Cinta Yang Kau Benci✔️

By CallMeSazzy

712K 29.4K 3.2K

[WARNING! CLICHE STORYLINE] Pernah pecah rekod sebab asyik keluar masuk bilik disiplin? Harraz dan Hazel per... More

CYKB:1
CYKB:2
CYKB:3
CYKB:4
CYKB:5
CYKB:6
CYKB:7
CYKB:8
CYKB:9
CYKB:10
CYKB:11
CYKB:12
CYKB:13
CYKB:14
CYKB:15
CYKB:16
CYKB:18
CYKB:19
CYKB:20
CYKB:21
CYKB:22
CYKB:23
CYKB:24
CYKB:25
CYKB:26
CYKB:27
CYKB:28
CYKB:29
CYKB:30
CYKB:31
CYKB:32
CYKB:33
CYKB:34
CYKB:35
CYKB:36
CYKB:37
CYKB:38
CYKB:39
CYKB:40
CYKB:41
CYKB:42
CYKB:43
CYKB:44
CYKB:45
CYKB:46
CYKB:47
CYKB:48
CYKB:49
CYKB:50
CYKB:51
CYKB:52
CYKB:53
CYKB:54
CYKB:55
CYKB:56
CYKB:57
CYKB:58
CYKB:59
CYKB:60
CYKB:61
CYKB:62
CYKB:63
CYKB:64 (Akhir)

CYKB:17

11.3K 493 10
By CallMeSazzy

"JANGAN risau. Ungku Harraz hanya demam panas. Dia perlu banyak berehat dan diberikan perhatian. Kalau ahli keluarga nak melawat dia, boleh cuma jangan ramai-ramai sangat," terang doktor yang bernama Yusof itu malam semalam setelah Ungku Harraz dirawat.

Ungku Harraz diletakkan diwad VIP. Besar dan selesa.

Kamilia Hazel termenung jauh mengingatkan keterangan doktor semalam.

Demam? Nak kata hujan, tak hujan pun semalam apatah lagi hari-hari sebelumnya. Panas aje muka bumi ni. Kalau hujan pun, biasanya malam saja. Itupun, tak pernah langsung Ungku Harraz kena hujan.

Sebab motor besar dia tu? Ergh, really mengada!

Eleh demam aje. Dia yang terlebih over.

"Hazel janganlah risau sangat. Harraz demam biasa aje. Terkejut mungkin. Kalau Hazel ada, In Syaa Allah sekejap aje nanti demam dia kebah lah tu," sakat Puan Sri Fazura bila dari tadi dia perhati menantunya itu termenung jauh.

Kamilia Hazel seakan baru tersedar dari mimpi.

Eee takde makna aku nak risau dekat Harraz tu. Iyuu... kata Kamilia Hazel dalam hati.

"Kalau Hazel nak melawat Harraz, masuklah. Kami dah tengok dia dah. Dia masih tidur. Kesan ubat nurse bagilah tu," ujar Puan Sri Fazura.

"Hazel rasa lapar nak beli makanan kat bawah. Mom atau dad nak order something?" Akibat tidak mahu berduaan dengan Ungku Harraz di dalam bilik VIP itu, dia cuba melarikan diri.

"It's okay. Kami kenyang lagi. Hazel pergilah beli apa yang Hazel nak. Nah... ambil duit ni." Tan Sri Ungku Harriz sudah sediakan duit di tangannya untuk diberikan kepada menantunya.

"Eh... tak payah dad. Hazel ada duit," tolak Kamilia Hazel.

Tak mahu dia susahkan bapa mentuanya. Dia sudah ada duit yang keluarganya tinggalkan untuk dia.

"It's okay. Simpan duit tu. Guna duit ni," suruh Tan Sri Ungku Harriz.

Kamilia Hazel mengambil sekeping wang not bernilai RM20. Dia tersenyum. Orang kata, rezeki jangan ditolak.

"Terima kasih dad."

"You're welcome."

Sejurus saja ibu dan bapa mentuanya duduk di bangku luar bilik Ungku Harraz, Kamilia Hazel melangsungkan diri ke tingkat bawah.

Tiba-tiba, seseorang melanggarnya sehingga duit yang diberi oleh dadnya tadi terjatuh. Kamilia Hazel mengutip duit itu.

"Sorry kak." Orang tersebut meminta maaf.

Kamilia Hazel hanya kutip duit dan bangkit berdiri semula.

"Apalah kau ni. Lain kali fokus jalan tengok depan." Sempat dia membersihkan duit itu sebelum memandang gerangan yang melanggarnya tadi.

"Laahhhh... kau Hazel? Sorrylah. Garang betul." Takut Iskandar dengan Kamilia Hazel.

"Eh! Iskandar? Kau buat apa kat sini?" Terkejut Kamilia Hazel bila Iskandar, kawan sekolahnya turut berada di sini.

"Soalan kau... tak boleh rare lagi ke? Orang datang hospital buat apa lagi kalau bukan sebab melawat orang sakit?" Iskandar menggeleng kepala sambil tersengih dengan menjawab soalan Kamilia Hazel.

"Kenapa? Keluarga kau ada yang masuk sini ke?" Kamilia Hazel tergelak kecil sebelum bertanya.

"Takdelah. Aku datang nak melawat kawan akulah. Si Harraz tu. Dia demam panas," balas Iskandar berkerut dahi.

"Oh... yelah. Lupa pulak," kata Kamilia Hazel selamba.

"Ha? Oh, kau dah tahu ke Harraz masuk hospital? Aik, cepatnya berita sampai kat kau dulu? Selalunya, apa-apa pasal Harraz, aku orang pertama yang tahu," ujar Iskandar.

Kamilia Hazel gelabah. Alamak! Terlepas cakap! Aduuuu... mulut mulut! Kutuk dirinya dalam hati.

"Aaaa... tak tak! Maksud aku lupa tu... aaa hah! Aku lupa yang aku kena cepat ni. Nak beli makanan kat kedai hujung sana tu. Tak boleh lama-lama." Kamilia Hazel cuba tukar topik untuk larikan diri.

"Tapi apa kau buat kat sini?" soal Iskandar ingin tahu.

Ahli keluarga Kamilia Hazel ada yang sakitkah? Soal Iskandar di dalam hati.

"Sorry aku kena cepat. Bye Is!" Kamilia Hazel sempat melambai pada Iskandar sebelum lari dari situ sebelum melarikan diri dari terus disoal siasat.

"ADUH... macam mana boleh terlepas cakap ni? Ish mulut!" Mulutnya ditampar banyak kali.

Dia berjalan dengan plastik yang berisi keropok, choki choki, chewing gum, gula-gula dan juga air susu di dalamnya. Habis RM20 dia borong.

Kamilia Hazel duduk di bangku batu di situ. Dia mengeluarkan telefon pintarnya lalu membuat panggilan untuk Puan Sri Fazura.

"Hazel... lamanya beli makanan. Mom and dad dah nak balik ni." Setelah panggilan bersambung, Puan Sri Fazura terus bersuara.

"Mom... Hazel minta maaf lama tapi ada sebab Hazel lama kat sini. Macam ni, tadi Hazel nampak Iskandar kat sini. Dia kata dia datang sebab nak melawat Harraz," cerita Kamilia Hazel.

"Masyaallah! Mom lupa! Mom beritahu dia yang Harraz masuk hospital. Ya Allah Hazel... mom minta maaf sangat-sangat. Mom hampir terlupa pasal status perkahwinan kamu dengan Harraz yang perlu dirahsiakan. Maafkan mom Hazel." Berkali-kali kata maaf dilantunkan di corong telefon.

"Takpelah mom. Hmm, Iskandar dah balik atau dia masih ada kat atas?" tanya Kamilia Hazel.

"Dia dah balik dah. Harraz pun tak bangun lagi, tu yang dia nak biar Harraz rehat," jawab Puan Sri Fazura.

"Baru atau lama?"

"Baru aje turun. Hazel tunggulah lagi 10 minit, Hazel naik. Hazel... mom minta maaf. Tapi nasib baiklah mom ajak Iskandar sorang aje. Maafkan mom ye?" Puan Sri Fazura masih rasa bersalah.

"Takpelah mom. Okey bye assalamualaikum."

"Ha iyelah. Waalaikumussalam." Talian dimatikan.

Kamilia Hazel menggosok-gosok lututnya. Perutnya tiba-tiba sakit rasa nak terberak, terkucil semua. Takut sangat kalau terserempak lagi dengan Iskandar.

Beberapa minit kemudian, Kamilia Hazel naik ke tingkat atas apabila dia nampak tubuh Iskandar keluar dari bangunan hospital itu. Alhamdulillah...

"Kami nak balik dah," kata Puan Sri Fazura sejurus dia sampai.

"Oh kalau macam tu, boleh tak tunggu Hazel? Hazel nak ke tandas sekejap." Baru saja dia ingin menoleh ke belakang untuk ke tandas, Puan Sri Fazura menegur.

"Mom dengan dad nak minta tolong Hazel. Hazel tak payah balik. Hazel duduk sini teman Harraz. Esok dia dah discaj. Bolehkan Hazel? Sehari aje," pinta Puan Sri Fazura seakan sedang terdesak.

Ini adalah antara plannya untuk mendekatkan Ungku Harraz dan Kamilia Hazel.

Kamilia Hazel menggaru keningnya. Kalau boleh dia tak mahu jaga Ungku Harraz. Kat rumah sana, banyak benda harus diuruskan. Kerja sekolah dia pun banyak. Nak siapkan esei Bahasa Inggeris lagi. Karangan Bahasa Melayu lagi.

"Kalau tak boleh takpelah. Biar mom yang jaga." Dengan luluh hati Puan Sri Fazura berkata.

Berubah wajahnya sedih.Dia berharap Kamilia Hazel akan berkata sebaliknya.

"Boleh. Hazel boleh jagakan Harraz." Entah kenapa itu yang dijawabnya spontan.

Senyuman palsu dilontar kepada keluarga mentuanya.

"Betul ni? Terima kasih ye sayang. Elok-elok ye. Apa-apa call mom dengan dad tau." Gembira Puan Sri Fazura berkata dalam satu nafas.

Aik... tadi bukan main sedih muka tu. Sekarang dah ceria pulak. Hmm... berlakon rupanya. Ujar Kamilia Hazel di dalam hati.

"In Syaa Allah."

"Oh ye lagi satu. Dad dah suruh nurse tu biarkan Hazel yang bagi Harraz ubat. Ubat Harraz ada atas meja kat dalam bilik. Bagi dia makan ubat selepas dia makan nasi ye?" Tan Sri Ungku Harriz mengingatkan sebelum dia terlupa.

"Baik dad." Lambat-lambat dia menjawab.

Dia menyalam kedua ibu bapa mentuanya itu sebelum kedua-dua mereka hilang dari pandangannya.

"Ish... tak pasal-pasal kena jaga mamat sewel tu. Eee, geram!" Kamilia Hazel hentak kaki sebelum dia bergerak ke tandas akibat tak tahan nak membuang air kecil.

"KAU buat apa kat sini?" soal Ungku Harraz bila dia bangun dari tidurnya.

Sedar-sedar perempuan yang dibencinya, ada di situ. Tak lena nak sambung tidur.

"Jaga kambing demam." Selamba Kamilia Hazel menjawab dengan senyuman menyindir.

Tak berkedip mata Ungku Harraz melihat Kamilia Hazel yang menjawab itu.

Kurang ajar punya jawapan!

Ungku Harraz tahu apa maksud Kamilia Hazel. Dia mengalihkan pandangan ke arah lain. Menyampah betul pandang muka si Kamilia Hazel. Bertambah sakitnya.

"Kau kenapa ek? Obses sangat dekat motor tu sampai demam mengada macam ni," kata Kamilia Hazel dengan perasaan menyampah.

Sangat-sangat menyampah kerana lelaki itu sudah menyusahkan hidupnya hari ini.

"Kau pergi baliklah. Kau bukan orang yang sesuai nak jaga aku kat sini. Tengok muka kau buat aku bertambah sakit adalah." Suara Ungku Harraz serius.

Kamilia Hazel mencebik. Eleh, emosi pula.

"Ikutkan hati aku ni, memang aku nak balik. Tapi, bila teringat janji aku pada mak kau untuk jagakan kau kat sini, aku tak bolehlah nak balik macam tu aje. Nanti mom ingat aku ni isteri yang kejam. Alah, apa salahnya aku teman kau. Sehari dua aje. Kau kan takut tidur seorang? Tak apa, aku teman kau eh?" celoteh Kamilia Hazel bernada lembut yang dibuat-buat, mengejek lelaki itu.

Sengaja nak sakitkan hati Ungku Harraz.

Ungku Harraz tak membalas, kerana dia fikirkan dirinya yang tidak begitu bertenaga. Namun sebaliknya, hatinya sungguh sakit dengan kata-kata yang keluar dari mulut Kamilia Hazel yang bernada sindiran.

Dia terlentang kat sini pun sebab Kamilia Hazel juga. Ungku Harraz semakin benci melihat wajah perempuan itu.

Malas mahu fikir, Ungku Harraz membetulkan posisi badannya. Niatnya ingin tidur semula tetapi Kamilia Hazel bangun dari kerusi dan mengambil nasi yang baru saja dihantar oleh nurse tadi.

"Dah, bangun. Kau kena makan. Cukup-cukuplah tu tidur. Jangan biasakan diri jadi pemalas." Dulang berisi nasi dan lauk-pauk dipegang dengan kemas lalu kembali duduk di kerusinya.

"Kalau aku tak nak?" Ungku Harraz degil.

"Tak payah nak tunjuk perangai bebal kau kat sini boleh tak? Dari semalam kau tak makan. Kalau jadi apa-apa kat kau, aku tak nak bertanggungjawab tau," kata Kamilia Hazel.

Tak nak dia dikatakan membunuh Ungku Harraz sebab dia yang tinggal bersama lelaki itu di dalam bilik wad besar ni.

"Aku tak lapar," tolak Ungku Harraz.

Dia mula pejamkan mata. Mahu sambung tidur. Tak larat. Kepala semakin berat.

"Kau kena makan nasi dulu baru boleh masuk ubat. Lepas tu, kau nak tidur kau tidurlah. Aku janji tak kacau kau," pujuk Kamilia Hazel.

Risau juga jika Ungku Harraz tak makan nasi.

Bukan risau sebab sayang, tetapi risau kalau Ungku Harraz bertambah sakit dan mentuanya akan salahkan dirinya kerana tidak tahu jaga suami.

"Tak nak." Ungku Harraz masih tunjuk kepala batu.

Dia tak ada selera lagi-lagi Kamilia Hazel yang beria nak suap dia.

"Tiga suap aje," kata Kamilia Hazel lagi.

"Aku kata aku tak nak, aku tak naklah!" bentak Ungku Harraz tetapi Kamilia Hazel langsung tak takut malah dia perlu paksa Ungku Harraz yang degil itu untuk makan.

"Kau ni memang degillah! Ikut perangai siapa eh? Nak kata ikut perangai mom, memang taklah. Dad? Lagilah bukan. Agaknya kau ni anak pungut tak?"Kamilia Hazel menembak.

Ungku Harraz menahan rasa geram. Dia langsung tak bersuara. Kalau sebelum ni dia sentiasa boleh menjawab apa yang dikata Kamilia Hazel tapi bukan sekarang.

Dia sangat lemah. Nak bercakap pun tak berdaya. Selera makannya hilang.

"Oi, anak pungut eh?" Lontarnya lagi ingin mendengar reaksi Ungku Harraz.

"Kau diamlah, perempuan!" jerit Ungku Harraz menggenggam selimutnya.

Kalau Kamilia Hazel depan dia, memang dah lama dia tumbuk-tumbuk muka perempuan tu.

"Okeylah macam ni. Kau tak nak makan takpe, aku tak kisah sebab aku tak rugi apa pun. Cuma, kesian dekat kaulah. Mana tahu, kejap lagi malaikat cabut nyawa kau. Kesian, tak sempat nak jamah apa-apa sebelum meninggal. Bangun aje tiba-tiba dah ada kat alam barzakh." Dia cuba memancing Ungku Harraz dengan cara psychology.

Sengaja dia cerita dengan nada yang serius untuk menakutkan Ungku Harraz.

"Betul eh kau tak nak makan? Okey... aku chaw dulu." Kamilia Hazel berura-ura untuk bangun meninggalkan Ungku Harraz.

Bila dia betul-betul ingin keluar dari bilik itu, Ungku Harraz memanggil namanya.

"Hazel..."

Kamilia Hazel tarik senyum sinis.  Tahu kau takut.

Continue Reading

You'll Also Like

821K 32.6K 56
#1 Malay (13 Jun 2019) #1 romantik (9 Ogos 2019) #1 remaja (5 Dec 2019) (12 Jun 2020) Seorang gadis biasa yang percaya pada jatuh cinta pandang perta...
365K 10.4K 80
MYA ARLISA-seorang gadis yang lemah lembut dan sopan. Siapa yang melihat gadis itu pasti akan tertarik dengan sifat dan rupa gadis itu. Dia juga seor...
19.6K 1.2K 71
﷽ - SYUHADAH 3rd BOOK Harapan palsu? Itu sudah menjadi makanannya setiap hari. Diuji dengan kemalangan jalan raya yang hampir meragut nyawa. "Tenang...
2M 57.7K 121
Tak ada apa yang istimewa pun pasal aku. Aku hanya perempuan yang biasa yang hanya bekerja sebagai seorang babysitter di sebuah nursery yang baru di...