Cinta Yang Kau Benci✔️

By CallMeSazzy

712K 29.4K 3.2K

[WARNING! CLICHE STORYLINE] Pernah pecah rekod sebab asyik keluar masuk bilik disiplin? Harraz dan Hazel per... More

CYKB:1
CYKB:2
CYKB:3
CYKB:4
CYKB:5
CYKB:6
CYKB:7
CYKB:8
CYKB:9
CYKB:10
CYKB:11
CYKB:12
CYKB:13
CYKB:14
CYKB:16
CYKB:17
CYKB:18
CYKB:19
CYKB:20
CYKB:21
CYKB:22
CYKB:23
CYKB:24
CYKB:25
CYKB:26
CYKB:27
CYKB:28
CYKB:29
CYKB:30
CYKB:31
CYKB:32
CYKB:33
CYKB:34
CYKB:35
CYKB:36
CYKB:37
CYKB:38
CYKB:39
CYKB:40
CYKB:41
CYKB:42
CYKB:43
CYKB:44
CYKB:45
CYKB:46
CYKB:47
CYKB:48
CYKB:49
CYKB:50
CYKB:51
CYKB:52
CYKB:53
CYKB:54
CYKB:55
CYKB:56
CYKB:57
CYKB:58
CYKB:59
CYKB:60
CYKB:61
CYKB:62
CYKB:63
CYKB:64 (Akhir)

CYKB:15

10.6K 465 5
By CallMeSazzy

"DENGAR cerita, kau dengan Harraz terkunci dalam library?" Syifa membangkitkan hal tragis itu lagi.

Kamilia Hazel menaikkan bebola matanya ke atas.

"Aku tak cerita pun dekat kau, macam mana kau tahu?"

"Hmmm... betullah ni? Aku ingatkan junior junior gosip aje." Syifa berjalan seiring dengan Kamilia Hazel.

Cikgu tiada dalam kelas kerana guru yang sepatutnya mengajar ada emergency call dari keluarga. Jadi, dua sahabat itu pergi ke tandas sambil berbual kosong.

"Hm... betul la tu. Terkunci. Kata cikgu, pintu library tengah ada masalah," terang Kamilia Hazel seraya mendengus.

Alasan semua tu. Entah-entah ada yang nak kenakan dia dan Ungku Harraz. Fikir Kamilia Hazel, berfikiran jauh dan logik.

Dia malas nak cakap pasal hal tu sebenarnya. Trauma.

"Itulah. Takkanlah korang nak buat hubungan suami isteri dalam library pulakan kalau kat rumah boleh buat?" Syifa tersengih pula sambil memandang Hazel.

Masuk saja ke dalam tandas, Kamilia Hazel sempat melihat jika ada orang di dalam tandas. Nasibnya baik, tiada pelajar langsung. Hanya dia dan Syifa.

"Eeee otak kau ni. Otak kau dengan penampilan kau, tak sama rata. Bahaya ni Syifa. Banyak sangat baca novel. Macam nilah jadi. Terpengaruh. Tunggu masa aje aku nak tumbuk kau ni kalau kau melalut pergi lagi jauh. Otak tu... cuba fikir yang positif." Kamilia Hazel mengerling ke arah Syifa yang sedang membetulkan awning tudungnya.

Syifa pakai tudung, Kamilia Hazel pula memang free hair. Entah kenapa otak Syifa kuning darinya. Syifa... Syifa...

"So, dia ada buat apa-apa tak kat kau?" soal Syifa lagi ingin tahu.

"Mana ada buat apa-apa," balas Kamilia Hazel hampir terkejut dengan soalan Syifa yang tidak dijangka itu.

Walaupun sebenarnya, dadanya sudah berdebar-debar mengingat kembali betapa kuat dia dan Ungku Harraz menggenggam tangan masing-masing sewaktu mereka ketakutan di dalam perpustakaan, takut diganggu oleh 'entiti'.

"Iye ke kau ni? Hmm, tak percayalah aku. Kalau dah berdua aje dalam tu, mesti dia ada nak ambil kesempatan kat kau." Syifa sudah lali dengan perangai lelaki.

Baginya lelaki semua sama. Asal ada peluang, mulalah ambik kesempatan. Perempuan ada 7 nafsu, berbeza dengan lelaki yang cuma ada nafsu pada satu benda sahaja.

"Yang kau sibuk-sibuk nak tahu kenapa? Hal keluarga aku, kan?" tempelak Kamilia Hazel menjeling Syifa yang sejak tadi mahu mengorek tentang hal peribadinya.

"Eleh... berlagak nauzubillah! Okey fine, aku tak nak tanya dah," kata Syifa pasrah akhirnya.

Dia pun tak hamak nak tahu. Syifa memeluk tubuh bersama muncung dibibir.

"Ni lagi satu. Kut ye pun stress sebab percubaan SPM dah dekat, tak payahlah sampai conteng muka sendiri. Tak ada faedah pon," celoteh Syifa memegang kesan dakwat di tepi bibir dan bahagian dahi Kamilia Hazel.

"Ehhh ehh! Tak payah sentuh muka akulah! Makin berjerawat nanti. Kau pun... takkanlah aku nak conteng muka sendiri? Aku datang lambat hari ni, sebab benda nilah! Eee, ni semua salah si mamat sewel tak guna tu!" kecam Kamilia Hazel mengingatkan Ungku Harraz tak guna tu!

Pili air dibuka dan ditonyoh air ke muka.

Masih berbekas geram di hati!

"Ha? Dia conteng muka kau ke? Hahahaha seriuslah? Hahahahaha patutlah!" gelak Syifa tak berhenti.

Lawak dengan pasangan suami isteri muda itu. Makin galak Ungku Harraz cari pasal dengan Kamilia Hazel nampaknya.

"Gelak gelak..." Jeling Kamilia Hazel.

"Hazel... sebab lawaklah aku gelak. Kalau melibatkan kau dengan dia, apa benda aje tak lawak? Korang ni sebenarnya, penghibur kelas kita tau. Sekarang ni, aku rasa macam aku tak kisah dah korang nak bergaduh ke bertumbuk ke. Asalkan aku ada stok nak buat gelak nanti," kata Syifa bersisakan tawa tak berhenti.

Ditekan-tekan perutnya yang sudah senak sebab banyak gelak.

"Aku nak balas dendam," getus Kamilia Hazel ringkas. Dia memandang Syifa melalui pantulan cermin.

Terus mati tawa Syifa.

Wajah Kamilia Hazel bertukar sinis.

"Hah? Kau nak buat apa?" tanya Syifa.

Kamilia Hazel menjongketkan keningnya dan tersenyum sinis. Syifa mengerutkan dahi tak faham dengan senyuman penuh makna Kamilia Hazel yang menyeramkan.

Ah sudah! Kau jangan buat yang bukan-bukan sudah Hazel!

"SYIFA! Sinilah! Kau tercegat apa lagi kat situ?" panggil Kamilia Hazel di sebalik motor besar milik Ungku Harraz.

NurSyifa Layla melihat sekeliling sebelum dia terkedek-kedek ke arah Kamilia Hazel. Syifa memandang Kamilia Hazel takut-takut.

"Hazel... kau biar betul nak buat benda ni? Aku... takutlah. Kenapa kau libatkan aku?" Syifa menampar bahu Kamilia Hazel.

"Tak payah takutlah, Syifa." Kamilia Hazel cuba menenangkan Syifa sebelum dia bergerak ke arah tayar motor Ungku Harraz.

Kamilia Hazel tersenyum jahat. Tak sabar nak laksanakan plan jahatnya.

"Bak pin tudung kau," minta Kamilia Hazel menghulur tangannya di depan Syifa.

Syifa berkerut. Gila ke apa minah ni?

"Gila ke apa kau ni? Tayar motor ni keras bukan macam tayar basikal. Silap-silap, bukan tayar ni yang bocor tapi pin tudung aku yang patah. Kau kelas dah pandai tapi otak..." Syifa menolak kepala Kamilia Hazel.

Bodoh tu simpanlah tua-tua.

"Oh guna pin tudung tak lepas eh?" Kamilia Hazel menggaru kening yang gatal tiba-tiba. Peluh merenik di tepi dahi.

Cuaca hari ini panas.

"Bongoklah kau ni. Kenapalah waktu nak revenge otak kau jadi otak unta ni? Tulah, acah sangat. Inilah yang jadi. Patutnya nak buat benda ni kena ada strategi. Bukan last minute macam ni baru nak buat. Nasib baiklah kau ada kawan baik yang pintar macam aku n..." bebel Syifa sambil memandang motor honda CBR500R Ungku Harraz.

Dia membuka penutup di mana angin dimasukkan pada tayar. Diputarkan sehingga terbuka. Tayar dibiar terpancit dan selebihnya dia menyuruh Kamilia Hazel yang buat.

"Amboi... tadi bukan main takut lagi. Sekarang, semua benda kau yang buat," perli Kamilia Hazel.

"Best juga buat kerja jahat ni. Hihik..." Tersengih Syifa dibuatnya.

"Kau carikan batu cepat. Cari yang besar kalau boleh." Kamilia Hazel menujukan telunjuknya ke suatu arah yang ada batu besar. Syifa mengikut saja arahan, seperti lembu dicucuk hidung.

"Okey sekarang, tolong aku terbalikkan motor ni," arah Kamilia Hazel memegang pedal motor, bersedia untuk menjatuhkan motor yang berat itu perlahan-lahan.

"Ehhhhh! Kejap! Kau seriuslah nak terbalikkan motor dia? Kau tahu kan yang dia sayangkan motor ni lebih dari nyawa dia sendiri. Kau tak takut ke kalau dia... mengamuk?" Syifa tahu, betapa sayangnya Ungku Harraz terhadap motor itu.

"Yes, sayang! That's my point, baby! Sebab dia sayangkan benda nilah, aku nak jadikan motor ni mangsa keadaan. Alahai, setakat tayar pancit, dia mampu pergi mechanic lah. Kau tak payah gelabah sangat. Kau kena ingat yang dia tu anak kepada Tan Sri Ungku Harriz dan Puan Sri Fazura. Dia lebih dari mampu. Ingat tu!" tempelak Kamilia Hazel menunding jari depan wajah Syifa.

"And kau tu pulak menantu kepada Tan Sri Ungku Harriz dan Puan Sri Fazura. Ingat tu!" Kamilia Hazel terkena balik.

Dia mengeluh bosan. Dia tahulah semua tu. Tapi, dendamnya untuk Harraz bukan untuk mom dan dad mentuanya.

"Errr... sudah, tak payah banyak bebel. Tolong aku cepat! Kalau kau tak tolong kawan baik kau ni, maksudnya kau sayangkan Harraz," ugut Kamilia Hazel.

"Hah?! Tak! Aku mana ada perasaan kat dia." Gelabah Syifa terus bangun.

"Tahu tak apa, cepat tolong aku."

Akhirnya, selepas beberapa saat motor Ungku Harraz selamat mencium tanah. Perlu guna tenaga keras masing-masing sebab motor Ungku Harraz boleh tahan besar dan berat.

Kira okey dia jatuhkan kat tanah berumput tau.

Ikutkan kata hatinya versi jahat, dia nak calarkan apa yang patut. Biar Ungku Harraz tahu langit tu tinggi ke rendah. Masalahnya, dia takutlah pulak kalau Ungku Harraz mengamuk betul-betul nanti.

Lebih baik bersederhana dalam membalas dendam. Haha.

"ROXY!" jerit Ungku Harraz terkejut melihat keadaan motornya yang terbaring 'lemah'. Laju langkah kakinya mendapatkan motor yang disayangi.

"Astaghfirullah... manusia mana yang berani buat benda terkutuk ni? Ish ish ish... innalillah buat Roxy. Ayuh kita menadah tangan bersama dan mendoakan arwah ditempatkan di dalam kalanga..."

"Diam do Anaqi! Kau nak kena bunuh dengan Harraz ke? Baik kau tutup mulut kau. Dia tengah tak ada mood tu," marah Raizal menyiku bahu Anaqi.

Ungku Harraz menjeling kawan-kawannya yang berdiri tidak jauh darinya. Ungku Harraz hampir mengalirkan air mata namun 'tubuh' Roxy paling penting untuk diselamatkan.

Dia mengangkat motor lalu menongkatnya. Hingus yang terasa meleleh di saluran hidung dilap menggunakan tapak tangan.

"Hazel..." Ungku Harraz menggenggam kepalan penumbuknya.

Cuma nama Kamilia Hazel yang terbit di fikiran saat ini. Dia sangat yakin ini perbuatan keji Kamilia Hazel.

"Ni mesti ada yang jealous dengan kehandsomean kau ni." Iskandar datang menegur dengan sengihan untuk Ungku Harraz.

"Banyaklah korang! Kau nampak ni ada calar kat tepi. Cermin aku ni senget. Tayar depan belakang pancit habis. Sepanjang aku dengan Roxy selama 3 tahun ni, tak pernah lagi tau benda-benda macam ni berlaku. Aku jaga dia dengan penuh kasih sayang, bagai menatang minyak yang penuh," luah Ungku Harraz penuh emosi.

Dia memang tak boleh bab motornya itu.

Roxy kesayangan.

"Tak payah nak drama sangatlah. Muka kau dah macam pondan menangis. Kau baliklah dulu. Abang aku kan mechanic. Kejap lagi aku call dia ambil motor kau. Dia mesti boleh tolong punya. Apa-apa nanti, aku roger kau," kata Iskandar ikhlas ingin menolong.

Kebetulan pula abangnya seorang mechanic.

"Thanks do Is. Kau memang kawan yang baik. Bukan macam dua ekor kat belakang aku ni."

Tersentak Anaqi dan Raizal bila nama mereka disebut. Masing-masing menyalahkan diri masing-masing. Ungku Harraz mencangkung bersebelahan tayar Ysukunya.

"Eh Raz, aku tak cakap apa-apa pun. Anaqi ni yang melebih." Bahu Ungku Harraz disentuh oleh Raizal, memujuk.

"Raz, kau janganlah cakap macam tu. Kata member," pujuk Anaqi pula.

Ungku Harraz tidak membalas kerana matanya tidak lepas dari memandang Roxy, motor kesayangannya.

"Bye sayangku Roxy." Bahagian depan motor, Ungku  Harraz belai perlahan sebelum melepaskan ciuman di situ.

"Aku faham perasaan kau Raz. Sabar ye." Anaqi menepuk-nepuk bahu Ungku Harraz memberi sokongan.

Dia faham yang Honda CBR500R ni milik Ungku Harraz seorang saja. Ungku Harraz memang cintakan motor itu. Lagi-lagi terpaksa berjauhan. Tak sanggup Harraz!

"Ah sudahlah kau! Tadi kau dah innalillah kan dia..." ungkit Ungku Harraz.

Anaqi tersengih kerang busuk.

"Hmm, aku gerak dulu ah. Jumpa esok." Ungku Harraz bangkit berdiri salam bro dengan rakan-rakannya.

"Okay , bye bro." Mereka masing-masing membalas salam bro sebelum beredar dari tempat parkir motor.

Ada juga yang pulang dengan motor masing-masing. Ungku Harraz terpaksa balik dengan Pak Ucop lah nampaknya.

Continue Reading

You'll Also Like

821K 32.6K 56
#1 Malay (13 Jun 2019) #1 romantik (9 Ogos 2019) #1 remaja (5 Dec 2019) (12 Jun 2020) Seorang gadis biasa yang percaya pada jatuh cinta pandang perta...
365K 10.4K 80
MYA ARLISA-seorang gadis yang lemah lembut dan sopan. Siapa yang melihat gadis itu pasti akan tertarik dengan sifat dan rupa gadis itu. Dia juga seor...
19.8K 1.2K 71
﷽ - SYUHADAH 3rd BOOK Harapan palsu? Itu sudah menjadi makanannya setiap hari. Diuji dengan kemalangan jalan raya yang hampir meragut nyawa. "Tenang...
527K 15.1K 61
#2019 Coverby:@nurshaziera AIYURA AZZAHRA seorang gadis yang matang,berbudi pekerti mulia dan sanggup berkorban apa sahaja demi orang yang disayangin...