NOXIOUS

By eiffelynne

29.1K 2.7K 214

[ PEMENANG ANUGERAH NOVAESTAR2017|KILLER SKILL - Ranked #1 in Magis on 21/11/19 ] 30 tahun yang lalu, kemuncu... More

Prolog
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5
Part 6
Part 7
Part 8
Part 9
Part 10
Part 11
Part 12
Part 13
Part 14
Part 15
Part 16
Part 17
Part 18
Part 19
Part 20
Part 21
Part 22
Part 23
Part 24
Part 25
Part 26
Part 27
Part 28
Part 29
Part 30
Part 31
Part 32
Part 33
Part 34
Part 35
Part 36
WELCOME BACK!
Part 37
Part 38
Part 39
Part 40
Part 42
Part 43

Part 41

214 19 0
By eiffelynne

"Awina."

Panggil Prof Arhan tersenyum nipis. Mengelus lembut rambut hitam berkilat itu. Cecair merah pekat yang mengalir dari dahi Awina dikesat perlahan. Awina mengetap bibirnya. Lebam-lebam jelas kelihatan pada wajah dan badannya. Gadis itu hanya diam. Menahan tangis didada.

"Aku tak suka buat kau macam ni, Awina."

Kata Prof Arhan lagi. Menggeleng dengan riak wajah yang kesal. Melihatkan Awina tidak memberi respon terhadapnya, dia menghembus nafas perlahan sambil meraup muka. Dia berdiri menghadap Awina yang menunduk.

"Apa yang kau fikir? Aku jaga kau dan adik kau berbelas tahun. Kenapa kau tikam belakang aku?!"

Nada yang mulanya perlahan terus meninggi. Tangan Prof Arhan laju menampar gadis yang sememangnya sudah cedera itu. Awina jatuh tersungkur.

"Aku hantar kau untuk perhatikan Hana. Tapi kau ended up biarkan dia lari! Kenapa, Awina?!"

Jerkah Prof Arhan menyinga. Rambut yang dielus tadi direntap kasar supaya Awina bangun memandang dirinya semula. Bibir gadis itu diketap kuat. Awina masih menahan tangis didada. Sakit perit mencucuk setiap inci tubuhnya. Dia perlu kuat dalam menghadapi hukuman itu.

"You owe me your life!"

Tengking lelaki itu lagi. Awina hanya memejamkan mata. Tidak sanggup berdepan dengan Prof Arhan yang sedang meluap marah. Genggaman itu dilepaskan. Gadis itu jatuh terbaring lemah.

Prof Arhan bangun membelakangi Awina lalu mencekak pinggang. Tangan kanannya menyentuh rerambut nipis yang ada pada dagunya.

"Have you forgotten your promise? Or should I take it back? Then he will die permanently."

Dia kembali bersuara setelah diam seketika. Kata-kata itu lantas membuka semula mata Awina. Jantungnya berdegup kencang apabila nyawa mula dipertaruhkan.

"Tidak."

Awina bersuara.

"Hm?"

Prof Arhan kembali menoleh. Memandang gadis yang cuba bangun lalu duduk bertongkatkan tangannya sendiri.

"I'll do anything. Jangan cederakan Haziq."

Rayu Awina bersungguh dengan mata yang berkaca.

"Padamkan. Padamkan semua memori tentang Hana. Saya akan pastikan kuasa Hana kembali pada Prof semula. Please."

Prof Arhan sedikit mencebik. Seolah-olah mengejek rayuan Awina. Dia perlahan mencangkung menghadap semula gadis itu. Disentuh dagu tirus itu bagi mengangkat wajah yang berani mengkhinatinya.

"Kau tahu kenapa aku tak bunuh kau terus?"

Lama Awina diam sebelum dia menggeleng perlahan.

"Because you are my one and only best fighter that I have."

Prof Arhan tersenyum nipis. Ada sedikit riak kesal muncul pada senyuman itu.

"And if my eldest daughter still alive. She will look exactly like you."

Jarinya ditarik semula, tertolak sedikit wajah gadis itu. Dia lantas bangun membiarkan Awina tertanya sendiri.

"Get Imran back. I need him. Prove your loyalty to me."

Ujar Prof Arhan tegas sambil menyusun langkah untuk pergi dari situ.

"Prof! Padamkan memori saya! Tolonglah."

Prof Arhan berhenti betul-betul dihadapan pintu keluar yang terbuka luas. Dia hanya diam lalu meneruskan langkah. Kali ini benar-benar meninggalkan Awina menanggung kesakitan jiwa dan raganya.

***

"Kau buat apa dekat sini?"

Tanya Amirul sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam biliknya sendiri. Mendengarkan pertanyaan itu, Haziq meletakkan semula rubik berwarna yang dipegang tadi ke atas meja. Matanya melihat nota-nota yang bertampal kemas sebelum dia bertanya,

"Kau ada nampak Awina?"

Dahi Amirul berkerut sedikit. Tiba-tiba saja Haziq bertanya soalan yang tiada konteks padanya.

"Tak ada. Kenapa?"

Langkah kakinya tadi diteruskan lalu dia melabuhkan punggungnya pada birai katil. Dia kembali memandang Haziq yang masih berdiri pada meja tulis yang tidak jauh darinya.

"Aku tak jumpa dia. Dah hampir tiga hari. Setahu aku, kita tak ada misi apa-apa."

"Misi sulit, mungkin?"

Sangkal Amirul menolak segala kemungkinan yang ada pada fikiran Haziq.

"Tak apalah."

Jawab Haziq yang kemudiannya pergi meninggalkan budak baru yang sudah tentu tidak tahu apa-apa. Haziq terus melangkah laju ke arah bilik Dr Asma. Mungkin doktor itu ada jawapan untuk dirinya.

"Dr Asma ada?"

Tanyanya sebaik sahaja dia sampai di bilik makmal dan ujikaji itu. Cik Sarah yang memegang dua tabung uji ditangannya hanya menggeleng laju. Tidak sempat dia bertanya lanjut, Haziq terus menghilangkan diri.

Langkahnya laju melewati koridor-koridor itu sehinggalah dia ternampak kelibat Prof Arhan dari jauh.

"Prof! Prof Arhan! Tunggu!"

Panggil Haziq berlari bagi mendapatkan ketuanya. Prof Arhan menghentikan langkahnya lalu berpaling menghadap Haziq. Keningnya sedikit terangkat seolah-olah bertanya apa yang Haziq mahukan.

"Bila kita akan selamatkan Imran?"

Soalan lain pula yang secara automatik keluar.

"Sejak bila kau mula kisahkan pasal dia?"

Tanya Prof Arhan sedikit terkejut dengan pertanyaan itu. Haziq hanya diam tidak menjawab. Prof Arhan tidak bertanya lanjut.

"No need to save him. He'll return soon."

Prof Arhan terus menyambung langkah yang dihentikan oleh Haziq sebentar tadi. Haziq menggaru sedikit kepalanya yang tidak gatal. Soalan lain yang ditanya sedangkan dia sedikit pun tidak kisah dengan Imran yang sangatlah menjengkelkan bagi dirinya itu.

Haziq akhirnya mengubah tapaknya ke laluan yang bertentangan dengan Prof Arhan. Mindanya masih ligat memikirkan dimana keberadaan kakak kembarnya itu. Kakinya disusun ke arah bilik Awina.

GEDEBUK!

Bunyi barang jatuh dari bilik Awina membuatkan Haziq melajukan langkahnya.

"Awina!"

Panggil Haziq sebaik sahaja dia sampai dibilik itu. Kelihatan Awina berdiri menghadap meja yang ada namun habis segala buku-buku berterabur di atas lantai. Nafas Awina sedikit mencungap. Dadanya berombak kencang.

"Kenapa? Kau okay tak ni?"

Tanya Haziq datang mendekati. Cuba untuk menenangkan gadis itu. Awina mengangkat tangan kirinya bagi menutup pintu dengan mengunakan kuasa yang ada. Dia langsung terduduk pada tilam katilnya sambil memejamkan mata. Kadar penafasan masih sama. Laju dan berat.

"Wina. Kau kenapa ni?"

Haziq bingung melihat Awina yang masih mendiamkan diri tidak mempedulikan dirinya.

"Aku ada misi lepas ni."

"Hah? Misi apa? Bila?"

Awina menggeleng kepala apabila Haziq terus menerpanya dengan pelbagai soalan.

"Kau ni, banyak benda yang kau rahsiakan dari aku. Lepas tu kau yang tanggung akibat tu sendiri. Aku yang sepatutnya melindungi kau!"

Marah Haziq, bengang apabila kakaknya sering mengetepikan dirinya.

"Aku buat semua ni untuk kebaikan kau."

"Kebaikan apa? Cuba bagitahu aku, Wina. Kau dah hilang selama 3 hari. Tiba-tiba kau cakap pasal kebaikan untuk aku."

Awina mendiamkan diri.

"Prof Arhan kata, Imran akan balik tak lama lagi. Kita semua tahu Imran dalam kawasan musuh. Dan kita tak tahu lokasi sebenar dia. Siapa yang akan bebaskan dia dari situ Wina?"

Nada Haziq bimbang. Dia cuba mengagak apa perancangan Prof Arhan.

"Just please tell me you're not doing this suicide mission."

Sambung Haziq mengenggam tangan Awina sambil memandang gadis itu dengan penuh pengharapan. Awina mengetap bibir. Dia tidak mampu memberitahu apa yang perlu didengari oleh Haziq. Melihatkan reaksi Awina. Haziq sudah mampu meneka apa yang akan terjadi. Dia menggeleng kepala tidak percaya.

"Dia dah melampau!"

Marah Haziq yang terus bangun. Pantas Awina menarik tangannya supaya berhenti. Haziq memandang kakaknya dengan wajah yang marah. Matanya tertangkap pada garis luka yang hampir pulih pada hujung dahi Awina. Menanmbahkan lagi perasaan marahnya. Melihat riak wajah Haziq yang jelas tidak berpuas hati, Awina mengangguk perlahan.

"Ikut aku."

***

Teeeettttttt...

Bunyi monitor bersama garisan merah yang mendatar soalah-olah menghentikan segala apa yang berlaku disekeliling anak kecil itu. Gadis yang berusia 10 tahun itu perlahan mendekati cermin kaca yang didalamnya terbaring kaku si adik kembar bersama wayar penuh diatas badannya. Doktor serta jururawat yang berada didalam itu menggeleng perlahan lalu masing-masing menghentikan segala apa yang sedang dilakukan.

"Kenapa berhenti?"

Gadis kecil itu bertanya. Namun pertanyaannya tiada siapa pun mendengar. Tangan kecil itu melekat pada cermin tadi.

"Kenapa berhenti?"

Diketuk cermin tadi hingga membuatkan semua yang berada didalam bilik itu menoleh dengan pandangan sayu padanya.

"Kenapa berhenti!!"

Kali ini suara kecil itu kuat menjerit. Menepuk kuat cermin kaca itu berulang kali. Seorang jururawat yang berada berdekatan terus menahan perbuatan tersebut malah mengangkat gadis itu menjauhi cermin kaca tersebut.

"Haziq!!!"

Panggil Awina lantang, meraung cuba melepaskan diri dari pengangan jururawat tadi.

"Nanti! Haziq! Haziq!"

Laung Awina lagi, meronta lebih hebat.

"Haziq!! Bangun!!"

Doktor yang bertugas tadi memandang semula ke arah jam yang ada dalam bilik itu.

"Masa kematian, 4:52 petang."

***

Awina termenung jauh ke luar tingkap yang dibasahi dengan hujan. Langit mendung gelap tidak memberi peluang pada cahaya petang untuk menyentuh bumi. Lututnya dirapatkan pada dada. Matanya kembali melihat lengan kecilnya yang penuh dengan lebam dan parut luka.

Hospital itu riuh dengan tangisan anak kecil serta bunyi derap kaki para doktor dan jururawat yang ke hulu ke hilir entah apa yang dilakukan oleh mereka. Air mata Awina perlahan kembali jatuh, namun esak tangis langsung tiada. Hanya basah dengan air mata pada pipinya. Tangisan yang sepi.

Jururawat tadi dengan tenang memberitahu keadaan sebenar adik kembarnya yang telah disahkan meninggal dunia akibat pendarahan yang teruk pada bahagian kepala. Jadi Awina perlu teruskan kehidupannya sendiri. Dan dia tidak pasti bagaimana untuk melakukan perkara itu seorang diri.

"Awina!"

Panggil jururawat tadi dari luar bilik itu.

"Penjaga kamu dah sampai."

Gadis itu tenang berdiri lalu melangkah ke arah pintu. Tidak menyoal sepatah pun. Hanya menurut. Huluran tangan jururawat itu disambut lalu dia dibawa berjumpa dengan penjaganya yang sudah pasti datang dari pusat jagaan anak yatim.

Ya. Awina serta adik kembarnya merupakan anak yatim piatu. Ibu bapa mereka telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya yang melibatkan pemandu lori yang mabuk. Awina cuma ada Haziq dalam hidupnya. Pusat jagaan anak yatim itu pula dihantar oleh kakak ibu mereka namun kemudian mereka ditinggalkan disitu tanpa mendengar lagi khabar berita darinya.

Awina hanya berdiri disitu. Manakala penjaganya meneruskan perbualan dengan doktor yang bertugas.

"Jadi, apa punca kematian ya doktor?"

Penjaganya bertanya tanpa ada sedikit perasaan hiba dalam hatinya.

"Pendarahan dalam kepala. Mungkin, kakaknya tertolak agak kuat hingga dia terjatuh tangga."

Balas doktor tadi sambil memandang ke arah Awina.

"Tapi kami dapati banyak kesan lebam pada Awina ni. Boleh kami tahu kenapa?"

"Oh, dia ni memang nakal. Kalau main dengan adiknya memang ganas. Tu lebam-lebam tu semua sebab dia terjatuhlah tu."

Doktor itu mengangguk faham. Dia lantas mencangkung bagi bertemu mata dengan Awina yang hanya mendiamkan diri.

"Awina? Awak okay?"

Pertanyaan doktor itu tidak sempat dijawab oleh Awina. Penjaganya pantas cuba mengalihkan semula fokus doktor itu tadi dengan soalan-soalan berkaitan dengan borang yang perlu diisi olehnya. Maka doktor tadi bangun semula melayan pertanyaan remeh penjaganya itu. Terasa seperti tidak dihiraukan, Awina berpaling lalu perlahan melangkah pergi meninggalkan mereka berdua. Dia kembali ke bilik yang menempatkan jasad adiknya yang sudah bertutup dengan kain putih.

Lama Awina berdiri disitu. Memandang ke arah sekujur tubuh yang tidak akan hidup semula. Mindanya kosong. Adiknya bukan mati kerana jatuh seperti yang dikatakan sebentar tadi. Adiknya mati kerana kepalanya dihentak lantai berkali-kali sebelum dia ditolak jatuh tangga. Awina tidak sempat untuk menyelamatkan adiknya.

Dia dan adiknya telah menjadi mangsa dera sejak setahun yang lalu. Awinalah yang selalu mengambil tempat buat adiknya. Tetapi kali ini, Haziq tidak sempat diselamatkan.

"Tengok apa?"

Tanya seorang lelaki yang entah bila muncul disebelahnya lembut.

"Adik saya."

Tenang Awina menjawab sambil menunjuk kearah mayat adiknya. Lelaki itu tersenyum nipis. Kemudian dia memandang ke arah Awina.

"Kenapa dengan adik?"

Awina tidak menjawab. Dia hanya mengangkat bahu. Masih tenang. Tiada reaksi.

"Pak cik ni doktor ke?"

Tanya Awina pula. Dia mengalihkan pandangan pada lelaki yang masih tersenyum nipis sambil melutut disebelahnya.

"Bukan. Pak cik, cuma professor. Nama kamu siapa?"

"Awina, yang tu adik saya. Haziq."

Jawab Awina memperkenalkan dirinya sambil menunjuk ke arah Haziq seolah-olah adiknya masih hidup. Lelaki tadi hanya tersenyum.

"Kalau pak cik bukan doktor. Pak cik boleh tolong tak kejutkan adik saya. Doktor yang lain tak boleh kejutkan. Tadi pak cik kata, pak cik bukan doktor."

Senang teori gadis kecil itu. Dia masih mengharapkan adiknya untuk bangun kerana dia tidak sanggup balik ke rumah anak yatim itu seorang diri.

"Boleh. Pak cik boleh kejutkan adik kamu. Tapi ada syaratnya."

"Okay. Pak cik tolong kejutkan Haziq."

"Kamu tak nak tahu apa syaratnya?"

"Oh. Apa?"

Tergelak kecil lelaki itu tadi melihat Awina begitu fokus untuk mengejutkan adiknya hingga terus bersetuju tanpa mengira apa pun syaratnya.

"Kamu perlu patuh semua arahan pak cik."

"Okay."

Makin galak senyuman lelaki tadi. Dia lantas bangun untuk kembali berdiri. Tangan kirinya diangkat separas bahu.

"Glassil aquo!"

Pelahan-lahan terbentuk satu dinding cermin memisahkan orang lain dengan mereka. Awina menganga kagum. Lelaki tadi berjalan ke arah bilik yang menempatkan Haziq didalamnya. Dengan berhati-hati, dia mengangkat jasad sejuk kaku itu lalu mengendongnya kemas.

"Jom. Awina."

Panggilnya sebaik sahaja dia keluar dari bilik itu. Tangan kanannya dihulurkan pada Awina yang kemudiannya menyambut tanpa teragak-agak. Mereka bertiga melangkah keluar dari hospital tersebut.

"Nama pak cik siapa?"

Barulah Awina bertanya. Mendongak memandang lelaki yang masih dengan senyuman itu.

"Arhan. Prof Arhan"

***

"Ada cara untuk aku selamatkan Imran."

Kata Awina sebaik sahaja dia menutup pintu bilik itu. Haziq berkerut dahi. Wajahnye jelas bertanya maksud sebenar disebalik kata-kata Awina.

"Hafiz akan tolong aku."

"Hafiz? Hafiz yang Hafiz tu?"

Tanya Haziq lagi. Nadanya sedikit tinggi. Awina mengangguk. Wajahnya tenang memberitahu rancangan yang disangka gila oleh adik kembarnya sendiri.

"Macam mana kau boleh yakin Hafiz akan tolong kau? Hafiz tu musuh kita. Tak cukup lagi ke kau dah lepaskan mereka hari tu?"

Awina diam. Pandangan matanya dialihkan ke lantai.

"Kenapa kau boleh fikir Hafiz akan tolong kau macam mana kau tolong dia? Entah-entah mereka pun nak tunggu peluang je untuk bunuh kau sebab kau punca Hana ditangkap."

Jelas Haziq lagi memberi alasan yang cukup logik bagi sesiapa yang tahu asas menyusun strategi.

"Aku akan tawarkan diri aku sendiri."

Terdiam Haziq dengan jawapan Awina. Perlahan kepalanya menggeleng sendiri.

"Urgh. Wina. Apa pasal kau suka sangat rancang plan yang macam ni?"

Haziq menyerabutkan rambutnya. Pening dengan perancangan kakaknya.

"Think through, Wina. Think through."

Haziq menarik kerusi yang ada. Dia lantas duduk sambil memicit kepalanya yang kusut dengan rancangan Awina yang kedengaran amat terdesak baginya.

"Prof Arhan akan lancarkan serangan akhir sebaik sahaja dia dapat semula Imran."

Balas Awina.

"Apa pentingnya Imran pada dia? Prof Arhan ada kau. Kau lagi hebat dari Imran. Kau lebih berkuasa dari Imran. Dia kenal kau, kenal kita lagi lama dari Imran. Jadi apa pentingnya Imran pada dia?"

"Imran lagi gila dari kita."

Raut wajah serius Awina memandang tajam pada Haziq yang mengerutkan dahinya.

"Kuasa amordite Imran telah berubah disebabkan serangan terakhir yang dia gunakan. Imran sebenarnya telah berjaya membuka tahap kuasa Amordite yang seterusnya. Jadi Prof Arhan berniat untuk mengambil semula kuasa itu sebelum mereka."

"Dan kenapa kau ditugaskan untuk jalankan misi ni seorang diri?"

Awina mengetap bibir. Dia tidak menjawab pertanyaan penting itu.

"Untuk tebus kesalahan kau yang menyebabkan Hana terlepas?"

Masih sama. Kakaknya masih diam membisu. Haziq mengeluh perlahan. Entah apa yang Awina telah buat hingga meletakkan kedudukan gadis itu dalam keadaan sebegitu.

"Kau kata, kau akan buat pertukaran dengan diri kau. Kalau mereka terima pertukaran itu, bermakna mereka belum tahu apa yang ada pada Imran. Mereka akan terima kau sebab kau lebih lama dengan Prof Arhan dan akan mengharapkan kau spill the tea about all of us. Is it?"

Awina mengangguk perlahan. Membuatkan Haziq mendapat kepastian bahawa teorinya benar.

"I'm coming with you."

"No! Kau tak boleh ikut aku."

"Kau tak boleh buat keputusan untuk aku Awina. Aku dah tak nak kau buat keputusan untuk aku! Aku adik kau! Satu-satunya adik yang sepatutnya melindungi kau. Bukan biarkan kau tanggung semuanya sendiri."

Dari lembut tutur kata Haziq tadi, kini bertukar tegas. Dia rimas apabila dilayan oleh Awina yang masih menganggap urusan merbahaya itu tidak sesuai untuk dirinya.

Masing-masing mendiamkan diri. Dalam hati Haziq, dia sedikit menyesal kerana meninggikan suaranya.

"Lagi pun, kalau kau mati. Prof Arhan pasti tak perlukan aku lagi."

Tambah Haziq perlahan.

"Tak Haziq. Kau kene teruskan hidup. Prof Arhan masih perlukan kau."

"Sudahlah Wina. Sampai bila kau nak terus menipu? Aku tahu cerita yang sebenar. Kau patuh arahan Prof Arhan sebab aku. Kau minta Prof Arhan masukkan kuasa ni dalam badan aku supaya aku tetap ada disini. In exchange for my life is your loyalty. Aku tahu Awina. Aku tahu semuanya."

Anak mata Awina tepat memandang Haziq yang marah. Dia terkejut mendengar segala patah kata yang keluar dari mulut Haziq sendiri. Sangkanya rahsia itu masih selamat. Sangkanya Haziq masih tidak mengetahui cerita sebenar. Tapi ternyata rahsia telah terbongkar, dibongkar oleh Haziq sendiri. Air matanya bergenang.

"Macam mana kau tahu?"

Haziq hanya diam menggelengkan kepalanya perlahan.

"Bagi aku tolong kau dalam misi kali ni."

"Kau tak marahkan aku?"

Awina menahan sebak didada. Wajahya merona merah. Haziq hanya menggeleng perlahan.

"Kau buat semua tu untuk aku. Aku tak sepatutnya kembali pada dunia ni Wina. Apa tujuannya kalau aku hidup semula hanya untuk tengok kau yang sengsara?"

"Tak. Aku tetap tak boleh benarkan kau tolong aku. Kalau kau kena tangkap macam mana? Lagi besar masalah nanti."

"Habis plan kau yang nak serah diri ni pulak apa benda?"

Kembar itu masih bertikam lidah. Haziq tetap tidak mahu mengalah. Awina menarik nafas dalam. Dia perlu menang perbalahan itu.

"Aku akan bekukan masa untuk aku larikan diri. Jadi kau jangan masuk campur dalam hal ni."

Jawab Awina nekad dan tenang. Haziq mengeluh perlahan.

***

Continue Reading

You'll Also Like

157K 16.8K 186
Lily dan Lyle pasangan kembar tak seiras hidup di zaman moden.Mereka adalah pelajar universiti medical yang popular dengan kecantikan dan ketampanan...
MAMA SYA By

Fantasy

13.1K 63 7
Aku diajar oleh mama sya dan mist lia
136K 823 4
Kisah seorang suami pendiam dan tidak berani bersuara untuk mempertahankn haknya. Dia hanya mampu melihat kawannya mencabul dan mengerjakan bininya h...
533K 36.5K 69
Highest #1 in Sad TRIO GIRL TG dianggotai tiga orang gadis berperwatakan nerd dan selalu di buli. Namun mereka masih bersikap sopan santun walaupun d...