Don't Play with Her! [🔰]

By HarruTsubasa05

44.1K 4.1K 1.1K

[This story will be HIATUS for a while!] Gempa hanya seorang gadis kampung yang akan pulang ke pangkuan ayahn... More

This Girl
Step-Family
Walking on the Street
Meet with 6 annoying guys?!
The Unexpected Gift
The Dancing Night
A Sudden Attack!
A Sudden Attack! (Pt. 2)
A Sudden Attack! (Pt. 3)
Her Past
Silent Killer
A Gift!
Her Love
Her Love (Pt. 2)
New Plan
Dinner
First Job!
Sudden Attack Again?!
What's The Matter?
A Little Moment
Bye! and Hello!
Chaos
Chaos (Part 2)
Welcome to University!
Little Kimchi
Forgive Us
The Game is Begin
Let's Forget for A While
First Day!
Oh?
Remember This!
Military
I Know Your Intention
Right Over Here
Play Victim

The Reason Why...

1.1K 114 17
By HarruTsubasa05

Pihak polis dan 7 orang itu mengambil masa 1 jam untuk bersoal siasat akan kejadian yang tiba-tiba itu. Untunglah mereka bertujuh terselamat dari sebarang pertuduhan dan pihak polis ingin membantu siasatan akan serangan tiba-tiba tadi. Kini mereka bertujuh kembali ke niat asal mereka iaitu menikmati waktu makan tengah hari di dalam mall yang besar di hadapan mereka. Mereka masuk dengan keadaan bersahaja seolah-olah serangan yang mengejutkan tadi tidak memberi apa-apa impak langsung ke atas mereka.

Namun, Gempa dalam diam semakin memperlahankan langkah kakinya dari mengekori 6 Saudara Boboiboy itu. Sebaik sahaja jaraknya dan mereka agak menjauh, Gempa keluar dari mall tadi dan melilau di sekeliling seolah-olah sedang mencari sesuatu.

"Cis, kat mana pula..? " Gempa mendongakkan pula kepalanya ke atas untuk melihat bangunan-bangunan yang tinggi di bandar itu. Terdapat sebuah kawasan perumahan kondominium di hadapan mall itu dan jaraknya hanya 1 kilometer sahaja. Gempa melihat kondominium itu lama sehingga dia tertangkap susuk tubuh pelik di bahagian atas kondominium yang tingginya mungkin dalam lingkungan 15 tingkat.

Gempa mengenyitkan matanya sedikit cuba memfokuskan susuk tubuh itu. Seperti seorang lelaki yang berpakaian serba hitam sedang memandangnya. Namun kerana penglihatan yang agak kabur dan ditambah pula jarak mereka agak jauh, Gempa tidak dapat mengecam wajah lelaki berselubung tersebut.

"Siapa tu..? " Desis hati Gempa hairan.

"Gempa? "

Terkejut Gempa jadinya apabila seseorang menegurnya dari belakang. Dia segera memalingkan wajahnya ke belakang dan mendapati bahawa 6 Saudara Boboiboy sedang berdiri sambil memerhatikannya dengan riak wajah tertanya-tanya dan khawatir. Taufan yang berada lebih berdekatan dengan Gempa semakin mendekat dan memandang Gempa dengan penuh kerisauan. "Kau ok? "

"Aaa...? Uuhh... O-ok je.. Jom masuk? " Gempa cuba mengalih perhatian.

Taufan tahu akan helah Gempa namun dia tidak mempersoalkannya. Yang lain juga sama.

Kemudiannya, mereka bertujuh pun seiringan masuk ke dalam mall besar itu bersama-sama. Seolah-olah melupakan segala kejadian yang di luar jangkaan berlaku. Al-maklum sudah biasa... :v

💖✨💖✨💖✨💖

"Baiklah, hari ni kita nak makan apa? " Dengan penuh perasaan yang teruja Thorn melihat setiap nama hidangan yang terdapat dalam menu yang diberikan oleh pelayan restoran itu. Kecur air liur jadinya apabila melihat begitu banyak hidangan yang menyelerakan ditayangkan di setiap muka menu.

"Aku nak western jelah. " Solar mengangkat suara.

"Aku fastfood. " Ais juga tidak ketinggalan.

"Eewww.. Kau ni asyik fastfood je! Tu yang berat badan tak turun-turun tu! " Blaze menjeling Ais yang duduk di sebelahnya.

Jelingan Blaze dibalas dengan jelingan sebal pula dari Ais. Menyampah ditambah pula geram kerana terlalu suka masuk campur hal hidupnya dan paling tidak dapat dimaafkan bila pergi mention berat badannya depan Gempa. Ada ke patut?

Gempa tertawa kecil melihat telatah mereka berdua. Dan dia tidak terlalu mempermasalahkan tentang kehidupan Ais. Baginya, setiap insan bebas menentukan hidup masing-masing. Mereka ada hak ke atas hidup mereka. Cuma maut sahaja mereka tidak akan dapat mengawalnya.

"Tidak perlu gaduh-gaduh. Semuanya sila nikmati sahaja makanan yang tersaji. Saya harap, kita dapat menikmati sajian pada hari ini, ya? " Dengan pakej senyuman manisnya Gempa mempelawa yang lain.

Keenam Saudara Boboiboy mula diam dari bertekak dan masing-masing mula menikmati makanan mereka yang dipesan sebaik sahaja para pelayan membawanya ke meja mereka. Dengan penuh selera sekali mereka menikmati makanan tengah hari mereka.

Gempa memerhatikan sahaja gelagat mereka berenam dengan senyumannya. Namun ia tidak kekal lama. Senyumannya kembali pudar dan tatapannya kembali sayu.

Gempa menarik dan menghembus nafasnya. Terasa berat pula untuk dia berkata-kata selepas ini. Namun, hatinya telah menetapkan sesuatu... Sesuatu yang penting.

"Umm... Semua? "

💖✨💖✨💖✨💖

"Macam mana orang-orang tu boleh kalah?! Aaarrrghhh!!! Aku nak perempuan tu mati!! "

Di tempat lain, kelihatan Suzy begitu marah sekali dengan berita yang baru diperolehinya. Segala barang yang ada di hadapannya dicampak dan dibaling sesuka hati menunjukkan ketidakpuasan hatinya.

Seorang lelaki yang duduk di atas kerusi yang mempunyai roda menatap Suzy dengan pandangan bersahaja. Dia menyilangkan kakinya dan memasukkan sebatang rokok ke dalam mulutnya lalu dinyalakan api untuk membakar hujung rokok itu. Disedut gas beracun rokok itu dengan tenang lalu dihembuskannya tanpa memikirkan kesan buruk rokok yang merbahaya itu.

"Aku tak puas hati!! Aku nak perempuan tu mati jugak!! "

"Relaks, Suzy... Waktu tu, kan... Dia tengah bersama dengan diorang tu? Kita tak boleh buat apa-apa dah bila dia bersama mereka. "

"Ckh!! Menyusahkan!! Patutnya kau tembak je minah tu tadi!! "

"Ada risiko kalau aku tembak dia. Kau nak rancangan kita gagal ke apa? "

Suzy mengetap bibirnya apabila menerima ucapan balas dari lelaki tadi. Dia mendesah kesal lalu memalingkan badannya dari menghadap lelaki tadi. "Aku tak kira. Aku nak, suatu hari nanti perempuan tu mati. Supaya harta pusaka ayah dia tu akan datang ke keluarga aku. "

Lelaki yang bersembunyi di bawah bayang gelap itu hanya mencebikkan bibirnya. Tidak mahu bertekak dengan kekasihnya itu. "As your wish, princess. But make sure that I will be pay too. "

Suzy mengerling lelaki tadi. Dan dia pun menganggukkan kepalanya setuju.

💖✨💖✨💖✨💖

Kembali ke mereka bertujuh tadi. Masing-masing diam tidak bersuara apabila menunggu ucapan Gempa.

"Gem? Something's wrong? " Dengan prihatin Ais bertanya ke arah Gempa apabila dia mendapati gadis itu diam sahaja dan tidak mengungkapkan sebarang kata-kata setelah memanggil perhatian dia dan yang lain.

Gempa mengetap bibirnya gelisah tatkala kini dirinya menjadi tumpuan 6 lelaki dewasa yang baik rupawan mereka dan masing-masing mempunyai kerjaya yang cemerlang. Walaupun berasa bangga dapat bersama mereka, namun sekarang Gempa mengalami kesulitan pula.

"Eerrr... Aku... Ada sesuatu nak bagitau korang. " Tidak menggunakan bahasa formal yang sentiasa dibahasnya, Gempa seolah-olah memberikan isyarat kepada yang lain supaya memberikan tumpuan kepadanya.

"Ok...? Kau nak cakap apa? " Blaze bertanya sambil mengangkat sebelah keningnya.

Gempa meletakkan kembali sudu dan garfu yang dipegangnya di atas pinggan semula. Satu tarikan nafas diambil lalu dihembus berat. Dengan keadaan yang masih hening tidak bersuara, Gempa menatap setiap wajah para jejaka yang berada di hadapannya.

"Sebenarnya... Aku nak luahkan sesuatu pada korang. "

"Sesuatu? " Pernyataan Gempa mendapatkan tanda tanya buat mereka berenam.

Gempa mengangguk. "Ya. Dan aku harap, korang akan akur dengannya dan faham kenapa aku katakan macam tu. " Tidak berdalih lagi, Gempa semakin serius dengan nada suaranya.

"Baiklah. Kami akan cuba. " Halilintar meletakkan sudu dan garfunya juga di atas pinggan lalu menyandarkan dirinya di kerusi. Kedua belah tangannya dilipatkan di hadapan dada dan berpeluk tubuh. Sebelah kakinya pula dilipat di atas sebelah kaki lain.

"Mulai hari ini... " Gempa menarik nafasnya untuk menyemangati dirinya sendiri untuk derus berkata-kata. "...aku... Tak nak tengok atau jumpa korang dah. "

Senyap. Yang lain tiba-tiba kaku mendengar permintaan Gempa.

"A-apa maksud Gempa..? " Thorn bertanya bagi mendapatkan kepastian. Riak wajahnya juga sudah jelas memaparkan bahawa dia cukup terkejut dengan Gempa.

"Aku dah tak nak jumpa dengan korang bersebab. Tidak lama lagi aku akan sambung belajar. Dan setelah itu aku akan bekerja di bawah syarikat ayah aku. Tentang janji dan ugutan korang tentang syarikat ayah aku tu... Aku minta maaf. Tapi aku memang tak boleh lakukan macam tu. "

6 jejaka yang berada di meja bulat bersama Gempa itu mula mempamerkan reaksi yang berbagai jenis. Ada yang terkejut, ada yang sedih, ada yang marah dan ada yang datar sahaja.

"Aku kena fokus pada apa yang berada di sekeliling aku. Dan aku juga ada sebab peribadi kenapa aku mahukannya. Dan aku tak nak korang masuk campur dah lepas ni. "

"Tergamak kau buat macam ni, huh? " Solar mengenggam tangannya kuat seolah-olah menahan geram dengan Gempa. Di dalam hatinya seolah-olah sudah retak kerana kecewa dan marah.

"Maaf. Tapi mungkin sampai sini saja perkenelan kita. Aku dah tak nak ada apa-apa hubungan dengan korang. Mulai sekarang, kita musuh. "

Gempa tidak berdolak-dalih lagi. Dia mahu selesaikan segalanya dengan segera kerana masih banyak rancangannya yang perlu dia jalankan.

"Kami tak boleh terima tentang apa yang kau minta! Berikan kami sebab yang munasabah, Gempa! " Taufan menghentak meja sedikit kuat sebagai tanda memprotes.

"Aku sudah cakap tentang sebabnya! Dan yang selebihnya adalah privasi! Aku tak boleh beritahu korang sebab aku tak percayakan korang! "

"Dan apa yang kami buat selama ini sia-sia ke, hah?! Kami dah banyak menunjukkan bahawa kami ni ingin berkenalan dan mengenali kau! Apa yang susah sangat kau nak terima kami?" Blaze menggeram marah. Seolah-olah tidak dapat menerima alasan Gempa.

Gempa mengerutkan keningnya kesal. Dia menatap wajah tidak puas hati 6 jejaka di hadapannya. Dia cuba mengawal perasaannya dan mula berkata dengan nada yang serius dan sadis.

"Perlu ke kau mempercayai seseorang yang baru kau kenal? Don't play with earth if you don't know what kind of it is."

Setelah berkata demikian, Gempa pun terus mengambil segala barangnya dan beredar dari situ. Meninggalkan 6 jejaka yang kini sudah membisu.

"Tsk! Aku tak boleh terima! " Blaze menggeram marah.

"Gempa... Bencikan kita ke..? " Thorn bertanya dengan nada yang sedih. Jelas sekali dia kecewa dengan keadaan tadi.

Halilintar diam sahaja sambil memikirkan setia kata-kata Gempa tadi. Dia cuba membuat kesimpulan berdasarkan apa yang terjadi. Baginya, alasan Gempa mungkin munasabah namun apa yang membuatkan dia tertarik dengan alasannya adalah sebab peribadi gadis itu. Apa yang disorokkan oleh Gempa sebenarnya?

"Guys. " Halilintar memanggil mereka.

Semua mata mula memandang ke arah Halilintar.

"Macam mana kalau kita buat Gempa tak boleh lari dari kita? "

"Huh...? Maksudnya? " Solar berkerut kening menatap Halilintar. Kali ini nampaknya dia tidak dapat menangkap apa maksud di sebalik kata-kata Halilintar itu.

Halilintar tersenyum sinis. Dia yakin bahawa rancangannya akan berjaya. "Let's make her can't hide from us. Sekarang dengar. Aku ada rancangan. "

Dan mereka pun mula fokus dengan rancangan Halilintar.







TBC(?)

Hola! Hola! Maaf chap kali ni lebih hambar dari yang biasa. 😅 Bila mengalami masalah kesihatan macam ni lah jadinya.

Takpelah! Apa-apa pun, jom kita nantikan apa yang bakal terjadi! 😉

Continue Reading

You'll Also Like

38.6K 2.9K 156
BoBoiBoy dan kawan-kawan menjalani hari yang biasa di stesen TAPOPS. Sehinggalah power sfera perentas dimensi Gigabot tiba. Gigabot: Urgh.... BoBoiBo...
1.3M 101K 57
Arash Zayden, salah seorang anggota unit pasukan khas Polis Diraja Malaysia. Pulangnya ke tanah air tanpa sebarang niat untuk menaruh rasa pada sesia...
624 89 9
Hud Qays Zayyan, seorang tentera Malaysia bertemu dengan seorang gadis bernama Ummul Eisya gadis biasa yang tinggal di Lorong Haji Taib. Awalnya Hud...
NITRO By af12344

Fanfiction

144K 8K 68
Mengisahkan seorang ejen tekno bernama Ali yg merupakan seorang ejen yg sgt lemah. Dia sering dibuli, dihina dn dicaci olh rakannya termasuklah Alici...