggalkan 2 maidnya dengan kekehan kecil. Sambil-sambil menunggu ketibaan sarapan pada pagi itu, Gempa melayari internet buat sementara sebelum tiba-tiba datangnya orang yang cukup Gempa anti di dalam rumah itu.

"Huh?! Makanan tak siap lagi?! Maid mana!!?"

Ya, Suzy yang dengan lengkap berpakaian baju tidurnya mula menjerit-jerit di ruang makan sambil mencari kelibat maid rumah itu. Gempa yang pada awalnya tidak mahu memperdulikannya hanya mampu memandang Suzy dengan jelingan sahaja.

"Eih... Perempuan ni. Dah nak masuk tengah hari tak reti nak tukar baju ke? Pemalas punya perempuan. "

Sempat Gempa kutuk sambil sambung fokus pada telefonnya.

"Woi orang dalam rumah ni pekak ke?! Maid mana?!! "

"Y-ya Cik Suzy? "

Yaya datang selepas meletakkan sarapan di atas meja. Gempa mula merasakan tidak sedap hati apabila Suzy sudah senyap dan memandang geram pada Yaya. Manakala Ying pula terpaksa tunduk sambil mula menghidangkan sarapan.

"Kau datang sini! Dengan kau sorang lagi! Cepat!!"

Yaya dan Ying terpaksa meninggalkan kerja mereka dan dengan gugup mereka berjalan mendekati Suzy. Gempa mula merasakan kedinginan di setiap hujung jarinya. Dia harus memikirkan sesuatu. Dia tahu apa yang Suzy mahu lakukan jadi dia harus bertindak! Tapi dia harus buat apa?!

"CEPATLAH!! TERHEGEH-HEGEH BUAT APA LAGI?!! " Tengking Suzy.

Yaya dan Ying terpaksa memperlakukan langkah mereka. Namun sebaik sahaja mereka ingin melepasi Gempa, pantas gadis itu menarik tangan 2 maidnya dan menghentikan langkah mereka berdua. Serentak Yaya dan Ying menoleh ke arah Gempa.

"Jangan pergi. Biarkan je dia datang ke sini sendiri. " Gempa memberikan pandangan lembut kepada Yaya dan Ying sebelum dia beralih ke Suzy semula dengan pandangan yang dingin.

Suzy mula mengetap giginya geram. "Woi perempuan! Ni urusan aku dengan pembantu pemalas ni! Yang kau nak masuk campur apahal hah?! "

Gempa bangun dari duduknya sambil mengaktifkan voice recording di telefonnya lalu membiarkannya menangkap segala perbualan antara dia dan Suzy.

Dengan sambil lewanya Gempa berdiri di hadapan Yaya dan Ying seolah-olah ingin melindungi mereka berdua dari amukan Suzy.

"Suzy nak marah apa lagi kepada mereka? Bukankah mereka sudah siap menghidangkan sarapan? Maafkan sahaja mereka. Mereka hanya terlewat sedikit sahaja. "

"Cis! Kau tak payah lah nak tunjuk baik sangat! Kalau kau berani kau datang dekat dengan aku! Aku nak bagi penampar dekat kau! "

"Kenapa Suzy cakap macam tu pada Gempa? Gempa kan tidak buat salah apa-apa pada Suzy? Gempa cuma mahu membela pembantu kita. Semua orang kan sering melakukan kesilapan? Bukan begitu Kak Yaya dan Kak Ying? "

Gempa memalingkan wajahnya pada 2 maid di belakangnya sambil tersenyum. Namun ia bukanlah senyuman biasa-biasa. Malahan senyuman sebagai kata kunci untuk mereka turut menikmati permainan yang sedang Gempa ciptakan sekarang.

Ying yang seolah-olah faham dengan isyarat senyuman itu pun terpaksa akur dan menganggukkan kepalanya. "I-iya... Maafkan kami Cik Suzy dan Cik Gempa... "

Yaya yang pada awalnya terkejut dengan tindakan Ying pun akhirnya mula faham dengan situasi keadaan. Dan dia juga berpura-pura mempamerkan wajah sedih dan tunduk. "Iya. K-kami takkan ulang kesilapan ini lagi. "

Gempa tersenyum memandang 2 maidnya di belakang. Dan setelah itu dia pun berpaling ke hadapan semula. "Tengok Suzy- "

PANG!!!

"CIK GEMPA! "

Terkejut Yaya dan Ying apabila melihat Gempa menerima tamparan yang kuat daripada Suzy di pipi sebelah kirinya. Pantas mereka mendapatkan Gempa dengan menahan Gempa daripada jatuh ke lantai akibat kekuatan tamparan tersebut.

"Cik Gempa! Cik ok?! " Panik Yaya dan Ying jadinya apabila melihat bekasan merah di kulit putih Gempa. Memang jelas kelihatan bengkaknya.

"Sst- I-iya... Saya ok. " Gempa terpaksa mempamerkan senyuman senget kepada 2 maidnya lalu memandang ke arah Suzy semula.

"Kenapa Suzy tampar saya? " Gempa soal dengan nada yang dikawal supaya tidak kedengaran amarahnya. Suara yang dibuat-buat seolah-olah kedengaran tidak bersalah walaupun kenyataannya di dalam hatinya sudah membuak-buak marah dengan Suzy akibat tamparan tadi.

"Cilake punya perempuan! Berani dia tampar aku?! Sedap rempah Adabi je kau, ya?? Siap kau aku balas nanti! "

"Ini makannya kalau kau suka masuk campur urusan aku!! Sedap?! Nak lagi?! "

"Cik Suzy hentikan! Cik Gempa tak bersalah dalam hal ni! " Yaya cuba mempertahankan Gempa namun dia dan Ying tiba-tiba ditarik tudung dan rambut dengan kuat membuatkan mereka terjerit kesakitan.

"Berani korang lawan cakap tuan kau, ya?!! Dah biadap korang, ya?! " Semakin kuat teriakan Suzy seolah-olah dia ingin melepaskan kemarahannya. Yaya dan Ying berusaha untuk melepaskan diri dari tarikan tersebut. Manakala Gempa yang memandang mula kehilangan kesabarannya dan dengan kasar dia menarik kedua pergelangan tangan Suzy lalu mengundurkan gadis itu ke belakang.

"Berani kau sentuh kakak kesayangan aku, perempuan gila? " Dengan nada yang kecil Gempa menjeling tajam ke arah Suzy sambil mencengkam kuat pergelangan Suzy.

Suzy yang baru sahaja ingin menjerit kesakitan terus menerima tumbukan kuat di wajah kirinya dan ditolak ke bahagian kanan mengakibatkannya terlanggar meja makan di situ.

Gtang!!

"Argh-!! Ssst-! Sakitlah bod*h!! " Dengan amarah yang kian membara, Suzy kembali bangkit dari duduknya dan ingin menyerang Gempa sebelum suara Amato memecah perbalahan mereka.

"Suzy! Apa yang kamu buat tu, hah!?!"




TBC(?)

Aiihh... Makin menjadi-jadi pula perbalahan dalam keluarga ni. 😅
.
Takpelah! Harap-harap semua enjoy chapter ni! 😆 Walaupun sebenarnya Ani nak buat Gempa tumbuk sampai puas Si Suzy tu tapi... Takpelah. 😂😂

Seguir leyendo

Tambi茅n te gustar谩n

38.8K 2.9K 157
BoBoiBoy dan kawan-kawan menjalani hari yang biasa di stesen TAPOPS. Sehinggalah power sfera perentas dimensi Gigabot tiba. Gigabot: Urgh.... BoBoiBo...
77.4K 385 18
kisah seorang ustazah sekolah agama terjebak ke pelacur
21.8K 455 14
"Kahwin dengan daddy jom"? -Alex Danial "You dh gila ke ape?"you are my lecturer!"-Raisha Qistina "I tak gila,I gila...
5.5K 300 28
Karya pertamaku, maaf jika kurang ekspektasi kalian. Becky seorang gadis introvert yang mula berjumpa dengan Freen yang mulanya bersahabat sehingga m...