Don't Play with Her! [🔰]

By HarruTsubasa05

44.1K 4.1K 1.1K

[This story will be HIATUS for a while!] Gempa hanya seorang gadis kampung yang akan pulang ke pangkuan ayahn... More

This Girl
Step-Family
Walking on the Street
Meet with 6 annoying guys?!
The Unexpected Gift
The Dancing Night
A Sudden Attack!
A Sudden Attack! (Pt. 2)
A Sudden Attack! (Pt. 3)
Her Past
Silent Killer
A Gift!
Her Love
Her Love (Pt. 2)
Dinner
First Job!
Sudden Attack Again?!
The Reason Why...
What's The Matter?
A Little Moment
Bye! and Hello!
Chaos
Chaos (Part 2)
Welcome to University!
Little Kimchi
Forgive Us
The Game is Begin
Let's Forget for A While
First Day!
Oh?
Remember This!
Military
I Know Your Intention
Right Over Here
Play Victim

New Plan

1.1K 117 12
By HarruTsubasa05

"Saya sudah balik! Ayah? Gempa balik ni! " Dengan nada suara yang mesra Gempa melangkah masuk ke dalam rumah agam yang tersergam indah itu. Iris emasnya melilau mencari kelibat satu-satunya orang tuanya itu di sekitar kawasan ruang utama rumah itu.

Seketika kemudian Gempa ternampak salah seorang maid yang sedang mengemop lantai. Dia menghampiri maid tersebut lalu dengan sopan dan lemah-lembut dia menegur maid tersebut. "Umm... Maaf mengganggu. Cik Maid ada nampak ayah saya? "

Maid tadi pun menolehkan kepalanya dan tersenyum apabila melihat Cik Mudanya menegurnya. "Tuan Amato? Kalau tak salah saya ada nampak dia kat taman. Katanya nak ambil udara segar. " Kata-kata maid tadi mendapat anggukan faham dari Gempa. Sebelum beredar, Gempa sempat mengucapkan terima kasih lalu dia pun melangkah keluar semula dari pintu utama rumah itu dan berjalan menuju ke arah taman buatan yang ada di sebelah kawasan rumahnya.

Gempa mencari kelibat ayahnya sebelum dia ternampak ayahnya sedang bersama dengan mak tirinya sedang berbual-bual di taman tersebut. Gempa berjalan menghampiri ayahnya lalu dengan sabar dia menunggu sehingga ayahnya itu habis berbual dengan mak tirinya.

Amato perasan akan kehadiran anaknya. Lalu dia pun meminta izin untuk berhenti berbicara dahulu dan menumpukan sepenuh perhatian kepada anaknya.

"Ya, Gempa? Kenapa ni? "

"Uhhmm... Ayah. Kalau Gempa mahu kita berbicara berduaan buat seketika boleh? Gempa ada satu permintaan untuk diminta."

Amato memandang anaknya hairan. Namun tanpa mengambil masa yang lama, dia pun meminta isteri keduanya itu agar beredar buat seketika kerana dia mahu bersama dengan anaknya buat sementara. Sofia hanya diam dan beredar namun sebelum dia melepasi Gempa, dia sempat menjeling ke arah Gempa dan dia pun berlalu pergi meninggalkan mereka berdua bersama.

Gempa hanya mengabaikan perlakuan mak tirinya walaupun di dalam hatinya sudah membuak-buak menyumpah seranah kepada makcik tua tersebut. "Dasar makcik tua muka berkedut tak sedar diri! Ada hati nak jeling-jeling aku bagai?! Aku siat muka kedut kau dan bagi ikan buntal aku makan baru tau! "

Gempa memendamkan segala sumpahannya kepada mak tirinya sebaik sahaja dirinya dipanggil oleh ayahnya. Mereka berdua pun berjalan bersama menuju ke arah pondok kecil yang pernah Gempa bersama maid kesayangannya iaitu Yaya dan Ying berbual bersama sebelum ini.

💖✨💖✨💖✨💖

"Ha, kenapa Gempa nak jumpa ayah ni? " Amato memandang ke arah anaknya dengan santai. Senyuman tidak sama sekali hilang dari wajahnya setiap kali dia memandang satu-satunya zuriat cahaya matanya bersama isteri tercintanya dahulu.

Gempa membalas senyuman ayahnya dengan manis. Dia pun memegang kedua belah tangan ayahnya dan berbicara dengan nada yang sopan. "Begini ceritanya ayah, ayah masih ingat Fang? Kawan baik Gempa sewaktu di kampung dahulu? " Amato terdiam seketika untuk berfikir. Namun kemudian dia pun mengangguk. "Kenapa dengan dia? "

Gempa menarik nafasnya sebelum dihembuskan untuk menenangkan dirinya. Dia kemudian memandang ke arah ayahnya semula. "Tadi Gempa ada terserempak dengannya. Fang datang ke sini untuk mengisi masa terluangnya dan di samping untuk mendapat pengalaman sewaktu di bandar. Lebih kurang dia akan ada di sini dalam sekitar 3 hari? Gempa ada bertanya tentang di manakah dia akan tinggal malam ini? Namun dia tidak pasti kerana dia khuatir wang belanjanya tidak mencukupi untul menampung hidupnya di sini. Jadi ayah, bolehkah jika Fang tinggal di sini? Gempa sangat rindu akannya. Nanti Gempa boleh ada peneman. " Panjang lebar Gempa menyusun ayatnya dengan baik sambil memandang ke arah Amato.

Amato cuba memahami keseluruhan cerita yang diceritakan oleh Gempa dan dia mengangguk faham. Kepala anaknya diusap lembut lalu dia pun mengukirkan senyuman hangatnya. "Sudah tentu boleh, sayang. Ayah sentiasa menantikan permintaan daripada kamu. Kamu ni susah sangat nak meminta sesuatu dari ayah tau, tak? "

Gempa sekadar tertawa kecil mendengar rungutan ayahnya. Dia pasti bahawa ayahnya sedikit terkilan kerana anaknya tidak mahu sama sekali bergantung kepada ayahnya. Sesekali sudah tentu tidak menjadi masalah namun bagi insan bernama Gempa ini, dia jarang malah tidak pernah dan susah sekali untuk meminta sesuatu. Jadilah kali ini Amato ingin menunaikan permintaan anaknya itu.

Gempa memeluk Amato dengan erat sekali. "Terima kasih banyak, ayah! Sayang ayah! " Amato tertawa menerima telatah manja anaknya. Kepala anaknya diusap lembut sebelum dia membuka suara semula untuk menghilangkan keheningan antara mereka berdua. "Sama-sama. Oh ya, ayah nak tanya. Kamu sudah fikirkan universiti mana kamu nak masuk nanti, Gempa? "

Gempa melepaskan pelukannya dari ayahnya lalu menatap ke arah ayahnya itu. "Hmm... Terdapat beberapa pilihan yang Gempa mahu pilih tetapi Gempa mahu bincangkannya bersama-sama ayah. Supaya nanti di pilihan Gempa yang terakhir Gempa tidak akan menyesal! " Gempa berkata dengan semangat. Amato mengangguk faham dan dia bersama Gempa pun bangun untuk bertemu dengan Fang yang kata Gempa sudah menunggu di perkarangan rumah.

💖✨💖✨💖✨💖

"Sini bilik awak, Fang."

Gempa menunjukkan sebuah bilik yang dibukakannya kepada Fang yang setia berdiri di sebelahnya. Fang cuba mengintai dan melihat suasana di dalam bilik tersebut. Betapa kagumnya dia apabila melihat keadaan bilik tersebut yang sangat elegant dan mewah sekali. Segala susun atur perabot sudah seperti rumah mewah yang selama ini ditontonya sahaja di kaca TV.

"Besar betul ruang bilik rumah ni. Betul ke kau tinggal di sini, Gempa? " Fang menatap ke arah gadis beriris emas di sebelahnya itu dengan tatapan suka untuk percaya bahawa gadis itu adalah rakan karibnya semenjak kecil lagi.

Gempa tertawa terkekeh-kekeh melihat respons Fang. Seperti dirinya yang baru pertama kali menjejakkan kaki di rumah agam ini, begitulah reaksinya selepas merasainya sendiri. Sebelum ini dia sudah terbiasa dengan kehidupan yang sederhana dan tidak mewah bersama-sama atoknya, Tok Aba. Kebanyakan rumah dibuat dari kayu yang kukuh dan tahan lama. Namun sebaik sahaja dia pulang ke pangkuan ayahnya semula, Gempa memang agak sukar untuk menyesuaikan dirinya di sini. Namun lama kelamaan dia sudah terbiasa akhirnya.

"Nanti makan malam saya panggilkan, ya? Fang berehat lah dahulu. Buat macam rumah sendiri. Saya minta diri dulu, ya? Bye! " Dengan sopan Gempa menundukkan badannya dan beredar dari bilik Fang setelah empunya bilik sudah masuk ke dalam ruang bilik baharunya.

Gempa membantu Fang untuk menutup pintu biliknya sebelum dia beredar pergi. Sebaik sahaja Gempa pergi meninggalkannya sendirian di dalam bilik, Fang pun terus membaringkan dirinya di atas katil yang bersaiz queen yang empuk.

"Haahh... Sekurang-kurangnya ada lah tempat untuk berteduh. " Keluh Fang lalu tidak lama kemudian dia pun tertidur dengan lena tanpa sempat dia menukar pakaiannya.

💖✨💖✨💖✨💖

"Tsk! Mama! Macam mana sekarang ni? Suzy dah tak tahan dengan perangai perempuan kampung tu! Dia dah banyak bolot apa yang Suzy tak pernah dapat sebelum ni! " Suzy meremas geram sapu tangan yang dipegangnya sebagai tanda melepaskan geram.

Puan Sofia hanya mampu mengeluh sahaja sambil melihat telatah anak perempuannya yang memang cukup tidak sabar ingin menghabiskan anak tirinya itu. "Sabarlah, Suzy. Mama pun tengah fikirkan cara bagaimana nak kalahkan budak tu. Dah lah budak kampung! "

"Itu lah, Mama! Waktu sebelum perempuan tu balik Mama tak nak bolot awal-awal harta ayah! Sekarang tengok?! Ayah dah bagi banyak harta dan duit dia dekat perempuan kampung tu! "

"Itu kan anak kandung dia.. Kamu kena faham Suzy. Kamu ni bukannya anak kandung ayah. "

"Ish! Tak adillah macam ni! Perempuan tu dah rampas segalanya! "

Dua orang perempuan yang berlainan umur itu mendengus geram. Masing-masing terdiam sambil memikirkan cara bagaimana untuk menewaskan Gempa iaitu keluarga tiri mereka.

Dalam mereka sedang memikirkan rancangan, tiba-tiba Sofia tertangkap susuk tubuh anak tirinya bersama seorang remaja lelaki yang mungkin sebaya dengannya sedang berjalan menaiki tangga menuju ke tingkat atas. Beberapa orang pembantu rumah turut mengikuti mereka berdua sebagai membawa beg bagasi milik lelaki tersebut.

"Eh?? " Berkerut wajah berkedut Puan Sofia apabila dia ternampak anak tirinya iaitu Gempa sedang berbual dengan lelaki tersebut iaitu Fang.

Suzy juga melihat ke arah Sofia melihatnya. Dia terdiam cuba mengenalpasti wajah tersebut.

"Mama, nampaknya rancangan kita akan dinaiktaraf. " Suzy berkata dengan senyuman yang membawa makna tersembunyi.

Sofia melirik ke arahnya sebelum cuba memahami maksud tersebut. Setelah dia faham, barulah dia juga ikut tersenyum. "Dan Mama ada rancangan baru juga~"







TBC(?)

Aaahhhh.... Ani tahu Ani semakin payah untuk update cerita ni sebab ini kali pertama Ani handle satu cerita seorang diri. Al maklum Ani bukannya penulis yang pro jadi jalan cerita maybe tunggang-langgang sikit. 😅💦
.
Apa-apa pun, nampaknya masalah akan timbul lagi! Haih... Tak habis-habis lagi diorang dua tu! 😤

Continue Reading

You'll Also Like

687 90 9
Hud Qays Zayyan, seorang tentera Malaysia bertemu dengan seorang gadis bernama Ummul Eisya gadis biasa yang tinggal di Lorong Haji Taib. Awalnya Hud...
21.8K 456 14
"Kahwin dengan daddy jom"? -Alex Danial "You dh gila ke ape?"you are my lecturer!"-Raisha Qistina "I tak gila,I gila...
221K 13.1K 49
( ssars love written 1 ) Cinta rumit Faeeq Elhan, Eryna Safia. © ssarserans december story 2022
92.8K 4.9K 59
Cerita ini dibuat selepas Boboiboy movie 2. Pastikan korang dah tengok semua musim Boboiboy dan movie... Semua watak dari Monsta kecuali nama2 watak...