Don't Forget [ JunHwan ] ✔

By HanNihilist

12.8K 1.4K 1.8K

Ketika cinta menguji kesabaran seorang lelaki dalam usaha untuk mengembalikan semula ingatan sang kekasih. ||... More

00 장
01 장
02 장
03 장
04 장
05 장
06 장
07 장
08 장
09 장
10 장
12 장
13 장
14 장
15 장
16 장
17 정
18 장
19 장
20 장
21 장
22 장
23 장
24 장
25 장
26 장
27 장
28 장
29 장
30 장
31 장
32 장
33 장
34 장
35 장
36 장
37 장
38 장
39 장
40 장
41 장
42 장
43 장
44 장
45 장
46 장
47 장
48 장
49 장
50 장

11 장

202 27 61
By HanNihilist

---

Junhoe menguak perlahan pintu bilik Jinsang. Dijenguknya ke dalam bilik tidur dengan perabot dan hiasan yang tersusun rapi itu sebelum dia menapak di atas permaidani berbulu halus pada tapak kakinya.

Telefon pintar yang ia bawa bersama diletakkan sebentar di atas meja. Punggung Junhoe kemudiannya dihenyak di sisi katil Jinsang yang kosong.

Bahagian kanan katil itu sepatutnya menjadi tempat dia tidur sambil memeluk tubuh kecil Jinsang.

Junhoe masih ingat , Jinsang pernah mengalami masalah insomnia sejak mereka masih remaja lagi. Sering kelihatan lelah dan tidak bersemangat di sekolah , itulah Jinsang.

Namun semenjak mereka mendirikan rumah tangga bersama , tubuh Junhoe sudah berperanan sebagai bantal peluknya hampir sepanjang masa.

Sejak itulah Jinsang berjaya mengatasi masalah insomnia yang dia alami. Tetapi , lihatlah sekarang. Jinsang sudah tertidur pulas tanpanya. Wajah polos Jinsang diteliti dengan senyuman kelat.

"Walau macam mana pun cara awak layan saya... sama ada awak masih anggap saya ni sebagai suami awak atau orang asing dalam hidup awak , ketahuilah.... saya akan cintakan awak sampai nafas terakhir saya , Koo Jinsang."

Sungguhpun penantian Junhoe agar ingatan Jinsang segera kembali begitu melelahkan , dia akan setia menunggu dengan hati yang sentiasa terbuka buat wanita itu.

Selesai mengucup dahi Jinsang , Junhoe bangkit dari katil tersebut lalu berjalan ke arah sofa hitam bersama bantal empuk di tangannya. Tidak lama setelah Junhoe terlelap , Jinsang membuka kelopak matanya.

Telefon pintar milik Junhoe yang ditinggalkan di atas meja tadi dicapai. Setelah alat nipis itu dihidupkan , Jinsang memasukkan kata laluan dengan 4 digit.

Tepat tekaannya. Junhoe menggunakan tarikh hari lahir Jinsang sebagai kata laluan. Dengan begitu mudah , Jinsang memulakan pencarian untuk mendapatkan nombor telefon Hanbin.

You :
Kita jumpa di hotel esok? Aku ada benda nak cakap.

Hanbin :
Untuk apa? Aku kan nak bawa Jaehee jumpa Jinsang. Kau lupa?

You :
Oh , mungkin lain kali.

Jinsang mendengus halus. Rancangannya untuk bertemu dengan Hanbin gagal biarpun dia telah menyamar sebagai Junhoe. Tidak lama kemudian , dia mendapat mesej baharu dari lelaki berhidung mancung itu.

Hanbin :
Aku akan teman Jaehee ke sana pagi esok. Dia dah janji akan tolong kita kembalikan ingatan Jinsang. Kau jangan risau sangat ya , June?

Jinsang menggeleng. Dia lebih rela jika dia perlu kekal begini agar Hanbin terus peduli dan mengambil berat akan dirinya.

Pesanan ringkas yang dia hantar dan terima dari Hanbin dipadam sebelum telefon itu diletakkan semula ke atas meja.

---


 

Continue Reading

You'll Also Like

151K 4.2K 20
Special Edition Faizul x Hafiz Hafiz Zafrin lari dari Zafrin Family sebab taknak uruskan syarikat family hey!aku masih 19 tahun kot!aku nk happy2 t...
48.3K 885 16
"Kahwin dengan daddy jom"? -Alex Danial "You dh gila ke ape?You are my lecturer!"-Raisha Qistina "I tak gila,I gilak...
5K 151 27
BLURB : MILIK TUAN LUTH ISKANDAR PENULIS : KENSHIN SUGAWA Ditinggalkan si kekasih hati yang berjanji untuk berkahwin dan mencipta bahagia bersama-s...