NOXIOUS

By eiffelynne

29.1K 2.7K 214

[ PEMENANG ANUGERAH NOVAESTAR2017|KILLER SKILL - Ranked #1 in Magis on 21/11/19 ] 30 tahun yang lalu, kemuncu... More

Prolog
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5
Part 6
Part 7
Part 8
Part 9
Part 10
Part 11
Part 12
Part 13
Part 14
Part 15
Part 16
Part 17
Part 18
Part 19
Part 20
Part 21
Part 22
Part 23
Part 24
Part 25
Part 26
Part 27
Part 28
Part 29
Part 30
Part 31
Part 32
Part 33
Part 34
Part 35
Part 36
WELCOME BACK!
Part 37
Part 39
Part 40
Part 41
Part 42
Part 43

Part 38

156 19 2
By eiffelynne

"Arhan. My love."

Prof Arhan yang sedang duduk memikirkan rancangan seterusnya terus menoleh. Kindoki melangkah ke arah Arhan dengan senyuman manis.

"You fail. Again?"

Arhan mengetap bibir. Tertunduk dia sendiri mengakui kegagalannya sekali lagi. Kindoki duduk bersebelahan dengan Arhan.

"Kau masih punya hati yang baik. Kau tahu Awina punca kegagalan kau. Tapi kau tak mampu nak hapuskan dia. Apa yang kau cuba lakukan sebenarnya, Arhan?"

Prof Arhan masih diam.

"Mereka masih setia dengan aku."

Kindoki mengeluh. Kemudian dia tertawa sedikit mengejek.

"Aku dah penat menunggu, Arhan. Dan kalau kau terus begini, Hasif akan ketawa berdekah mengejek kau yang takkan capai impian kau sampai bila-bila."

Tangan Kindoki dihayun gemalai. Memunculkan dua anak gadis Arhan dihadapannya.

"Tidak mahukah kau membela nasib mereka?"

Arhan memandang ke arah puteri-puteri kesayangannya. Sedaya upaya menahan sebak didada.

"Kau kata Asyraf gagal menjadi pelindung atau pun ayah yang baik pada Hana. Tapi sekarang mereka berjaya mendapatkan Hana semula. Kau pula kehilangan semuanya sekali lagi. Siapa yang gagal sekarang Arhan? Asyraf atau kau?"

Wajah Prof Arhan merona merah. Marah, malu, kesal, semuanya bercampur aduk.

"Diam!"

Jerkah Arhan lantas bangun meninggalkan Kindoki yang masih tersenyum mengejek.

"Just letgo of your human feelings. Let me help you, Arhan."

Kindoki menghulurkan tangan kanannya. Menanti Prof Arhan untuk menerima penolongan ikhlas darinya.

"What will you do?"

Pertanyaan Arhan mengundang senyuman lebar dari Kindoki.

"I'll get the Amordite myself, and you still can have both of your child, if you just let me control you."

Arhan diam. Tidak memberi jawapan. Kindoki menjeling menyampah dengan reaksi yang sama.

"Oh, Arhan. I'm tired of this."

Lantas bunyi desing yang cukup kuat kembali menyeksa pendengaran Prof Arhan. Membesar anak mata Prof Arhan saat bunyi itu kembali. Lantas kedua tangannya memegang kepala sendiri. Prof Arhan menjerit supaya Kindoki berhenti. Tetapi tidak diendahkan oleh wanita itu. Kesakitan yang menikam hebat memaksa Arhan jatuh melutut. Melangkah gemalai Kindoki malam berdiri megah dihadapannya.

"I shall take control. Don't try to fight it anymore, love."

Ucap Kindoki memegang kepala Prof Arhan.

***

Azra dan Hafiz masuk ke dalam bangunan UIPP itu dengan riak wajah yang cuba dibuat selamba. Mata masing-masing melilau liar mencari kelibat orang-orang atasan yang pastinya sudah menyedari tentang kehilangan mereka berdua.

Namun tiba-tiba langkah Azra yang berhati-hati tadi terus terhenti sebaik sahaja mata itu melihat Dr Zahran berlari anak bersama beberapa orang jururawat lain dengan membawa perkakas perubatan.

"Hana! They've must rescued Hana!"

Hafiz bersuara teruja melihat keadaan yang sedikit riuh dengan orang-orang atasan lain yang turut sama mengikuti langkah Dr Zahran sebentar tadi.

"Mereka semua menuju ke arah helipad. Jom Hafiz! Kita mesti selamatkan Hana."

***

Dada Iqbal mulai sakit. Seperti mana waktu Hana dilemaskan dulu. Pantas tangan kanannya memegang dada. Cuba menahan rasa yang tidak menyenangkan itu. Arman lantas memandang ke arah rakannya.

"Iqbal?"

"We need to hurry."

Iqbal memberi amaran pada Arman memandangkan kesakitan itu sudah mula dirasai.

"Bila kita sampai nanti, kau bawa Hana secepat yang mungkin. Aku tak nak yang lain keluar bebas lagi."

Arman mengangguk faham. Dia juga tiada niat untuk bertemu semula dengan gadis kejam tidak berperasaan itu.

Helikopter semakin mendekat dengan helipad yang terbentang luas. Angin menderu hebat. Pasukan perubatan telah bersedia bagi menyambut Hana yang telah dimaklumkan berada dalam keadaan kritikal lebih-lebih lagi kesakitan itu telah dirasai oleh Iqbal.

Perlahan helikopter mendarat. Pintu dibuka luas lalu turun Arman mendukung Hana yang kelihatan pucat tidak berdarah. Iqbal pula dipimpin oleh anggota tentera yang lain. Badannya lemah disebabkan kesakitan yang dirasai.

Tepat tika itu juga Azra tiba dimuka pintu. Berderau darahnya melihat keadaan Hana, Arman dan Iqbal. Kakinya lantas berlari mendapatkan Hana dan Arman.

"Hana!"

Jerit Azra sewaktu Arman meletakkan Hana diatas stretcher yang sudah tersedia. Arman terkesima melihat Azra yang tiba-tiba muncul mendekati Hana. Seingatnya, Azra berjaya dibunuh oleh Prof Arhan.

Hafiz pula lantas mengambil alih tugas tentera itu tadi dengan memapah Iqbal ke arah kerusi roda yang turut sama telah disediakan.

Sebaik sahaja Iqbal duduk, kerusi itu ditolak oleh jururawat yang bertugas. Meninggalkan Hafiz yang melangkah perlahan ke arah Arman.

"Arman!"

Panggilan Hafiz tidak diendahkan kerana matanya masih terpaku pada Azra yang menolak strecher bersama pegawai perubatan yang lain.

"Arman!"

Ditinggikan suara untuk kali kedua supaya perhatian Arman dapat dialihkan. Pantas jejaka itu menoleh.

"Azra selamat! Jangan risau. Jom. Luka kau perlu dirawat."

Hafiz menepuk bahu Arman yang masih tidak dapat memproses apa yang sebenarnya terjadi. Dia cuma melangkah mengikuti tarikan Hafiz ke bilik rawatan.

Meskipun terkejut dengan kemunculan Azra, hatinya gembira kerana gadis itu masih selamat. Tidak tergambar marahnya ketika itu saat Prof Arhan menyerang Azra yang tidak sempat berlindung.

Banyak pertanyaan yang menyerbu fikirannya sekarang mendesak mahukan jawapan, namun Arman tidak terus bertanya. Dia hanya memandang Hafiz yang bercakap entah apa. Bait-bait patah yang dikatakan oleh rakannya itu tidak langsung didengari oleh Arman. Hatinya tidak terkira rasa gembira apabila melihatkan Azra sebentar tadi walaupun cuma seketika.

Arman tersenyum lega sendiri. Dengan adanya Azra, Arman yakin Hana berada dalam keadaan selamat.

***

"Imran ditangkap."

Ucap Cik Sarah selaku pembantu Dr Asma memandang ke mereka bertiga. Amirul tergelak kecil. Puas hatinya apabila si belagak itu berjaya ditangkap oleh pihak lawan.

"Ini bukan main-main, Amirul."

Cik Sarah menjeling tajam ke arah Amirul yang masih menahan ketawa kecilnya.

"Macam mana dengan Dr Asma?"

Tanya Haziq ingin mengetahui keberadaan doktor yang dia selamatkan dari Prof Arhan itu.

"Dr Asma ada dibilik dia sekarang. Masih berehat. Nasib baik nurse lain sempat pindahkan dia terlebih dahulu."

Haziq mengangguk kecil.

"Jadi macam mana dengan Imran?"

Awina bertanya kembali supaya topik yang ditukar oleh Haziq boleh segera dibincangkan semula.

"Buat masa ni, Prof Arhan tak ada keluarkan apa-apa arahan lagi untuk misi mengekstrak Imran. Tapi dari jadual pemeriksaan dia, kali terakhir rawatan, dia masih lagi meracau. Itu kerana kesan menggunakan kuasa yang diberi hingga hampir ke tahap maksimum."

Terang Cik Sarah. Lalu dia memandang semula ke arah Amirul yang tangan kanannya memegang dada sendiri.

"Jangan risau. Kalau Prof Arhan tak bagi pelindung nyawa, mungkin pedang Hana tu boleh betul-betul menamatkan nyawa awak. Tapi berlainan dengan Imran, dia memang tak dengar arahan."

Cik Sarah lalu berpaling dan menyusun tapak untuk meletakkan fail yang dipegang kembali pada rak asalnya.

"Prof Arhan tak keluarkan apa-apa arahan buat masa ni. Jadi kamu bertiga boleh bersurai."

Arahan Cik Sarah diterima dengan perasaan yang bercampur. Tidak tahu samada mereka perlu merasa lega atau lebih berwaspada.

"Oh ya, Awina."

Panggil Cik Sarah sebaik sahaja dia teringat akan satu lagi pesanan yang wajib disampaikan.

"Don't do anything stupid. Prof Arhan will definitely won't like it."

***

Continue Reading

You'll Also Like

5.1K 816 1
"Tak guna punya jantan!" KEPERCAYAAN Jina punah serta-merta apabila hubungannya bersama Tengku Hayyan diputuskan atas pemakaiannya pada malam itu. R...
388K 2K 5
Cerita ini sekadar fantasi yg mengiisahkan seorang jururawat yg dirogol dan akhirnya ketagih. Tanpa disangka suaminya yg lemah mengizinkannya untuj t...
56.5K 195 7
ahahahahahah
220K 1.2K 15
Hye korang... Now aku nak share semula satu cerita best yang aku selalu baca dari dulu lagi... Tapi aku pun x tahu laa cerita ni kejap ada kejap xda...