Cinta Yang Kau Benci✔️

By CallMeSazzy

712K 29.4K 3.2K

[WARNING! CLICHE STORYLINE] Pernah pecah rekod sebab asyik keluar masuk bilik disiplin? Harraz dan Hazel per... More

CYKB:1
CYKB:2
CYKB:3
CYKB:4
CYKB:5
CYKB:6
CYKB:7
CYKB:8
CYKB:9
CYKB:11
CYKB:12
CYKB:13
CYKB:14
CYKB:15
CYKB:16
CYKB:17
CYKB:18
CYKB:19
CYKB:20
CYKB:21
CYKB:22
CYKB:23
CYKB:24
CYKB:25
CYKB:26
CYKB:27
CYKB:28
CYKB:29
CYKB:30
CYKB:31
CYKB:32
CYKB:33
CYKB:34
CYKB:35
CYKB:36
CYKB:37
CYKB:38
CYKB:39
CYKB:40
CYKB:41
CYKB:42
CYKB:43
CYKB:44
CYKB:45
CYKB:46
CYKB:47
CYKB:48
CYKB:49
CYKB:50
CYKB:51
CYKB:52
CYKB:53
CYKB:54
CYKB:55
CYKB:56
CYKB:57
CYKB:58
CYKB:59
CYKB:60
CYKB:61
CYKB:62
CYKB:63
CYKB:64 (Akhir)

CYKB:10

11.7K 502 9
By CallMeSazzy

UNGKU Harraz turun dengan wajah yang murung. Sesekali, dia menjeling Kamilia Hazel yang sedang bersantap senang di meja makan bersama kedua-dua orang tuanya.

"Ha, turun dah. Kamu bangun solat subuh tak pagi tadi?" soal Puan Sri Fazura.

Dia sudah sedia maklum, menantunya itu sedang bendera merah. Namun begitu, itu bukan alasan untuk anak lelakinya itu tidak bangun mengerjakan yang wajib.

"Tak. Minah ni lah tak kejut!" Ungku Harraz menjeling Kamilia Hazel yang dengan seleranya memakan sandwic.

Nak aje dia sumbat sandwic banyak-banyak dalam mulut isterinya itu.

Bila namanya disebut, dia terus mengangkat wajah. Terbantut rasa nak telan sandwic dalam mulut. Hek eleh, dia yang liat nak bangun, nak salahkan kita pulak. Ujar Kamilia Hazel dalam hati.

Sebenarnya, nak aje dia melawan Ungku Harraz, tetapi fikirkan mereka di hadapan orang tuanya saja. Kena hormat. Umi dengan daddy sudah pesan, jangan buat hal. Jaga maruah diri, umi dan daddy.

Sabar aje duhai hati...

"Hazel pulak yang disalahkan? Harraz kan dah besar. Dah ada isteri dah pun. Kena ada pembantu yang kejutkan juga ke? Tak malu." Tan Sri Ungku Harriz pula menyampuk.

Tak suka dengan perangai anaknya yang mementingkan diri sendiri. Kamilia Hazel pandang Tan Sri Ungku Harriz. Tak percaya yang lelaki tua itu mem'backup' dirinya. Terharu rasa di hati.

Ungku Harraz mendengus. Dia mengambil kunci motor lalu berjalan ke arah mom dan dad dia. Hilang mood nak sarapan pagi bersama-sama. Memalukan betul kena marah dengan dad depan minah tu.

"Dahlah. Harraz pergi dulu," pamit Ungku Harraz bersama muka toyanya.

Tangan lembut Puan Sri Fazura dicium sebelum dia beralih pula kepada Tan Sri Ungku Harriz. Selesai menyalami ibu bapanya, dia terus berlalu keluar dari banglo itu.

"Emm... sorry," kata Kamilia Hazel dalam nada kesal.

Dibuat-buat sebenarnya. Hihihihi. Muka serba salah ditayangnya dengan penuh kepuraan.

Puan Sri Fazura menggeleng sambil memegang bahu Kamilia Hazel.

"Tak payah nak minta maaflah Haz. Bukannya salah Haz pun. Lagipun, Harraz tu memang dah kena belajar berdikari dah. Kalau asyik nak harapkan mom dengan Hazel, sampai bila-bila pun dia takkan berubah. Lain kali, biar dia belajar bangun sendiri. Sebelum ni pun, mom yang selalu kejut dia takkanlah dah kahwin ni, Hazel pula jadi pengganti mom kan? Harraz tu kena ajar sikit. Asyik bagi muka saja." Puan Sri Fazura berkata panjang lebar. Geleng kepala dia dengan perangai Ungku Harraz.

Tan Sri Ungku Harriz hanya anggukkan kepala. Ada betul juga kata isterinya itu.

Eee si Harraz ni, dah besar pun nak orang kejutkan lagi. Apa gunanya telefon mahal dia tu kalau tak boleh nak set alarm sendiri?

Hah, padan muka kau kena marah dengan mak ayah kau. Tulah, semalam kenakan aku. Hari ni, dah malu depan aku. Umpat hati Kamilia Hazel tersenyum suka.

"Dah, lepas siap makan ni Haz pergi sekolah naik Pak Ucop. Dia dah tunggu kat luar tu. Balik nanti pun, dia akan pickup Hazel. Hazel balik petang kan?"

"Haah sebab hari ni ada extra class. Haz pergi dulu ye," pamit gadis itu. Beg sekolah disandang sebelum dia bangun.

"Take care kat sekolah ye sayang. Belajar elok elok. Mom and dad sayang Hazel." Kepala Kamilia Hazel diusap lembut oleh Puan Sri Fazura.

"Me too, bye assalamualaikum." Setelah bersalam tangan dengan kedua-dua ibu dan bapa mentuanya, dia keluar dari rumah banglo itu lalu menaiki kereta Alphard yang akan dibawa oleh Pak Ucop.

            "HAH! Pakwe mana ni? Handsomenya!" Dengan laju, polaroid yang berada di tangan Kamilia Hazel dirampas kasar.

"Woi! Bagilah balik!"

Apa masalah Syifa ni? Nak geng sekali dengan Ungku Harraz ke apa? Main rampas-rampas pula!

"Wei, handsome lah! Siapa ni?! Baik kau beritahu aku! Kata best friend forever who will not break up until life breaks out of the body. Kata tak nak berahsia. Kata nak sama-sama naik. Kata nak susah senang sesama." Macam-macam ayat Syifa lambung supaya lembutkan hati Kamilia Hazel.

Syifa membesarkan matanya melihat gambar polaroid yang terpapar gambar seorang lelaki tak bernyawa. Diusap-usap gambar itu sehingga terleka.

Sudah terbayang dia dan lelaki itu berada di atas pelamin dan diraikan oleh orang ramai.

"Eh kau ni, melebih pulak! Bagi baliklah Syifa!" Kamilia Hazel mengejar tangan Syifa yang melarikan polaroidnya.

"No! Beritahu aku dulu, who is this guy? Mana kau curi gambar dia ni? Handsome bukan main lagi. Lelaki kat pinterest eh?"

"Hey perempuan. Dia lagi handsome dari lelaki dekat pinterest la. Dah, bagi balik!" tegas suara Kamilia Hazel sambil merampas semula kepunyaannya.

Syifa mencebik sambil menjenguk polaroid yang berada di tangan Kamilia Hazel. Kamilia Hazel memandang jengkel lalu menyimpannya di dalam poket baju kurungnya.

"Sampai hati kau berahsia dengan aku. Macam ni en sekarang. Kau dah berubah," ujar Syifa membuat suara sayu.

Kamilia Hazel menjeling.

"What ever." Tekad betul dia tak mahu beritahu sesiapa tentang lelaki idamannya itu.

Jaranglah dia tak kongsi rahsianya kepada Syifa. Tapi kali ini, dia belum bersedia lagi nak beritahu. Bimbang nanti Syifa rampas lelaki kesayangannya itu.

Salah dia juga. Tak pandai cover nak tengok diam-diam pun. Sudah dia pastikan kelas itu kosong setelah kawan-kawan sekelasnya yang lain sudah keluar memandangkan sudah masuk waktu rehat.

Tak tahu pulak si Syifa tak keluar kelas lagi. Kacau betul! Mesti dia menghendap aku dari tadi. Bebel hati Kamilia Hazel, buat andaian.

"Hey Hazel!" tegur seseorang melambai ke arah Kamilia Hazel.

"Hah, sekejap eh!" Kamilia Hazel mengemas buku-bukunya.

Buku Subjek Add Math dan Sains dipegang erat manakala Syifa terpinga-pinga melihat kawan baiknya itu.

"Ha, kau nak dating berdua dekat mana pula ni?" soal Syifa bersahaja.

"Dating apanya? Kitaorang nak belajar bukan macam kau! Harap aje pengawas perpustakaan tapi, bukan buku pelajaran yang dibaca, buku novel cinta yang kau baca!" tempelak Kamilia Hazel. Syifa memuncung.

"Hmm... kalau aku ikut boleh?"Syifa sengaja nak tengok reaksi Andra.

Ternyata Andra mengusap lehernya lalu memandang ke arah lain. Syifa tahu maksud Andra. Andra inginkan privasi bersama Kamilia Hazel.

Bukan Syifa tak tahu yang Andra sukakan Kamilia Hazel. Dia tahu. Dari gaya percakapan dan pandangan matanya kepada Kamilia Hazel pun dia dah tahu.

"Hmm, tak apalah. Aku tukang perhati korang aje dalam library nanti. Aku nak gerak bookshops jap. Engkau Hazel, jangan timbulkan maksiat tau," sindir Syifa sebelum ketawa terbahak-bahak.

"Pergilah!" halau Kamilia Hazel sudah berjalan nak ke library bersama Andra di belakangnya tetapi suara Syifa menjerit membuatkan dia menjeling.

"Tak nak tinggalkan gambar si handsome tu dekat aku ke?!" laung Syifa terus berlari takut mendapat jelingan tajam Kamilia Hazel.

Dia tak berhenti ketawa sambil dia berlari.

"Apa maksud dia tu?" Andra menyoal sambil berjalan seiringan dengan Kamilia Hazel.

Sebenarnya Andra sedang menyorokkan wajahnya yang memerah akibat cemburu. Kamila Hazel sengih busuk.

"Tak ada apalah. Abaikan aje mulut becok dia tu." Dengus Kamilia Hazel masih geram dengan Syifa. Sudahlah laungan si NurSyifa Layla tu mendapat pandangan ramai.

             "YANG ni saya pun tak tahu. Tengok buku rujukanlah," usul Kamilia Hazel kepada Andra Rifzal.

Mereka sedang ulangkaji mata pelajaran Add Math pula. Sudah masuk setengah jam mereka belajar berdua memandangkan extra class sudah lama habis. Pelajar tingkatan 5 diberi peluang jika mahu stay di sekolah atau pulang.

Syifa dihujung pintu perpustakaan, hanya memerhati kedua-dua insan tersebut sedang belajar dan mengerah idea masing-masing.

Bukanlah Syifa tu nak cemburu ke apa, tapi Syifa tahu Kamilia Hazel sudah berstatus sebagai isteri orang. Dan 'orang' tu adalah Ungku Harraz. Nak tak nak, Kamilia Hazel kena terima. Malah, Syifa memang suka gandingan  Kamilia Hazel dengan Ungku Harraz.

Cuma, Syifa ragu-ragu jika hubungan suami isteri itu pasti akan berbelah bahagi jika dengan kehadiran Andra Rifzal yang akrab dengan Kamilia Hazel. Tipulah kalau si Harraz tu tak cemburu.

Hm, kecualilah kalau lelaki tu memang tak cemburu itu pun sebab dia tak ada perasaan.

Bukannya Syifa tak nampak yang Ungku Harraz juga turut ada di dalam perpustakaan itu. Tapi, buat kacau! Yelah, Ungku Harraz kan dah pandai, apalah sangat kalau nak belajar tu. Kacang aje bagi dia!

Berlagak nauzubillah.

"Saya dah try buat dah. Tapi, jawapan dia yang ni. Lain dengan jawapan dalam buku rujukan ni." Andra mengeluh bila dia sudah cuba cari jawapan namun gagal menjumpainya.

"Hm, saya rasa..." Kamilia Hazel tak sempat cakap bila kerusinya dilanggar oleh seseorang.

Dan bunyi kerusi itu membuatkan ramai mata yang memandang kerana terganggu.

Syifa turut memandang adegan tersebut. Gadis itu menepuk dahi. Memang sengaja cari pasal si Ungku Harraz ni! Desis Syifa dalam hati.

"Eh, sorry. Sengaja." Suara Ungku Harraz bernada bisik.

Kamilia Hazel masih boleh bersabar. Andra hanya memerhati dengan wajah yang bengang.

Mereka sambung belajar manakala Ungku Harraz masih tak puas hati bila Kamilia Hazel tidak melawan perbuatannya. Memang niat dia langgar kerusi Hazel sebab dia sengaja nak cari gaduh dengan gadis itu dan kacau pembelajaran mereka.

Dia bukanlah cemburu tetapi dia sakit hati.

Disebabkan Kamilia Hazel, dia tak bangun solat subuh tadi dan dia terpaksa tanggung malu depan mom dan dadnya. Jadi, dia nak balas dendam!

"Erm, awak tunggu sini kejap. Biar saya yang cari buku rujukan lain. Tak silap saya, ada dekat rak hujung sana. Kejap eh?" Kamilia Hazel bangun dari kerusi lalu berjalan ke arah rak di hujung perpustakaan dan mencari buku rujukan Add Math.

Bila dia sudah jumpa, tangannya ingin menarik buku itu keluar tetapi ada tangan lain yang menyambar.

"You want this?" Ungku Harraz tersenyum senget.

"Yes, please give it to me."

"No," jawab Ungku Harraz langsung tiada tanda-tanda untuk memberi buku tersebut semula kepada Kamilia Hazel.

"Eh Harraz, aku tak ada masa lah nak main dengan kau. Bagi buku tu, aku nak belajarlah!" Geram Kamilia Hazel dengan sikap Ungku Harraz yang suka cari fasal dengannya.

"Tadi, kau malukan aku depan mom and dad kan? Watch this girl." Buku-buku yang berada di atas rak diselerakkan dan dijatuhkan ke atas lantai.

"Harraz, kau buat apa gila! Stop it! Sumpah tak kelakar!" Kamilia Hazel menggelabah apabila perbuatan Ungku Harraz sudah menarik perhatian sesetengah murid di dalam perpustakaan.

Sudah banyak mata yang memerhati Kamilia Hazel.

"Bukan aku, tapi kau! Haha, tata!" Ungku Harraz berlagak selamba lalu menyorokkan muka dan berjalan seperti biasa.

Dia juga buat muka seperti terkejut dengan 'perbuatan' Kamilia Hazel itu.

Akibat terlampau banyak buku yang jatuh, rak buku itu tidak dapat bertahan lalu tumbang dan bersepah separuh perpustakaan.

Kamilia Hazel telan liur.

Continue Reading

You'll Also Like

365K 10.4K 80
MYA ARLISA-seorang gadis yang lemah lembut dan sopan. Siapa yang melihat gadis itu pasti akan tertarik dengan sifat dan rupa gadis itu. Dia juga seor...
924K 26.3K 50
Sejak bertemu dengan Irham Zahril, Dahlia tidak pernah gembira, hari-harinya dipenuhi dengan perasaan penuh geram, kesedihan. Namun,sesuatu pekara ya...
2M 57.7K 121
Tak ada apa yang istimewa pun pasal aku. Aku hanya perempuan yang biasa yang hanya bekerja sebagai seorang babysitter di sebuah nursery yang baru di...
379K 13.7K 57
Bagi Aina Natasya, dia tidak layak untuk bahagia atas sebab-sebab tertentu. "Saya tak layak untuk dapat kebahagiaan." -Aina Natasya Namun, Tengku Hak...