๐™๐™ž๐™ฃ๐™ฉ๐™ž๐™๐™–๐™ฃ ๐™ˆ๐™š๐™ก๐™ค๐™™๐™ž...

De syafasuha

252K 9.2K 545

Seteguh manapun sesebuah cinta itu andainya salah seorangnya tidak memperjuangkannya maka tiada apalah erti c... Mais

RINTIHAN MELODI RINDU
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61
BAB 62 ( END)
NOTA

BAB 27

3.1K 157 4
De syafasuha

“Hang ajak aku jumpa pasaipa dekat tepi jalan ni?” soal aku memandang Ryana yang matanya dalam keadaan kemerah-merahan dan sedikit bengkak kemungkinan baru saja lepas menangis.

“Aku tak tahan wei....”

“Tak tahan pasaipa? Hang dah kenapa, Shakeel pukul hang ke?” soal aku semakin risau dengan keadaan Ryana belum pernah dia menangis teruk sebegini. Sepanjang perkenalan aku dengan Ryana, dia inilah yang paling susah nak menangis.

“Tak.” Ryana menggeleng.

“Habis tu awat?”

“Kau tau tak yang mak mertua aku bencikan aku! Dia hina aku. Dia kata aku perempuan gedik dan tak ada maruah sebab nak kahwin dengan anak dia. Paling memedihkan dia cakap yang dia dah ada calon yang lebih baik untuk dijodohkan dengan Shakeel.” Ryana menceritakan dalam keadaan yang teresak-esak.

“Ya Allah, sampai hati mak mertua hang. Habis Shakeel macam mana?” Aku mula memeluk tubuhnya untuk menenangkan perasaan Ryana.

“Aku tak nak dia! Aku bencikan dia!” Ryana menolak tubuhku lalu dia berlari ke arah jalan raya dan kebetulan pula kereta sedang lalu disitu.

“Ryana!” Aku menjerit sekuat hatiku dan akhirnya tubuh Ryana terpelanting dan dia menggelupur akibat dilanggar tadi. Aku menangis semahu-mahunya menyesal kerana tidak dapat membantu Ryana tadi. Orang ramai mula mengerumuni Ryana dan aku. Hanya Tuhan saja tahu perasaan aku tatkala ini.

Aku tersedar apabila ada seseorang mula menggoncangkan tubuh badanku sekuat-kuatnya. Kelopak mataku dibuka perlahan-lahan, aku lihat ada Faiq di sisi. Tanpa berkata apa-apa aku terus memeluk erat tubuh badan Faiq. Mimpi itu terlalu menakutkan buat aku. Siapa saja yang tak takut bila melihat sahabat sendiri dalam keadaan begitu di depan mata.

“Sayang kenapa ni?” Faiq masih tidak mengerti apa yang telah terjadi.

“Bie, Ryana mana?” soal aku yang masih dalam ketakutan.

“Sayang, tenang dulu. Kenapa dengan sayang ni? Ryana ada aje dekat rumah tu dengan suami dia,” balas Faiq dengan nada suara yang lembut.

“Esha mimpi yang Ryana...” Aku jeda seketika. Lebih baik jangan menceritakannya. Benda itu hanyalah sekadar mimpi dan mimpi hanyalah mainan tidur.

“Mimpi apa Sayang?” Faiq menyoal lagi.

“Tak ada apa. Mimpikan, mainan tidur. Sekarang pukul berapa?” soal aku untuk mengubah topik.

“Dah pukul tujuh lebih. Itulah Sayang kan tak baik tidur waktu senja kan dah mimpi bukan-bukan. Dah pergi mandi nanti kita solat sama-sama. Jangan fikirkan sangat mimpi tu.” Pelukan tadi dileraikan. Sebelum Faiq pergi sempat dia membelai rambutku.

“Ya Allah, kenapalah boleh mimpi sampai macam tu sekali?” Aku menghela nafas panjang dan bingkas bangun daripada katil lantas mengambil tuala dan pakaian untuk dipakai dalam bilik mandi.

❁❁❁❁❁

Sejak dari tadi aku tak nampak kelibat si Faiq selepas saja habis solat maghrib dia ingin keluar sebentar ada hal katanya dan tanpa banyak kata aku hanya mengangguk faham lalu turun ke dapur bantu Mak apa yang patut.

“Dah siap masak ni pergilah solat dulu kemudian panggil suami makan sama-sama,” ujar Mak sambil menghidang lauk di atas meja.

“Dia dah balik ke?” soalku.

“Dia dah baliklah takkan laki sendiri balik pun tak sedar apalah.”

“Iyalah mak, Esha pergi solat dulu ya.”

“Pergilah.”

Sampai saja di hadapan pintu kamar aku terdengar Faiq seperti berbual dengan seseorang tapi yang peliknya kenapa dia seolah-olah merayu sesuatu. Aku cuba pasang telinga dan mendengar betul-betul perbualan itu.

“Mama, kenapa mama ni? Susah sangat nak terima dia sebagai menantu mama. Dia tu datang dari keluarga yang baik dan dia pun orang yang baik. Kenapa mama tak suka sangat dengan Esha?” Suara Faiq menjadi tinggi sedikit. Sesekali Faiq mengusutkan rambutnya sedikit.

Perkara pertama yang terlintas di hati aku ialah berkenaan Mama. Mama bencikan aku ke, tapi kenapa? Ya Allah dugaan apa pula ini.

“Mama tolong mama terima Esha jadi menantu mama. Mama jangan matikan panggilan. Mama! Mama!” Talian yang sengaja diputuskan itu membuatkan Faiq kelihatan lebih serabut.

Pintu bilik yang sedikit terbuka itu aku tolak sedikit, Faiq terkejut kerana tiba-tiba aku muncul di hadapan pintu.

“Sayang buat apa masuk dalam bilik?” Tiba-tiba saja Faiq bertanyakan soalan yang tidak cerdik. Dah memang bilik aku memang patutlah aku masuk.

“Nak solat,” balasku sambil tersenyum.

“Jomlah berjemaah.” Faiq segera menyimpan telefonnya dalam poket.

“Boleh Esha tau bie bercakap dengan siapa tadi?” soal aku seolah-olah tidak tahu apa-apa walaupun dah jelas yang Faiq tadi memanggil mamanya.

“Oh tu Kak Najla. Dahlah jom solat tak penting pun nak tau. Sebelum bie terlupa, esok kita balik rumah kita ya. Bie dah nak kena start kerja.” Faiq cuba untuk menukar topik.

“Iyalah, Esha dah ambil wuduk bie pergilah,” ujarku kurang berminat. Rumah kita? Entah kenapa aku tak rasa teruja pun.

Tanpa banyak kata Faiq melangkah keluar daripada bilik dan pada masa yang sama mataku mulai berkaca. Apa salah aku sampai mama bencikan aku? Inikah yang dikatakan dugaan selepas berkahwin? Sebelum air mata jatuh lebih deras aku cuba sedaya upaya untuk seka. Aku kena kuatkan hati kerana bukan semua orang suka pada kita. Tiba-tiba aku teringat pada mimpi aku yang baru-baru ini. Adakah ada kaitan dengan aku? Aku cuba buang jauh fikiran sebegitu, mimpi itu adalah mainan syaitan lagi-lagi waktu senja begitu. Jangan percaya.

❁❁❁❁❁

Continue lendo

Vocรช tambรฉm vai gostar

311K 14.2K 61
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
923K 21.3K 144
Completed ๐Ÿ‘ Zaiqal Azfar adalah seorang lelaki yang angkuh dan panas baran. Memilik wajah yang tampan, kerjaya yang stabil namun hati yang tidak len...
940K 30.4K 62
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
1.4M 53.3K 62
Status : Complete Noah Iskandar x Sufi Nur Humaira [Karya kedua dari snowdreamm] Impian Noah Iskandar untuk membina mahligai bersama tunang tersayan...