NOXIOUS

By eiffelynne

29.1K 2.7K 214

[ PEMENANG ANUGERAH NOVAESTAR2017|KILLER SKILL - Ranked #1 in Magis on 21/11/19 ] 30 tahun yang lalu, kemuncu... More

Prolog
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5
Part 6
Part 7
Part 8
Part 9
Part 10
Part 11
Part 12
Part 13
Part 14
Part 15
Part 16
Part 17
Part 18
Part 19
Part 20
Part 21
Part 22
Part 23
Part 24
Part 25
Part 26
Part 27
Part 28
Part 29
Part 30
Part 31
Part 32
Part 33
Part 34
Part 35
Part 36
WELCOME BACK!
Part 37
Part 38
Part 40
Part 41
Part 42
Part 43

Part 39

163 17 1
By eiffelynne

"Lepaskan aku!"

Bunyi hentakan katil kuat memenuhi ruang bilik putih itu. Imran berkerut dahi meronta hebat minta dilepaskan. Wajahnya merona merah, hatinya panas diikat sedemikian rupa.

Bunyi bip yang sepatutnya tenang kini berbunyi pantas serta monitor yang ada bertukar merah terang menandakan jantung Imran berada dalam tekanan yang sangat kuat.

Dari luar bilik itu, Prof Irfan memandang kosong. Sudah hampir dua bulan Imran berada dalam tahanan. Namun jejak ketua mereka masih tiada. Anak-anak buahnya yang lain juga tiada apa-apa percubaan untuk menyelamatkan rakan seperjuangan mereka.

Tangan kanannya mengelus rerambut halus yang ada pada hujung dagunya. Masih memikirkan segala rancangan yang boleh dibuat oleh Prof Arhan dalam masa tersebut.

"Irfan"

Teguran Puan Aisyah mematikan lamunan Prof Irfan. Dia memandang wanita yang berdiri disebelahnya. Namun anak mata coklat terang milik Puan Aisyah memandang tepat ke arah Imran yang meronta hebat.

"We have to be ready."

Kata Aisyah mengetap bibirnya. Perasaan takut mula melingkari dalam hatinya. Irfan memandang Aisyah dengan pandangan yang meminta penjelasan lanjut tentang kata-katanya sebentar tadi.

Aisyah mengeluh perlahan sebelum matanya beralih pada Prof Irfan yang memandangnya serius.

"Arhan akan bertindak bila tiba masanya. Aku yakin dia sedang menyiapkan bala tenteranya sedang kita bercakap ni. Harapan kita hanya pada mereka berlima. Tapi Hana..."

Aisyah memberhentikan kata-katanya. Satu keluhan kecil dilepaskan sebelum dia menyambung,

"Hana, kuasa dia tak stabil."

***

Prof Asyraf menyilangkan tangannya ke dada. Badannya dipusing bagi membelakangi panel-panel mesyuarat yang ada dalam bilik itu. Bibirnya diketap rapat. Perasaan risau, kesal, marah, takut semuanya bercampur tika itu.

"Asyraf. Be real. Now we need to be ready. He will have the full power soon to strike an attack. You can't protect Hana forever."

Puan Khalida cuba mengetuk pemikiran rasional Prof Asyraf supaya kembali. Dia pening melihatkan Prof Asyraf yang cuba menolak teori yang disampaikan oleh Luna serta Dr Zahran sebentar tadi. Teori bulan merah yang akan memberikan Prof Arhan tenaga yang sangat kuat. Teori yang menyokong persembunyian serta kehilangan Prof Arhan tika itu.

"Asyraf. Let Iqbal talk to her. Dia tak boleh apa-apakan Iqbal bukan?"

Dr Azlina pula mencelah cuba memberi idea untuk rancangan yang bakal dibuat seterusnya. Namun Prof Asyraf tidak juga kembali menghadap mereka semua. Luna berkerut dahi apabila masih tiada respon dari ketua mereka itu.

"Asyraf!"

Panggil Khalida pula. Kali ini panggilan itu bernada sedikit tegas.

"She needs to die in order to end this! Bahagian mana yang kamu semua tak faham?!"

Bentak Prof Asyraf menghentam meja. Matanya berkaca, cuba menahan ombak perasaan yang sedang kuat menghentam dadanya. Masing-masing terdiam.

"Aku janji dengan nyawa aku pada Hasif, untuk aku jaga dan lindungi Hana bagi pihak dia. Dan sekarang Hana perlu mati, supaya semua ni dapat berakhir? Supaya kita semua boleh selamat? Itu saja ke rancangan yang kita ada? Itu saja ke jalan terakhir kita? Hanya bergantung pada Hana?"

Tangan kanan Prof Asyraf terus menutup mulutnya. Dia kemudian kembali membelakangkan yang lain. Dahinya berkerut seribu. Cuba untuk tidak menunjukkan empangan air mata yang hampir jatuh. Suasana sunyi terus memenuhi ruang bilik itu.

"Memang dah tak ada cara lain?"

Tanya Miss Amal memandang Luna yang menggeleng perlahan setelah mendengar pertanyaan itu. Prof Ammar bangun dari bersandar tenang pada dinding bilik itu. Kakinya melangkah ke arah Prof Asyraf.

"We still have time. By that time, we need to find some other way first. Hantar Iqbal untuk berjumpa dengan Hana. Maybe we can make her talk and bring back the real Hana to the light. Luna, please dig deeper. Any theory, any legends or whatever it is. Just find something. Anything."

Tangan kiri Prof Ammar menepuk bahu Prof Asyraf yang masih dengan perasaan yang berkecamuk. Satu senyuman diberi tanda dia akan cuba cari jalan supaya Hana boleh terselamat dari semua ini.

"Thank you all. You may dismiss."

Arah Prof Ammar sambil mengangkat tangannya. Masing-masing bangun lalu melangkah keluar dari bilik itu. Meninggalkan hanya Prof Ammar dan Prof Asyraf.

***

"Iqbal."

Jejaka itu menoleh ke arah Arman yang menepuk bahunya.

"How is she?"

Iqbal menunduk. Terdengar sedikit keluhan kecil keluar dari bibirnya.

"Azra ada jumpa apa-apa?"

Arman tersenyum kelat.

"Lets go."

Ajak Arman meninggalkan bilik yang menempatkan Hana di dalamnya. Bilik itu gelap tidak bercahaya. Iqbal kembali merenung ke dalam bilik itu untuk seketika sebelum dia mengikuti langkah kaki ketua kumpulannya itu. Dia tidak bertanya lanjut namun hatinya berharap agar Azra boleh memberikan sinar harapan untuk mengembalikan Hana.

Pintu kaca hitam itu terbuka luas menampakkan Azra dan Hafiz yang menoleh ke arah mereka berdua. Gadis itu lantas bangun dari sandarannya pada meja. Iqbal dan Arman melangkah masuk tenang tapi Azra tahu, dalam hati Iqbal penuh pengharapan supaya ada berita baik buat Hana.

Iqbal tanpa berkata apa-apa hanya memandang tepat ke arah Azra. Hafiz terus tergelak kecil.

"Kot iya pun, duduklah dulu. Benda boleh bincang santai-santai. Duduk dulu."

Lawa Hafiz menarik kerusi yang ada supaya mereka tidak memulakan perbincangan dalam keadaan berdiri. Itu sudah pasti akan menjadi amat meletihkan. Mendengarkan apa yang dikatakan oleh Hafiz sebentar tadi, masing-masing mula menarik kerusi. Membuka sidang empat penjuru. Azra memulakan bicara. Matanya tepat dikunci pada anak mata Iqbal.

"Iqbal. Aku sekarang cuma ada teori saja untuk panggil Hana semula. Dan juga pisahkan linked connection antara kau dan Hana."

Wajah Iqbal bertukar bingung sedikit. Permintaannya hanya untuk mengembalikan Hana, dari mana pula datangnya permintaan untuk melupuskan hubungan itu.

"I cannot afford losing you in the middle of the battle just because Hana is hurt. I know it's a deep bond between you two. Tapi untuk menghalang Arhan, aku perlukan kau stabil dengan kekuatan kau sendiri."

Arman bersuara. Memperjelaskan pertanyaan yang terpancar pada wajah Iqbal.

"Macam mana pula untuk kembalikan Hana?"

Azra menarik nafas dalam sebelum menjawab pertanyaan itu.

"In order to retrieve Hana. We must understand her first. Tapi sekarang we know so little about her. We need to know Hana's story. Dan macam mana kau boleh berkait dengan Hana. We need to know your past first."

"Jadi kau nak aku cerita?"

"Nope. We have to see your memories."

Senyuman Hafiz hilang. Ada nada tegas dalam kata-katanya sebentar tadi. Iqbal terus bersandar.

"How?"

Tanya jejaka itu lagi. Dipandang tepat Hafiz yang sudah siap menghulur tangan kanannya.

***

"Aku kan ada. Trust me. Aku takkan benarkan kau cederakan orang lain."

Hana perlahan meletakkan pensilnya kembali ke atas meja. Satu keluhan kecil dilepaskan. Matahari petang berwarna jingga menusuk masuk kelas yang kosong itu melalui celahan tingkap yang terbuka.

Bilik itu sudah lama dikosongkan sebaik sahaja kelas tambahan yang dijadualkan tamat dan hanya tinggal Hana yang ralit melayan perasaan. Kata-kata Iqbal bermain berulang kali dalam mindanya ibarat radio rosak. Dia tahu Iqbal seperti dirinya juga. Mempunyai kuasa luar biasa yang masih tidak deketahui untuk apa. Bezanya cuma Iqbal yakin dengan kuasa yang ada pada dirinya sendiri manakala Hana pula masih meragui segalanya.

Dia juga bimbang sekiranya dia hilang kawalan sekali lagi. Maka berjanjilah Iqbal untuk menjaga Hana dari hilang kawalan ataupun cuba mencederakan orang lain tanpa dia sedari. Hana mengeluh perlahan sekali lagi. Jam pada tangan kirinya direnung bersama sedikit kerutan di dahi. Melihatkan waktu yang sudah agak lewat, Hana segera mengemaskan alat tulisnya untuk berangkat pulang ke rumah.

Petang itu tenang dengan sesekali angin lembut menyapa. Hana melangkah keluar dari blok bangunan itu. Kakinya disusun menuju ke arah pagar sekolah yang masih terbuka luas. Dari jauh, pakcik jaga yang selalu membebel itu tidak pula kelihatan.

"Aku akan tamatkan semuanya."

Satu suara lelaki didengari oleh Hana sekaligus menghentikan kakinya dari terus melangkah maju. Nada suara itu seakan merintih. Jantungnya pantas bedegup laju. Hatinya merasa tidak senang dengan bisikan itu.

"Tak ada gunanya lagi."

Sekali lagi suara yang sama bergema. Hana menoleh ke kiri dan kanan. Matanya melilau mencari jikalau ada kelibat sesiapa sahaja yang berhampiran. Lantas dia menyimpang dari jalan asalnya. Hana cuba mengikuti naluri hatinya hingga sampai ke bangunan blok baru yang masih dalam pembinaan. Tika itulah matanya menangkap satu susuk tubuh yang berdiri di hujung bangunan tinggi yang sudah separuh siap itu.

Berderau darah Hana apabila melihat situasi seperti itu. Beg sandangnya dijatuhkan dan dia terus berlari memasuki bangunan itu untuk mendapatkan remaja lelaki yang sudah bersedia untuk terjun bagi menamatkan nyawanya sendiri. Hana merasakan bahawa dia perlu menghentikan remaja itu walauapapun caranya.

"Bodohlah kau ni. Berani ke tak nak terjun tu? Kau nak tunggu apa lagi? Hahahaha!!"

Gelak ketawa lima orang remaja lain kedengaran ketika Hana hampir sampai ke atas bumbung bangunan itu. Dahi gadis itu berkerut mendengarkan cabaran yang akan melibatkan satu nyawa melayang.

Satu perasaan kurang senang juga dapat dirasai oleh Hana sebaik sahaja dia tiba di situ. Lantas simbahan air mengenai remaja lelaki yang memang berada dihujung tebing. Kemudian botol kosong itu dicampak mengenai kepalanya.

"Bodoh. Nak mati cepat, terjunlah! Ingat ada orang nak kisahkan kau ke?"

Jerit seorang lagi sambil ketawa berdekah. Hana yang menyaksikan keadaan itu terus berang dengan perbuatan tersebut. Namun dia perlu fokus pada mangsa buli, bukan pada pembuli tak guna itu.

"BERHENTI!"

Jeritan Hana membuatkan hampir semua kepala yang ada disitu menoleh ke arahnya.

"Eh, Hana! Kau buat apa dekat sini?"

Johan bangun dari kerusi yang diduduki bagi melihat 'pertunjukan' tersebut. Tidak habis-habis dengan membuli orang lain, kali ini Johan telah melampau. Sanggup bermain dengan nyawa. Hana memandang marah ke arah mereka, Shah dan Kamal juga ada disitu. Dua orang yang lain tidak dikenali oleh Hana.

"Kau ni dah melampaulah Johan. Tak habis-habis nak buli orang lain."

Bidas Hana cuba mendekati remaja lelaki yang betul-betul berada ditebing.

"Aku pulak yang kena? Dia yang tanya aku, apa yang dia boleh buat supaya aku berhenti. Aku jawablah. Lepas tu, dia yang nak terjun."

Selamba Johan menjawab dengan riak wajah yang tidak sedikit pun kesal dengan tindakan kejinya itu.

"Awak, please. Turun. Kita bincang elok-elok. Jangan buat macam ni." rayu Hana berhati-hati menghulurkan tangannya.

"Woi! Tak malu ke? Minta perempuan selamatkan kau. Pengecut gila! Hahaha!"

Gelak ketawa mereka membuatkan riak wajah remaja ini tadi terus berubah. Daripada lega mendapat pertolongan kepada malu kerana diberi pertolongan.

"Diamlah!" Bentak Hana kuat sehingga mereka yang ketawa berdekah ini tadi terus terdiam.

"Awak. Jangan buat macam ni. Kita boleh selesaikan dengan cara lain. Keluarga awak masih ada bukan? Mereka masih sayangkan awak."

Pujuk Hana lagi memandang ke arah remaja yang menunduk malu. Dia masih diam, tidak memandang Hana. Namun kemudian Hana ternampak satu cahaya kemerahan dari dada remaja itu tadi. Matanya cuba fokus pada cahaya itu. Lantas aura membunuh yang kuat terus menerpa ke arah Hana, membuatkan dia mencungap sendiri mencari nafas. Bahaya. Amat bahaya. Naluri Hana mengatakan bahawa permata merah yang ada pada badan remaja itu amat merbahaya. Ini bermakna, sekiranya remaja itu benar-benar mati, perkara dahsyat akan berlaku selepas itu.

"Awak. Jangan dengar cakap mereka. Mereka yang bodoh. Jangan dengar cakap mereka. Awak masih ada keluarga. Jangan buat apa yang mereka suruh."

Hana masih cuba memujuk. Jatuh sedikit peluh didahinya, kesan dari serangan aura jahat itu tadi.

"Dia mana ada keluarga. Anak pungut. Kutip tepi jalan! Tu pun baru tahu semalam. Hahaha!"

Johan tidak peduli. Dia tetap dengan serangan kata-kata keji.

"Oh ya, Hana. Bukan kau pun macam tu ke? Aku dengar ceritalah, bapak kau jumpa kau kat dalam hutan. Celah semak samun. Samalah macam mamat tu. Hahaha!"

Ketawa lagi sekawan yang tidak guna itu. Tidak puas menghina remaja tadi, kini Hana dikaitkan sekali. Kata-kata itu sedikit mengelirukan Hana.

"Jangan nakal-nakal, ya sayang?"

Seimbas memori lantas kembali pada Hana. Memeritkan kepalanya yang tidak langsung mengingati kejadian itu. Wajah seorang lelaki tersenyum perit kearahnya menjadi gambaran pada kata-kata Johan sebentar tadi.

"Diamlah! Kau tak tahu apa-apa tentang aku!"

Marah Hana. Air matanya mula bergenang tanpa dia sendiri menyedarinya.

"Awak, awak please jangan terjun."

Tangannya masih dihulurkan, cuba mencapai remaja yang sepertinya sudah tidak mendengar apa-apa lagi.

"Eh, aku pula yang tak tahu apa-apa. Aku ni tunggu peluang je nak kenakan kau Hana. Tapi si Iqbal tu asyik menyibuk je. Dah alang-alang kau kat sini nak pertahankan si lembik ni. Aku bagi tahu sekalilah apa yang aku tahu. Hahaha!"

Sakan gelak mereka. Seakan-akan perasaan orang lain memang merupakan mainan yang amat menyeronokkan buat mereka semua.

"Oh! Aku dapat tahu, Hana pun kecik-kecik dah pandai buli anak orang lain. Sampai masuk hospital pula tu. Lagi dahsyat daripada kita."

Sambung Kamal menambahkan lagi perasa. Johan terus memuncungkan mulutnya seolah-olah berbangga kerana Hana pernah berbuat sedemikian.

"Woi! Kau jadi ke tak nak terjun ni?"

Jerit Shah sambil membaling botol mineral yang berisi air lalu terkena tepat pada kepala remaja itu, sekaligus menyebabkan dia hilang keseimbangan badan, kakinya tergelincir lalu graviti terus menariknya jatuh ke bawah.

"No!!" Jerit Hana berlari cuba mencapai tangan remaja itu namun semuanya telah terlambat.

Masing-masing terpempan. Dari gelak terbahak-bahak, semua terdiam seribu bahasa. Lawak yang disangkakan kelakar berakhir dengan tragedi. Johan lantas menyerang Shah yang terpaku.

"Kau buat apa bodoh!!!" Marah Johan menolak kuat Shah yang masih terkesima.

"Balik. Balik! Blah wey! Cepat!" Kamal berteriak bagi menyelamatkan diri. Masing-masing segera mencapai beg galas sendiri dan kelam kabut berlari untuk turun ke bawah. Cuba meninggalkan tempat kejadian secepat yang mungkin.

Namun langkah mereka berhenti sebaik sahaja satu teriakan bernada tinggi bergema kuat lalu terus memusnahkan tangga yang sepatutnya menjadi laluan buat mereka semua. Hana terduduk ketakutan. Inilah aura yang dirasai sebentar tadi. Aura membunuh yang sangat kuat.

"Harghhhh!"

Raung makhluk bertubuhkan remaja lelaki yang jatuh tadi. Darah dari kepalanya masih merah mengalir. Kedua matanya bertukar hitam sepenuhnya. Dia duduk mencangkung dari atas runtuhan blok yang memusnahkan tangga itu tadi. Melihat serata tersenyum sinis pada pembuli-pembuli yang ketakutan itu.

Tangan kanannya diangkat lalu memunculkan satu portal biru dari atas kepalanya. Sebaik sahaja tangannya dihayun ke bawah, batang-batang besi laju menusuk dalam lantai konkrit disekeliling mereka semua.

Makhluk itu tidak membunuh sesiapa. Malah lebih kepada ingin menjadikan mereka bahan permainannya pula. Hana yang melihatkan kejadian cuba untuk bangun. Dia perlu melakukan sesuatu supaya makhluk itu dihentikan sebelum lebih banyak nyawa lain yang melayang.

"Johan! Lari! Johan!"

Teriak Hana apabila dia ternampak Johan mengeluarkan sepucuk pistol semi automatik lalu diacukan pada makhluk itu.

"Johan! Berhenti!"

Jerit Hana lagi cuba berlari ke arah Johan yang bersedia untuk menembak.

BANG!

***

Continue Reading

You'll Also Like

278K 1K 8
Kisah rekaan. Nasib malang menimpa Fyra Amira apabila rumah nya dimasuki seseorang.
447K 1.1K 17
Mula mula
399K 4.7K 40
Dikurniakan badan yang berotot sehingga membuat para wanita kagum dengannya, itu sedikit membuat Zafar bangga akan tubuhnya. Bekerja sebagai kuli dia...
364K 3.5K 21
Kisah ini adalah hanya rekaan sebagai hiburan para lgbt.Jika anda tidak menyukai ruangan ini boleh pergi ke page lain.Segala kesamaan nama,watak dala...