Don't Play with Her! [🔰]

By HarruTsubasa05

44.1K 4.1K 1.1K

[This story will be HIATUS for a while!] Gempa hanya seorang gadis kampung yang akan pulang ke pangkuan ayahn... More

This Girl
Step-Family
Walking on the Street
Meet with 6 annoying guys?!
The Unexpected Gift
The Dancing Night
A Sudden Attack!
A Sudden Attack! (Pt. 2)
A Sudden Attack! (Pt. 3)
Silent Killer
A Gift!
Her Love
Her Love (Pt. 2)
New Plan
Dinner
First Job!
Sudden Attack Again?!
The Reason Why...
What's The Matter?
A Little Moment
Bye! and Hello!
Chaos
Chaos (Part 2)
Welcome to University!
Little Kimchi
Forgive Us
The Game is Begin
Let's Forget for A While
First Day!
Oh?
Remember This!
Military
I Know Your Intention
Right Over Here
Play Victim

Her Past

1.6K 143 85
By HarruTsubasa05

Gempa baru sahaja selesai daripada aktiviti mandinya. Dia melangkah keluar dari bilik mandinya sambil mengelap rambutnya yang basah menggunakan tualan kuning yang tertulis khas namanya di hujung tuala tersebut. Gempa berjalan lurus menuju ke arah katilnya dengan bantuan cahaya bulan yang memasuki ruang biliknya yang luas itu. Sebaik sahaja tiba di katilnya, Gempa mencapai telefonnya yang diletakkan di atas almari kecil yang menjadi tempat lampu tidur dan novelnya berada. Sebaik sahaja dia mendapat telefonnya, terus dibuka layar telefon itu dan dia mendapati ada beberapa mesej yang masuk.

Dahi Gempa berkerut hairan. "Pelik, siapa pula yang mesej aku malam-malam buta ni? Nombor semua aku tak kenal ni. Cuba check lah... " Tanpa membuang masa, Gempa terus membuka ruang chat tersebut. Membutang mata Gempa sebaik sahaja dia dapat membaca mesej-mesej tersebut.

01X XXX XXXX

Hi, Gempa!
Fanfan hensem di sini! 😘

Gempa dah tidur ke?
Oklah Fanfan tak nak kacau tidur indah Gempa tapi just nak cakap yang ini adalah nombor personal Fanfan.

Jadi kalau ada apa-apa masalah Gempa boleh chat or call dekat sini je.
Kalau nak jumpa personal pun boley~ ehek! 😚

Oklah Gempa!
Fanfan pun nak masuk tidur so gudnite!
Sweet dream dan mimpikan beta ya wahai permaisuri hatiku~ auch! 😘

Gempa tergelak kecil membaca mesej yang ternyata dari Taufan itu. Dia kemudian membuka chat yang lain pula. Ternyata kesemua 6 jejaka tadi telah menghantarkan mesej kepadanya pada waktu yang sama. "Diorang sepakat ke apa? " Monolog Gempa sambil sweatdrop. Namun dalam dia memeriksa dan membaca semua mesej itu, tiba-tiba dia mendapat mesej baru dari seseorang pada waktu itu. Dan Gempa mendapati, ia dari Halilintar. (Walaupun tak save lagi nombor tapi Gempa dapat cam sebab cara percakapannya dalam chat tu. 😅)

01X XXX XXXX

Hoi.
Aku tahu kau tak tido lagi Si Pendek.
Aku malas nak perkenalkan diri aku atau apa. Cuma nak cakap sesuatu.

Be careful.

Aku tahu tentang masalah kau dan keluarga tiri kau tu.
Jangan risau yang lain tak tahu apa-apa pun. Hanya aku seorang saja.

Dan ingat, kalau mak tiri kau tu boleh rancang nak bunuh suami dia sendiri, dia bila-bila masa saja boleh rancang untuk bunuh kau.

Aku cakap bukannya sebab aku risaukan kau ke apa. Jadi jangan salah faham. Aku risau nanti makin susah nak rampas syarikat ayah kau tu je.

Sudah, pergi masuk tido.

Gempa terkebil-kebil memandang mesej dari Halilintar tersebut. "Dia ni tsundere sejati ke apa? " Gempa menggelengkan kepalanya sambil tersenyum mengejek. Namun kemudian dia serius kembali. Terdapat kata-kata Halilintar yang menarik perhatiannya. "Be careful, huh? Seems like he really does know about my problem, huh? Nampaknya aku tak boleh pandang rendah pada Mamat ni. Ok, let's play along then. " Gempa menutup layar telefonnya dan lantas baring ke atas katil empuknya.

Gempa termenung seketika sambil menatap siling biliknya yang mempunyai perhiasan seperti sticker yang berbentuk permata dan berwarna kuning. Siling itu ditambah pula dengan bintang-bintang yang seperti berkelipan kerana terkena cahaya bulan. Sangat cantik.

Fikiran Gempa menjadi tenang melihat perhiasan tersebut. "Mesti ayah yang buat semua ni, kan? " Monolog Gempa dalam hatinya. Senyuman manis terukir di bibirnya.

Namun seketika kemudian senyumannya kembali memudar. Tiba-tiba memorinya mengingat kembali akan situasi yang mana tentang perbualannya bersama 6 jejaka sewaktu majlis tadi.

"Aku sudah beritahu diorang supaya rahsiakan rahsia aku. Tapi... Boleh ke aku percayakan mereka? " Fikiran Gempa mula bercelaru.

💖✨💖✨💖✨💖

Gempa membetulkan posisinya di atas katil miliknya lalu menyelimuti dirinya dengan kain selimut yang tebal dan berwarna kuning keemasan. Gempa menyambung kembali imbasannya.

Dia teringat akan peristiwa dirinya dihantar oleh ayahnya sebaik sahaja arwah maknya meninggal dunia.

💖✨💖✨💖✨💖

FLASHBACK

"Ayah, kenapa kita balik ke kampung? " Seorang kanak-kanak kecil beriris emas memandang ayahnya yang sedang memimpin tangannya dan berdiri di sampingnya di stesen kereta api. Si ayah, iaitu Amato memandang ke arah anaknya iaitu Gempa dengan pandangan serba salah dan penuh penyesalan.

Amato mencangkungkan dirinya bagi kedudukannya sama taraf dengan anaknya dia lalu memandang ke arah Gempa yang pada waktu itu masih berumur 5 tahun. Dibelainya rambut kanak-kanak itu yang masih pendek dan bersinar. Seulas senyuman kecil diberikan kepada Gempa. "Kita akan melawatu atok, sayang. "

"Melawat atok?! Waahh~! Dah lama kita tak jenguk atok! Tak sabarnya!! " Gempa melompat keriangan. Amato terkekeh-kekeh melihat telatah anaknya yang begitu comel dan ditambah pula kanak-kanak itu sedang memakai baju musim sejuk beserta lengkap skarf yang dililit di lehernya. Amato berdiri semula dari duduknya. Tangan Gempa diraih dan mereka mula berjalan menuju ke gate check-out dari stesen tersebut. "Jom, kita jumpa atok. "

💖✨💖✨💖✨💖

"Atoookk~!! Kimchi datang ni~!" Gempa memanggil atoknya iaitu Tok Aba sambil mengetuk pintu rumah ayah kepada ayahnya itu. Dan tidak lama kemudian, kedengaran bunyi tapak kaki seseorang menghampiri pintu lalu tombol pintu dipulas.

Dengan perlahan, terserlah wajah seorang warga emas yang bertopi putih dan bercermin mata di muka pintu. Wajah warga emas tersebut terpancar seri wajahnya beserta senyumannya. Melihat sahaja wajah atoknya, pantas Gempa berlari mendekati Tok Aba sambil menjerit namanya. "Tok Aba~!!" "Kimchi!! Cucu atok!! "

Mereka berdua berpelukan dan Gempa mencium pipi Tok Aba berkali-kali sebagai pelepas rindunya pada atoknya. Tok Aba juga tidak kurang memeluk erat cucunya dan sempat menggeletek manja pada badan cucunya yang akhirnya mendapat kekekan tawa dari kanak-kanak tersebut.

"Abah apa khabar?" Amato berjalan mendekati Tok Aba lalu memeluk ayahnya dengan erat. Tok Aba membalas pelukan anak tunggalnya sambil menepuk-nepuk belakang anaknya itu. "Abah sihat. Kau ok tak ni? Muka macam hilang bini je. "

"Ish! Apa lah abah ni! Orang betul-betul hilang bini kot... Sniff.. " Sebak jadinya Amato apabila diusik oleh Tok Aba. Tok Aba hanya terkekeh-kekeh ketawa dan menepuk bahu anaknya itu dengan lembut. "Maaflah, abah bukannya sengaja. Abah pun sama apa? Mak kau pun dah takde kan? " Amato hanya mencebikkan bibirnya. Makin menjadi pula sedihnya apabila arwah maknya iaitu arwah nenek Gempa diungkit kembali.

"Atok, jangan buat ayah sedih. Nanti ayah nangis lagi! Kesian ayah sebab dia nangis hari tu, tok."

"Iya? Alahai... Orang besor pun nangis? "

"Hum! Kimchi tak nangis pun, tok! Tapi... Ada lah sedih juga. Mak dah takde.. Jadi siapa nak main dengan Kimchi? " Gempa menundukkan kepalanya sedih. Amato juga turut bersimpati pada anaknya sendiri. Seorang kanak-kanak kecil yang masih tidak tahu apa-apa dan sudah kehilangan ibunya. Aduh, peritnya ujian.

Melihat wajah cucu kesayangannya suram, Tok Aba terus mencium dahi Gempa dan mengusap kepala kanak-kanak itu dengan lembut. "Dah, tak payah kamu nak sedih. Yang pergi biarlah mereka pergi. Kita yang hidup ni jangan sia-siakan peluang yang ada. Ok?" Tok Aba berkata lembut ke arah Gempa.

Gempa mendongakkan kepalanya memandang ke arah Tok Aba. Tidak lama selepas itu dia pun tersenyum dan mengangguk. "Hn! Kimchi akan berusaha untuk bahagiakan ayah pula nanti! " Gempa memandang ke arah Amato berserta matanya yang bulat dan bersinar itu. "Ayah, nanti Gempa akan jaga ayah pula, ya? Gempa akan membesar dan jadi cantik macam mak!" Dengan nada yang riang dan yakin Gempa berkata-kata.

Amato membalas tatapan anaknya. Dia lantas tersenyum dan menganggukkan kepalanya sambil mengusap kepala Gempa dengan lembut.

💖✨💖✨💖✨💖

Amato membiarkan Gempa bermain dengan kucing peliharaan Tok Aba iaitu Cattus. Amato duduk bertentangan dengan Tok Aba di atas sofa. 2 orang lelaki dewasa itu memandang tenang ke arah Gempa yang kelihatannya sungguh riang bermain dengan kucing tersebut.

Tok Aba kembali memandang ke arah anaknya. "Ha, kenapa kamu tiba-tiba datang jenguk ni? " Amato membalas tatapan ayahnya. Dia kemudian menghela nafas. Seolah-olah melepaskan beban yang begitu berani di dadanya. "M-macam ni abah. Boleh tak.... Kalau Amato tinggalkan Gempa di bawah jagaan abah? "

Tok Aba berkerut keningnya apabila mendengar kata-kata anaknya itu. "Kenapa pula? Kau bukannya sibuk pun kan? "

"Itulah sebabnya abah. Saya... Nak sambung belajar dan ambik master. Lepastu Amato nak mula menubuhkan perniagaan. "

"Kenapa pula? Atok ada kedai juga. Kau kerja sajalah dengan atok. Kan senang?" Kata-kata Tok Aba mendapat gelengan dari Amato. "Saya ingin menubuhkan perniagaan saya sendiri. Dan pada masa yang sama... Boleh tak abah... " Amato melirik ke arah Gempa yang sedang mendukung Cattus lalu mencium kucing itu dengan penuh kasih sayang.

Amato terdiam seketika sambil memandang ke arah Gempa. Namun kemudian dia menghela nafas sekali lagi. "Saya nak abah... Tolong ajarkan Gempa tatasusila. "

"Huh?! Kenapa pula? Kau tengok anak kau ni biadap ke? " Tok Aba mula berubah risau. Amato menggelengkan kepalanya menidakkan kerisauan Tok Aba. Dia menundukkan kepalanya sambil tersenyum miris. "Saya takut.. Kerana kehilangan ibunya, Gempa akan berubah menjadi anak yang kekurangan kasih sayang suatu hari nanti. "

Tok Aba memandang ke arah Amato tanpa berkelip. Jelas terpancar wajah kekecewaan pada wajah lelaki warga emas tersebut. Tok Aba menghela nafas sambil menyandarkan dirinya pada kerusi sofa yang didudukinya. "Haih... "

END FLASHBACK

💖✨💖✨💖✨💖

Secara perlahan air mata Gempa mengalir keluar dari hujung matanya. Tipulah kalau sebenarnya dia tidak mendengar apa yang dibualkan oleh ayahnya dan atoknya dahulu. Walaupun pada waktu itu dia masih mentah dan tidak tahu apa-apa. Namun semakin dia membesar dia semakin tahu apa yang dimaksudkan oleh ayahnya dahulu.

"Ayah nak aku... Jadi seorang gadis yang elegan dan sentiasa beradab. Dia khuatir kalau aku tak dapat kasih sayang arwah mak, aku akan menjadi seorang anak yang kekurangan kasih sayang dan akhirnya rosak." Gempa menggenggam selimut yang dipegangnya.

"Aku berjaya membesar menjadi gadis yang beradab. Tapi lepas aku fikir balik, kalau aku terus menjadi sebegitu, aku akan menjadi semakin tidak berguna. Ditambah pula.... " Gempa memejamkan matanya sembari mengetap giginya geram. "Ayah kahwin pula dengan makcik berkedut seribu tu! Aku awal-awal lagi sudah tahu akan niat makcik tu. Jadi sebab itulah aku berlatih segala seni mempertahankan diri dan mula menjadi gadis yang mempunyai 2 tingkah laku. Hanya Tok Aba, 6 lelaki sesat tu, kawan-kawan dekat kampung dan... 'Dia' sahaja yang tahu akan diri aku yang sebenarnya. " Seulas senyuman kecil terukir di bibirnya.

Kelihatan wajah Gempa tiba-tiba kemerahan sebaik sahaja dia menyebut 'Dia' dalam fikirannya. Fikiran Gempa mula membayangkan wajah seorang lelaki yang sering menarik perhatiannya dan disukainya dalam diam.

Gempa akhirnya memutuskan untuk tenangkan diri dan tidur. Namun sebelum dia tidur, mulutnya mula menyebut sesuatu atau lebih tepatnya nama seseorang.

"Fang... Suatu hari nanti kita akan bersatu. "

Lalu Gempa pun tertidur dan dibuai mimpinya yang indah.















TBC(?)

Hohohoho~ terkejut tak? ╰( ̄▽ ̄)╭
.
Bertenang dulu guys~
Kita tengok apa akan jadi lepasni. Uwu
.
So korang nak pilih siapa bersama Gempa? (/・ω・)/
.
One of those elements x Gempa
Atau...
Fang x Gempa?
.
Keputusan di tangan anda!
(๑•̀ㅂ •́)و ✧

Continue Reading

You'll Also Like

72.3K 356 18
kisah seorang ustazah sekolah agama terjebak ke pelacur
64.5K 316 24
Shownu merupakan Seorang usahawan yg terkenal dan berjaya. Walaupun di usia yg masih muda dia berjaya membangunkan sebuah syarikat yg mempunyai banya...
25.2K 489 27
[ KARYA PERTAMA ] -Amnesia -Balas dendam Singkat dan padat hehe Total words :
616K 37.4K 65
Riyana pelajar tingkatan 5 yang mahu menduduki SPM. Tingkatan 5 confermlah SPM takkan UPSR pulakkk.. Cerita ni ceritakan kisah Riyana berjumpa dengan...