Cinta Yang Kau Benci✔️

By CallMeSazzy

712K 29.4K 3.2K

[WARNING! CLICHE STORYLINE] Pernah pecah rekod sebab asyik keluar masuk bilik disiplin? Harraz dan Hazel per... More

CYKB:1
CYKB:2
CYKB:3
CYKB:4
CYKB:6
CYKB:7
CYKB:8
CYKB:9
CYKB:10
CYKB:11
CYKB:12
CYKB:13
CYKB:14
CYKB:15
CYKB:16
CYKB:17
CYKB:18
CYKB:19
CYKB:20
CYKB:21
CYKB:22
CYKB:23
CYKB:24
CYKB:25
CYKB:26
CYKB:27
CYKB:28
CYKB:29
CYKB:30
CYKB:31
CYKB:32
CYKB:33
CYKB:34
CYKB:35
CYKB:36
CYKB:37
CYKB:38
CYKB:39
CYKB:40
CYKB:41
CYKB:42
CYKB:43
CYKB:44
CYKB:45
CYKB:46
CYKB:47
CYKB:48
CYKB:49
CYKB:50
CYKB:51
CYKB:52
CYKB:53
CYKB:54
CYKB:55
CYKB:56
CYKB:57
CYKB:58
CYKB:59
CYKB:60
CYKB:61
CYKB:62
CYKB:63
CYKB:64 (Akhir)

CYKB:5

12.1K 513 18
By CallMeSazzy

TIBA waktu rehat, Ungku Harraz dan Kamilia Hazel berjalan bersama-sama. Memang habis pelajar-pelajar tingkatan 3 dan tingkatan 4 yang kebetulan ada koko pagi itu tanya mereka.

Antara salah satu pertanyaan yang buat mereka berdua nak muntah adalah...

"Abang Raz dan Kak Hazel couple ke? Bukan korang selalu bergaduh ke?" Salah seorang pelajar tingkatan 3 bertanya lembut.

Pelajar itu adalah seorang gadis. Comel bertudung labuh. Mungkin dari kelas agama.

Eh, aku couple dengan mamat tak beradab ni? Eee, simpang malaikat 44! Sumpah, aku tak mahu weh! Ujar Kamilia Hazel dalam hati.

Baru saja Kamilia Hazel nak beritahu hal yang sebenar, mulut lain sudah menyampuk.

"Yang kau menyibuk ni kenapa? Pergi koko sana! Merayau aje kerja. Ingat sikit, kau tu junior lagi kat sekolah ni. Junior kena hormat senior. Pergi main jauh!" kata Ungku Harraz selamba nak marah anak dara orang. Jahat gila.

Kamilia Hazel nyata tersentak. Budak perempuan tu pun diam tak berkutik. Mungkin terasa dengan cara percakapan Ungku Harraz yang agak kasar.

"Yang kau acah senior ni apahal?"" Kamilia Hazel tak puas hati. Gadis tadi sudah berlalu pergi.

Sebagai seorang perempuan, dia faham perasaan budak tadi. Ditegur dengan nada yang marah, perempuan mana aje tak terasa hati.

Hati perempuan ni lembut bak tisu tau. Lagi lembut dari itu.

Ungku Harraz perlahan mengalihkan pandangan ke arah Kamilia Hazel.

"Memang aku senior pun, so? Muka aku ni, ada nampak macam aku kesah ke? Lainlah muka kau tu. Muka macam ada seekor haiwan tu. Yang hidung dia panjang. Emmm... apa ek nama haiwan tu? Oh... hah, tapir!" Ungku Harraz mula nak cari gaduh.

"Kurang asam punya orang. Kau samakan aku dengan tapir? Kalau aku tapir, kau tu blobfish!" balas Kamilia Hazel tidak mahu kalah.

"Hoi! Itu dah melebih! Muka punyalah handsome macam ni, kau kata blobfish? Kau buta ke, Hazel?" Ungku Harraz nak sekeh kepala Kamilia Hazel tetapi gadis itu sudah  menonong jalan ke kantin meninggalkan Ungku Harraz.

Malas nak melayan dah.

"Haah, mata aku ni boleh jadi buta bila tengok muka kau. Muka macam malaun, ada hati nak jadi handsome," balas Kamilia Hazel menoleh ke belakang memandang Ungku Harraz sebelum menyambung detap kakinya menuju ke kantin.

Nak isi perut yang lapar.

Ungku Harraz mengejar langkah Kamilia Hazel. Dia tidak akan kalah perang mulut dengan Kamilia Hazel.

Tanpa mereka sedari, dari tadi ada tiga pasang mata yang sedang ralit memerhatikan mereka berdua.

"Perempuan ni memang betul-betul tak takut dengan amaran aku! Makin aku tegah, makin berani dia buat!" Tiara merengus kemarahan.

Penumbuknya digenggam kuat.

"So, apa kita nak buat dengan betina tu?" soal Juliana.

Tiara memandang Juliana dan Rina silih-berganti beserta senyuman sinis yang terpancar penuh dendam dan kejahatan.

SELEPAS membeli makanan, Kamilia Hazel berlalu duduk di meja makan. Pandangan orang lain yang memandang dia dan Ungku Harraz dibiar.

Ungku Harraz hanya duduk di sebelahnya lalu melihat saja dia makan. Alah mamat ni, takkan nak usya aje aku makan? Tak selesa aku nak makan kalau dia cuma jadi pemerhati.

"Benda apa yang kau makan tu?" Ungku Harraz menjongketkan sedikit kepalanya melihat makanan yang dibeli oleh Kamilia Hazel.

"Sedih gila tak tahu ni apa?" Kamilia Hazel bertanya pelik.

Dah berapa lama kau duduk kat dunia ni bang? Soal hati Kamilia Hazel.

"Laaaahhhh... sejak bila pulak kita kena hafal nama kuih yang mak cik kantin tu jual?" perli Ungku Harraz selamba lalu menjeling Kamilia Hazel.

"Memang la tak payah hafal. Masalahnya, otak kau tu benak sangat dah kenapa? Kuih tepung pelita pun tak tahu, payahlah macam tu. Pergi belajar tadika baliklah bang. Budak-budak pun tahu ni kuih apa," kata Kamilia Hazel.

Kuih tepung pelita itu disua ke mulut lalu ditelan perlahan apabila sudah mengunyahnya sehingga lumat. Muka menyampah dilemparkan kepada Ungku Harraz.

Kamilia Hazel menikmati dengan selera. Suapan yang seterusnya, sudunya disambar oleh seseorang dengan kasar.

"Ish apa kau ni?!" marah Kamilia Hazel.

Satu kantin memandang mereka.

"Apa yang sedap sangat sampai kau menikmati macam tu sekali?" Ungku Harraz mencuit sedikit kuih itu dengan sudu lalu disua ke mulut.

Dia cuba mengunyahnya tetapi tekaknya terasa tersumbat. Ada santan ke dalam ni? Ungku Harraz tidak suka santan. Bau santan pun dia tak boleh.

"Eh, kau ni kenapa?" soal Kamilia Hazel cepat-cepat.

Ungku Harraz beri isyarat mahu muntah tetapi Kamilia Hazel langsung tak faham. Ungku Harraz tak tahan terus dia muntah ke dalam bekas kuih itu yang masih ada baki 3 sampan lagi.

Muntah lelaki itu terpercik sedikit mengena kain biru Kamilia Hazel membuatkan gadis itu menjauh dari Ungku Harraz.

"Harraz!" Kamilia Hazel menghentak kaki.

Pelajar lain hanya ketawa dengan gelagat mereka.

Bergema satu kantin menggelakkan mereka berdua. Bukan gelak sebab nak buli ke apa, cuma mereka ketawa kerana Ungku Harraz dan Kamilia Hazel nampak comel bila begitu.

Lagi-lagi bila Ungku Harraz dimarahi oleh Kamilia Hazel persis budak kecil.

"Apa benda yang kau makan ni? Tak sedap langsung! Wek! Puih puih !" Ungku Harraz bergerak ke singki kantin lalu kumur-kumur mulutnya.

Baginya, makanan itu tak kena dengan tekaknya. Terasa mahu muntah! Ia lebih kepada santan dan berlendir.

Kamilia Hazel memandang sedih ke arah kuih kegemarannya. Sudah membazir. Dasar mamat tak reti bersyukur!

Mereka berlalu keluar dari kantin. Kamilia Hazel mengikut saja langkah Ungku Harraz yang selamba.

Kamilia Hazel memandang tajam Ungku Harraz yang berada di sebelahnya. Tak puas hati dengan sikap biadab lelaki itu.

Dia habiskan RM2 untuk beli kuih itu tetapi sudah jadi pembaziran disebabkan si mamat bedebah tu pergi muntah kat dalam makanan kegemarannya.

Alahai dua ringit aje pun...

"Apa kau pandang-pandang?" Ungku Harraz bersuara seperti tiada apa yang berlaku. Macam dia tak buat salah.

"Memang tak ada perasaan bersalah eh?" Kamilia Hazel mengerutkan dahi.

"Buat apa nak bersalah? Benda tu yang tak sedap. Bukan salah aku."

"Lain kali, jangan rampas makanan orang sesuka hati. Itulah balasannya. Tak ada adab langsung." Dengus Kamilia Hazel tak puas hati. Dia memeluk tubuh.

"Beli aje lah kat pasar malam ke, kedai tepi jalan ke. Tak payah nak mengungkit sangat. Benda bukannya mahal sangat pun nak meratap bagai," kata Ungku Harraz seraya menjeling gadis itu.

Kelam kabut sangat Kamilia Hazel ni. Kata-kata Ungku Harraz hanya dibalas dengan jelingan tajam dari Kamilia Hazel.

Memanglah tak mahal. Namun nilainya tetap berharga. Tambahan pula, itu kuih kegemaran Kamilia Hazel.

Bukan senang boleh beli kat kantin. Kantin sekolahnya itu jual kuih macam-macam. Setiap hari stok kuih lain-lain. Nak tunggu kantin jual tepung pelita pulak, al-kisahnya kena tunggu tahun depanlah jawabnya.

SAMPAI sahaja di rumah, Ungku Harraz memandang wajah-wajah kesayangannya yang tersenyum lebar sehingga ke pipi. Lantas saja dia dijemput dari muka pintu lalu begnya diambil oleh ibunya, Puan Sri Fazura.

Aik, tak pernah-pernah.

Ayahnya pula mengumpannya agar duduk di sofa singlenya lalu dad dan mom menyediakan pancake. Aik, apa hal tiba-tiba ni?

"Kenapa ni?" soal Ungku Harraz malas berteka-teki lagi. Pasti ada sebab kenapa kedua orang tuanya itu berkelakuan aneh seperti ini.

Puan Sri Fazura turut Tan Sri Ungku Harriz memandang mata masing-masing dengan sebuah senyuman.

"Harraz ingat perjanjian antara Harraz dengan arwah datuk Harraz?" soal Puan Sri Fazura dengan senyuman tak lekangnya.

"Ya, Harraz ingat. Kenapa?" jawab Harraz laju.

"Apa yang Harraz ingat?" Ungku Harraz disapa soalan. Dia cuba mengingati.

"Yang pasal datuk serahkan syarikat dia pada Harraz lepas umur Harraz 21 tahun tulah kan. Harraz kena janji jaga syarikat tu dan majukan syarikat tu," balasnya sambil memandang Puan Sri Fazura dan Tan Sri Ungku Harriz silih berganti.

Puan Sri Fazura memandang Tan Sri Ungku Harriz dengan isyarat mata yang sudah dirancang tadi.

"Yang Harraz kena kahwin tu macam mana pulak? Ingat tak?" tanya Puan Sri Fazura dengan senyuman lebar.

"Oh, yang tu? Hmm... ingat." Bosan Ungku Harraz nak cerita pasal itu.

Perjanjian dia dengan arwah datuknya sebelum datuknya meninggal dunia. Perjanjian yang mengikatnya untuk berkahwin dengan pilihan ibu bapanya. Dengan cara itu, lebih cepat dia boleh ambil alih syarikat datuknya.

Ya Allah, klisenya jalan cerita hidupnya ini.

"Kami dah jumpa bakal isteri Harraz!" Serentak Tan Sri Ungku Harriz berkata bersama isterinya.

Nada suara mereka nyata teruja dan tak sabar mahu mendapat menantu. Ungku Harraz terkejut.

"What?! Why so fast?" Ungku Harraz tak senang duduk.

Begitu tekad Puan Sri Fazura dan Tan Sri Ungku Harriz nak kahwinkannya padahal datuk tak letakkan syarat pun untuk dia berkahwin. Arwah datuk cuma suruh dia berjanji untuk berkahwin dengan pilih ibu bapanya dan genap 21 tahun umurnya, dia perlu uruskan hal syarikat arwah datuk. Itu saja.

"Hey, why not?" Puan Sri Fazura berkata.

"Mom, dad... Harraz kan tengah sekolah, macam mana nak kahwin?" soal Ungku Harraz.

"Well, that's not a problem at all."

"Not a problem mom kata? What about my future? Tahun ni, banyak benda Harraz nak kena buat. Kerja kursus berlambak tahu tak? Tak termasuk dengan latihan, kerja sekolah cikgu bagi. Tak boleh ke kita bincang hal ni selepas Harraz tamat sekolah? Ini kan melibatkan masa depan Raz. Pertimbangkan please," kata Harraz seraya menghempas tangan pada badan sofa yang didudukinya. Dia mengeluh.

Ada isteri pada usia semuda 17 tahun? Malaslah nak fikir!

Walaupun dia sayangkan Tiara, tetapi sekalipun dia belum ada niat lagi mahu mengahwini gadis itu. Ungku Harraz sedang fikirkan masa depannya.

Dia mahu fokus belajar atau lebih tepat, dia tidak mahu pikul tanggungjawab di usia semuda ini.

"Ceh, fokus belajar? Harraz bukannya belajar pun. Asyik menghadap game aje. Kalau mentelaah buku tak apalah juga. Mom tengok, Harraz dok khatamkan PUBG tu aje," sindir Puan Sri Fazura menjeling Ungku Harraz.

"Game tu tempat Harraz lepaskan stres. Lagipun, bukannya 24 jam Harraz menghadap game..." kata Ungku Harraz mulai mengendur suaranya.

Tak mahu mengakulah tu.

"Tak kisahlah semua tu. Yang penting, I'm still young and I don't deserve this," sambung Ungku Harraz.

"Mom and dad tak kisah langsung kalau Raz kahwin muda. Lagipun, budak-budak zaman sekarang lagi suka kahwin muda, kan?" ujar Puan Sri Fazura.

Tan Sri Ungku Harriz mengangguk setuju.

"Ini semua ada dalam drama aje lah, mom. Okey macam ni, Raz boleh terima kalau atuk nak Raz kahwin atas pilihan mom and dad. Okay, I will. But, bukan sekarang. Raz tak ada masa nak kahwin-kahwin ni. I'm not ready at all. Cuba mom and dad bayangkan if Raz ceraikan isteri Raz, bukan ke Raz akan jadi duda?" Ungku Harraz memberontak.

"Kalau macam tu, jangan ceraikan isteri Harraz! Kami suruh berkahwin bukan untuk bercerai, Ungku Harraz," tegas nada suara Tan Sri Ungku Harriz bila Ungku Harraz ada niat yang bukan-bukan.

"Kalau Raz tak suka dia?" soal Ungku Harraz masih cari cara mahu larikan diri.

"Mustahil kalau tak boleh jatuh cinta! Mom and dad percaya Raz and isteri Raz akan suka sama suka." Yakin Puan Sri Fazura.

"Tapi... Tiara. How about her? Raz kena kahwin dengan Tiara?" tanya Ungku Harraz mahukan kepastian.

Kalau dengan Tiara, dia okey sebab dia sudah kenal Tiara lama.

"Tiara? No. Raz akan kahwin dengan pilihan mom," jawab Puan Sri Fazura.

Ungku Harraz terdiam. Dia menekur memandang lantai. Dia tahu dia takkan dapat lari sebab kedua-dua orang tuanya sudah bau rasa tak sukanya mahu berkahwin pada masa ini.

"Esok cuti sekolah kan? Jadi, keluarga bakal isteri kamu akan datang ke rumah kita." Gembira suara Puan Sri Fazura.

Tan Sri Ungku Harriz turut gembira manakala Ungku Harraz berbeza. Baginya,tak menarik langsung!

Ungku Harraz menjeling lalu menyandang beg sekolahnya pada sebelah tangan sahaja lalu membawa diri ke atas. Mengurung diri di dalam bilik. Selepas satu, satu lagi masalah datang!

Continue Reading

You'll Also Like

315K 8.7K 51
#1 MS & MR SERIES BY THEAGASSHI Layla Aileen x Noh Fitri Thanks for all supports and votes 💕 Selalu dengar cinta diawan biru, sweet jer dengar. Ta...
4.8M 237K 61
In editing process! Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang dihormati, Haura Mikayla tidak pernah diajar oleh Dato' Azham dan Datin Suhaila mengenai...
527K 15.1K 61
#2019 Coverby:@nurshaziera AIYURA AZZAHRA seorang gadis yang matang,berbudi pekerti mulia dan sanggup berkorban apa sahaja demi orang yang disayangin...
143K 7.4K 23
" Apa yang jadi lepas kita putus bukanlah sesuatu yang indah, Riq. Aku cuba nak lupakan segalanya.Aku cuba untuk lari dari kau, dari rasa cinta yang...