Don't Play with Her! [🔰]

By HarruTsubasa05

44.1K 4.1K 1.1K

[This story will be HIATUS for a while!] Gempa hanya seorang gadis kampung yang akan pulang ke pangkuan ayahn... More

This Girl
Walking on the Street
Meet with 6 annoying guys?!
The Unexpected Gift
The Dancing Night
A Sudden Attack!
A Sudden Attack! (Pt. 2)
A Sudden Attack! (Pt. 3)
Her Past
Silent Killer
A Gift!
Her Love
Her Love (Pt. 2)
New Plan
Dinner
First Job!
Sudden Attack Again?!
The Reason Why...
What's The Matter?
A Little Moment
Bye! and Hello!
Chaos
Chaos (Part 2)
Welcome to University!
Little Kimchi
Forgive Us
The Game is Begin
Let's Forget for A While
First Day!
Oh?
Remember This!
Military
I Know Your Intention
Right Over Here
Play Victim

Step-Family

1.7K 164 33
By HarruTsubasa05

"Selamat pulang, Cik Gempa! "

Dengan penuh hormat para butler dan maid berbaris tegak lalu menundukkan badan mereka sebaik sahaja Gempa melangkah masuk. Melihat keadaan yang begitu asing bagi dirinya, Gempa sedikit terundur ke belakang dalam keadaan terkejut.

"Ah.. Umm.. S-semuanya... tak perlu terlalu formal dengan saya. S-saya.. " Tegagap-gagap Gempa ingin berkata-kata jadinya. Salah seorang dari barisan maid berjalan menghampiri Gempa. Jaket beserta begnya terus diambil. Salah seorang butler juga berjalan mendekati Gempa lalu mempersilakan Gempa untuk mengekorinya.

"Sila ikut saya, Cik Muda. "

"Err... Umm.. Ok. "

Dengan perasaan gugup dan canggung Gempa mengekori butler tadi dari belakang. Gempa sempat melirik ke sekelilingnya dan betapa kagumnya dia di saat dia dapat melihat suasana dalam rumah tersebut. Begitu luas dan mewah. Semua barang kelihatan bersinar dan cantik.

"Mesti semua barang mahal ni... " Desis hati Gempa dengan kagum.

💖✨💖✨💖✨💖

"Gempa! Anak ayah, akhirnya kamu dapat pulang ke pangkuan ayah semula!" Encik Amato berjalan menghampiri Gempa lalu memeluk anak gadis tunggalnya dengan erat sekali.

Gempa tertawa kecil sambil membalas pelukan dari ayahnya.

"Ayah, ayah sihat? " Gempa memandang ayahnya sambil di dalam pelukan. Amato mengusap kepala Gempa dengan penuh kasih sayang.

"Sudah tentu ayah sihat. Dan... " Amato sedikit meregangkan pelukan mereka. Ditatapnya wajah anak kesayangannya itu.

"Ayah baru dapat berita yang kamu kena serang tadi. Kamu ok? "

Gempa sedikit cuak apabila disoal sedemikian. Ayahnya masih tidak tahu akan dirinya dengan lebih mendalam. Dengan cepat Gempa menganggukkan kepalanya sambil mengukirkan senyuman walaupun ia senyuman canggung.

"I... Iyaa.. Gempa ok! "

Amato tersenyum mendengar balasan dari anaknya. Sekali lagi dia menarik anaknya itu masuk ke dalam pelukan yang hangat.

💖✨💖✨💖✨💖

"Jadi... Bila Gempa boleh jumpa dengan keluarga tiri Gempa? "

Gempa menyoalkan soalan kepada ayahnya sebaik sahaja mereka berdua duduk di atas sofa bersama dan bersama-sama menikmati teh panas di ruang keluarga yang luas tersebut. Amato tersenyum lalu mengusap kepala Gempa dengan lembut.

"Kamu terlalu bersemangat untuk bertemu dengan keluarga tiri kamu, ya? " Gempa hanya menganggukkan kepalanya sambil tersenyum manis.

"Siapa yang nak bertemu dengan perampas takhta mak, huh?! Aku takkan benarkan mereka bahagia kalau mereka ingin kelebihan ayah sahaja dalam keluarga ni!"

"Sayang~"

Suara seorang wanita memecah kehangatan antara Amato dan Gempa. Serentak mereka berpaling dan mendapati seorang wanita separuh usia sedang berjalan dengan begitu elegan sekali dan diikuti beberapa orang remaja di belakangnya.

Wanita itu berjalan mendekati Amato lalu duduk di samping Amato yang kosong. Dia memeluk bahu Amato dengan lembut dan tersenyum.

"Ini ke anak awak yang awak katakan tu? " Wanita tersebut memandang ke arah Gempa. Gempa hanya tersenyum seperti biasa dan membalas tatapan wanita tersebut.


"Apa khabar, mak cik? Saya harap kehadiran saya tidak sama sekali mengganggu hubungan kekeluargaan anda semua. " Masih dengan senyumannya Gempa menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan wanita tadi.

"Oh.. Ahahaha! Jangan panggil saya macam tu. Saya ni masih jauh lagi muda dari arwah ibu kamu. Jadi panggil saya 'mak' pun takpe. "

Wanita itu membalas jabatan tangan dengan Gempa. Mereka berdua saling ketawa kecil namun jauh di dalam benak hati mereka saling mengutuk antara satu sama lain.

"Perempuan tua tak sedar diri ni... Sedap sardin dia je nak aku panggil dia 'mak'? Lepastu hina lagi mak aku? Eh, mak aku jauh lagi cantiklah! Tak mainlah muka berkedut macam kau ni!! " Kutuk Gempa di dalam hatinya.

"Eeyyy... Budak hingusan ni. Sedap dia je panggil aku mak cik ya? Jaga kau. Aku dapat peluang, aku seksa kau! " Wanita tadi juga tidak kalah mengutuk Gempa.

Amato yang memandang suasana yang hangat (dingin) tersebut pun tersenyum senang.

"Haa... Lega rasanya dapat tengok suasana yang hangat ni. Jadi ayah harap, kamu akan selesa untuk tinggal di sini mulai sekarang, ya Gempa? " Gempa menoleh ke arah ayahnya dengan pandangan terkejut.

"A-apa?! Tapi ayah, Gempa nak tinggal bersama Tok Aba kat kampung! Kawan-kawan Gempa pun ada dekat sana! " Gempa cuba untuk memprotes dan menolak ajakan ayahnya.

Amato menggaru kepalanya sambil tersenyum canggung. "Aaahh... Maafkan ayah. Ayah tak sempat nak beritahu Gempa yang... Selepas ini, Gempa akan tinggal bersama ayah. "

Mendengar kata-kata dari ayahnya, serta merta Gempa rasakan satu bilah pisau menusuk di dalam hatinya. Wajahnya jelas memaparkan kekecewaan ke arah ayahnya. "A-apa..? Tapi.. Gempa dah janji dengan Tok Aba yang Gempa akan kembali! "

"Gempa, dengar sini. Tok Aba dah tahu semua ni. Dan... Dia setuju! "

"Ayah cakap Tok Aba setuju?! Ni mesti ayah ada cakap apa-apa kan pada atok!? Saya... Saya kecewa dengan ayah! "

"Gempa, jangan cakap macam tu pada ayah kamu. Dia buat semua ni untuk kebaikan kamu! "

"Apa yang mak cik tahu?! Selepas arwah mak meninggal, ayah sendiri yang hantar saya ke kampung dan tinggalkan saya dalam keadaan keliru! " Gempa mengerling ke arah Amato dengan geram. "Saya tak kira, saya nak balik ke kampung semula! "

"Tsk! Drama. Kalau macam tu kau balik sajalah! "

Suara seorang gadis mencela masuk di dalam suasana yang panas itu. Gempa segera berpaling ke arah pemilik asal suara tersebut dengan jelingan yang tajam.

"Cis! Another troublemaker! " Desis Gempa dalam hati. Dia sempat mengutuk gadis tersebut yang nyatanya kelihatan lebih muda beberapa tahun darinya.

"Suzy! Jangan cakap macam tu pada kakak tiri kamu! " Amato mula membentak anak perempuannya yang dari isteri keduanya. Gadis yang bernama Suzy itu terus menundukkan kepalanya akur.

Amato bangun dari duduknya lalu berjalan menghampiri Gempa. Bahu Gempa ditepuk lembut. "Gempa, maafkan ayah, ya? Ayah terpaksa meninggalkan kamu waktu kamu kecil. Ayah tahu kamu masih kecewa dengan ayah selepas berduka sebaik sahaja arwah mak meninggal. Melihat wajah kamu, ayah selalu teringatkan wajah mak kamu. Jadi jangan marahkan ayah, ya? "

Amato berusaha untuk memujuk Gempa.

Gempa menghela nafas. Dia kemudian memeluk Amato dengan erat dan menganggukkan kepalanya. "Maafkan Gempa juga, ayah. Gempa terlalu kecewa dengan ayah... "

"Tidak mengapa. Baiklah, apa kata kamu berehat dan lepasni keluar berjalan-jalan? "

Gempa mendongakkan kepalanya bersama mata yang berbinar teruja. "Betul ke?! Baik~! Ayah berehat ya? Nanti lepas balik Gempa beli apa-apa untuk ayah? " Amato tergelak kecil melihat telatah puteri kesayangannya.

"Pastikan kamu beli makanan ya? "

"Ayah ni, tahu makan je! "

"Itu je yang boleh mengenyangkan perut~"

Gempa ketawa terkekeh-kekeh melihat wajah Amato yang memaparkan wajah lucu. Dia kemudian kembali memeluk ayahnya sebelum dia beredar untuk menuju ke tingkat atas untuk ke bilik.

Amato hanya tersenyum sebelum dia tiba-tiba mendapat call. Tanpa membuang masa, dia terus menjawab call tersebut dan mengalihkan pandangannya ke arah lain.

Melihat tumpuan Amato beralih, Suzy terus berpaling ke arah Gempa yang sedang berjalan melepasinya. Sebaik sahaja Gempa berlalu, dia sempat berbisik ke arah Gempa dengan dingin.

"Kau jangan harap akan hidup aman dekat rumah ni. " Suzy mengerling ke arah Gempa. Gempa terhenti seketika di belakang Suzy.

"Oh? " Gempa dengan cepat menendang kaki Suzy dari belakang yang membuatkan gadis itu terjatuh ke depan.

Thud!

"Arghh! Kau ni-! "

"Eh? Kenapa Suzy tiba-tiba terjatuh ni? Suzy ada kram ya? Maaf, Gempa tak tolak Suzy kan tadi? " Gempa bertanya dengan nada polos berserta lakonan tidak bersalah.

"Kau!! "

"Gempa! Jangan kacau adik kamu! " Wanita tadi iaitu mak kepada Suzy menjerit membuatkan semua orang memandang ke arah Gempa. Amato juga turut memandang ke arah Gempa. Gempa hanya berdiam sambil menghinjutkan bahunya tidak bersalah.

"Kenapa? Gempa nak tolong Suzy bangun je. Baiklah, nampaknya semua orang tak nak pertolongan Gempa. Jadi Gempa naik dulu ya~ Muah! " Sempat Gempa memberikan flying kiss kepada keluarga tirinya sebelum berlalu pergi sambil bersenandungkan sebuah lagu.

Suzy dan keluarga tiri Gempa semua memaparkan wajah tidak puas hati ke arahnya. Kecuali Amato yang masih meneruskan perbualan taliannya, mereka semua mengutuk Gempa dalam hati dan ingin membalas dendam kepada Gempa.

"Budak tu..!! Akan lenyap dari keluarga ni! "










TBC(?)

Suka buat drama macam ni. Banyak Ani dan Kak Zie dapat inspirasi dari komik yang melibatkan keluarga tiri. Dan kami juga suka akan watak utama perempuan cerita tersebut yang dalam diam mempunyai jiwa yang licik.
.
Baiklah, semoga cerita ini dapat membuatkan hati semua enjoy! Ah, semoga saja kami author berdua sentiasa bersemangat untuk membuatnya.
😅😅

Continue Reading

You'll Also Like

21.2K 438 14
"Kahwin dengan daddy jom"? -Alex Danial "You dh gila ke ape?"you are my lecturer!"-Raisha Qistina "I tak gila,I gila...
25.4K 525 29
[ KARYA PERTAMA ] -Amnesia -Balas dendam Singkat dan padat hehe Total words :
4.7K 657 55
❝ Ajar aku bunuh diri. ❞ Halilintar Grandville, putera kedua dari keluarga yang berpengaruh. Wajahnya tanpa ekspresi, tatapannya dingin dan rahsia Ha...
719 75 4
She fall first, he fall harders. Ayat ini pasti selalu akan ada di setiap novel-novel cinta tidak kesah bagaimana konsepnya jalan ceritanya. Namun b...