Cinta Yang Kau Benci✔️

By CallMeSazzy

712K 29.4K 3.2K

[WARNING! CLICHE STORYLINE] Pernah pecah rekod sebab asyik keluar masuk bilik disiplin? Harraz dan Hazel per... More

CYKB:1
CYKB:2
CYKB:3
CYKB:4
CYKB:5
CYKB:6
CYKB:7
CYKB:8
CYKB:9
CYKB:10
CYKB:11
CYKB:12
CYKB:13
CYKB:14
CYKB:15
CYKB:16
CYKB:17
CYKB:18
CYKB:19
CYKB:20
CYKB:21
CYKB:22
CYKB:23
CYKB:25
CYKB:26
CYKB:27
CYKB:28
CYKB:29
CYKB:30
CYKB:31
CYKB:32
CYKB:33
CYKB:34
CYKB:35
CYKB:36
CYKB:37
CYKB:38
CYKB:39
CYKB:40
CYKB:41
CYKB:42
CYKB:43
CYKB:44
CYKB:45
CYKB:46
CYKB:47
CYKB:48
CYKB:49
CYKB:50
CYKB:51
CYKB:52
CYKB:53
CYKB:54
CYKB:55
CYKB:56
CYKB:57
CYKB:58
CYKB:59
CYKB:60
CYKB:61
CYKB:62
CYKB:63
CYKB:64 (Akhir)

CYKB:24

9.6K 413 17
By CallMeSazzy

"MOM, Harraz dah pergi ke?" soal Kamilia Hazel bila kelibat Ungku Harraz tidak kelihatan.

Tapi, motor kesayangan lelaki itu masih ada diluar. Pelik.

Puan Sri Fazura yang sedang menghidangkan makanan pagi itu memandang menantunya sekilas. Dia menjenguk ke tingkat atas pula.

"Dia tak beritahu Hazel ke? Dia tak pergi sekolah hari ni, katanya sakit perut," maklum Puan Sri Fazura.

"Hah? Tak nak pergi sekolah?!" Protes Kamilia Hazel.

"Dia mengadu sakit perut. Kesian pulak mom tengok si Harraz tu. Dia mana pernah macam tu. Agaknya, dia betul-betul sakit perut tu," sambung Puan Sri Fazura.

"Hari ni Hazel dengan dia kena buat pembentangan untuk projek Sains kitaorang. Nak tak nak dia kena pergi jugak!" terang Kamilia Hazel gusar.

Aish, kau jangan buat hal lah Harraz! Kenapalah hari ni juga kau nak menyusahkan aku?! Marah Kamilia Hazel di dalam hati.

"Mom rasa dia serious tu. Cuba Hazel pergi tengok..." Tak tunggu lama, terus saja Kamilia Hazel mendaki tangga.

Kau ni Harraz, waktu-waktu ni kau nak cari pasal dengan aku. Kau sengaja nak buat aku gagal ke apa? Kalau kau nak gagal, kau gagal seorang diri. Jangan libatkan aku! Sempat dia membebel di dalam hati tanpa henti.

Di tangga, sempat dia bersapa dengan Tan Sri Ungku Harriz yang segak berpakaian pejabat. Kamilia Hazel melajukan langkah kakinya ke bilik. Betul-betul dia ingat Ungku Harraz sudah gerak ke sekolah. Rupa-rupanya, masih berdengkur di atas.

Geram dan sebal Kamilia Hazel dibuatnya.

"Harraz! Harraz, bangun!" kejut Kamilia Hazel sesudah dia masuk ke bilik mereka.

Patutlah tak perasan langsung dia ada, rupanya dok berselubung dalam selimut. Kaki Ungku Harraz digoncang kuat, namun lelaki itu langsung tidak merasa dirinya diganggu. Kamilia Hazel bengang. Pagi-pagi buta kau buat hal, ni yang bikin hati aku panas ni!

"Eh, Harraz! Bangunlah! Hari ni kita ada presentation! Bangunnnnnn!!! Kau jangan nak buat-buat sakit. Bangun sekarang!" Kamilia Hazel menjerit.

Terdengar decitan yang keluar dari mulut suaminya. Ungku Harraz tolak selimut lalu memandang wajah Kamilia Hazel yang memerah.

"Jangan kacau boleh tak? Aku sakit perut!" Marah Ungku Harraz sambil menggosok matanya kasar. Kamilia Hazel berkerut marah.

"Kenapa hari ni juga kau nak sakit perut? Weh Harraz! Kau lupa ke, presentation ni penting! Untuk markah SPM kita. Harraz, please wake up and go to shower now! Aku tak peduli apa masalah kau. Go, mandi!" arah Kamilia Hazel.

Sambil-sambil itu, dia menarik selimut yang membaluti tubuh Ungku Harraz.

Oh, dia tak tahulah kalau betul Ungku Harraz memang tak mahu ke sekolah hanya disebabkan sakit perut dia tu! Entah-entah sengaja nak kenakan dia tak? Kalau betul pun, kenapa tak sapu aje ubat? Mengada sangat...

"Tak nak! Kau pergilah! Jangan kacau aku." Selimut ditarik lalu diselubung seluruh badannya di bawah selimut.

"Kau ni sebenarnya nak bagi alasan tak nak bentang kan? Kau sengaja nak kenakan aku, kan?" Kamilia Hazel geram.

Ungku Harraz tiada tanda-tanda mahu bangun.

"Weh... aku nak jawab apa dengan cikgu? Weh, bangunlah..." gesa Kamilia Hazel masih tidak berputus asa.

"Shuh... shuh..." Ungku Harraz kembali berselubung langsung tidak hiraukan Kamilia Hazel yang merayu bagai nak rak. Tangan diangkat ke udara sambil melambai kepada Kamilia Hazel. 

"Ihhh!! Kenapalah aku dapat partner macam kau ni?! Menyesal tahu tak. Menyesal!!" Gadis itu mendengus kuat.

Dasar lelaki tak guna! Dahlah segala persiapan untuk pembentangan ni aku yang uruskan. Dia cuma tahu goyang kaki, makan free. Kau tunggulah Harraz. Kau tak nak datang sekolah sangatkan? Aku akan cakap kat cikgu suruh potong markah kau. Eh, bukan potong, tapi tak payah kasi markah langsung!

Puas mengumpat di dalam hati, Kamilia Hazel buat keputusan untuk meninggalkan Ungku Harraz dan terus bergerak ke sekolah. Lantak engkolah! Aku dah malas nak layan.

DITENUNG wajah Kamilia Hazel yang kelihatan gusar dan tidak tenteram sejak tadi. Sesekali tangan gadis itu ditekap ke lutut seakan-akan sedang melalui saat-saat genting. Runsing kepala otak Kamilia Hazel. Andra Rifzal mendekati gadis itu.

"Kenapa ni Hazel?"

"Saya tak readylah. Partner saya tak datang untuk pembentangan ni." Jemari yang sejuk digenggam dan dimain-mainkan. Dasar Harraz tak guna!

"Harraz kan?" soal Andra Rifzal sekadar ingin memastikan.

"Haah. Entah kenapa dia tak datang ni. Dahlah tak bagitahu saya awal-awal." Kamilia Hazel sorok sedikit wajah geramnya.

Memang geramlah jawabnya! Menyusahkan pulak tu!

"Awak nak saya gantikan tempat dia dan temankan awak?" Andra Rifzal sungguh baik hati.

Kamilia Hazel mengangkat wajah. Lelaki itu tersenyum pula. Perlahan, dia menggeleng kepala, menolak pertolongan Andra.

"Tak sempatlah, Andra. Tajuk kita kan lain-lain. Mana sempat awak nak hafal lepas tu nak faham lagi. Lagipun, markah kita lain-lain. Tak payah susahkan diri awak. Saya boleh aje bentang seorang diri,"  tolak Kamilia Hazel.

Bimbang Andra tersalah faham dengan apa yang diadunya.

Ni semua sebab Ungku Harraz. Mengada betul, banyak penyakit pulak mamat tu!

"Tak apa, saya okey aje. Nanti, saya pandai-pandailah ringkaskan dan olah ayat." Andra masih baik hati untuk membantu.

Awww... baiknya lelaki ni. Untung juga kalau dijodohkan dengan Kamilia Hazel.

"Tak apa, saya boleh handle sendiri. Saya dah biasa urus semua benda sorang-sorang. Lagipun, kesian awak nak uruskan kerja awak lagi, lepas tu tiba-tiba terlibat sekali dengan masalah saya. Awak dengan Syifa, kan? It's okay la Andra." Sebersalah pula Kamilia Hazel bila Andra Rifzal baik hati ingin menanggung tugas ini.

"Alah, tak apa. Saya rasa, kawan baik awak tu pun sokong kalau saya tolong awak. Lagipun, saya ni kan pandai. Ada daya ingatan yang kuat dan paling susah orang nak ada kelebihan macam saya ni tau." Sengih Andra Rifzal.

Dia menggapai beberapa helai kertas yang bertulis sesuatu. Nota kumpulan Kamilia Hazel yang panjang cuba difahamkan. Terangguk-angguk kepalanya cuba mengolah ayat untuk persediaan sebelum pembentangan nanti.

"Tak susahkan awak ke?" Kamilia Hazel susah hati.

Jujur, dia memang tak suka susahkan orang. Walaupun dia dengan Andra Rifzal memang seperti isi dengan kuku tetapi dia tidak mahu ambil kesempatan terhadap lelaki itu.

"Sekali-sekala awak susahkan saya, apa salahnya?" Jeling Andra Rifzal seraya memberi senyuman kacak kepada Kamilia Hazel sebelum kembali membaca nota.

Guru yang mengajar matapelajaran Sains masuk sebelum satu kelas memberi salam yang diketuai oleh ketua kelas. Andra Rifzal mampir ke depan kelas dan berbincang dengan guru Sains tersebut, Cikgu Elis. Kamilia Hazel hanya memandang saja perbualan antara murid dan guru itu.

Oh, harap-harap cikgu tak tanya lebih-lebih tentang Harraz bendul tu! Sumpah aku penat nak dengar nama dia hari ni. Menyakitkan hati.

Senyuman yang terukir di bibir Andra Rifzal menceriakan hari Kamilia Hazel. Kalau sudah tersenyum, pasti cikgu setuju. Kamilia Hazel mula berdiri bila Andra Rifzal sudah memanggilnya untuk ke depan.

Dia ialah kumpulan pertama yang perlu bentang hasil kerjanya.

"Assalamualaikum. My name is Kamilia Hazel dan partner saya, Ungku Harraz tak dapat datang but it's okay sebab saya ada sahabat baik saya yang sentiasa ada di saat saya susah atau senang..."

"Bentang aje lah. Kau bebel apa? Orang lain pun nak bentang juga," celah seorang pelajar perempuan.

Masih benci dengan Kamilia Hazel selepas kes Hadif dan Kamilia Hazel ditangkap berduaan di dalam bilik stor.

"Agaknya dia nak cerita pasal nenek moyang dia juga kut," tambah yang lain.

"Entah minah ni. Kecohlah!" sahut pelajar yang lain pula menyokong.

"Sakit mata aku tengok drama dalam kelas ni," desis Tiara Alina memeluk tubuhnya memandang benci ke arah Kamilia Hazel yang dibantu Andra.

Kamilia Hazel sempat berpandangan dengan gadis itu sekilas.

"Okey, diam diam. So today kitaorang akan bentang tentang..." Tak sempat Andra ingin meneruskan pembentangannya, tiba-tiba seseorang memberi salam di muka pintu.

"Assalamualaikum." Seluruh kelas memandang ke arah pintu kelas.

Kamilia Hazel terkejut. Dia mengetap gigi. Meruap-ruap rasa dadanya saat itu.

Continue Reading

You'll Also Like

135K 7.1K 62
Kisah ini, hanya sebuah hikayat yang tak seindah dongeng Cinderella. Di mana Cinderella yang pada mulanya cuma satu watak yang hina, sebelum bertukar...
4.8M 237K 61
In editing process! Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang dihormati, Haura Mikayla tidak pernah diajar oleh Dato' Azham dan Datin Suhaila mengenai...
499K 15.1K 75
⚠Known As: MY TEARS!⚠ SARAH IRDINA_ Dia memang seorang gadis yang cantik namun, dirinya tidak pandai dalam bab bergaya dan bersolek. Dalam sekelip m...
2.8M 257K 88
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...